Showing posts with label Tips Banyakkan Susu Ibu. Show all posts
Showing posts with label Tips Banyakkan Susu Ibu. Show all posts

Tuesday, May 22, 2018

TINGKATKAN TENAGA PADA BULAN RAMADHAN



Ketika berpuasa, anda tidak akan makan atau minum untuk sekurang-kurangnya 10 jam. Keadaan ini boleh menyebabkan banda anda bertukar ke fasa berpuasa di mana badan akan menggunakan tenaga daripada glukosa yang disimpan di hati dan otot. 

Saturday, May 11, 2013

Tips Banyakkan Susu Ibu

Tips Banyakkan Susu Ibu


• Kerap mengosongkan payudara dengan cara mengepam dan menyusukan bayi dengan kerap

Kesalahan konsep ini dapat kita lihat dalam kes-kes seperti di bawah:

• Mengambil makanan untuk banyakkan susu ibu sejak awal kehamilan. Apabila bayi dilahirkan, menunggu sehingga payudara ‘terasa ada susu’ sebelum menyusukan bayi.
• Tidak mengepam dan menyusukan seperti yang disarankan, sebaliknya bergantung kepada pemakanan.
• Hanya mengambil makanan dan minuman yang dikatakan dapat menambah susu badan sehingga tiada satu hidangan lengkap dalam diet seharian.
• Tidak salah mengambil makanan tertentu untuk membanyakkan susu ibu, namun konsep asas penyusuan harus dikuasai, iaitu – semakin kerap payudara dikosongkan, semakin banyak susu terhasil; dan semakin banyak susu diperlukan oleh si bayi, semakin banyak susu akan terhasil.

Antara makanan/minuman untuk banyakkan susu ibu:

• Tinggi dengan PROTEIN – makanan berasaskan kacang SOYA (tofu, tauhu, tempe, etc.), kacang hijau, ALFALFA dan sebagainya.
• Tinggi dengan vitamin B terutama asid folik – sayuran hijau seperti kucai, sawi, lobak dan sebagainya.
• Tinggi kalori – longan kering, kurma.
• Tinggi kalsium – susu.
• Tinggi vitamin A dan C - buah-buahan citrus, buah-buahan beri dan sebagainya.
• Yang memanaskan badan – halba (fenugreek), habbatussauda’ dan jenis2 herba serta rempah ratus.
• Yang memperbaiki pengaliran darah – lobak putih.
• Yang mencetuskan hormon gembira – coklat.
• Sebarang makanan kegemaran ibu menyusu, yang mana ibu boleh menikmatinya dengan rasa gembira, kerana kegembiraan mengaktifkan hormon oxytocin yang mengeluarkan susu dari badan.

Pengambilan makanan di atas semasa hamil?
• Ya, ibu hamil seharusnya mengambil makanan2 di atas, namun harus ingat ia bukan jaminan untuk anda menghasilkan banyak susu.

• Penghasilan susu dipengaruhi oleh keperluan bayi, kekerapan anda menyusu dan permulaan penyusuan anda. Jadi, semasa hamil, carilah ilmu penyusuan sebanyak-banyaknya dan dapatkan beberapa teman baik yang juga menyusukan bayi mereka, agar anda mendapat bimbingan, motivasi dan perkongsian yang berterusan.

Perlukah seseorang ibu menyusu mengambil pil hormon untuk membanyakkan susu badan?
• Bagi pendapat peribadi saya tidak perlu, kecuali dalam kes tertentu dan atas nasihat pakar (Pakar dalam bidang laktasi). Seseorang ibu hanya perlu menambahkan sesi rangsangan dan stimulasi, di samping pengambilan makanan yang membekalkan zat seimbang.

Perlukah seseorang ibu menyusu mengambil suplemen?
• Dalam keadaan dunia hari ini yang penuh dengan pencemaran; makanan yang hilang khasiat semasa proses menanam, memetik, menyimpan dan memasak; keadaan hidup yang stress; bukan saja ibu yang menyusukan, malah semua orang memerlukan supplement, sekurang-kurangnya sebagai antioksidan.

• Bagi ibu yang menyusukan, suplemen adalah untuk membekalkan zat-zat keperluan harian yang bukan saja untuk menjadikan tubuhnya fit, malah bertenaga dan stabil dari segi emosi untuk menghasilkan susu yang sihat.

Adakah jenis pam susu mempengaruhi jumlah pengeluaran susu?
• Sama sekali tidak. Ia bergantung kepada teknik mengepam yang diamalkan oleh seseorang ibu itu. Malah teknik mengepam yang paling efektif ialah teknik Marmet, iaitu mengepam dengan menggunakan tangan.

Adakah emosi si ibu mempengaruhi pengeluaran susu?
• Ya, apabila ibu dalam keadaan stress, hormon yang terhasil menghalang hormon penyusuan dari dirembeskan.

• Usah mudah mengalah jika terkehel di peringkat awal. Memang benar, menyusukan bayi tidak menjadikan kita ibu terbaik di dunia, tapi bila kita berusaha memberikan makanan awal terbaik untuk anak kita sendiri, itu adalah kepuasan yang paling kemuncak sebelum kita mula mencorak masa depannya dengan pelbagai misi lain pula.

Kredit

Dapatkan set penyusuan lengkap anda hari ini. Klik di sini untuk order terus dengan Shaklee. Tanpa caj tambahan dikenakan.

Pakar nutrisi anda,
Ummu Ainan
0133570906