Tapi kenapa apabila menyusukan anak, kita langsung tidak disarankan oleh pihak berwajib untuk mengambil suplemen.. Malah ada sesetengah yang menentang keras pengambilan suplemen dan mengatakan cukup dengan pengambilan makanan seimbang sahaja.
PELIK kan?? padahal nutrisi - kalori dan tenaga yang diperlukan oleh ibu menyusu lebih daripada ibu hamil dan wanita biasa. Dan pulak, bayi yang menyusu susu ibu secara EKSLUSIF bergantung sepenuhnya kepada susu ibu. credit
Mengapakah ibu hamil dibekalkan dengan pil vitamin tapi tidak ibu yang menyusukan?
Ini adalah kerana target
pihak kesihatan sedunia untuk mengelakkan/mengurangkan risiko semasa hamil dan
kelahiran, terutama yang melibatkan bayi dan ibu tersebut. Ibu hamil yang tidak
cukup nutrisi terdedah kepada banyak risiko kesihatan, misalnya anemia. Dan ia
boleh memberi kesan kepada bayi yang dikandung. Terdapat kajian yang
menyatakan, kekurangan nutrisi semasa kehamilan mendedahkan bayi tersebut
kepada risiko penyakit kronik apabila dewasa kelak.
Begitu juga dengan saat-saat
menghadapi kelahiran. Ibu memerlukan nutrisi yang cukup bagi mengelakkan risiko
semasa kelahiran misalnya tumpah darah yang boleh menyebabkan maut. Jadi
nutrisi tambahan adalah penting untuk ibu hamil. Saban tahun di kawasan
penduduk miskin di negara-negara seperti India, di mana kesedaran tentang
nutrisi tambahan adalah kurang, bilangan kematian ibu dan bayi kian meningkat.
Malah di India, amalan pemberian madu lebah kepada bayi baru lahir meningkatkan
risiko kematian bayi.
Berbeza dengan individu lain,
sekalipun ibu yang menyusukan kerana ia tidak lagi melibatkan risiko seperti di
atas. Tidak ada doktor yang menyuruh pesakitnya mengambil vitamin, melainkan
pesakitnya menunjukkan ciri-ciri kekurangan vitamin, ataupun doktor tersebut
adalah ejen/penjual vitamin. Jadi, selain dalam keadaan sakit dan berisiko,
pengambilan vitamin tambahan adalah pilihan.
Namun, ternyata pilihan
mengambil vitamin tambahan adalah yang terbaik, kerana:
- Pengambilan antioksidan memusnahkan radikal bebas dalam badan – mengurangkan risiko terkena kanser dan penuaan pramatang.
- Memberi nutrisi yang cukup demi menampung keperluan vitamin dan mineral harian.
- Membina dan memulihkan sel-sel yang rosak akibat pemakanan yang tidak sihat, pencemaran alam sekitar seperti asap rokok dan kenderaan, stress dan sebagainya.
- Memulihkan tenaga terutama bagi mereka yang sibuk.
- Memberi makanan kepada sel, bukan sekadar makanan perut untuk kenyang sahaja.
- Banyaknya kemusnahan yang berlaku pada sumber vitamin dari bahan makanan asli.
- Makanan yang diproses, meskipan pada asalnya berkhasiat, namun pengawet atau bahan lain yang dicampur mengurangkan khasiatnya.
- Memerlukan 25% lebih kalori dari orang lain.
- Memerlukan lebih kalsium.
- Memerlukan zat besi, vitamin B, dan mineral-mineral lain.
Bagi Muslim, menjaga kesihatan
termasuk dalam 5 perkara : Sihat sebelum sakit. Orang Islam perlu berada dalam
keadaan sihat dan sentiasa bersedia bagi memudahkan urusan ibadah dan
sebagainya. Sebelum mengalami kekurangan vitamin, atasinya dengan mengambil pemakanan
tambahan agar badan kita terpelihara dari sebarang gejala kekurangan vitamin.
Bagi ibu yang menyusukan anak,
benar tanpa pengambilan vitamin, susu badan tetap berkualiti. Namun sebagai
individu yang istimewa, seorang ibu menyusu memerlukan lebih nutrient dari
orang lain.
Ibu yang mengalami malnutrition
(tidak cukup nutrisi) masih mampu menghasilkan susu yang banyak, bergantung
kepada keperluan bayi dan kekerapan ibu membuat stimulasi kepada payudaranya.
Namun untuk memastikan kesihatan ibu berada di tahap optimum, yang mana dalam
beberapa kes, nutrisi dalam badan ibu diserap ke dalam susu, misalnya vitamin
B, menyebabkan ibu menghadapi kekurangan vitamin tersebut. Tidak hairanlah ibu
menyusu lebih cepat kepenatan dan lesu.
Namun itu tidak bermakna, ibu
yang kurang nutrisi patut memberhentikan penyusuan, tidak sama sekali. Walau
bagaimana kurang nutrisi yang dihadapi oleh seorang ibu itu, susu badan adalah
yang terbaik bagi bayinya.
Jadi, terpulanglah kepada diri
sendiri. Pengambilan vitamin tambahan bukan perkara wajib, namun bagi menjaga
kesihatan, ia adalah perlu. Ramai tokoh negarawan dan orang terkenal yang
kelihatan sihat, cantik, gagah dan cerdas adalah pengamal vitamin tambahan
termasuk Tun Mahathir (bekas Perdana Menteri), Aunty Nani Rostam (bekas model,
ibu kepada Hanis Zalikha) dan ramai lagi. credit
No comments:
Post a Comment