Pages

Monday, April 2, 2018

TUTUP LAMPU JIKA INGIN HIDUP LAMA



Manusia memerlukan cahaya dalam menjalankan fungsi kehidupan dan bagi mendapatkan tubuh yang sihat, misalnya cahaya matahari. Memetik kata Dr. Victoria Revell, seorang Chonobiologist dari Universiti Surrey, cahaya sememangnya mempunyai kuasa yang hebat. Ia boleh dikatakan sebagai pemangkin kritikal yang menentukan tahap kesihatan. 


Sungguhpun begitu ada cahaya yang boleh memudaratkan. Ia adalah cahaya yang datangnya daripada lampu di rumah mahupun di tempat kerja. Terkejut dengan fakta ini? Namun itulah realiti. Terdapat ratusan kajian perubatan menunjukkan kesan cahaya lebih lebih lagi ketika anda tidur dalam keadaan lampu terbuka. Salah satunya adalah kajian yang direkodkan di dalam jurnal endokrinologi & metabolisme. 

Berdasarkan kajian yang direkodkan oleh jurnal ini, didapati pendedahan kepada cahaya lampu tiruan daripada kuasa elektrik sebelum dan semasa tidur boleh menyebabkan anda mengalami gangguan kesihatan seperti tekanan, kanser dan diabetes. 

Bagaimana ini boleh terjadi? Sebenarnya wujud kaitan yang berhubung secara langsung dengan ritma sirkadian atau aturan jam biologi tubuh yang berfungsi mengawal proses tubuh seperti aktiviti gelombang otak, penghasilan hormon dan penjanaan semula sel. 

Namun begitu disebabkan aturan jam biologi ini terlalu sensitif pada persekitaran dan tidak memperlihatkan kesan negatifnya pada kesihatan secara drastik, ramai yang memandang mudah penjagaan kesihatan terutamanya apabila menyentuh tabiat tidur. 

Sebagai insang yang bijak, ketahui apa yang perlu dilakukan untuk menjaga kesihatan dengan mengenali aturan jam biologi tubuh dan fahami gangguan kesihatan yang bakal timbul jika membiarkan kitarannya terus bercelaru akibat kehadiran cahaya lampu. Jadi selepas anda mengetahui kesannya dalam kupasan kali ini, ayuh bertindak segera dan jangan tunggu lagi. 

Tutup lampu bila tiba masanya.

1 comment: