Showing posts with label Artikel. Show all posts
Showing posts with label Artikel. Show all posts

Sunday, March 8, 2015

KENALI 3 TANDA SUAMI BENAR-BENAR MENCINTAI ISTERINYA




Cinta lelaki tidak seperti cinta wanita. Cinta wanita lebih bersifat di awang-awangan.

Menginginkan lelaki PERFECT 10. 

'Saya mahu lelaki yang rendah diri serta bijak, lucu dan romantik, sensitif dan lemah lembut dan paling penting dia memberi saya dorongan. Saya mahu dia memandang ke dalam mata saya dan mengatakan sayalah wanita paling cantik dan saya pelengkap dirinya. Saya mahukan lelaki yang mudah mengalirkan air matanya apabila hatinya tersentuh, saya mahu lelaki yang menyayangi haiwan, menyayangi kanak-kanak, sanggup tukar lampin kanak-kanak, cuci pinggan mangkuk dan melakukan semua itu tanpa disuruh'

Itulah CINTA bagi definisi seorang wanita. Hakikatnya cinta seorang lelaki atau suami jauh sekali sifatnya. 

3 tanda ini menunjukkan anda benar-benar dicintai; 

1) Memberi Kenyataan

Sekiranya suami mencintai isterinya, suami akan memberi kenyataan kepada kawan-kawannya bahawa 
'........ini isteri saya' atau selalu membawa isteri ke majlis penting dalam hidupnya. 

Bagi pasangan yang belum berkahwin, kawan lelaki anda betul-betul suka pada anda dan mahu lebih serius dengan anda apabila mereka perkenalkan anda insan yang istimewa di dalam hidupnya. Contoh; 

'Ini kawan saya......' (Ketahuilah bahawa anda tiada di dalam hatinya dan tiada dalam perancangan masa depannya. Jadi janganlah terhegeh-hegeh perasan lagi. Berlalu sahaja dari hidupnya).

Lelaki tidak perlu meluahkan perasaannya hari-hari. Memadai anda merasai anda insan penting dalam hidupnya. Jadi lepas ni jangan paksa-paksa lagi suami anda ye meluahkan perasaan. 

'Abang ni dah tak cinta saya ke.. Saya tahulah saya dah tak cantik.. bla bla bla' bebelan demi bebelan.. Semakin serabut suami anda. Beri mereka ruang. 

2) Memberi Nafkah

Seorang suami yang mencintai isterinya memberi nafkah dan bertanggungjawab terhadap keluarga. Setiap bulan suami akan membawa pulang duit untuk digunakan oleh keluarganya. Suami yang bertanggungjawab akan menunaikan hak keluarga terlebih dahulu dan akhir sekali barulah berbelanja untuk diri mereka. 

Suami akan ketepikan keperluannya sendiri. Katakan mereka perlukan kereta mewah, atau set kayu golf yang baru, semua itu menjadi tidak penting lagi berbanding menyediakan keperluan keluarganya. 

Jika anda perhatikan, suami akan sedaya upaya bagi anda rasa apa yang mereka sudah rasai. Contohnya, suami anda pergi kursus di mana suami suka tempat tersebut, mereka akan berusaha membawa anda dan keluarga merasai dan menikmati tempat yang sama. Mereka tidak menikmati seorang diri.. 

Suami akan berusaha menyediakan apa sahaja kehendak isteri. Contohnya, isteri mahukan set dapur yang lengkap dengan kabinet. Jika suami tidak mampu, mereka akan berusaha sedaya upaya memenuhi keinginan isterinya dengan mengubah suai sendiri dapur dan mengecatnya. 

Jika suami tidak mempunyai duit untuk membeli bekalan dapur, pasti mereka akan tinggalkan makanan di dalam peti agar isterinya tidak berlapar untuk hari itu. 


Akhir sekali...


3) Memberi Perlindungan 

Apabila suami mencintai isterinya, sesiapa sahaja yang datang, berfikir atau mahu menyakitkan anda sebenarnya sedang mencari nahas. 

Suami akan berusaha bertanggungjawab dan mempertahankan isteri dan keluarganya.  Suami tidak mahu isterinya disakiti, malah ditipu. Boleh jadi isteri akan dimarahi apabila melakukan tindakan yang salah, tapi ketahuilah suami benar-benar risaukan isterinya. 

Lelaki sejati akan pastikan dirinya seorang yang penting, bagi isteri hargailah setiap penat lelah suami untuk anda. Semakin mereka dihargai, semakin sayang dan cinta mereka kepada anda. 

----

Teringat kisah dulu. Saya baru berkenalan dengan suami, waktu itu ada program saya ditugaskan untuk menguruskan penempatan dan pengangkutan. Pada saat itu sudah buntu. Suami sms tanya, 'ok apa yang awak ada?' 

Malu-malu saya jawab 'ada basikal je'.. 

Suami terus bagi solusi 'ok takpe, abang ada kereta abang tolong ambil dan hantar peserta'.. 

Selepas program... 

Ada post mortem. Terdengar AJK marah. 

'Macam mana tetamu jemputan boleh ambil tugas AJK pengangkutan?' 

Keh keh keh... Itulah dinamakan serius.. Saya memang ada dalam perancangan masa hadapannya. 

Sekarang ini pula, memang ketara suami bagi apa sahaja apa adanya dan sanggup membawa kami ke suatu tempat kerana suami pergi ke tempat tersebut kerana ada urusan. 

Jadi, lepas ini isteri-isteri sekalian, cinta lelaki bukanlah pada kata-kata tetapi lihatlah pada perbuatan suami. Syukuri insan yang hadir sebagai suami. Mereka semtiasa ada pada saat jatuh bangunnya isteri. 

Wednesday, December 17, 2014

BENARKAH DAGING YANG KITA MAKAN PENYEBAB KANSER? KITA SUDAH TIDAK ADA PILIHAN.

Gambar hiasan
 Apa yang anda nampak pada burger double Cheese ini? Hari ini saya tidak mahu bercerita tentang banyaknya kolesterol di dalam burger di atas atau apa sahaja fast food yang anda dan saya makan tetapi apa yang ditambah didalam daging terproses itu? Pernahkah anda terfikir apa bahan yang dimasukkan supaya daging terproses ini tahan lama?

Nitrit dan Nitrat ditambah ke dalam daging terproses mahupun daging import sebagai bahan pengawet. Adakah ia berbahaya ataupun biasa-biasa sahaja, dan apa fungsi pengawet ini?



Gambar hiasan.


Lihat sahaja rupa daging kambing import ini, adakah ia bebas daripada pengawet Nitrit dan Nitrat?
Penggunaan Nitrit dan Nitrat diperlukan untuk daging, kerana penambahannya dapat mengelakkan pembiakan mikroorganisma yang berbahaya seperti Salmonella atau jenis-jenis lain yang mengakibatkan mati mengejut atau sudden death akibat keracunan makanan.


Jangan ambil mudah terhadap daging yang sudah berbau mahupun sudah kelihatan warna kehijauan pada luar daging, ini petanda mikroorganisma telah membiak pada daging tersebut. Masihkah anda ingat kes ini?


SUNGAI PETANI, 1 Okt (Bernama) -- Seorang lagi mangsa keracunan makanan
kenduri kahwin di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini meninggal dunia di
Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini hari ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Kedah Dr Ismail Abu Taat berkata Wan Razali
Yaakob, 56, disahkan meninggal dunia pukul 7.15 malam selepas dimasukkan ke Unit
Rawatan Rapi hospital itu pagi semalam.
Katanya mangsa yang berasal dari Kampung Banggol Belau, Merbok berada dalam
keadaan kritikal sejak dimasukkan ke HSAH.
Kematian terbaru ini menjadikan jumlah mangsa yang meninggal akibat
keracunan makanan daripada kenduri kahwin itu meningkat kepada empat orang.
Semalam tiga mangsa meninggal dunia berikutan mengalami keracunan makanan
selepas menghadiri majlis perkahwinan di Kampung Huma, Tanjung Dawai dekat sini
Sabtu lepas.
-- BERNAMA

Kematian besar-besaran selepas memakan lauk kenduri di Kedah pada tahun lepas. Ia bukan salah sesiapa tetapi perkara sebegini tidak dapat dielakkan, mikroorganisme berbahaya ini sangat cepat dan pantas membiak, risikonya seperti di atas.


Bagaimana mahu mengatasi masalah ini? Daging-dagimg terproses dan daging import lebih selamat penggunaannya tetapi untuk kesan jangka masa panjang, Nitrit dan Nitrat ini menyumbang kepada penyakit kanser atau lebih mudah dikenali sebagai penyakit barah.


Nitrat  + Amine -----------> Nitrosamine (Agen penyebab barah)


Nitrat ialah pengawet daripada sumber daging yang kita makan, manakala Amine terdapat di dalam badan. Apabila Amine bertindak balas dengan Nitrat atau Nitrit akan menghasilkan Nitrosamine agen penyebab barah..


KITA SUDAH TIDAK ADA PILIHAN. PI MAI PI MAI TANG TU SEMUA BAHAYA, SEMUA ADA RISIKO TERSENDIRI.

Mahukah anda tahu bagaimana mengelakkan Nitrat atau Nitrit bertindak balas dengan Amine di dalam badan? Kita mampu mengubahnya. Jumlah vitamin C yang mencukupi di dalam badan mampu menghalang pembentukan Nitrosamine. Nitrit atau Nitrat akan bergabung dengan Vitamin C dan disingkirkan daripada badan. Kita tidak ada pilihan untuk kekal sihat, cukupkah pengambilan vitamin C setiap hari kita? Vitamin C ialah vitamin yang larut air bila-bila masa sahaja akan disingkirkan daripada badan. Sanggupkah anda memakan oren 1.5 biji setiap jam untuk mendapatkan jumlah Vitamin C 100mg?


Shaklee telah merumuskan satu produk Vitamin C dengan teknologi Sustained Release iaitu teknologi pelepasan berperingkat, melepaskan Vitamin C di dalam badan setiap 1 jam selama 5 jam di dalam badan.

Anda hanya perlu makan 1 biji tetapi hasilnya sehingga 5 jam. Makanlah 3-4 biji setiap hari untuk mendapatkan khasiat vitamin C sepanjang 24jam iaitu dengan mengambil 1 biji setiap 5 jam.


Keistimewaan Sustained Release Vitamin C Shaklee
Jika anda ingin bertanya lanjut tentang Vitamin C Shaklee dan apa-apa produk berkaitan, hubungi saya,

Tuan Nurul Ain
0133570906
Shaklee USJ dan Batu Tiga

Sunday, December 14, 2014

BAHANA SELUAR KETAT UNTUK WANITA





Obses untuk menampilkan imej langsing dan berkaki panjang, ramai wanita yang selesa memilih seluar yang melekap di bahagian tubuh ini. Tanya pada diri anda adakah berbaloi untuk kelihtan

bergaya dan trendy sekiranya faktor keselesaan diketepikan dan lebih teruk lagi sehingga ia memicu kepada pelbagai masalah kesihatan dan mengundang masalah terhadap organ intim kewanitaan?


Undang YIS & Bakteria
Buat para wanita yang mempunyai kegemaran berseluar ketat, tidak kira jean mahupun legging, ketahuilah bahawa keadaan ini mampu mengurangkan pengaliran udara ke kawasan organ genital anda. 

Apabila keadaan ini berlaku, ia akan meningkatkan tahap kelembapan di sekitar daerah tersebut seterusnya menjadi kawasan 'perumahan' yang paling meriah untuk pelbagai yis, bakteria, virus dan parasit untuk membiak.

Tuesday, April 16, 2013

Tanda-Tanda Sakit Di Badan ; Suatu Keajaiban Yang Wajib Anda Tahu

Tak ramai tahu tanda-tanda sakit di badan sebenarnya menunjukkan 'sign' tertentu kecelaruan sistem badan. Tanda-tanda di bawah saya petik dari laman FB;



Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda kerana informasi ini cukup bagus sebagai bahan rujukan. Apa- apa pun, kalau ada masalah dengan tubuh badan cepat-cepat lah pergi ke klinik atau hospital walaupun sakit hanya datang sekejap sahaja kerana mungkin dengan datang sekejap adalah untuk memberi clue/hint yang kita ni sebenarnya sakit.


1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).

i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.



2. HIDUNG (Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong).

i) Selsema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

iii) Bersin

a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.



3. BATUK

a. Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.

b. Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.

c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.


4. KERONGKONG

i) Kerongkong kering. Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

ii) Sakit kerongkong. Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.


5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)

i) Bibir pucat

a. Sistem penghadaman yang lemah.

b. Perut mengandungi angin.

c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.

ii) Bibir kering dan pecah. Perut mengandungi banyak bahan toksin.


6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser). Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

iii) Mulut berbau busuk . Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.


7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.

i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.


8. KULIT Berpeluh :

a) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.

b) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.


9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.


10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.


11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.


12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.


13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

a. Sakit Sendi

i) Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

ii) Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).

iii) Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

b) KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

c) KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

d) KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

e) SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

f) SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

g) RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

h) GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).



14. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA. Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

B. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

C. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA

i) Bahagian atas . Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.

ii) Bahagian bawah (tengkuk). Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.

D. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA :Menandakan penyakit migrain.

E. BISUL TERJADI DI KEPALA Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

F. RASA PENING YANG MEMUSING Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.



15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH

a. LOYA/MUNTAH . Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

b. MUNTAH DARAH

i) Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan

ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.


16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.


17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman


18. KENCING

a) KERAP KENCING Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang

b) AIR KENCING BERKAPUR Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

c) AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

d) AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

e) AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.


19. BUANG AIR BESAR

a) CIRIT-BIRIT/KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.

b) SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

c) NAJIS BERDARAH ‘ i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus. ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

d) NAJIS BERWARNA HITAM : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.


20. BADAN

a) RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.

i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.

ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.

iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.

iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

b) BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

c) BADAN TERASA PANAS . Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

d) BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.


21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.


22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.


23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.


24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :

i) Sistem jantung yang lemah.

ii) Sistem saraf otak yang lemah.

iii) Masalah pengaliran darah.



25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.



Disediakan oleh:

Pn. Rusnani Omar

Penolong Pendaftar

Unit Keselamatan & kesihatan Pekerjaan

Universiti Malaysia Perlis.

Tuesday, October 30, 2012

Ibrah Surah Al-Kahfi - Pemilihan Pemakanan yang Baik

[Ibrah Surah al-Kahfi - Pemilihan Makanan]

Pilihlah makanan yang baik. macam mana ingin menentukan makanan itu baik?
Lihat pada panduan di dalam al-Quran iaitu makanan yang HALALAN dan TOYYIBAN.

>> iaitu makanan yang halal dan baik untuk kesihatan yang memenuhi keperluan nutrien harian dan patuh peraturan sains pemakanan.
HALALAN - Kepatuhan makanan itu kepada syariat Allah
TOYYIBAN - Kepatuhan kepada Sunnatullah

Menentukan Halalan - Lihat kepada kandungan makanan
Menetukan Toyyiban - Lihat kepada nutrition facts   

Contoh:
Seeekor unta yang disembelih pada bulan Ramadhan malam Lailatul Qadar keesokannya dimasak kari dimakan oleh seorang pak cik yang mempunyai darah tinggi lalu matilah ia..

Adakah ia makanan yang halal dan baik?
Ya, unta tersebut Halal tapi tidak Toyyiban kerana pesakit darah tinggi tidak sesuai dengan makanan tersebut.

Lihat, betapa Islam benar2 mementingkan pemilihan pemakanan yang Halal dan Baik..

p/s: Di sini saya ingin kaitkan dengan pemakanan suplemen. Jika memilih, pilihlah yang terbaik dan ramai persoalkan ia bukan makanan SUNNAH.. 

-Melihat sesuatu dengan ilmu bukan dengan nafsu-

Thursday, October 4, 2012

Pengambilan Suplemen Sunnah Nabi?

Bila menyebut makanan sunnah, biasanya dikaitkan dengan tamar (kurma), kismis (zabit), buah zaitun, halia, delima, susu, madu lebah… Hingga ada yang risau tentang pengambilan makanan seharian yang tidak mengikut sunnah.
Sunnah Rasulullah SAW adalah makan makanan yang halal dan baik untuk kesihatan, sebagaimana Allah berfirman dalam surah al-Baqarah:
Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi, yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu” (2:168)
Makanan yang baik adalah makanan yang halal dari segi sumbernya dan terbaik dari segi kualitinya, yakni mempunyai zat yang mencukupi. Kekurangan zat makanan bukan saja menjadikan seseorang itu lemah dari segi fizikal, mudah diserang penyakit, malah juga melibatkan kemampuan berfikir dan mengawal emosi.
Rasulullah bersabda:
“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah” HR Muslim.
Ramai orang cuma makan sekadar untuk sedap dan kenyang. Cuba kita perhatikan kebanjiran restoran-restoran atau kedai-kedai atau gerai yang menyediakan makanan yang tidak berkhasiat namun mendapat sambutan yang begitu menggalakkan. Lumrah manusia akan makan mengikut apa yang dilihat di mata dan dirasa oleh hidungnya, bukan mengikut keperluan tubuh badannya. Kerana itulah ada orang yang tidak suka makan sayur, kerana mungkin sayur tak sedap.
Negara2 maju amat menitikberatkan soal nutrisi dalam makanan. Oleh itu mereka mempunyai standard RDA (Recommended Daily Value) mereka sendiri. Biasa dengar bukan, USRDA?
Malangnya, bagi kita, tidak semua orang menitikberatkan pemakanan seimbang. Lebih2 lagi dengan variasi makanan di Malaysia, yang ada macam2 jenis. Pagi2 makan nasi lemak, teh tarik. Kadang2 roti canai. Tengah hari beriani kambing. Malam cuba western food pula. Lepas tu keluar ngeteh dengan kawan2 pula. Tapi bila dah tua2 barulah berpantang itu ini sebab dah kena macam2 jenis penyakit.
Rasulullah bersabda tentang ini:
“Perut manusia tempat segala macam penyakit, dan pencegahan itu pokok dari segala pengubatan” HR al-Dailami.
Jadi, bagaimana untuk mencegah segala penyakit? Ia bermula dengan menjaga pemakanan dan aktiviti. Antaranya…
  • Makan mengikut saranan piramid makanan
piramid makanan
  • Mengambil buah-buahan dan sayuran tempatan kerana masa memetik dan sampai kepada pelanggan adalah lebih singkat dan kurang penggunaan bahan pengawet.
  • Mengambil makanan yang membekalkan cukup vitamin dan zat mineral.
  • Makan mengikut waktu.
  • Minum air yang mencukupi.
  • Bersenam.
Penjagaan pemakanan bukan sekadar makan untuk kenyang, sebaliknya untuk membekalkan seluruh zat keperluan kepada tubuh. Rasulullah SAW sendiri mempunyai tabiat makanan yang baik. Oleh itu Baginda sentiasa cergas dan bersedia dalam melaksanakan tugasnya. Begitu juga dengan para sahabat yang bukan saja memikul tanggungjawab sebagai pemimpin, malah ketua keluarga, ayah, datuk, jiran, kawan, guru, imam dan sebagainya. Tanpa sokongan dari badan yang kuar dan jiwa yang mantap, kita lihat saja kualiti lelaki pada zaman ini. Buat satu kerja sudah penat, buat kerja sikit penatnya banyak, emosi tak terkawal dan sebagainya.
Jadi, makanlah yang baik2, pastikan keluarga kita dibekali pemakanan yang halal dan berkhasiat, yang penting ia adalah dari sumber semulajadi, samada dalam bentuk makanan asal atau pil vitamin ekstrak dari bahan makanan. Walaupun air tangan ibu yang terbaik dan paling berkat, namun makanan yang disuap itu yang membina fizikal dan mental anak-anak.



Friday, June 15, 2012

Anda berisiko Osteoporosis?

Jisim Tulang Anda Merosot?

Boleh cek ketinggian anda dari tahun ke tahun.. Kalau makin menurun itu tandanya anda berisiko OSTEOPOROSIS.

Saya juga alaminya, zaman bujang dulu ketinggian saya 163cm. Bila pregnantkan Widad 2 tahun lepas ketinggian menurun kepada 162cm.

ALAMAKKKKK ketinggian dah merosot.. Dari satu sudut bestlah sebab dah tak tinggi sangat tapi dari satu lagi sudut, AMARAN BAHAYA..

RISIKO OSTEOPOROSIS meningkat.. Tambahan bila anda kerap mengandung dan menyusukan anak, risiko ini lebih2 lagi meningkat jika pengambilan Kalsium dalam diet harian tidak mencukupi..

Apa yang perlu saya dan anda lakukan hari ini?
>> Ambil supplemen kalsium

AWAS!!!!
Kalsium hendaklah diambil bersama Magnesium, Vitamin D dan mineral sepatutnya di dalam nisbah yang tepat bagi memastikan penyerapan yang berkesan oleh badan.

Kalsium yang tidak larut menyebabkan ia tidak boleh diserap oleh badan dan mempunyai risiko menjadi batu(stone)

________
Pemilihan supplemen yang bijak menentukan taraf kesihatan anda kemudian hari.. Jom jadi SuperMom yang sihat, cun melecun.. =)
-----------
Ummu Ainan | Shaklee ID 867161 | 0133570906

Monday, June 11, 2012

Perluke ambil Vitamin?



Mengapa pengambilan vitamin penting?
___________________________________

1) Tubuh kita memerlukan dos yang lebih tinggi untuk sesetengah vitamin

2) Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin ditanam di atas tanah yang kurang subur

3) Mungkin berlaku kehilangan zat makanan semasa proses memasak

4) Gaya hidup anda mungkin mengganggu penyerapan zat makanan

5) Kepelbagaian makanan mungkin terhad dalam hidangan anda

6) Anda mungkin terlalu kerap makan di luar

7) Gaya hidup anda tidak aktif

8) Pekerjaan anda banyak 'STRESS'.

9) Anda kerap dijangkiti demam dan jangkitan-jangkitan lain

Ubah cara hidup yang lebih sihat =)

Ummu Ainan
emal: [email protected]
0133570906

Saturday, June 9, 2012

Kulit Cantik dan Berseri

Kenapa Shaklee perlu digabungkan antara ESP,VITAMIN C, VIT E dan Vit B-Complex?

Kenapa Vitamin Shaklee bersinergi Vit C, B-Complex, Vitamin E dan ESP?

------------------------------------------

Synergy (teamwork) is a major key when taking nutritional supplements.

Kenapa perlu ESP?
Energizing Soy Protein membekalkan kesemua asid amino penting di dalam badan.

Protein merupakan makanan kepada sel.. Daripada sel2 akan membentuk tisu, tisu membentuk organ manakala organ membentuk sistem.

  • Sel>tisu>organ>sistem

Jika sel mendapat makanan yang cukup, sistem badan kita akan sihat dan penyerapan nutrien akan berlaku secara optimum.

Bukanke tiap2 hari kita akan makan protein?
Ya, dalam kehidupan harian, kita tidak lari daripada makan protein iaitu daripada sumber daging, ayam, telur, tenusu.

Tapi tahukah anda melalui proses pemanasan, asid amino penting telah musnah?

Pengambilan protein daripada sumber haiwan yang berlebihan akan menambahkan risiko GEMUK kerana terdapat banyak lemak dan kolesterol pada haiwan.

Dengan pengambilan ESP, anda tidak perlu risau lagi kerana anda mendapat asid amino penting yang cukup.
ESP bukan sahaja bebas kolesterol malah low glisemic index iaitu memberikan tenaga berpanjangan tanpa meningkatkan paras gula dalam darah.

Pengambilan ESP akan membantu membaiki sel2 yang rosak dan telah mati dan menjadikan kulit anda lebih berseri dan bermaya.

Adakah pengambilan ESP sahaja sudah cukup?
Ya, jika anda seorang yang mengamalkan pemakanan yang seimbang dan sihat. Tetapi berapa ramai?
Faktor hidup dan alam sekitar banyak mempengaruhi keperluan diet harian, tanpa sedar nutrien di dalam makanan telah musnah sebelum kita memakannya.

Gabungan Vit B complex, Vitamin C dan Vit E adalah sebagai antioksidan yang menghalang proses oksidasi yang disebabkan oleh radikal bebas iaitu musuh senyap kita.

Pengambilan sinergi Vitamin Shaklee bukan sahaja baik untuk jantung, malah juga bonus untuk mereka yang mementingkan kecantikan.

Proses penuaan adalah sunnatullah iaitu lumrah alam tetapi ada cara untuk melambatkannya..

Ia juga sebagai bonus kepada pasangan suami isteri iaitu bertindak sebagai penjagaan dalaman.

Banyak khasiat yang bakal anda dapat. Kenapa perlu tunggu? Bertindak sekarang sebelum terlambat.. =)


-----
Dapatkan ESP, B-Complex, Vitamin E dan Chew C anda hari ini

Ummu Ainan
Shaklee ID 867161
0133570906

Friday, June 8, 2012

Tanda -Tanda Kurang Kalsium





Antara Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium
---------------------------------
Otot & Saraf:
Kebas dan rasa yang mencucuk keliling mulut, jari-jari tangan dan kaki.
Kejang otot
Wheezing(pernafasan berdehit)
Susah menelan
Suara berubah akibat laryngospasm

Saraf:
Mudah marah, terjejas keupayaan intelektual, kemurungan, dan perubahan personaliti
Letih
Sawan
Lain-lain pergerakan yang tidak terkawal

Jantung
Sesak nafas
Tanda-tanda lemah jantung...cepat penat

Kulit
Rambut kasar
kuku rapuh
Psoriasis (sakit kulit)
Kulit kering

Lagi Tanda-Tanda Kekurangan Kalsium
  • Kekejangan atau kram otot
  • sukar/susah nak tidur
  • Perasaan berdebar2
  • Eczema-penyakit kulit
  • Rapuh kuku
  • Sakit Sendi
  • Tekanan darah tinggi
  • Gigi reput
  • Paras Kolestrol timggi
  • Kebas-kebas kaki dan tangan
  • Rheumatoid arthritis
  • Rickets
Mengikut kajian pengambilan kalsium adalah paling baik jika diambil bersama dengan dengan magnesium. Penyerapan kalsium akan jadi paling baik dengan kehadiran magnesium. Kekurangan magnesium memberi kesan kepada kemampuan tubuh mengawal penggunaan kalsium. Pengambilan kalsium dan magnesium yang tidak seimbang juga boleh menyebabkan penyakit batu karang.

Credit

----------
Shaklee mempunyai suplemen kalsium magnesiun dilengkapi dengan Vitamin D dan bahan mineral lain supaya dapat diserap terus ke dalam badan tanpa menyebabkan mendapan pada organ2 penting.

Ostematrix
*************************************
Hubungi saya Ummu Ainan
Shaklee ID867161
0133570906



Sunday, May 20, 2012

Anemia



  Anemia atau biasa disebut kurang darah adalah keadaan yang mana darah memilki kekurangan sel darah merah atau hemoglobin. Hemoglobin ialah bahagian sel darah merah yang mengandungi zat besi. Keadaan ini menjejaskan pengaliran oksigen dalam tubuh menyebabkan kelesuan, kelelahan dan membuatkan pengidapnya kelihatan pucat. Beberapa penyebab anemia: kemusnahan sel darah merah yang terlampau agresif – sel darah merah membentuk sel2 yang abnormal yang dipanggil sel sabit atau sel sickle kehilangan darah yang banyak – dari kemalangan, kecederaan, tumpah darah atau darah haid yang terlampau banyak badan yang kurang menghasilkan sel darah merah – badan yang kekurangan nutrisi Kekurangan nutrisi yang menyebabkan anemia Zat besi Asid folik Vitamin B12 Satu cara untuk memastikan anda menghidap anemia ialah melalui ujian darah. Anemia amat berbahaya kepada pengidap aterosklorosis, iaitu sejenis penyakit yang mana lemak terkumpul dalam arteri. Sudahlah darahnya kurang, yang ada pun tersekat pula. Ini meninggikan risiko terkena strok.   

Apakah supplement yang boleh membantu?

1)VITA-LEA IRON FORMULA
 Mengandungi zat besi yang membantu mereka yang menghadapi masalah kekurangan zat ini.
Kebiasaannya mereka yang mengalami anemia jenis ini ialah dari kalangan kanak-kanak di bawah 2 tahun, remaja perempuan (yang sudah datang haid), wanita hamil dan warga emas. Faktor yang menyebabkan kekurangan zat besi ialah kurangnya pengambilan zat besi dalam diet harian, atau badan kurang berupaya menyerap zat besi kerana diet yang tidak betul.

2)VITA-C 500MG SUSTAINED RELEASED
Vitamin C membantu tubuh menyerap zat besi.Kajian menunjukkan vitamin C membantu penyerapan zat besi sehingga 2 kali lebih banyak. Vitamin C sustained released dilepaskan secara perlahan-lahan untuk membekalkan vitamin C yang secukupnya kepada tubuh. Ini kerana Vitamin C tidak dapat disimpan oleh tubuh. Tubuh manusia normal memerlukan 500mg vitamun C setiap hari yang bersamaan dengan 7 biji oren.

3)B COMPLEX
 Asid folik membantu mengawal dan mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan asid folik. Vitamin B12 mengelakkan anemia yang disebabkan oleh kekurangan Vitamin B12. Vitamin B5 dan B6 membantu dalam penghasilan sel darah merah. These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Monday, May 14, 2012

Memberi Bayi Makanan Pejal Terlalu Awal Dikaitkan Dengan Risiko Obesiti

Bayi yang diberi makan makanan pejal sebelum 4 bulan berisiko










Bayi yang diberi susu formula yang mula makan makanan pejal sebelum mereka mencapai usia 4 bulan adalah berkemungkinan untuk menjadi obes berbanding dengan yang mula lebih lewat, hasil dari satu kajian.

Penemuan ini menyokong panduan yang mengatakan ibubapa seharusnya menuggu sehingga bayi berada di antara usia 4 hingga 6 bulan untuk mula memberi mereka makanan pejal, kata Dr. Susanna Huh, seorang dari pengkaji utama dari Hospital Kanak-kanak Boston.

“Mematuhi garis panduan tersebut boleh mengurangkan risiko obesiti zaman kanak-kanak,” kata beliau.

Kajian terdahulu telah menunjukkan hasil yang bertentangan sama ada usia bayi mula makan makanan pejal berkait dengan peluang untuk menjadi obes apabila bayi meningkat usia. Ini terutama bagi bayi yang diberi susu formula, peralihan kepada makanan pejal mungkin bermakna satu peningkatan yang ketara dalam jumlah kalori yang diambil mereka.

Dalam kajian ini, Huh dan rakan-rakan membuat pemerhatian terhadap 850 bayi dan ibubapa mereka selama 3 tahun. Apabila bayi berusia 6 bulan, para pengkaji bertanya pada ibu sama ada mereka telah diberi susu ibu – dan jika ya, sudah berapa lama – dan bila mereka mula memberi bayi mereka makanan pejal, seperti bijirin, buah-buahan dan produk tenusu.

Apabila bayi tersebut telah berusia 3 tahun, pengkaji tersebut mengukur tinggi dan berat mereka untuk menentukan kanak-kanak mana yang obes, yang ditakrif sebagai berada dalam kalangan 5 peratus tertinggi dari berat badan ideal (BMI) bagi usia dan jantina mereka.

Bagi bayi yang diberi susu ibu untuk sekurang-kurangnya empat bulan, sebelum mereka mula makan makanan pejal, tidak menunjukkan mereka menjadi obes usia 3 tahun. Tanpa mengira bila mereka mula makan makanan pejal, bayi susuan ibu dalam kajian tersebut hanya berkebarangkalian 1 dari 14 sahaja untuk menjadi obes sebagai kanak-kanak pra-sekolah.

Tetapi penemuan itu, yang telah diterbitkan dalam jurnal Pediatrics, menunjukkan perbezaan bagi bayi yang diberi susu formula bermula dari permulaan lagi, atau yang berhenti menyusu susu ibu sebelum usia 4 bulan.

Bayi-bayi tersebut mempunyai kemungkinan satu dari empat menjadi obes pada usia 3 tahun jika mereka makan makanan pejal sebelum usia 4 bulan. Jika ibubapa menuggu sehingga 4 atau 5 bulan, kemungkinan itu menjadi satu dari 20 sahaja.

Kemungkinan menjadi obes bertambah sekali lagi jika bayi-bayi tidak mula makan makanan pejal sehingga mereka sekurang-kurangnya 6 bulan, tetapi hanya terlalu sedikit daripada bayi-bayi itu untuk pengkaji-pengkaji untuk membuat satu keputusan yang jelas tentang risiko menunggu lebih lama untuk memberi bayi makan makanan pejal.

Di seluruh dunia, para doktor telah mempromosikan pentingnya menyusu susu ibu dalam 4 untuk 6 bulan pertama bayi. Bagaimanapun, di Amerika kira-kira separuh daripada bayi telah diberi susu ibu kurang daripada 4 bulan, atau tidak diberi susu ibu sama sekali, menurut Centers for Disease Control and Prevention.

Susu ibu itu sendiri mengurangkan risiko bayi menjadi obes. Untuk bayi-bayi itu yang dibesarkan dengan susu formula, ia penting untuk ibubapa mereka menunggu sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya empat bulan sebelum memberi makan mereka makanan pejal, kata penyelidik-penyelidik itu.

“Tatkala ibu bapa mungkin mempunyai kesukaran menentukan jumlah yang betul untuk memberi makan seorang bayi yang tidak diberi susu ibu, ia mungkin juga ‘cara bayi-bayi itu makan dan belajar untuk makan mempengaruhi risiko obesiti mereka,’” kata Huh.

Dr. David McCormick, seorang pakar kanak-kanak di The University of Texas Medical Branch di Galveston, berkata yang masalah paling biasa beliau lihat ialah ibu bapa menambah bijirin kepada susu formula tanpa terfikir tentang tambahan kalori yang mereka beri kepada bayi mereka.

“Saya rasa itu adalah apa ramai orang lakukan tanpa disedari, berpendapat bayi itu akan menjadi semakin sihat atau membesar lebih cepat,” jelas McCormick, yang tidak terbabit dalam kajian tersebut.

“Itulah bagaimana (orang dewasa) menjadi terlebih berat,” katanya. “Mereka makan lebih sedikit daripada yang mereka sepatutnya setiap hari.”

Kajian tersebut menunjukkan berbicara dengan ibu bapa tentang bila untuk menambah makanan pejal bagi diet seorang bayi adalah sesuatu yang pakar pediatrik harus lakukan secara tetap, McCormick berkata. Memberi makanan pejal terlalu awal, sama ada bersama dengan susu formula atau berasingan, “ialah seakan menyediakan anak anda untuk obesiti.”

Lagi, katanya, “Kita tahu dari kajian lain bahawa jika anda terlebih berat badan atau obes pada usia 3 tahun, anda sangat berkemungkinan untuk kekal menjadi obes.”

credit

Amalan Pemakanan Yang Kurang Baik Boleh Merendahkan IQ Kanak-kanak

Diet yang banyak makanan telah diproses ketika berusia tiga tahun dikaitkan dengan IQ lebih rendah ketika berusia lapan tahun setengah.







Diet yang tinggi lemak, gula dan makanan telah diproses merendahkan IQ kanak-kanak, rumus satu kajian. Laporan itu berkata tabiat pemakanan pada usia tiga tahun membentuk prestasi otak apabila ia menjadi lebih berusia.

Diet yang banyak makanan telah diproses ketika berusia tiga tahun dikaitkan secara langsung dengan IQ lebih rendah ketika berusia lapan tahun setengah, menurut satu kajian berpusat di Bristol terhadap ribuan kanak-kanak Britain.

The Avon Longitudinal Study of Parents and Children telah membuat pemerhatian terhadap kesihatan dan kesejahteraan jangka masa panjang kira-kira 14,000 kanak-kanak.

Makanan terutamanya yang kaya dengan vitamin dan nutrien telah membantu meningkatkan prestasi otak apabila kanak-kanak membesar, nyata laporan Journal of Epidemiology and Community Health.

Para penyelidik berkata diet kanak-kanak kecil itu boleh mengubah tahap IQ pada zaman kanak-kanak nanti, sekalipun tabiat pemakanan diperbaik dengan peningkatan umur.

"Ini mencadangkan bahawa sebarang kesan kognitif/kelakuan berkaitan dengan tabiat pemakanan dalam awal alam kanak-kanak mungkin berterusan hingga ke zaman kanak-kanak, walaupun ada perubahan berikutnya pada pengambilan makanan," nyata tulisan tersebut.

Semasa kajian, ibu bapa menjawab soal selidik yang memperincikan jenis-jenis dan kekerapan makanan dan minuman yang diberikan kepada anak-anak mereka apabila mereka berusia tiga, empat, tujuh dan lapan tahun setengah.

Setiap peningkatan satu mata dalam markah kajian corak pemakanan (satu rekod pengambilan lemak terproses) dikaitkan dengan kemerosotan 1.67 mata IQ.

Otak membesar pada kadar paling pantasnya semasa tiga tahun pertama kehidupan.

"Ia adalah mungkin pemakanan yang baik sepanjang tempoh ini boleh menggalakkan pertumbuhan optimum otak," tambah laporan itu.

Pengarah penyelidikan The School Food Trust, Michael Nelson, berkata: "Dengan kira-kira 23 peratus daripada kanak-kanak yang mula bersekolah terlebih berat atau obes, ia adalah sangat jelas bahawa pilihan yang menyihatkan dalam perkembangan awal mereka itu adalah memberi mereka kebaikan, bukan sahaja untuk mengekalkan berat yang sihat semasa mereka membesar, tetapi sebagaimana bukti ini menunjukkan, ia juga untuk meningkatkan kebolehan mereka untuk mencapai keputusan yang baik di sekolah.

"Penemuan ini juga menunjukkan pentingnya membantu semua yang terlibat dengan perkembangan awal kanak-kanak untuk mendapat maklumat dan nasihat yang mereka perlukan berkenaan pemakanan yang baik."

Definisi makanan telah diproses: makanan yang telah dirawat secara khusus (contohnya pengeringan, pembekuan, pengetinan) untuk menjadikannya tahan lama, memperbaik rupanya atau menjadikannya lebih mudah digunakan.

credit

Turunkan Berat Badan

Mengapa Turunkan Berat Badan?

Jika anda ada terlalu banyak lemak – terutamanya jika kebanyakannya pada pinggang anda – anda berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah tinggi dan kencing manis. Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Statistik ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama dan sendirian bagi penyakit jantung.

 BMI anda: Indeks jisim tubuh (BMI) menilai berat badan anda relatif kepada ketinggian. Ianya satu ukuran komposisi tubuh yang berguna kerana ia menghubungkaitkan lemak tubuh dalam kebanyakan orang. Jika indeks jisim tubuh anda ialah 25.0 atau lebih, anda akan mendapat manfaat dengan menurunkan nombor anda ke bawah 25. Jika BMI anda adalah 30.0 atau lebih tinggi, anda pada risiko jelas bagi mendapat masalah kesihatan jantung.

Mengapa Menurunkan Berat Badan Penting Untuk Kesihatan Saya?

Bayangkan membawa beg galas 10 kg sepanjang hari, setiap hari. Ia membebankan, samalah juga seperti berat badan berlebihan. Apabila anda membuang lemak berlebihan dan berat yang tidak diperlukan, anda mengurangkan beban jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda. Anda memberikan diri anda pemberian untuk hidup dengan aktif, merendahkan tekanan darah anda dan juga membantu anda rasa diri lebih baik dan yakin.

Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Menurunkan Berat Badan?

Jika anda terlebih berat badan atau obes, anda boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung dengan menurunkan berat badan dan mengekalkannya. Malah menghilangkan seserendah dua atau tiga kilogram boleh memberikan penurunan tekanan darah yang dramatik.

Ketahui keperluan kalori anda: Apabila merancang untuk menghilangkan berat badan, ianya penting untuk memahami apakah pengambilan kalori yang disarankan yang perlu bagi jantina, umur dan tahap aktiviti fizikal anda.

Kesan dan jejak kalori anda: Walau jika anda menjejak apa yang anda makan selama beberapa hari, anda akan belajar banyak tentang tabiat anda. Kira jumlah kalori makanan yang anda makan berbanding dengan kalori tenaga yang anda gunakan pada tahap aktiviti fizikal anda. Ianya adalah berkaitan dengan mengimbangkan kalori masuk dan kalori keluar, dan belajar merancang sewajarnya untuknya.

credit

Saturday, May 12, 2012

Radikal Bebas, Penyakit dan Penuaan


Kemajuan dalam bidang perubatan sejak se abad yang lalu telah meningkatkan jangka hayat manusia sebanyak 50%. Pembangunan sistem pembetungan yang maju, air bersih, antibiotik, vaksin dan kebersihan diri telah berjaya menghapus- kan kebanyakan penyakit berjangkit. Jangka hayat dapat dipanjangkan dan penyakit akut bukan lagi penyebab kematian utama.

Namun begitu, terdapat banyak kematian yang disebabkan oleh penyakit kronik, seperti kanser, lemah jantung dan lain-lain penyakit yang berpunca dari kelemahan dan ketidakfungsian sistem imun. Penyakit-penyakit yang membuat pengidapnya kurang berupaya dan perlu bergantung kepada orang lain. Ketidakupayaan meningkat dalam beberapa tahun terakhir kehidupan, begitu juga dengan penyakit, yang menjadikan kematian satu proses panjang yang mahal dan menyakitkan.

Persoalannya: Apakah yang menyebabkan penuaan dan penambahan penyakit
dan ketidakupayaan apabila usia makin meningkat?

Daripada berbagai teori mengenai penuaan, sehingga kini hanya teori radikal bebas yang diterima ramai. Teori ini mula diketengahkan oleh Professor Denham Harman pada tahun 1954. Ia menyatakan bahawa penuaan disebabkan oleh pengumpulan perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas.

Dari mana datangnya radikal bebas dan apa kesannya?

Sel badan kita menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga. Di dalam proses tersebut, kadang-kadang oksigen akan bertindakbalas dengan sebatian badan dan menghasilkan molekul yang sangat tidak stabil. Molekul ini dikenali sebagai radikal bebas. Selain dari proses biasa badan kita, faktor alam sekitar seperti pencemaran udara, asap rokok, radiasi, bahan kimia dan lain-lainnya akan menambahkan lagi pembentukan radikal bebas. Masalah akan timbul
apabila jumlah radikal bebas melebihi daripada yang mampu dihapuskan oleh sistem badan. Keadaan dikenali sebagai stres pengoksidaan. 

 
Radikal bebas adalah molekul yang elektronnya tidak mempunyai pasangan. Ini membuat ia menjadi tidak stabil dan tersangat reaktif. Untuk kembali stabil, radikal bebas akan segera merampas elektron dari sebatian yang stabil tetapi lemah pertahanannya. Sebatian tersebut adalah sel badan kita. Pencerobohan ini merosakkan sel, merubah fungsi dan juga DNAnya. Kerosakan ini melibatkan semua sel baru yang mewarisi DNA tersebut. Semakin usia meningkat semakin
bertambahlah sel badan yang rosak, justeru semakin banyaklah fungsi semula- jadi badan yang tergendala dan ianya mengundang berbagai masalah kesihatan.

Kajian-kajian yang dijalankan di zaman moden ini telah menemui pertalian antara stres pengoksidaan dengan lebih dari 200 jenis penyakit. Antaranya kanser, arthritis, kencing manis, penyakit buah pinggang, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson, buta akibat usia dan lain-lain penyakit degeneratif.

Bagaimana menangani radikal bebas?

Badan kita memerlukan anti-oksidan untuk memusnahkan radikal bebas.
Namun begitu badan kita tidak mengeluarkan anti-oksidan, ia bergantung kepada bekalan yang diperolehi dari makanan kita. Seperti yang telah diketahui ramai, anti-oksidan boleh diperolehi dari Vitamin C, VitaminE dan beta karotina.

Penyakit Kanser - Punca dan Rawatan Alternatif


Nampaknya apa saja yang kita buat atau makan dewasa ini dikatakan menjadi punca kanser. Pendedahan yang berlebihan kepada cahaya matahari dikatakan akan meningkatkan risiko kanser kulit. Asbestos dan asap rokok menyebabkan kanser paru-paru, yang merupakan penyumbang tertinggi kepada statistik kematian yang disebabkan kanser. Apa lagi ya? Radiasi, daging/sate hangus, lemak, sakarin (gula tiruan) dan karsinogen (bahan yang boleh menyebabkan kanser) seperti racun serangga dan racun rumpai.

Kita juga mempercayai bahawa baka merupakan faktor utama yang meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser. Namun begitu kajian mendapati bahawa 80 hingga 90 % pesakit kanser datang dari keluarga yang tidak mempunyai sejarah kanser.

Apa lagi yang kita tidak tahu? Ramai penyelidik memberikan berbagai teori mengenai punca sebenar kanser. Namun begitu tiada satu pun teori yang dapat menjelaskan kepelbagaian aspek kanser dan perkembangan penyakit tersebut dalam tubuh manusia.

Dr. Peter Kovacic menulis satu ulasan yang menyeluruh mengenai teka-teki perubatan ini di dalam Current Medicinal Chemistry 2001. Beliau mengatakan dari banyak-banyak teori yang telah dimajukan, hanya teori stres oksidatif yang terbukti kebenarannya. Ia boleh menjelaskan secara rasional dan mengaitkan secara sistematik kebanyakan aspek mengenai karsinogenesis (perkembangan kanser).

Apa itu stres oksidatif? Secara mudah stres oksidatif adalah kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas. Stres oksidatif yang berlaku di dalam badan adalah punca asas sebahagian besar penyakit digeneratif kronik. Untuk mudah bagi anda melihat kesan stres oksidatif, cuba lihat gambar keluarga yang mengandungi berbagai generasi. Perhatikan kulit mereka, anda akan nampak perbezaan yang besar di antara kulit ahli keluarga yang muda dengan yang tua. Kesan yang ada nampak itu disebabkan oleh stres oksidatif pada kulit. Keadaan yang sama juga berlaku di dalam tubuh kita. Jadi kalau inginkan kulit yang cantik, bukan losyen pelembab jawapannya. Anda boleh memperbaiki keadaan ini dengan mengambil makanan atau suplemen yang kaya dengan antioksidan, satu bahan yang boleh menghapuskan radikal bebas dan memulihkan kerosakan yang disebabkan olehnya.

Kajian Dr. Kovacic menyokong bukti perubatan yang semakin banyak ia-itu apabila terdapat banyak radikal bebas berhampiran dengan nukleus sel, akan berlaku kerosakan teruk kepada DNA sel tersebut. Bila karsinogen menyerang, sistem tubuh akan memperbaiki DNA yang rosak. Namun apabila terlalu banyak stres aksidatif, sistem badan tidak lagi mampu memperbaiki kerosakan yang akan membawa kepada terjadinya mutasi (perubahan) DNA. Apabila sel berkenaan membiak (berpecah dua), DNA yang mengalami mutasi akan turut dibawa ke sel yang baru dibentuk. Bila DNA yang dimutasi ini terus terdedah kepada stres oksidatif, lebih banyak kerosakan akan terjadi. Sel berkenaan akan mula tumbuh di luar kawalan dan mempunyai kehidupan sendiri. Ia membina kemampuan untuk merebak dari satu bahagian badan ke bahagian yang lain (metastasis), lalu menjadi kanser. Di dalam tubuh orang dewasa, kanser mungkin mengambil masa 20 hingga 30 tahun untuk berkembang dari mutasi awal DNA. Di dalam tubuh kanak-kanak ia berkembang dengan lebih cepat kerana pembiakan sel yang lebih cepat.

Para doktor biasanya mendiagnosis kanser apabila ia sudah mencapai peringkat akhir perkembangannya. Malangnya ketika kanser sudah berkembang ke satu tahap yang boleh menyebabkan gejala atau dapat dikesan melalui sinar-x, ia selalunya sudah berkembang selama lebih dari 10 hingga 20 tahun. Pada masa itu tidak banyak yang doktor dapat lakukan untuk membantu pesakitnya. Ada seorang pesakit kanser paru-paru disyorkan menjalani rawatan kemoterapi oleh onkologisnya, satu prosedur yang dikatakan dapat membawa kanser tersebut kepada "remission" dengan 40% kejayaan. Pesakit bertanya apa maksud remission? Onkologis menjawab, "Jika kanser awak dapat di bawa kepada remission, hidup awak akan dapat dipanjangkan selama 3 bulan lagi." Ini cerita tragis bagi kebanyakan orang yang mengidap kanser.

Dewasa ini kita kalah dalam perjuangan menentang kanser. Terdapatkah sebarang keraguan yang penyakit malignan ini perlu diperangi dari peringkat awal perkembangannya sebelum kita dapat melihat penurunan dalam kadar kematian yang berpunca darinya? Anda tahu kita mempunyai harapan, rawatan alternatif. Memahami peranan stres oksidatif dalam perkembangan kanser memberikan kita kemungkinan baru dalam pencegahan dan perawatan kanser.

Punca Penyakit Jantung - Benarkah Kolesterol?


Saban hari kita diingatkan mengenai bahaya kolesterol, antaranya ia merupakan punca penyakit jantung. Statistik menunjukkan bahawa penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di Malaysia. Bilangan kematian akibat penyakit jantung di hospital Kerajaan pada tahun 2005 adalah 5,247 orang. Seperti saya, anda juga tentu percaya bahawa kolesterollah punca penyakit jantung.

Kita semua tahu yang kolesterol HDL adalah baik dan kolesterol LDL tidak baik. Kita juga tahu bahawa kolesterol LDL akan terkumpul di dinding arteri dan menyebabkan penyempitan pembuluh darah. Kolesterol HDL datang untuk membersihkan dinding arteri dari kolesterol LDL. Kita juga diberitahu semakin rendah nisbah antara jumlah kolesterol berbanding kolesterol HDL, semakin rendah risiko kita mendapat penyakit jantung.

Tahukah anda bahawa kolesterol LDL sebenarnya bukan tidak baik. Kolesterol LDL dalam keadaan asal adalah baik. Badan kita memerlukannya untuk membina membran sel, bahagian sel yang lain dan berbagai-bagai hormon. Sekiranya kita tidak mendapat cukup kolesterol LDL dari makanan, badan kita sendiri akan membuat kolesterol tersebut. Yang menjadi masalah adalah kehadiran radikal bebas, yang menukar bentuk (mengoksida) kolesterol LDL dan menjadikannya tidak baik. Bekalan anti-oksidan yang cukup akan menyelesaikan masalah tersebut. Anda tidak memerlukan ubat yang mahal untuk menurunkan paras kolesterol LDL dalam tubuh anda.

Anda mungkin terkejut atau tidak percaya jika saya katakan kolesterol bukan penyebab penyakit jantung seperti yang selalu digambarkan oleh media. Mengikut kajian, penyebab sebenar penyakit jantung adalah radang pembuluh darah. Kajian yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine keluaran 23 Mac 2000, menunjukkan lebih separuh dari mereka yang mendapat serangan jantung mempunyai paras kolesterol yang normal. Penemuan ini merupakan satu revolusi dalam rawatan dan pencegahan serangan jantung. Daripada berusaha untuk menurunkan paras kolesterol anda sepatutnya mencari jalan bagaimana untuk mengurangkan punca yang menyebabkan radang pembuluh darah. Cara ini boleh memberi kesan besar dalam pencegahan dan pemulihan penyakit jantung.

Kolesterol LDL bukan satu-satunya penyebab masalah radang pembuluh darah. Penyebab utama radang pembuluh darah adalah sesuatu yang dipanggil homosistein dan radikal bebas. Masalah hanya akan timbul apabila kolesterol LDL dioksida oleh radikal bebas. Tanpa radikal bebas, kolesterol LDL tidak akan bertukar menjadi tidak baik. Pernahkah anda mendengar tentang homosistein? Homosistein adalah bahan yang terhasil ketika tubuh kita menghadam makanan, sama seperti radikal bebas. Masalah akan timbul apabila jumlah homosistein yang dihasilkan adalah berlebihan. Dianggarkan lebih kurang 15% dari semua serangan jantung dan strok di seluruh dunia hari ini disebabkan oleh paras homosistein dalam darah yang tinggi.

Pada tahun 1990, kajian oleh Profesor Dr. Stampfer dari Harvard Public Health School mendapati bahawa sedikit sahaja peningkatan dalam paras homosistein boleh menyebabkan peningkatan risiko mendapat penyakit jantung sebanyak tiga kali ganda. Dalam New England Journal of Medicine keluaran Februari 1995 pula, Dr. Jacob Selhub, Ph.D., melaporkan bahawa paras homosistein dalam darah yang tinggi akan meningkatkan risiko penyempitan dua arteri yang membekalkan darah ke otak (yang akan menyebabkan strok). Selain dari itu Dr. Selhub juga melaporkan bahawa pesakit yang mempunyai paras homosistein yang tinggi juga mempunyai paras asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang rendah dalam tubuh mereka.

Kalau dulu dipercayai bahawa punca penyakit jantung dan strok adalah kolesterol, kajian-kajian dijalankan di abad ke 21 telah membuktikan bahawa homosistein merupakan puncanya. Namun begitu kita tidak perlu bersusah hati kerana masalah tersebut dapat diatasi dengan mengambil bekalan anti-oksidan, asid folik, vitamin B12 dan vitamin B6 yang cukup.

Rujukan:

Buku "What Your Doctor Doesn't Know About Nutritional Medicine May Be Killing You (Apa Yang Doktor Anda Tidak Ketahui Mengenai Ubat Pemakanan Mungkin Membunuh Anda)" karangan Dr. Ray Strand, seorang doktor perubatan.

Beliau menulis buku tersebut selepas mengkaji lebih dari 1,300 kajian klinikal yang diterbitkan di dalam jurnal perubatan terkenal. Apa yang mendorong beliau membuat kajian tersebut adalah setelah melihat isterinya, Liz, sembuh dari penyakit fibromialgia apabila mengambil pemakanan tambahan tertentu. Pakar perubatan tidak berjaya menyembuhkan penyakit Liz dan  Dr. Strand sendiri tidak tahu apa yang beliau boleh lakukan untuk menolongnya. Melihat keadaan isterinya yang begitu menderita dan tiada apa lagi yang beliau boleh lakukan, beliau pun membenarkan Liz mencari rawatan alternatif.


credit

Penyusuan Susu Ibu vs. Supplement – Salah Faham dan Keraguan

Pernahkah anda terfikir, kenapa bila mengandung hospital / klinik bekalkan kita (suplemen) vitamin-vitamin untuk membantu ibu dan bayi dalam kandungan sihat..

 Tapi kenapa apabila menyusukan anak, kita langsung tidak disarankan oleh pihak berwajib untuk mengambil suplemen.. Malah ada sesetengah yang menentang keras pengambilan suplemen dan mengatakan cukup dengan pengambilan makanan seimbang sahaja.

PELIK kan?? padahal nutrisi - kalori dan tenaga yang diperlukan oleh ibu menyusu lebih daripada ibu hamil dan wanita biasa. Dan pulak, bayi yang menyusu susu ibu secara EKSLUSIF bergantung sepenuhnya kepada susu ibu. credit


Mengapakah ibu hamil dibekalkan dengan pil vitamin tapi tidak ibu yang menyusukan?
Ini adalah kerana target pihak kesihatan sedunia untuk mengelakkan/mengurangkan risiko semasa hamil dan kelahiran, terutama yang melibatkan bayi dan ibu tersebut. Ibu hamil yang tidak cukup nutrisi terdedah kepada banyak risiko kesihatan, misalnya anemia. Dan ia boleh memberi kesan kepada bayi yang dikandung. Terdapat kajian yang menyatakan, kekurangan nutrisi semasa kehamilan mendedahkan bayi tersebut kepada risiko penyakit kronik apabila dewasa kelak.

Begitu juga dengan saat-saat menghadapi kelahiran. Ibu memerlukan nutrisi yang cukup bagi mengelakkan risiko semasa kelahiran misalnya tumpah darah yang boleh menyebabkan maut. Jadi nutrisi tambahan adalah penting untuk ibu hamil. Saban tahun di kawasan penduduk miskin di negara-negara seperti India, di mana kesedaran tentang nutrisi tambahan adalah kurang, bilangan kematian ibu dan bayi kian meningkat. Malah di India, amalan pemberian madu lebah kepada bayi baru lahir meningkatkan risiko kematian bayi.
Berbeza dengan individu lain, sekalipun ibu yang menyusukan kerana ia tidak lagi melibatkan risiko seperti di atas. Tidak ada doktor yang menyuruh pesakitnya mengambil vitamin, melainkan pesakitnya menunjukkan ciri-ciri kekurangan vitamin, ataupun doktor tersebut adalah ejen/penjual vitamin. Jadi, selain dalam keadaan sakit dan berisiko, pengambilan vitamin tambahan adalah pilihan.

Namun, ternyata pilihan mengambil vitamin tambahan adalah yang terbaik, kerana:
  • Pengambilan antioksidan memusnahkan radikal bebas dalam badan – mengurangkan risiko terkena kanser dan penuaan pramatang.
  • Memberi nutrisi yang cukup demi menampung keperluan vitamin dan mineral harian.
  • Membina dan memulihkan sel-sel yang rosak akibat pemakanan yang tidak sihat, pencemaran alam sekitar seperti asap rokok dan kenderaan, stress dan sebagainya.
  • Memulihkan tenaga terutama bagi mereka yang sibuk.
  • Memberi makanan kepada sel, bukan sekadar makanan perut untuk kenyang sahaja.
  • Banyaknya kemusnahan yang berlaku pada sumber vitamin dari bahan makanan asli.
  • Makanan yang diproses, meskipan pada asalnya berkhasiat, namun pengawet atau bahan lain yang dicampur mengurangkan khasiatnya.
  • Memerlukan 25% lebih kalori dari orang lain.
  • Memerlukan lebih kalsium.
  • Memerlukan zat besi, vitamin B, dan mineral-mineral lain.

Bagi Muslim, menjaga kesihatan termasuk dalam 5 perkara : Sihat sebelum sakit. Orang Islam perlu berada dalam keadaan sihat dan sentiasa bersedia bagi memudahkan urusan ibadah dan sebagainya. Sebelum mengalami kekurangan vitamin, atasinya dengan mengambil pemakanan tambahan agar badan kita terpelihara dari sebarang gejala kekurangan vitamin.

Bagi ibu yang menyusukan anak, benar tanpa pengambilan vitamin, susu badan tetap berkualiti. Namun sebagai individu yang istimewa, seorang ibu menyusu memerlukan lebih nutrient dari orang lain.

Ibu yang mengalami malnutrition (tidak cukup nutrisi) masih mampu menghasilkan susu yang banyak, bergantung kepada keperluan bayi dan kekerapan ibu membuat stimulasi kepada payudaranya. Namun untuk memastikan kesihatan ibu berada di tahap optimum, yang mana dalam beberapa kes, nutrisi dalam badan ibu diserap ke dalam susu, misalnya vitamin B, menyebabkan ibu menghadapi kekurangan vitamin tersebut. Tidak hairanlah ibu menyusu lebih cepat kepenatan dan lesu.

Namun itu tidak bermakna, ibu yang kurang nutrisi patut memberhentikan penyusuan, tidak sama sekali. Walau bagaimana kurang nutrisi yang dihadapi oleh seorang ibu itu, susu badan adalah yang terbaik bagi bayinya.

Jadi, terpulanglah kepada diri sendiri. Pengambilan vitamin tambahan bukan perkara wajib, namun bagi menjaga kesihatan, ia adalah perlu. Ramai tokoh negarawan dan orang terkenal yang kelihatan sihat, cantik, gagah dan cerdas adalah pengamal vitamin tambahan termasuk Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri), Aunty Nani Rostam (bekas model, ibu kepada Hanis Zalikha) dan ramai lagi. credit


Friday, May 11, 2012

5 Sebab Senaman TAK Wajib Untuk Kurangkan Berat Badan


Ingin kurangkan berat badan tapi tiada masa untuk bersenam? Jangan jadikan senaman sebagai penghalang untuk kurangkan berat badan sekarang kerana ia tidak wajib. Betul ke? Biar saya jelaskan dengan 5 contoh:
  1. Bulan puasa. Pada bulan ramadhan ramai yang kurangkan berat badan walaupun tidak bersenam langsung. Padahal, aktiviti fizikal pada bulan mulia itu kurang lagi berbanding bulan yang lain.
  2. Sakit. Sekiranya anda demam atau sakit yang memaksa diri anda berehat, berat badan pun menurun.
  3. Nelayan dan petani. Mereka tiada senaman yang khusus. Yes gaya hidup mereka aktif tapi tidaklah perlukan senaman tambahan seperti jogging, gym dan lain-lain.
  4. Berat tak turun walaupun bersenam. Ramai yang email saya mengatakan bahawa mereka giat aktif lakukan senaman jogging ataupun di gym tetapi berat badan tidak menganyak pun. Adakah itu salah senaman atau memang senaman tidak memainkan peranan?
  5. Semasa isteri saya mengandung pada 2010, saya memang kurang bersenam. Boleh dikatakan tidak bersenam langsung. Tapi adakah berat badan saya meningkat? Tidak! Yes otot tu berkurangkan tapi sebaliknya berat saya tidak berubah.

Jadi senaman tu tak perlu untuk kurang berat?

Well perlu tapi tidak wajib. Hukumnya “harus”! Senaman membantu cepatkan proses penurunan berat badan dengan tingkatkan keluaran kalori tapi selagi pengambilan kalori tidak melebihi pengeluaran (aktiviti), maka berat akan kurang ikut kadar 7,700 kalori untuk setiap kg berat badan.
selagi pengambilan kalori tidak melebihi pengeluaran (aktiviti), maka berat akan kurang ikut kadar 7,700 kalori untuk setiap kg berat badan

Apa yang anda WAJIB tahu untuk kurangkan berat badan tanpa senaman?

Ok bab in yang paling penting. Untuk kurangkan berat tanpa senaman anda wajib tahu dan amalkan yang berikut:
  1. Ketahui keperluan kalori seharian (DCR – daily calorie requirement) unik anda. Ia bergantung kepada umur, berat, tinggi, jantina dan gaya hidup.
  2. Pandai menghitung kalori pemakanan seharian anda. Jangan biarkan ia lebih dari DCR anda.
  3. Kalori dibakar dimana-mana, termasuk semasa berjalan, naik-turun tangga, kemas rumah dan lain-lain. Pastikan gaya hidup seaktif boleh.
  4. Kadar penurunan berat badan lebih perlahan tanpa senaman. Kalau dengan senaman 3x seminggu boleh kurang 1-2 kg seminggu tapi tanpa senaman atau gaya hidup yang aktif, mungkin cuma 0.5-1kg seminggu.
"…dengan senaman 3x seminggu boleh kurang 1-2kg seminggu tapi tanpa senaman atau gaya hidup yang aktif, mungkin cuma 0.5-1kg seminggu".

Walaupun senaman tidak wajib untuk kurangkan berat badan, 
INGAT: Senaman tu penting untuk kekalkan kekuatan otot, tulang dan sistem kardiovaskular. Tak bestlah jugak kalau anda dah kurus tetapi tidak bermaya.
Credit 




Dengan Shaklee anda proses penurunan akan menjadi lebih mudah iaitu penggunaan 3 asas untuk menurunkan berat badan iaitu:-

1) Detox (alfalfa/Herb Lax)
Kenapa perlu detox? 
Para penyelidik dan pakar-pakar penjagaan kesihatan bercaya bahawa sisa makanan dan toksin yang terkumpul di dalam badan dalah penyebab utama bagi penyakit dan penuaan pramasa.Penyahtoksinan secara kerap untuk menyingkirkan bahan buangan dan toksin yang berbahaya ini membantu meningkatkan kesihatan dan kecergasan dan memudahkan badan untuk menyerap nutrien-nutrien yang diperlukan tubuh.

2) Pemecah lemak (Lecithin/Omega Guard)
Selepas detox dilakukan, lecithin/omega guard akan bertindak dengan lebih mudah tanpa halangan-halangan toksin dalam badan yang membuatkan proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.
Lecithin merupakan emulsifier semulajadi yang diekstrak daripada kacang soya bertindak untuk memecahkan lemak-lemak degil dan bergabung dengan air untuk dikeluarkan melalui pembuangan air besar.

3) Protein ESP/Mealshakes/Cinch
Protein sangat diperlukan untuk pembentukan otot selepas pemecahan lemak supaya badan tidak kendur. Pemilihan protein yang tepat dapat membantu memulihkan sistem fungsi tubuh kerana setiap sel di dalam badan semuanya terdiri daripada protein. Jadi jika sel-sel badan sihat badan dapat menyerap nutrien yang diambil secara optimum dan menjadikan badan lebih bertenaga


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...