Pages

Friday, April 6, 2018

SEPUTAR TENTANG ATURAN JAM BIOLOGI TUBUH



Pukul 1-2 pagi: Fasa tidur paling lena. 

Pada jam-jam tersebut, aktiviti pelbagai sistem organ banyak yang diistirehatkan. Namun, bagi yang hamil, produksi progesteron akan meningkat sehingga peluang untuk melahirkan pada tengah malam selalu lebih tinggi.


Pukul 4-5 pagi: Suhu tubuh paling rendah.

Tubuh dalam keadaan rehat.

Pukul 5-6 pagi: Peningkatan tekanan darah paling tajam. 

Produksi melatonin atau hormon yang memicu rasa mengantuk mulai berhenti, sementara tekanan darah meningkat paling tinggi dibandingkan waktu lainnya. Produksi kortiso atau hormon stres meningkat sehingga otak yang berperanan memberi signal untuk tubuh bersiap sedia untuk bekerja seharian, namun peningkatannya tidak sampai memicu stres.

Pukul 7 pagi : Hormon seks meningkat. 

Peningkata Testosteron pada lelaki mahupun wanita terjadi pada pagi hari, sehingga mampu membangkitkan ghairah seks. Kerana itu, pagi hari adalah waktu yang tepat untuk bercinta.

Pukul 8 pagi : Pergerakan usus aktif. 

Jam ini waktu paling sesuai untuk buang air besar. Ketika ini juga boleh dikatakan waktu kebanyakan di kalangan kita menuju ke bilik kecil (tandas) untuk menunaikan hajat. Ini terjadi kerana pergerakan usus paling tinggi pada waktu tersebut. Pengukuran berat badan paling tepat dilakukan pada pagi hari setelah buang air besar.

Pukul 9 pagi: Metabolisme paling tinggi. 

Waktu yang tepat untuk sarapan pagi adalah sekitar jam 9. Ketika ini ada peningkatakan metabolisme. Ini bermakna lemak lemak yang diserap daripada makanan tidak banyak disimpan dan akan diproses menjadi tenaga.

Pukul 10 - 11 pagi: Fokus. 

Menginjak pada waktu ini pula, tubuh dan fikiran mencapai tahap rangsangan ideal untuk beraktiviti sepanjang hari. Jarang ada yang mengantuk melainkan anda kurang tidur.

Pukul 11 pagi - 2 petang : Stres meningkat. 

Jeda istirehat diperlukan pada waktu ini untuk memberi kesempatan bagi tubuh dan fikiran untuk menyegarkan diri. Makan di luar bersama rakan boleh menyegarkan fikiran, sekali gus membiarkan tubuh terkena sinar matahari yang mampu memperkuat sistem kekebalan (imunisasi) tubuh.

Pukul 2 - 3 petang : Koordinasi terbaik

Tubuh membenarkan anda melakukan banyak hal sekali gus atau multitasking kerana kemampuan otak untuk melakukan koordinasi berada pada tahap tertinggi. Di sisi lain, proses pencernaan makanan belum selesai sehingga kemampuan fizikal tubuh agak berkurang.

Pukul 3 - 5 petang : Denyut jantung paling stabil. 

Jika ingin berolahraga, waktu petang adalah waktu paling tepat kerana tahap adrenalin berada pada tahap tertinggi. Selain itu, denyut jantung dan tekanan darah paling stabil sesuai untuk anda beriadah.

Pukul 5 petang - 8 malam : Proses detoksifikasi

Fungsi hati dalam memproses racun racun sisa metabolisme paling tinggi pada waktu ini sehingga anda perlu banyakkan minum air kosong. Keinginan untuk makan juga tinggi kerana kemampuan deria bau (hidung) dan merasa (lidah) meningkat.

Pukul 8 - 10 malam : Metabolisme, pergerakan kurang aktif. 

Pembakaran lemak tidak banyak terjadi pada malam hari. Jika makan pada malam hari, kebanyakannya akan disimpan dalam bentuk lemak.

Pukul 10 - 11 malam :Hormon seks meningkat lagi.

Dibandingkan pagi hari, peningkatan Libido atau ghairah seks pada malam hari tidak terlalu tinggi kerana tubuh sudah kepenatan. Namun ketika ini jam biologi mengaturkan ovulasi terjadi paling tinggi dan sesuai untuk bermesra bersama pasangan.

No comments:

Post a Comment