Saturday, April 7, 2018

SIAPA PERLUKAN LEBIH PROTEIN?


Tidak dinafikan bahawa protein memainkan pelbagai peranan penting terhadap tubuh badan. Bermula daripada penghasilan sel kepada perkembangan otot, kulit, rambut dan juga kuku, tubuh anda memerlukan protein untuk mengekalkan fungsi tubuh normal yang optimum. 

Walaubagaimanapun, keperluan protein harian anda bergantung kepada tubuh dan aktiviti fizikal anda. 

Adakah anda salah seorang daripada mereka?


BINA BADAN 

Bina badan


Otot perlukan sokongan semasa anda melakukan latihan rintangan. Ambil lebih banyak protein untuk:

  • Membina semula dan memperbaik otot. 
  • Membina otot tanpa lemak untuk tubuh badan lebih kuat, lebih bertenaga dan lebih cergas. 
Tip : Untuk kesan lebih baik, ambil minuman / makanan berprotein sebelum dan selepas senaman. 


PENGGEMAR MANISAN 

Manisan


Pemakanan yang tinggi dengan gula membawa kepada peningkatan paras gula dalam darah, di mana ia akan mempengaruhi fungsi jantung dan menyebabkan keradangan dalam tubuh. Ambil lebih protein untuk:

  • Menstabilkan gula dalam darah.
  • Membantu mengurangkan keradangan, paras kolesterol dan kepekatan insulin.

BAKAL IBU 


Apa yang baik untuk ibu juga baik untuk bayi. Ambil lebih protein untuk :

  • Menyokong pertumbuhan sel bayi yang sihat.  
  • Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi terutamanya semasa trimester kedua dan ketiga di mana bayi mengalami proses perkembangan yang cepat. 
  • Membantu bakal ibu meningkatkan otot tanpa meningkatkan lemak. 
 
IBU YANG MENYUSUKAN BAYI 



Ibu yang menyusukan bayi memerlukan dua kali ganda lebih protein berbanding ibu yang tidak menyusukan bayi. Ambil protein untuk :

  • Mengekalkan kesihatan ibu untuk penghasilan susu ibu. 
  • Pertumbuhan dan perkembangan optimum bayi kerana protein adalah komponen penting di dalam susu ibu. 
PERTENGAHAN USIA


Apabila anda memasuki usia pertengahan, badan anda mengalami penurunan dalam prestasi termasuk kehilangan otot adalah antara isu yang akan dialami. Ambil lebih banyak protein untuk :

  • Melambatkan penuaan dengan menggabungkan pengambilan protein dengan senaman untuk mengekalkan jisim otot dan kecergasan. 
  • Risiko yang lebih rendah terhadap masalah kesihatan berkaitan dengan jantung seperti kolesterol tinggi. 
  •  
Tip : Tambah 25 gram protein soya ke dalam diet harian anda kerana ia telah dibuktikan mampu mengurangkan risiko paras kolesterol yang tinggi. 

 
MENJAGA BERAT BADAN



Seseorang yang mengalami kadar metabolisme tinggi membakar lebih banyak kalori berbanding dengan seseorang yang bermetabolisme rendah. Ambil lebih banyak protein untuk:

  • Meningkatkan rasa kenyang yang lebih lama.
  • Membantu mengawal pengambilan kalori untuk pengambilan makanan seterusnya. 
  • Mengekalkan jisim otot kerana lebih banyak otot anda, lebih tinggi kadar metabolisme tubuh anda.
Bagaimana untuk meningkatkan pengambilan protein?

Jika anda adalah salah seorang daripada golongan di atas, cara yang paling mudah untuk anda meningkatkan pengambilan protein adalah melalui pengambilan serbuk protein. Hanya campurkan dengan minuman kegemaran seperti susu atau anda boleh campurkan dengan buah untuk sarapan yang lebih sihat. 
 

1 comment: