Monday, April 23, 2018

TEMAN YANG TIDAK KELIHATAN



Teman yang Tidak Kelihatan

Bila mengira berapa ramai teman yang ada, jangan terlalu cepat mengetepikan teman-teman yang sentiasa ada di sisi anda. Samada siang atau malam, bila-bila masa diperlukan, kekal sepanjang tahun, setia dan menawarkan perspektif berbeza.

Anda tidak akan menemui mereka di facebook. Mereka juga tidak Tweet. Mereka juga teman senyap. Mereka adalah pokok di sekeliling anda, lorong yang anda lalui, langit di atas anda dan pemandangan di depan anda.

Raikan dan percayalah mereka tidak akan menghampakan anda!

No comments:

Post a Comment