Pages

Wednesday, May 2, 2018

Bapa dan Penyusuan Susu Ibu



Benarkah pendapat yang mengatakan susu ibu adalah hak eksklusif seorang ibu, maka bapa tidak perlu campur tangan dan tidak perlu ambil tahu? 
Ya, memang benar penyusuan susu ibu hanya dapat dilakukan oleh ibu, namun memberi perhatian dan kasih sayang kepada bayi baru lahir bukan tanggungjawab ibu semata-mata. 

+ Kajian membuktikan sokongan padu daripada suami dapat memastikan penyusuan susu ibu berjalan lancar dan dapat dijayakan dalam jangka masa yang lebih lama. 

+ 98% ibu yang berjaya menyusukan anak mereka mempunyai pasangan yang menghargai penyusuan susu ibu. 

+ Bapa sepatutnya menjadi sumber rujukan utama sekiranya ibu menghadapi masalah penyusuan. 

+ Justeru, para bapa dan bakal bapa perlu melengkapkan diri mereka dengan ilmu penyusuan.

Cuba bayangkan, pada jam 3 pagi, ibu mungkin menghadapi masalah menyusukan anak ataupun tidak pasti apa yang perlu dilakukan. Pasti sukar baginya menghubungi rakan ataupun pakar laktasi pada waktu itu. Bapa dapat membantu mengurangkan masalah sebelum mendapat bantuan daripada mereka yang terlatih.

Dapatkan suplemen penyusuan di sini. 

No comments:

Post a Comment