Thursday, April 26, 2012

Folic Acid

Fungsi 
  • Folik Asid dianggap sebagai makanan otak, ia diperlukan untuk pengeluaran tenaga  dan pembentukan sel darah merah. Ia juga menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih. Oleh kerana ia berfungsi sebagai  koenzim dalam sintesis DNA dan RNA , ia adalah penting untuk pecahan dan penyalinan sel yang sihat. Folik asid terlibat dalam metabolisma protin, dan telah digunakan dalam pencegahan dan rawatan  folik asid anemia. Zat ini juga boleh membantu dalam depresi dan "anxiety". 
  • Folic acid sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukan sel saraf  "embryonic" dan " fetal" , yang mana amat penting untuk tumbesaran yang normal.  
  • Folic asid sangat berkesan apabila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C. 

SUMBER
Makanan berikut mengandungi folik asid:
barli, daging lembu, bran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan,  oreng,  sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin. 

KEKURANGAN
Kekurangan folik asid boleh menyebabkan :
Sakit disekeliling mulut. Sakit lidah. Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak. Anemia.

Info Vitamin E

    FUNGSI Vitamin E ialah salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardiovaskular. Ia memperbaiki peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan, mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan, mengurangkan tekanan darah, membantu dalam pencegahan penyakit katarak, meningkatkan prestasi atlit, dan mengendurkan otot kaki dari kekejangan.
   Vitamin E boleh meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki. Ia juga mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. Vitamin E menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat, dan membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan  perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.

SUMBER Vitamin E is didapati daripada sumber makanan berikut: minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian , dan semua bijirin. Vitamin E juga boleh didapati daripada beras perang, makanan daripada jagung,  telur, rumpai laut, hati yang dikeringkan, susu, oat, daging organ , kacang soya, ubi kentang, selada air, dan gandum.
KEKURANGAN Kekurangan vitamin E boleh menyebabkan : Mudah radang dan edema (pengumpulan air dalam tisu), pada bayi. Penuaan kulit sebelum masa, rambut gugur dan anemia.

Vitamin C

FUNGSI 

Vitamin C ialah antioksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan, termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal,  dan untuk gusi yang sihat.  Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protin sistem imuniti yang penting , dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid , tairosin, dan phenylalanine. 

Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil vitamin C boleh;-
  • mengurangkan gejala penyakit asma. 
  • Ia mencegah daripada kesan berbahaya pencemaran 
  • menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan
  • meningkatkan imuniti. 
  • Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi.
  • Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat, dan menjadikan mereka tidak berbahaya, oleh yang demikian bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan.
  • Sedangkan racun labah hitam yang bisa boleh ditawarkan dengan memberi vitamin C dalam dos yang tinggi. 
  • Vitamin ini juga boleh mengurangkan paras "low-density lipoproteins" (LDL) atau kolesterol yang tidak baik , dan pada masa yang sama meningkatkan " high-density lipoproteins " (HDL) atau kolestrol yang baik , 
  • juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah " atherosclerosis" .
  • Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan collagen, 
  • vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam ,
  • boleh mengurangkan risiko katarak (cataracts), dan mencepatkan penyembuhan luka dan terbakar.  
SUMBER 
Oleh kerana badan kita tidak boleh menghasilkan vitamin C , ia mestilah diperolehi melalui makanan atau dalam bentuk tambahan. Agak malang, kebanyakan vitamin C yang diperolehi daripada makanan hilang dalam air kencing. Vitamin C diperolehi daripada buah beri, buah-buahan sitrus, dan sayuran hijau. Sumber yang baik termasuk asparagus, avocado,  black currants, kobis bunga,  anggur, kubis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang, oreng, betik, kacang peas hijau,  nenas,  bayam, strawberri, tomato, dan selada air. 

KEKURANGAN 
Kekurangan vitamin C boleh menyebabkan:-
  • Lemah badan. 
  • Sakit-sakit dan sengal badan. 
  • Bengkak gusi. 
  • Hidung berdarah.
  • Scurvy ( pendarahan pada badan, lebam-lebam, dan gusi berdarah; gigi mudah tercabut; pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan). 
  • Anemia

Tidak Sarapan Minda Tumpul

   Ibu berperanan penting galak anak bersarapan. Makan pagi berkhasiat asas kekal tenaga, kecergasan kanak-kanak

SENARIO 1 : “MIMI tidak suka sarapan pagi. Kalau makan pagi dia mesti sakit perut. Selalunya lepas bangun tidur, dia akan terus ke sekolah. Lagipun tak sempat. Kami keluar rumah jam 6.45 pagi. Dia suka sambung tidur dalam kereta daripada makan,” kata Halimah ketika diaju soalan kenapa tidak menyediakan sarapan pagi untuk anaknya sebelum melangkah ke sekolah. Sarapan pagi bukan saja mustahak, sebaliknya pemilihan sajian juga perlu diberikan perhatian kerana ia turut mempengaruhi kecerdasan individu. Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama kanak-kanak memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi pembelajaran.

SENARIO 2 : “MUHAMAD pula suka makan nasi dan ketulan nugget ayam. Setiap pagi saya akan sediakan nasi lemak atau nugget. Yang lain dia tidak selera. Lagipun dia bukan dalam kategori lebih berat badan. Dia kurus saja jadi saya kira tidak salah bagi makanan itu. Biar dia gemuk sikit,” kata Zaharah mengenai tabiat makan anaknya yang baru masuk Tahun Satu.

    SENARIO ini mungkin biasa kita dengar. Sama ada tahu atau tidak ambil kisah, segelintir ibu bapa masih tidak memberi perhatian serius terhadap kepentingan sarapan pagi untuk memastikan anaknya dapat menumpukan sepenuh perhatian pengajaran di dalam kelas. Mimi mungkin berhadapan dengan kelaparan yang amat sangat, pada jam 9 pagi lantaran tidak makan apa-apa, sejak masuk tidur jam 10 malam dan bangun 6.30 pagi. Bagi Muhammad pula untuk beberapa jam awal persekolahan dia mungkin bertenaga, tetapi apabila guru mulai mengajar dan murid lain menumpukan perhatian pada papan hitam, fikirannya mulai mengelamun kerana mengantuk. Sarapan pagi bukan saja mustahak, sebaliknya pemilihan sajian juga perlu diberikan perhatian kerana ia turut mempengaruhi kecerdasan individu. Kajian menunjukkan pengambilan sarapan pagi dapat membantu seseorang terutama kanak-kanak memberi tumpuan penuh ketika di sekolah dan membantu meningkatkan prestasi pembelajaran. Tanpa sarapan pagi, kanak-kanak sukar untuk menumpukan sepenuh perhatian, tidak bermaya dan mengantuk di awal pagi persekolahan.
    Pensyarah Kanan, Jabatan Pemakanan dan Dietetik, Universiti Putra Malaysia, Dr Barakatun Nisak Mohd Yusof, berkata sarapan pagi amat penting bagi memulakan hari individu dengan lebih bertenaga selepas lebih lapan jam tidur, terutama otak. Bagi kanak-kanak sekolah rendah berusia enam hingga 12 tahun, Dr Barakatun menjelaskan, makanan yang rendah kandungan lemak, sederhana protein dan karbohidrat serta tinggi kandungan vitamin dan mineral adalah yang terbaik untuk kanak-kanak sekolah rendah. 
 “Antara makanan yang paling mudah adalah bijirin sarapan. Apabila dicampur dengan susu. Mereka turut mendapat pelbagai khasiat seperti protein dan kalsium yang amat penting untuk pertumbuhan tulang dan gigi. Selain itu, roti bakar dan susu, roti dan keju ataupun nasi goreng atau mi goreng yang digoreng kurang minyak dan ditambah pelbagai jenis sayur-sayuran boleh dijadikan hidangan sarapan. Kuih-muih yang dibakar atau dikukus seperti popia basah dan apam kukus juga pilihan yang baik. Cuba kurangkan makanan diproses kerana ia tinggi lemak dan garam. Paling penting pelbagaikan hidangan supaya tidak cepat bosan,” katanya mengulas mengenai kepentingan sarapan pagi untuk anak-anak kecil yang mungkin belum arif mengenai kebaikannya. 
   Dari segi saintifik, kanak-kanak perempuan (sekolah rendah) perlukan 1200-1600 kalsium/harian (kcal/hari) manakala kanak-kanak lelaki memerlukan 1300-1800 kcal/hari. Kebiasaannya, mereka perlu makan 4-6 kali sehari. Makan dengan kerap tetapi pastikan saiz hidangan kecil adalah lebih baik berbanding makan banyak pada satu-satu masa. Disebabkan kanak-kanak lama di sekolah dan perlu tumpu kepada pelajaran, Dr Barakatun berkata, makanan yang tinggi lemak dan gula jika diambil dalam jumlah yang berlebihan akan menyebabkan mengantuk. Katanya, ibu bapa tidak perlu terlalu risau memikirkan sajian pilihan kerana rata-rata kanak-kanak dewasa ini memasuki tadika dan pastinya makan di awal pagi bukan lagi satu yang asing. 
   “Segelas susu dicampur coklat ataupun koko sebenarnya sudah memadai. Jika ingin membeli minuman dalam kotak, pastikan ia berasaskan susu kerana minuman berasaskan susu adalah makanan lengkap memadai untuk keperluan di pagi hari. Jangan lupa melihat tarikh luput untuk setiap makanan komersil,” katanya. 
   Dr Barakatun tidak menafikan ada kanak-kanak yang enggan makan pagi seperti peribahasa ‘alah bisa tegal biasa’, namun sebagai ibu bapa kena bijak menanganinya secara perlahan-lahan.
  “Pastikan pelbagai makanan dapat dihidangkan setiap hari. Mulakan dengan makanan kesukaan mereka dan kemudian apabila mereka sudah biasa mengambil sarapan pagi dan merasai nikmatnya kepada tubuh mereka, kenalkan kepada makanan yang lebih berkhasiat. Ibu bapa bukan saja perlu kreatif, tetapi pastikan waktu makan semua ada di meja. Kalau si ibu suruh anak makan, ibu kenalah juga makan, bukannya hanya memerhati dan mengarah “makan cepat” dari dalam bilik,” katanya.    
   Tidak sempat menyediakan sarapan, bukan alasan tidak menyediakannya makanan untuk anak kerana segelas susu atau sekotak susu sudah memadai untuk sarapan pagi bagi mereka memulakan hari mereka. Sarapan pagi amat penting untuk memastikan anak-anak dapat memaksimumkan potensi mereka di sekolah. 
   Jaga pemakanan kanak-kanak obes SARAPAN pagi perlu untuk semua kanak-kanak termasuk mereka yang mengalami berat badan berlebihan atau obesiti. Tanggapan kanak-kanak obesiti biasanya akan makan sesuka hati terutama jika diberikan belanja sekolah boleh mengundangnya makan banyak atau memilih makanan tidak sihat seperti bergoreng dan manis, adalah tidak betul sama sekali. Dr Barakatun berkata, pendidikan mengenai apa itu makanan sihat amat penting kepada semua anak-anak ini. Ibu bapa tidak seharusnya menyekat mereka yang obes untuk mengambil makanan pada waktu pagi kerana itu boleh menyebabkan kanak-kanak memberontak, sebaliknya perlu diberi secara berpatutan. 
   Kerjasama pihak sekolah dan kantin sekolah amat penting dengan tidak sewenang-wenangnya menjual makanan yang tidak berkhasiat. 
  “Pihak sekolah perlu memastikan makanan dijual adalah berkhasiat, selain menggalakkan aktiviti bersukan sekerap mungkin. Kanak-kanak obes perlu makan seperti kanak-kanak lain. Apa yang penting kualitinya, selain yang rendah lemak dan tinggi kandungan serat. Galakkan mereka makan sayur dan buah serta minum susu dua kali sehari. Elakkan makanan ringan dan yang diproses serta minuman manis dan bergas. Yang paling penting, pastikan mereka bergerak, bukan duduk saja di tepi padang melihat kawan lain bermain,” katanya. 
   Nasihat Dr Barakatun, membawa bekal juga mungkin idea yang baik untuk memastikan berat badan terkawal, selain terjamin khasiatnya, kebersihan dan kesegaran makanan. 
  “Makanan yang mudah basi termasuk berlemak tidak sesuai dibuat bekal ke sekolah. Pada peringkat ini ibu bapa perlu ajar anak-anak mengenal pasti makanan yang rosak melalui bau, warna dan rasanya kerana ia boleh mengundang keracunan makanan,” katanya.



INFO: Sarapan bukan saja memberi tenaga untuk memulakan hari baru, tetapi banyak faedah untuk kesihatan termasuk kawalan berat badan dan prestasi yang lebih baik. Pemakanan berkhasiat dan lengkap, kaya nutrien, vitamin dan mineral memberikan tenaga kepada tubuh badan. Dapat memberi lebih tumpuan serta prestasi di dalam kelas Lebih tenaga atau kudrat untuk terbabit dalam aktiviti dalam kelas atau di atas padang Membantu merendahkan tahap kolesterol. Jenis sarapan: Roti bakar dan susu, roti dan keju atau nasi goreng atau mi goreng yang digoreng kurang minyak dan ditambah pelbagai jenis sayur-sayuran boleh dijadikan hidangan sarapan. Kuih-muih yang dibakar atau dikukus seperti popia basah dan apam kukus juga pilihan yang baik. Kurangkan makanan terproses kerana makanan seperti ini adalah tinggi lemak dan garam. Yang paling penting adalah pelbagaikan supaya mereka tidak cepat bosan. Makanan yang tinggi lemak dan gula sekiranya diambil dalam jumlah yang berlebihan akan menyebabkan rasa mengantuk.

Credit to Berita Harian

Susuilah Anakmu

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibu bapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan).”
(Surah Luqman: ayat 14)

Terdapat banyak faedah kepada kedua-dua ibu dan bayi apabila kita mengamalkan penyusuan bayi secara semulajadi. Para ibu disaran memberi susu ibu kepada bayi sehingga bayi berusia sekurang-kurangnya 6 bulan tanpa makanan sampingan yang lain, tanpa susu formula yang lain bahkan tanpa diberi air masak kepada bayi.
    Secara amnya, susu ibu mampu untuk melindungi bayi yang baru lahir (infant) dari serangan virus-virus dan bakteria dengan meningkatkan tahap imunisasi bayi tersebut yang mana masih dalam keadaan yang sangat lemah.
   Susu ibu kaya dengan antibodi serta hormon-hormon yang mampu memberi perlindungan kepada bayi daripada masalah usus (gastrousus), jangkitan pada pernafasan, jangkitan telinga, alahan makanan, kerosakan gigi, pneumonia dan meningitis. Ia juga menggalakkan pertumbuhan pembentukan otot-otot muka dan rahang. Kajian terbaru yang dijalankan oleh Profesor Catharina Svanborg, seorang pensyarah imunologi dari Universiti Lund, Sweden,merumuskan bahawa susu ibu membantu untuk mencegah bayi dari mendapat kanser di mana zat yang disebut sebagai alpha-lac (alphalactalbumin) wujud dalam jumlah yang besar di dalam susu ibu, mampu untuk bertindak balas dengan sel-sel kanser dan membunuhnya.
   Manusia berusaha untuk mencari cara dan solusi melawan kanser dengan rawatan kimoterapi dan berbagai-bagai cara yang lain, namun Allah SWT terlebih dahulu telah menunjukkan kepada kita cara untuk melawan penyakit berbahaya ini.
Satu lagi penelitian yang dilakukan oleh James W. Anderson, ahli University Kentucky mengatakan bahawa bayi yang diberikan susu ibu mempunyai IQ 5 kali ganda berbanding bayi yang tidak diberikan susu ibu. Susu ibu yang diberikan sehingga 6 bulan pertama kelahiran bermanfaat bagi bayi, manakala bayi yang disusui kurang dari 8 minggu tidak dapat memberikan manfaat kepada perkembangan IQ bayi.
   Untuk mereka yang bakal bergelar seorang ibu, fakta ini amat berguna bagi anda. Lihatlah bagaimana al-Quran menerangkan kepada kita sebab untuk seseorang ibu menyusukan anaknya selama 2 tahun. Dan lihatlah bagaimana kajian saintifik membawa kepada kebenaran dan kebaikan yang dibawa. Kalam Allah ini menunjukkan kepada kita al-Quran mendahului penemuan saintifik sejak lebih dari 1400 tahun yang lalu.
bayi 18


   Menyusukan bayi juga baik untuk ibu, antaranya ia akan merembeskan sejenis hormon oksitosin (oxytoxin) dimana hormon tersebut membantu mengecutkan rahim dan mengembalikan rahim ke bentuk asal. Ia juga membantu mengurangkan berat badan sehingga 500 atau lebih kalori sehari dengan aktiviti tersebut. Ia juga mengurangkan risiko terhadap kanser payudara, pre-monopouse, kanser ovari dan osteoporosis.
    Susu ibu dijadikan Allah Taala khusus untuk keperluan bayi dengan jumlah dan faedah yang sangat banyak. Ia mengandungi kuantiti yang paling tepat seperti nutrient, protein, lemak dan karbohidrat untuk bayi. Tiada susu yang setanding susu ibu untuk diberikan kepada bayi waima susu formula ciptaan manusia sekalipun. Jika penyusuan dilakukan secara biasa dan semulajadi, ia mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak. Ia merupakan sentuhan kulit dan rangsangan tersebut turut dirasai bayi.
   Di dalam Islam ada menyatakan bahawa besar pahalanya seorang ibu yang menyusukan anaknya. Ia menyebut bahawa demi kesihatan anak, ibu hendaklah menyusukan anak dengan susu ibu. Sejajar dengan firman Allah Taala di dalam al-Quran yang bermaksud,
“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.”
(al-Baqarah:233)
Imam Syafie juga pernah berkata, “Sihat atau tidak anak itu bergantung sama ada anak disusui ibu atau tidak walaupun sekali susuan."
Duhai ibu, sesibuk mana sekali pun dirimu, susuilah anakmu!
credit to perubatan.org