Showing posts with label Penyusuan Susu Ibu. Show all posts
Showing posts with label Penyusuan Susu Ibu. Show all posts

Tuesday, May 15, 2018

7 VITAMIN UNTUK IBU BERPANTANG


Tubuh wanita mengalami perubahan yang luar biasa semasa tempoh kehamilan, dan berterusan walaupun selepas kelahiran bayi. Bergantung kepada amalan budaya anda, terdapat senarai panjang dan tidak boleh dilakukan untuk ibu-ibu baru.

Wednesday, May 2, 2018

Bapa dan Penyusuan Susu Ibu



Benarkah pendapat yang mengatakan susu ibu adalah hak eksklusif seorang ibu, maka bapa tidak perlu campur tangan dan tidak perlu ambil tahu? 
Ya, memang benar penyusuan susu ibu hanya dapat dilakukan oleh ibu, namun memberi perhatian dan kasih sayang kepada bayi baru lahir bukan tanggungjawab ibu semata-mata. 

Monday, April 30, 2018

BAGAIMANA PENYUSUAN MEMPENGARUHI PENYUSUAN?




Bagaimana tekanan mempengaruhi penyusuan?

Kita sering mendengar stres tidak bagus bagi penyusuan. Ia merencatkan hormon Oksitosin dan melambatkan reflek ejeksi susu. Walaupun begitu, penyusuan masih dapat diteruskan.

Sunday, April 29, 2018

MENGAPA SUSU KURANG?



Mengapa susu saya KURANG?

Kebanyakan masalah susu tidak cukup berpunca daripada pengurusan penyusuan yang tidak optimum.

Saturday, April 28, 2018

CARA MENGHASILKAN LEBIH BANYAK SUSU.




Cara menghasilkan lebih banyak susu

Penyusuan yang kerap terutama pada hari-hari awal kelahiran akan membantu lebih reseptor untuk prolaktin terbentuk di sel-sel prolaktin.

Friday, April 27, 2018

BAPA DAN HORMON



Bapa dan hormon

Bagaimanakah perasaan kasih sayang bapa dapat terbentuk kepada anaknya walaupun lelaki tidak pernah hamil dan menyusukan?

Thursday, April 26, 2018

BAPA DAN BAYI.



Hormon oksitosin menjadikan haiwan jantan lebih prihatin bagi menyediakan sarang yang baik untuk anaknya.

Wednesday, April 25, 2018

RISIKO APABILA SEORANG BAPA TIADA DALAM PROSES PEMBESARAN ANAK.



Kajian mendapati banyak risiko negatif apabila susuk tubuh dan peranan ayah tiada dalam proses pembesaran kanak-kanak. Antaranya adalah: 

Sunday, April 22, 2018

TANDA-TANDA BAYI MENDAPAT SUSU IBU SECUKUPNYA



Pada tiga hari pertama kelahiran, air kencing bayi biasanya sedikit, dan adakala berwarna kemerahan ataupun seumpama karat. Ini adalah perkara normal dalam 72 jam pertama selepas bayi dilahirkan kerana asid urik yang tinggi.

Sunday, April 8, 2018

SET SELEPAS BERSALIN DAN PENYUSUAN



Dunia menakjubkan seorang ibu! Pilih nutrisi untuk berdua. Anda makan, untuk mereka.

 
Nutrisi untuk ibu-ibu selepas melahirkan dan menyusukan bayi. Set ini membekalkan nutrien penting untuk menyokong proses pemulihan anda, membantu anda mendapatkan kembali bentuk badan, menambah tenaga dan menyokong kesihatan anda di samping memberi bayi anda nutrisi yang mereka perlukan untuk membesar secara kuat dan sihat.

Friday, December 29, 2017

Saiz Perut Bayi

Kuantiti susu yang diperlukan oleh bayi baru lahir adalah sangat sedikit. Ini bersesuaian dengan saiz perutnya pada waktu itu. Kajian menunjukkan berikut:

Saiz perut bayi




Friday, July 31, 2015

Puan Ain Berjaya Menyusu Anak 2 Tahun

BREASTFEEDING SET PUAN AIN


Pada 30/7/2015, genaplah usia penyusuan lengkap Puan Ain terhadap anaknya Nisa yang berusia 2 tahun.

Ramai ibu berpeluang menyusukan anak mereka tetapi tidak ramai yang melengkapkan penyusuan sehingga anak berusia 2 tahun.

Puan Ain telah membuat keputusan bijak mengambil set lengkap penyusuan Shaklee sejak anak yang kedua. Sekarang 3 anak kesemuanya berjaya menyusu lengkap sehingga 2 tahun.

Anak sulungnya kurus kering sepanjang penyusuan tanpa bantuan Breastfeeding set ini. Waktu itu hanya bergantung dengan Horlicks sahaja. 
Apakah set penyusuan lengkap Shaklee ini?

Ia mengandungi:


  • ESP
  • Vita-Lea
  • Vita- C
  •  B-Complex
  • Alfalfa
  • Ostematrix
  • Omega Guard

Dulu, Puan Ain beli BreastFeeding set ini tanpa diskaun. Sekarang, Shaklee bagi DISKAUN 5% dan jika anda jadi ahli, anda layak menerima bonus sebayak RM20++ dan mendapat Vita-Lea PERCUMA yang berharga RM90++

Hubungi Tuan Nurul Ain / 0133570906

Nota: apapun usaha, pergantungan dengan Allah yang utama.

Wednesday, April 10, 2013

Set Menyusu Lengkap Shaklee- Kebaikan Penyususan Susu Ibu

Alangkah bahagianya menjadi seorang ibu apatah lagi boleh menyusui sendiri bayi yang dilahirkan. Secara lahiriahnya setiap ibu mampu menyusui sendiri anaknya. Susu ibu merupakan makanan terbaik bayi anda. Ia mengandungi khasiat pemakanan yang seimbang untuk tumbesaran dan perkembangan bayi bagi memastikannya membesar dengan sihat dan kuat. Susu ibu juga mempunyai daya tahan yang diperlukan oleh bayi anda demi melindunginya daripada seranagn dan jangkitan yang biasa dihadapi oleh bayi yang baru lahir. Malah, kebanyakan susu tepung bayi boleh menyebabkan jankitan biasa dan cirit-birit di kalangan bayi.

Selain bayi, ibu juga mendapat manfaat kesihatan daripada penyusuan tersebut. Sesetengah jenis kanser seperti kanser payudara dan ovari jarang berlaku pada ibu-ibu yang menyusui bayinya. Penyusuan secara eksklusif disarankan untuk diberi sehingga 6 bulan, dan selepas itu diteruskan penyusuan dengan makanan tambahan sehingga 2 tahun atau lebih. Diet yang seimbang amat penting bagi para ibu yang menyusui bayinya bagi mengekalkan komposisi dan pengeluaran susu di samping mengekalkan kesihatan ibu.

Senarai di bawah adalah saranan nutrien yang perlu diambil oleh para ibu yang menyusui bayinya bagi memastikan kesihatan bayi dan ibunya 

Multivitamin
Multivitamin menyediakan vitamin dan mineral penting untuk para ibu yang mana ia tidak boleh diperoleh daripada diet harian. Kadar vitamin yang mencukupi membantu penghasilan susu yang banyak dan berkhasiat di samping menggalakkan kesihatan ibu dan bayi secara menyeluruh.

Protein 
Bayi memerlukan protein yang banyak untuk tumbesaran yang berkekalan dan sempurna. Sumber protein yang baik seperti protein soya di dalam diet penyusuan anda amat penting untuk pengeluaran susu. Protein membantu dalam membina dan mengekalkan sel-sel yang menghubungkan setiap bahagian tubuh. Mereka disarankan untuk mengambil sekurang-kurangnya tiga hidangan protein berkhasiat sehari. 

Vitamin C
Dalam satu kajian terhadap para ibu yang menyusui bayi dan mengambil vitamin C menunjukkan khasiat vitamin C tersebut tertumpu pada bayi. Oleh itu menyusui bayi secara eksklusif dapat melindungi bayi anda daripada kekurangan vitamin C[1].  Vitamin C penting bagi menguatkan sistem imun dan membina kulit, gigi dan gusi yang sihat.

Vitamin B Kompleks
Vitamin B kompleks merupakan vitamin yang diperlukan oleh anda dan bayi anda setiap hari bagi menyokong sistem saraf dan metabolisme yang sihat. Vitamin B mempunyai pelbagai fungsi termasuk pengeluaran hormon, pembentukan sel-sel darah merah, penghasilan tenaga untuk sel dan mengekalkan saraf serta kulit yang sihat. Ibu yang menyusui bayi perlu mendapatkan vitamin B Kompleks untuk memberikan khasiatnya kepada bayi mereka melalui susu ibu. 

Kalsium
40 peratus daripada susu ibu adalah kalsium. Kalsium diperlukan untuk membina tulang yang sihat dan pertumbuhan gigi pada bayi. Wanita yang menyusui bayi disarankan mengambil sebanyak 1300mg kalsium setiap hari. 

Asid Lemak Omega 3
Pengambilan dan tambahan asid lemak Omega-3 dalam tempoh penyusuan susu ibu dapat menggalakkan pengembangan[2] otak dan mata anak. Ia telah dibuktikan secara saintifik bahawa neuron lebih mudah berhubung[3] apabila kandungan Omega 3 lebih banyak di dalam otak. Tambahan pula, tidak ramai kanak-kanak diberi susu ibu mempunyai masalah fungsi otak seperti gangguan hiperaktif dan masalah tumpuan (ADHD)[4] atau autisme. 

Alfalfa 
Alfalfa mengandungi banyak nutrien penting dan pelbagai vitamin seperti vitamin K, A, B1, B6, C, E, Kalsium, Zink dan Zat besi. Semua bahan tersebut penting untuk pertumbuhan dan perkembangan yang sihat. Alfalfa juga digunakan secara tradisional untuk meningkatkan pengeluaran bekalan susu ibu. 

Shaklee menawarkan satu rangkaian suplemen berkhasiat untuk memenuhi keperluan nutrien untuk penyususan ibu.

Family Wellness 
Mengandungi keseluruhan nutrisi untuk kekal cergas dan sihat. Ia memberikan tenaga dan makanan berkhasiat untuk tubuh yang sihat. 





Ostematrix
 Menyediakan nutrien matriks unik termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan banyak lagi bagi mengekalkan tulang dan gigi yang sihat





OmegaGuard™
Menyediakan potensi Asid Lemak Omega 3 ultra tulen yang bergred farmaseutikal dengan spektrum menyeluruh. 













Alfalfa Complex
Alfalfa Complex yang dicipta oleh Dr.Forrest C Shaklee pada tahun 1950-an merupakan Formula Milik Penuh Shaklee (Shaklee Signature Formula). Ia mengandungi pelbagai vitamin dan mineral.











Sumber info: Shaklee Today


 ____________________________
Dapatkan set penyusuan lengkap anda hari ini. Saya Tuan Nurul Ain binti Tuan Ismail Shaklee Independent Distributor yang sah, ID no 867161
boleh dihubungi melalui email [email protected] atau PM FB: Ummu Ainan, atau melalui telefon; 0133570906

COD area USJ, juga membuat penhantaran di seluruh Malaysia melalui pos dan seluruh Negara


[1] http://ajcn.nutrition.org/content/40/5/1050.abstract
 
[2] http://www.dhaomega3.org/Life-Stages/Lactation
[3] http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18403927
[4] Stevens L, Zentall S, Deck J, Abate M, Watkins B, Lipp S, Burgess J. Essential fatty acid metabolisme in boys with attention-deficit hyperactivity disorder. Am J Clin Nutr1995;62:761-8.

Thursday, January 31, 2013

Tandem Nursing

Semalam 30/1/2013 Widad genap 2 tahun.. Masih menyusu dan tandem nursing dengan baby dalam perut umi dia ni.. Orang2 tua dah bising minta hentikan penyusuan.. Hehehehehe..

Tandem nursing bukan tak boleh... Boleh.. Tengok situasi si ibu.. Kalau pernah ada sejarah keguguran memang dinasihatkan berhenti.. Tapi kalau tak ada, dan makan minum boleh telan tanpa mabuk yang kritikal, Hemoglobin cantik, tekanan darah cantik, jadi ia tak ada masalah.. Boleh teruskan.. Dan hari tu bila berbual2 dengan seorang doktor, pada awal kehamilan hormon progesteron(kalau tak silap saya, kalau salah minta betulkan ye) meningkat dan susu akan berkurangan sendiri.. Sebab hormon ni berfungsi untuk kuatkan rahim supaya tidak berlaku keguguran..

Dan selepas beberapa minggu hormon Progesteron tersebut akan menurun sendiri dan susu akan kembali ada semula.. (Tak akan jadi banyak sama macam tak pregnant).. Nak pump tu tak sesuai dahlah.. Setakat nak bagi 'direct feeding' tu tak jadi masalah..

Kebetulan Umi Widad ni tak tahupun mengandung pada awal2 kehamilan hari tu memang menyusu macam biasa.. Dan suplemen Shakleepun memang diamalkan.. Jadi tak ada apa yang perlu dirisaukan i.Allah..


Sekarang Widad dah kurang menyusu tapi banyak makan.. Umi bagi Meal Shakes, Omega guard dan Vitamin C.. Tiap-tiap hari..

Dan rasanya dia akan berhenti sendiri menyusu ni sebab dah makin besarkan.. Dan lama2 susu ni akan hilang rasa dan kuantiti.. Waktu tu dia akan tolak..

Dekat bawah ni suplemen yang Umi dan Widad amalkan.. Tiga-tiga dapat, umi dapat, baby dapat, Widadpun dapat..


Suplemen Umi (Pregnancy Set)

 
 Suplemen Widad dan Ainan



Anak sihat ibu bahagia.. Dua2 sihat..Amiin..


----------------
Nak order apa2 hubungi 
Ummu Ainan 
Shaklee ID867161
0133570906

Friday, July 20, 2012

Pasang Niat dari sekarang

[EBM]

Terharunya baca.. Stewardess pun mampu fully BF anak? huhu kenapa kita orang biasa ni tak boleh kan?
Suka ayat beliau 'Kalau orang tu boleh berjaya, can I right?'
Kunci kat sini, ibu2 kena pasang niat dari awal untuk BF anak.. dan sentiasa dalam keadaan positif..

Bagi ibu2 yang masih menyusu anak, jadikan kisah wanita hebat ini sebagai inspirasi anda.. Jika beliau boleh, kenapa tidak anda..

Pembakar semangat..untuk yang masih mengandung pasang niat dari sekarang..Insyallah..

""Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama 2 tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu;.. [Surah Al-Baqarah: ayat 233]

credit to Persatuan Ibu-ibu Muda Muslim