Pages

Monday, April 16, 2018

SENAMAN DAPAT MEREDAKAN MIGRAIN DAN SAKIT KEPALA.



Senaman yang kerap dapat mengurangkan frekuensi dan intensiti sakit kepala dan migrain. Apabila melakukan senaman, tubuh akan merembeskan endorfin, yang merupakan ubat penahan sakit semulajadi untuk badan. 


Satu kajian yang dijalankan oleh penyelidik Amerika mendapati senaman, senaman santai atau penggunaan topiramate adalah sama berkesan dalam mengurangkan kadar migrain. 

Oleh itu, senaman boleh menjadi aktiviti yang berkesan dalam rawatan pencegahan migrain. 

Senaman paling mudah ialah, berjalan kaki pada waktu pagi. Bukan sahaja tidak menyakitkan badan, malah membantu badan menghasilkan Serotonin semulajadi iaitu hormon gembira. 

Pastikan senaman kita dimulai dan diakhiri dengan minuman protein agar badan boleh membina otot dan membakar lemak lebih banyak.


No comments:

Post a Comment