Wednesday, September 30, 2015

KORANG TAHU TAK KURANG PROTEIN PENYEBAB ANEMIA?


Korang tau tak? 

Kurang Protein salah satu punca anemia. Sebelum ni saya dah pernah baca tapi tak ingat. Surf lagi pagi tadi terjumpa jurnal kaitan pengambilan Protein rendah terhadap pembentukan Hemoglobin. Pada Perang Dunia Pertama,  penyebaran anemia teruk berlaku kerana kekurangan sumber Protein dalam makanan waktu itu. 

Hemoglobin ialah sejenis protein yang tinggi iron untuk mengangkut oksigen. Jika protein tidak mencukupi, walaupun anda mengambil iron yang cukup, tidak membantu mengurang atau mencegah anemia. 

Jadikan Protein ESP sebagai salah satu diet sepanjang anda hamil, bersalin dan menyusu supaya anda bebas anemia dan mengandungi bilangan sel darah merah yang mencukupi. 


Tuesday, September 29, 2015

KORANG TAHU TAK ESOK LAST PROMO ESP?


Korang tau tak?

Esok dah last promo ESP. Hari ni saya dah jual 2 set ESP yang buy 7 @ 6 tu. Masih open order untuk batch seterusnya. Ada 4 kekosongan. Cukup batch kita jalan. Korang dah ada stok sendiri? Kalau tak dapat order yang 7 tong boleh order yang 2 tong untuk diskaun 5 %. Mudah sahaja.

Monday, September 28, 2015

KORANG TAHU TAK VITA-LEA IRON MENCEGAH ANEMIA?


Panjang cerita siang tadi. Disebabkan kandungan saya dah 12 minggu 6 hari, maka berpagi-pagianlah kami ke PPUM untuk register 'check up'. Sampai PPUM, dukacita dimaklumkan bahawa kena buat 'appointment' terlebih dahulu, dan tarikh ditetapkan ialah 8/12/15. Lambatnya lagi, waktu tu dah 5 bulan lebih. 

Kata 'nurse' yang jaga kaunter, appointment di PPUM dah penuh, jadi kena datang bulan 12 dan sementara tunggu tarikh tu kenalah cari klinik ibu anak kawasan terdekat. 

Memang agak 'frust'. Tapi siapa suruh datang lambat. Dah nak masuk 13minggu baru pergi PPUM. Padan muka pada diri sendiri. Sibuk memanjang sampai lupa diri hehe. 

Lepas keluar PPUM kami suami isteri tekun cari KKIA terdekat, sebelum ni KKIA Taman Medan tapi kawasan kami sekarang Taman Medan dah tak 'cover'. Maka jumpalah KKIA Seksyen 19 Shah Alam. Sampai tu jam 10 pagi lebih. 'Nurse' suruh datang petang jam 1.30petang. Balik rumah dulu kemudian 1.30 datang balik. 

Kalau ikut baran saya ni memang rasa nak mengamuk haha. Tapi kena tuding jari pada diri sendiri, adalah tu hikmahnya. Dah prosedurnya macam tu, jangan salahkan orang lain pulak untuk kepentingan diri sendiri. 

Petang tadi alhamdulillah semuanya berjalan lancar. 'Nurse' semua baik. Siap berborak lagi, dah tu diorang tanya saya bisnes sendiri tu bisnes apa? Saya jawablah suplemen dengan tudung. 

Tudung apa? 

Tudung Alya Sarah. Tu bisnes famili saya, sebelum saya fokus Shaklee nipun memang jual tudung tu, tapi lepas fokus sepenuhnya Shaklee saya lepaskan dululah. 'Nurse' suruh saya bawa tudung hitam @ kelabu untuk 'next appoinment'. Pergghh. Siap berniaga lagi hehe. Dahsyatkan. Tudung ni siapa nak, boleh je saya pergi ambil dekat butik. Sekadar sampinganlah. 

Oh ye, sekarang saya dalam langkah mengetengahkan Werda. Produk terbaru keluaran Wakaf Enterprise untuk dana warga Prihatin. Tolonglah promosi mana yang patut. I.Allah, keuntungannya masuk bawah Prihatin. 

Kemudian pergi ke bilik doktor, buat scan. Doktor bagitahu kantung cantik sangat, dah terbentuk, degup jantung baby pun dah ada. Alhamdulillah. Mengandung di dalam rahim. 

Doktor tanya, nak anak berapa orang? Saya jawablah 6 kan.. Terkejut doktor, ramainya. Saya gelak. Sebab mengikut perancangan asal kami suami isteri, sampai umur saya 35 tahun sempatlah 6 orang. Melahirkan anak sejak berusia 23 tahun. Ada 12 tahun untuk rancang 6 anak. Menyusu penuh 2 tahun 1 bulan. 

Lepas tu doktor tanya, ada muntah teruk tak sepanjang hamil? Saya jawablah tak ada. Pening-pening sikit. Ada sekali tu saya pening sangat, saya pergi muntahkan. Ngeh ngeh ngeh. Gosok gigi kuat-kuat. 

Doktor kata, patutlah nak 6 orang anak. Alhamdulillah rezekikan. Sebelum mengandung anak pertama lagi 'preparation' menghadapi saat-saat kehamilan dah dibuat. Pengambilan asid folik lebih awal untuk mengelakkan morning sickness. 

Lagi satu doktor bagitahu semakin ramai anak, risiko untuk hemoglobin rendah, tinggi. Risau juga tu. Langkah pencegahan, ambil Vita-Lea 2 biji, B-Complex 2 biji, Vita C 2 biji. 

Anak sebelum ni dah amalkan Shaklee, alhamdulillah tiada masalah hemoglobin rendah. Sejak mengamalkan Shaklee ni kesihatan saya semakin baik. 


Apa persediaan anda untuk kehamilan? 

Saturday, September 26, 2015

KORANG TAHU TAK OSTEMATRIX RAKAN KARIB KETIKA TRAVEL?


Korang tau tak? 

Ostematrix teman karib untuk dibawa ke mana-mana terutama ketika travel? 

Ostematrix merupakan Kalsium Magnesium lengkap untuk membantu pengecutan dan penegangan otot yang seimbang. 

Pernah tak rasa resah gelisah bila siangnya terlalu penat? 

Fungsi Ostematrix ni untuk membantu anda berasa rileks dan tenang sekaligus membantu tidur yang lebih nyenyak. 

Kalau ibu mengandung sangat-sangat digalakkan.


Friday, September 25, 2015

SALAM IDULADHA 2015


Selamat Hari Raya korban seluruh umat Islam. 

Gambar ni semalam punya cerita. 3 orang kerjakan 1 ekor lembu. Entah bilalah siapkan.. Alhamdulillah lepas tu datang saudara mara tolong siang daging dan tulang untuk diagihkan kepada insan yang memerlukan. 




Lepas orang ramai datang, sekejap sahaja kerja selesai. Mak yong ni duk atas rumah 'standby' nak masak sup tulang dan daging. Dapat makan sup tulang daging fresh. Subhanallah nikmatnya. 

Tapi, lepas tu baru nak kira berapa kalori masuk. Banyaknya kolesterol. Telan beberapa biji Lecithin untuk 'cover' line makan banyak.. 

Macam manalah perasaan orang yang jarang dapat makan daging ni ye. Kesian mereka. 


Muhasabah untuk insan hina yang sering alpa. 

Wallahu'alam. 


Thursday, September 24, 2015

KORANG TAHU TAK IBU MENGANDUNG CEPAT KEMBUNG DAN MUAL?


Korang tau tak? 

Pergerakan usus ibu hamil agak perlahan menjadikan sistem penghadaman terganggu. 

Apabila penghadaman tidak baik, maka penghasilan gas terjadi, maka ibu mudah kembung dan menyebabkan mual-mual. 

Apakah langkah untuk memastikan pergerakan usus lancar dan seperti biasa? 

• Lakukan banyak pergerakan. Sentiasa berjalan. 
• Makan buah dan sayur dengan kuantiti yang cukup
• Ambil makanan yang tinggi fiber
• Minum air kosong yang cukup supaya badan kekal terhidrat
• Amalkan makanan tambahan Kalsiym dan Magnesium supaya pengecutan dan pengembangan otot usus dapat berfungsi seperti biasa juga melembutkan najis. 
• Amalkan mengambil halia samada hidup atau 'peppermint ginger plus' Shaklee. 

Wednesday, September 23, 2015

KORANG TAHU TAK MINUM ESP CEGAH KEGUGURAN?


Korang tau tak? 

Di dalam ESP ada Isoflavone. Isoflavone ni bertindak menstabilkan hormon. Jadi apabila hamil, ESP membantu meningkatkan hormon kehamilan, risiko untuk keguguran rendah, begitu juga jika anda kerap keguguran dan janin tiada apa-apa kecacatan. 

Ikhtiar tidak salahkan? 


Tuesday, September 22, 2015

KORANG TAHU TAK BAWANG PUTIH ANTIBIOTIK SEMULAJADI?




Korang tau tak?

Bawang putih merupakan antibiotik semulajadi. Kenapa ia dikatakan antibiotik? Ia meningkatkan tindakan makrofaj dan sel T. Ia khusus membuatkan makrofaj menjadi lebih agresif. 

Beberapa kajian menunjukkan bahawa ia akan menjadikan sel-sel pembunuh T lebih aktif dan memusnahkan sel-sel barah dan juga sel-sel tenat kerana diserang virus. 

Jadi, lepas ni kalau demam biasa-biasa tu ambillah bawang putih mentah. Tapi sanggupke? 

Shaklee membawakan anda satu rumusan khas 'GARLIC' tanpa memusnahkan khasiat aslinya. 

Baca tentang "Garlic" Shaklee di sini. Ia digunakan secara turun-temurun untuk melegakan batuk dan selsema. Lepas ni kalau batuk atau selsema, ambil sahaja Garlic. Atau ambil 2 biji setiap hari untuk meningkatkan imunisasi badan.

KORANG TAU TAK VITAMIN C MAKANAN ASAS IMUNITI?

Korang tau tak? 

Vitamin C ialah makanan asas kepada sistem imun kita. Jika pengambilan Vitamin C harian cukup, maka daya rintangan tubuh badan terhadap penyakit lebih tinggi. 

Berapa sukatan vitamin C harian anda? 
Berapa kali makan sayur? Berapa kali hifangan buah-buahan? Jika tidak cukup, perlu ditambah dengan suplemen. 

Menurut seorang doktor pakar, manusia sihat normal perlukan 3 biji Sustained Release Vita-C. 


Bagi perokok, pengambilan hendaklah ditambah kepada 7-8 biji setiap hari. 
Begitu juga kepada pesakit-pesakit tertentu, dos pengambilan perlu ditambah. 

Ibu mengandung juga perlu ambil lebih 2 biji sehari untuk melindungi kandungan daripada sebarang jangkitan. 

Anda sudah dapatkannya? Saya sudah ada 2 botol untuk makan sendiri. Kerana saya tak suka makan ubat klinik. Kalau demam, makan ubat nanti lagi 2 minggu akan demam semula. Sehingga hari ini, setelah 3 tahun 6 bulan saya makan Shaklee, selama itu jugalah saya sudah tidak mengambil antibiotik. Jika tidak, sistem imun saya sangat rapuh. Setiap bulan demam dan makan antibiotik selang sebulan. 


Serangan demi serangan akan hadir bulan-bulan berikutnya. Sekarang, jika saya bertahan dengan suplemen, daya rintangan terhadap penyakit untuk perlindungan seterusnya makin tinggi. Alhamdulillah. Kita berusaha, Allah juga yang mengizinkan. 

Saturday, September 19, 2015

KORANG TAHU TAK PROTEIN UNTUK KULIT YANG CANTIK DAN ANJAL?


Korang tau tak?

Kulit yang cantik dan anjal bergantung kepada pengambilan protein yang berkualiti tinggi? Haaa ni saya baru baca info daripada buku nota Dr. Bruce Miller tentang kulit cantik dan sihat. Salah satu sebabnya ialah protein yang berkualiti. Protein berkualiti ni apabila ia mengandungi semua asid amino perlu. Kalau makan daging lembu atau ayam sahaja tidak mencukupi. Jadi, protein terbaik ialah ESP. 


Anda dah beli ESP promo bulan ni? Saya dah...

Friday, September 18, 2015

KORANG TAHU TAK OMEGA GUARD ANTI INFLAMASI?

 

Korang tau tak Omega Guard ni bertindak sebagai anti inflamasi? Haa saya nak bagitahulah ni. Awal-awal saya ambil Shaklee dulu, anak sulung saya ada eczema. Lama dia menderita eczema tu.. Sampai usia 4 tahun menggerutu kulit terutama leher dan celahan lipatan, siku dan bawah lutut. Macam-macam jenis krim letak tak menjadi. Siap dengan bedak sejuk lagi. Makin tergaru-garu adalah.

Awal-awal tu saya bagilah Meal Shakes, Omega dan Chew C. Ada perubahan, lama-lama hilang terus kudis-kudis eczema. Lepas tu saya konfius, apa yang buat eczema dia ni ok ye antara 3 jenis tu? Hmmm. Adalah beberapa orang doktor pertikai apa yang saya bagi anak saya makan ni. Eczema, ada yang boleh hilang pada usia-usia tertentu. Ok, kita tengok betul tak apa yang dia cakap. 3 minggu amak saya stop Omega. Meal Shakes dan Chew C makan lagi. 

Sekali nampak anak tu tergaru-garu kemudian naik kudis. Teruk juga. Saya bagi semula Omega Guard. Lepas 3 minggu juga nak reda dan hilang kudisnya. Jadi waktu tu saya tahulah Omega yang bertindak sebagai anti inflamasi. 

Pergi kelas nutrisi lagi, kemudian baca dalam internet lagi, Onega 3 dan EPA tu bersifat sebagai anti radang dan anti inflamasi. Juga boleh diamalkan untuk kesemua jenis keradangan termasuk paru-paru, radan sendi, radang otot atau apa sahajalah. Jadi anda tidak perlu bergantung kepada anti histamine lagi. 

Menjadi-jadi pula order Omega Guard sehari dua ni.. Anda mahu juga?

Hubungi sahaja saya, 

Tuan Nurul Ain
0133570906

Wednesday, September 16, 2015

HARI KELUARGA DI TERATAK RIVERVIEW

 

Hujung minggu lepas pada 12 dan 13 September, Dewan Pemuda Pas kawasan Kelana Jaya telah mengadakan hari keluarga di Teratak Riverview Perak. Program ini bertujuan merapatkan ukhuwwah keluarga sesama ahli dan menyatukan hati-hati ahli supaya lebih mudah untuk membuat gerak kerja Islam. Lepas hari keluarga, para pemuda hari-hari ada kerja dan ada 'meeting'. Jemaah tak perlukan kita tapi sebagai manusia biasa kita perlukan hidup berjemaah. Jadi, buatlah kerja-kerja Islam amar makruf nahi mungkar.

 
 8 keluarga 2 lelaki bujang yang menyertai hari keluarga ini


Mula-mula sampai, selepas sesi taklimat kami melawat kawasan, nak menyeberang sungai dari tempat penginapan ada jambatan gantung. Naik juga. Uiiii ngeri. Tapi kalau tak melangkah, selama-lamanya ketakutan tidak akan hilang.

Tak sabar nak terjun dah tu

 

Salah satu aktiviti melawat kawasan. Berendam di dalam air sungai yang sangat sejuk. Saya duduk dalam air dalam keadaan paksa rela. Lepas ambil gambar cepat-cepat bangun hehe. Lepas tu ambil masa sikit untuk mandi. Sejuuukkk..




Aktiviti malam, barbecue kambing, ayam, sosej dan kentang. Nasi gorengpun ada disediakan oleh pihak Teratak Riverview. Kami tempah sahaja.

Ada satu gambar tidak ada iaitu aktiviti kanak-kanak, menonton rancangan Muhammad utusan akhir (rasanya tu dah tajuk dia, CD kartun tu).

Lagi satu, aktiviti pemuda, mereka ada qiamullail kemudian lepas Subuh sambung tazkirah.




Lepas tazkirah, sarapan kemudian jam 8.30pagi berkumpul untuk sukaneka. Part ni paling best sebab satu keluarga terlibat. Permainan ibu dan ayah, anak-anak, ayah-ayah, ibu-ibu.


 
Ada orang tu lupa dia mengandung hehe. Mentang-mentang tak ada morning sickness. Pening-pening sikit, lawan. makan. Kemudian gigitlah asam. B-Complex Shaklee sangat membantu mengelakkan morning sickness ye.

 
Aktiviti kanak-kanak. Ada cari gula-gula dalam tepung.

 
 Ada masukkan air dalam botol
Ada baling belon berisi air kepada orang belakang
 
 



Aktiviti terakhir sukaneka. Para ayah pula beraksi. Yang ni saya tak perasan apa mainannya sebab waktu ni anak-anak ada dah mula meragam, ayahnya suruh masuk bilik dulu. Saya bawalah 2 beradik ke kantin. Sekejap sahaja ayahnya sampai. Cepat pula. 


Sebelum balik, kami beramai-ramai sempat lagi main air hehehe. mandi sungai lagi 1 round. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Sungguh, rindu hidup berjemaah. Bila Shakleeans bawah Jutawan Shaklee dah dapat Al-Quran, masing-masing mahu hidup berjemaah, ada syuronya, ada kebajikan ahlinya. Syukur sangat-sangat satu langkah yang baik mencari redha Allah.


Tuesday, September 15, 2015

KORANG TAHU TAK MORNING SICKNESS BOLEH DICEGAH?

 

Korang tau tak?

'Morning sickness' sebenarnya boleh dicegah? Haa ini info terbaru. Saya perasan mengandung kali ini tiada muntah-muntah. Pening sikit-sikit tu adalah. Baru-baru ini terbaca pengambilan B6 mampu mengurangkan gejala mual-mual dan loya. Di dalam B-Complex Shaklee mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diperlukan badan termasuk vitamin B6. Jadi, jika anda mahu elakkan gejala morning sickness, ambil B-Complex beberapa bulan lebih awal ya. 



Dos yang saya ambil biasanya 3-4 biji sehari tengok keadaan. Andapun boleh amalkannya. Cubalah.

Sunday, September 13, 2015

KORANG TAHU TAK GUNA INTERNET BANYAK OTAK JADI MALAS?

 

Korang tau tak kalau guna internet terlalu banyak otak jadi malas?

Yang ini saya baru tahu, tapi perasan juga kalau seharian menghadap internet terasa jugalah otak weng hehe.. Nampak semua jadi 2. Mata berpinar je kan. jadi berpada-padalah kita dalam buat apapun

Saturday, September 12, 2015

JERUK ASAM BOI




Jeruk asam boi. Anda pernah makan? Rasanya fenomena jeruk ni dah lama, dari tahun lepas. Tapi saya tak pernah rasa. Semalam entah kenapa teringin nak cuba. Epal masam dah ada. Beli asam boi. Kemudian masukkan gula garam (saya letak sikit je). Akhir sekali cili padi. Biarkan sebentar, air buah tu akan keluar, jeruk tu akan berair sendiri. Sedap. Cubalah.

KORANG TAHU TAK MAKAN PISANG DENGAN BINTIK HITAM LAGI BANYAK LEBIH BAGUS?




Korang tau tak?
Kalau nak pilih pisang, pilihlah yang banyak bintik hitam? 

Bintik hitam itu menghasilkan lebih banyak TNF iaitu agen pencegah kanser dan meningkatkan imuniti. 

Sayapun baru tahu ni. Lepas ni kalau pilih pisang memang cari pisang berangan yang kulit hitam hehe.

Friday, September 11, 2015

KORANG TAHU TAK? KALAU KEMBUNG MINUM AIR




Korang tau tak kalau kembung kena minum air? Selama ni sayapun tak tahu. Kalau kembung macam-macam bantuan diambil, makan halialah, makan habbatussaudalah. Rupa-rupanya ada penawar yang paling mudah iaitu minum air. Lagi kembung lagi minum air. Apa alasan tu tak pasti, mungkin air membantu penghadaman. Biasa lepas berak memang hilang segala kembungkan. lepas ni kalau tiba-tiba kembung, halia dan habbatussauda tak ada, boleh cuba minum air kosong lebih kerap.

Thursday, September 10, 2015

KEK MILO MICROWAVE MAKANAN PALING CEPAT DISEDIAKAN




Semalam tengok resepi kek milo ni kat FB. Viral weh.. Baru je masuk dapur nak buat, sekali tepung habis. Nak keluar memang tak ada mood, pening-pening lalat, almaklumlah hormone Progesterone tengah tinggi sekarang. SMS sahaja suami minta tolong belikan barang keperluan dapur yang dah habis, bangun pagi ni berjenis-jenis barang dapur ada. Siap dengan buah-buahan lagi. Kredit kepada suami yang memahami isteri. 

Ok, pagi ni buatlah kek Milo nikan. Sebenarnya dah lama saya tak beli Milo. Lepas boikot tahun-tahun lepas tu Milo yang ada hanyalah Milo yang dibeli sebelum pertempuran Israel dan Palestine. yang ada ni 3 in 1 yang tak habis. Lepas boikot kami sekeluarga minum Reevo. Jadi Milo saya ni manis sikitlah, saya kurangkan gula. Kemudian akhir sekali saya tambahkan 2 titik esen vanilla. Almaklumlah kalau kuih yang masuk telur ni hanyir. Esen vanilla nak hilangkan hanyir tu. Oh ye, susu tu pakai susu segar atau susu cair ye.


Dah siap, anak-anak berebut makan sebabnya adunan ni hanya untuk 2 bekas remekin. Pusing sekejap je buat kerja di lappy, tengok belakang anak-anak kata dah habis haiihh.. Cepat betul. 

Kalau ada aiskrim ni mesti lagi sedap tau. Sebab pakai microwave kek jadi sedikit kering. Kalau set 3 minit rentung agaknya. Sebab selama ni dah pernah cuba buat, semuanya rentung. Sebab saya setkan pada high temperature. Kali ni masak guna pemanas tu je bukan yang set temperature tu. Memerhati dari luar, bila keknya nampak dah naik, berhentikan dulu nak cek masak ke belum. 1 minit 45 saat masak. kalau kurangkan sikit masanya mesti kurang kering. Rasanya macam muffin. 

Ok, sekian. Anda bolehlah buat ye.

APA ITU MLM? APA SEBENARNYA MLM?





Apa yang anda faham tentang MLM? Dan apa MLM sebenarnya? Selama ini ramai orang salah faham dengan MLM itu sendiri. Kerana di minda mereka, MLM itu menindas, yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin atau lebih senang, yang join lambat akan 'bekerja' untuk yang join lebih awal. 

Bisnes Shaklee ialah satu-satunya yang saya bertahan selama 3 tahun lebih. Sebelum ini saya pernah register sahaja tapi kebanyakannya sistem piramid. Tak sempat berjualpun. Di dalam Shaklee, saya makan kemudian saya jual. Yang menariknya, harga 'distributor' sama dengan harga 'Master' (pangkat tertinggi Shaklee). Dan saya telahpun mencapai pangkat tertinggi itu, tapi saya tidak pernah dapat kelebihan untuk dapat harga Shaklee dengan harga yang lebih murah daripada harga downlines yang baru masuk. Tiada sistem penindasankan?

Itu baru satu. MLM Shaklee sama sekali tidak menindas orang bawah iaitu downlines bekerja untuk mereka, sebaliknya siapa yang usaha dia akan dapat dan siapa yang laju akan tertinggallah uplinenya maka babailah 'mok', 'nenek', 'toknyang' semua. 

Habis tu kenapa apabila makin tinggi pangkat, makin besar bonusnya? Dari mana Shaklee bayar bonus? Shaklee tidak melebihkan bonus dengan sewenang-wenangnya tanpa usaha. Tambahan bonus jika upline itu mampu membina empayarnya sendiri (iaitu boleh berjual sama macam downline) dalam masa sama melatih, 'coaching' downline dan bagi mereka dapat sama apa yang kita dapat, waktu itulah Shaklee membayar 'leadership bonus'. Andaikata 'upline'nya tidak berganjak, tiada sales, downlinenya sudah naik rank, upline tidak akan dapat 1 senpun daripada 'downline'. 

Tiada penindasankan? 

Ok, pada awal pembabitan bisnes memang semua ikut aturan. Tetapi apabila sudah mendapat bonus puluh-puluh ribu, masing-masing mulalah membuat aturan sendiri. Termasuklah saya, ada juga kelabu mata dengan jumlah bonus. Waktu itu macam-macam senarai yang ingin dibeli. Sesungguhnya manusia itu benar-benar melampaui batas. Togho, terasa diri hebat. Terasa apa yang Allah bagi tu NIKMAT sedangkan Allah lebihkan rezeki hanya sebagai UJIAN. Sebelum dapat, menyeru Allah macam-macam. Minta dimurahkan rezeki 'bla...bla..blaa'. Tapi bila dah dapat, duit yang ada menyeru benda selain Allah. Waktu itu duit ditukarkan menjadi kereta mewah, rumah mahal, dan segala material yang sepatutnya tak belipun. Begitulah manusia menzalimi diri sendiri. 

Saya ni masuk insan yang beruntung, sebab tak beli rumah mahal. Sempatlah sewa rumah, tapi dah nak habis kontraknya. Dah dapat Al-Quran ni cerita ni lain pula. Setiap duit yang masuk ke dalam poket kita, bukanlah duit kita. Allah bagitahu dalam Quran, Allah lebihkan rezeki dan kurangkan rezeki dan masing-masing ada tujuannya supaya yang lebih itu berkongsi dengan yang kurang. Akhirnya semua menjadi sama rata. 3 tahun berShaklee banyak juga tabungan saya, lepas ni memang kena hati-hati. Kekalkan kehidupan lama tetapi duit yang ada boleh menjadi jambatan akhirat. 


Saya bawa sikit ayat Al-Quran, manusia ni rasa dah buat baik, sebenarnya Allah kata takpun, hanya membuat kerosakan. 

Surah 2 Al-Baqarah : Ayat 11 

 Dan apa bila di katakan kepada mereka ''janganlah berbuat kerosakan di bumi'' mereka menjawab, ''sesungguhnya kami justru orang-orang yang melakukan kebaikan". 

Dah buat jahat, tak mengaku tu. 


Ada lagi 1 Allah kata kita melampaui batas. Orang yang melampaui batas ni Togho, berasa cukup dengan apa yang dia peroleh. Atau dengan kata lain, cas bagus, rasa diri hebat. 

Surah 96: Ayat 6-7
6. Ketahuilah, manusia benar-benar melampaui batas
7. Apabila melihat dirinya serba cukup
Sesungguhnya MLM itu tidak bersalah, tetapi tangan-tangan manusia yang memegangnyalah yang berbuat kerosakan sehingga menampakkan sistem MLM itu suatu sistem batil. 
Siapa yang nak join Shaklee, sila tanam dalam minda bukan untuk jadi kaya, tetapi untuk berbakti kepada masyarakat. Mengajak orang untuk hidup lebih sihat dan mengubah ekonomi daripada sempit kepada luas tetapi bukan untuk menyeru perkara-perkara lain selain Allah dengan duit yang kita dapat. Tidak salah mahu beli kereta atau rumah, tetapi ukurlah apa yang ingin dibelanjakan itu mengikut baju sendiri. kalau setahun income 20 ribu setiap bulan, jangan sekali-kali yakin ia akan selamanya 'maintain' dengan membeli semuanya dengan berhutang. Kalau simpanan tak ada, tup tup berbelanja sakan, bila ekonomi jatuh macam sekarang ni barulah terkial-kial mana mahu bayar hutang, bank telefon sana-sini. Hidup tidak lagi tenteram. Stress tu. Itu jugalah salah satu sebab saya tak beli rumah. hehe Orang kiri kanan membebel. "daripada menyewa baik beli rumah sendiri". Kalau beli saya takkan nak beli rumah buruk pula. Jadi keputusan menyewa itu keputusan paling tepat setakat ini.

Sekian, pesanan saya si pengamal MLM Shaklee. Segala yang buruk daripada diri saya yang baik daripada Allah. 

Wallahu'alam.
6. [7]Ketahuilah! Sungguh, manusia benar-benar melampaui batas,
7. apabila melihat dirinya serba cukup.
- See more at: http://www.tafsir.web.id/2013/03/tafsir-al-alaq.html#sthash.WZWdJHBW.dpuf
6. [7]Ketahuilah! Sungguh, manusia benar-benar melampaui batas,
7. apabila melihat dirinya serba cukup.
- See more at: http://www.tafsir.web.id/2013/03/tafsir-al-alaq.html#sthash.JpZnLKU1.dpuf
6. [7]Ketahuilah! Sungguh, manusia benar-benar melampaui batas,
7. apabila melihat dirinya serba cukup.
- See more at: http://www.tafsir.web.id/2013/03/tafsir-al-alaq.html#sthash.JpZnLKU1.dpuf

TAHNIAH!!!! ANDA HAMIL. (Sticky post)




TAHNIAH!!! ANDA HAMIL.


Apa perasaan ibu-ibu waktu itu? Sudah pasti syukur dan gembira, tetapi pernahkah anda terfikir jauh di sebalik kehamilan? Sudahkah anda bersedia mengambil asid folik beberapa bulan sebelum?

TAHUKAH ANDA?

Pengambilan asid folik 3 bulan sebelum, semasa dan selepas hamil benar-benar diperlukan seorang ibu atau merancang menjadi ibu? 

Asid folik ialah Vitamin B asas yang diperlukan untuk pembentukan saraf tunjang, dan otak bayi. Ia diperlukan sebanyak 400mcg setiap hari untuk mengelakkan kecacatan saraf tunjang? 

KORANG TAHU TAK? MINUM SUSU MACAM MINUM AIR.

 

Korang tau tak? 

Rupanya susu ni boleh diambil untuk menghilangkan dahaga. Sebabnya di dalam susu molekul air cukup, malah ada mineral dan vitamin penting untuk pembinaan tulang lagi. Selama ni musykil juga kalau tengok anak-anak kecil yang minum susu tu, air kosong dah kurangkan. Tidak mengapa rupanya. Kalau tengok bayi yang menyusu susu ibu lagilah sebaik-baiknya elakkan bagi air. Susu ibu dah cukup. 

Anda tak minum susu? Habis tu dari mana anada dapat sumber kalsium setiap hari? Kalau tidak melalui minuman atau makanan, kenalah ambil daripada makanan tambahan. Saya sendiri ambil Ostematrix Shaklee untuk tambahan kalsium, magnesium dan 'trace elements' lain untuk kesihatan tulang. Susupun minum juga. Oh ye, kalau ambil kalsium Shaklee tukan. Pagi-pagi mesti pembuangan air besar lancar. Maklumlah fungsi kalsium magnesium tu melembutkan najis juga mengaktifkan otot usus, pembuangan najis lebih mudah. Cubalah.

Wednesday, September 9, 2015

RAHSIA AL-KAHFI #1 ASHABUL KAHFI (SAHABAT GUA)

00 gua.edited

Pernah tak terfikir-fikir asas kepada suruhan dan tuntutan membaca surah Al-Kahfi setiap Jumaat? Sebelum ini saya seorang yang akan mempertikai amalan harian atau mingguan. Kenapa begitu, begitu dan begitu? Alih-alih tak buat langsung. Selepas join kelas agama tafsir di FTC dan dibawakan khas oleh warga Prihatin, barulah mula memahami sangat sedikit isi Al-Quran itu dan apakah poin-poin yang Allah sampaikan kepada kita. Ia suatu khazanah yang harus dikorek dan digali bukan ikut-ikutan tanpa menggunakan akal sedikitpun. Ikuti artikel daripada Warga Prihatin di bawah.



FALSAFAH JUMAAT

Hari jumaat adalah penghulu segala hari. Sebutan hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis itu adalah representasi bilangan dari 1 sampai 5 dalam bahasa Arab. Namun hari Jumaat tidak melambangkan angka 6. Ia disebut Jumaat yang membawa maksud JEMAAH.Ini memperkukuhkan seruan Nabi saw dalam hadis baginda yang menyeru umatnya hidup dalam jemaah jika mahu selamat dan terus hidup dalam kesejahteraan Islam. Seruan baginda yang bermaksud “Tiada Islam tanpa Jemaah itu amat berat sekali kesannya”. Surah al-Jumaah, Syura, As-Saf semuanya menggambarkan keperluan berjemaah.Dalam seruan solat jumaat, Allah perintahkan kita tinggalkan jual beli. Datang berhimpun di masjid tempat ia bermustautin untuk mendengar taklimat mingguan. Itulah haji kecil yang berlaku setempat. Di situ, pada hari itu setiap warga rijal harus update maklumat tentang agama, masyarakat dan negaranya. Setahun sekali maklumat ini dihujjahkan ke peringkat dunia dalam musim Haji. Itu strategi JUMAAH.

SURAH AL-KAHFI (GUA)

Gua adalah terkenal sebagai tempat persembunyian. Ia menjadi tempat di mana hazanah purba tersimpan, tempat manusia berkahwat, tempat nabi saw bertahnuth, tempat pertapaan dan sebagainya.Sinopsis surah ini menggambarkan situasi di mana terdapat kisah pemuda gua (ASHABUL KAHFI) yang tertidur selama 300+9 tahun. Apabila mereka sedar wang mereka sudah menjadi wang purba dan tidak laku lagi. Surah ini juga menampakkan bagaimana Allah menyedarkan hambanya dari lamunan yang sangat panjang.

Kalau dahulu quran ini melebihi nilai emas sepenuh bumi, namun hari ini ia tiada nilai di mata kita, melainkan seperti wang lama saja (QS 18/19). Di dalam ayat ini terdapat kalimah WAL-YATALLATTOF (dan hendaklah ia berlemah lembut/berhalus). Kalimah ini biasanya diwarnakan dengan warna merah. Itulah inti alqur’an dari segi kedudukan kalimahnya di tengah-tengah musyhaf al-quran.

Sabda Nabi saw “Barang siapa memelihara 10 ayat yang awal dalam surah al-Kahfi maka dia akan terselamat dari Dajjal” – HR MUSLIM.

Secara kasarnya, fungsi Dajjal ialah untuk memesongkan/membengkokkan hidayah dan petunjuk Allah yang sangat lurus dan mudah, sehingga umat tidak kenal lagi akan hazanah ilmu tersebut. Islam jadi susah difaham dan diikuti, umat sukar disatukan setelah didajalkan.

Jadi jika kita memelihara kefahaman alquran, terus menerus berprinsip dengan pelajaran dari surah ini serta melaksanakan perintah Allah, pasti kita akan terselamat dari fitnah dan hasutan Dajjal. Perhatikan ayat berikut,

QS 18. Al Kahfi
1. Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab dan Dia tidak mengadakan KEBENGKOKAN dalamnya;
2. Sebagai BIMBINGAN yang lurus, untuk MEMPERINGATKAN siksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi BERITA GEMBIRA kepada orang-orang yang beriman, yang MENGERJAKAN amal saleh, bahwa mereka akan mendapat pembalasan yang baik,

FALSAFAH JUMAAT DAN KAITANNYA DENGAN AL-KAHFI

Memelihara (hafiz) ayat 1-10 yang dimaksudkan nabi saw bukanlah dalam bentuk bacaan bibir semata-mata. Ia bermaksud agar kita sentiasa menjaga prinsip hidup kita agar jangan sampai terlena. Segala perintah Allah wajib kita perhalusi dan sebarkan ia kepada setiap warga. Apabila kita leka, maka Dajjal akan membuatkan kita terlena oleh dunia dan apabila kita sedar kita sudah jauh dari landasan, dari jalan yang lurus.

Ilmu agama ini harus dipelihara ketulinan dan keberkesanannya secara berjemaah. Pada malamnya kita harus membaca surah Yaasin yang membawa gerakan meneliti situasi ilmu dan kedaulatan agama secara beramai-ramai. Fokus utama ialah melihat penyakit masyarakat yang disebabkan kejahilan atau pemesongan agama yang mematikan jiwa. Inilah fungsi surah Yaasin yang diguna Isa untuk menghidupkan semula manusia.

QS 36. Yaasiin :
6. Agar kamu memberi peringatan kepada kaum yang bapak-bapak mereka belum pernah diberi peringatan, karena itu mereka lalai.
69. Dan Kami tidak mengajarkan syair kepadanya dan tidaklah layak (bersyair) baginya. Al Quran itu tidak lain hanyalah zikir dan iqra’ yang sangat jelas.
70. supaya dia memberi peringatan kepada orang-orang yang hidup dan supaya dibenarkan/betulkan perkataan ke atas orang-orang yang ingkar.

Alquran itu perawat hati. Hari ini ramai umat yang sakit dan mati hatinya. Maka bacaan Yaasin malam jumaat itu harus mampu menyembuhkan hati mereka. Rumusan dari bacaan Yaasin itulah yang seharusnya dibawa sebagai Khutbah kepada jemaah dalam solat jumaat. Solatlah kamu sebagaimana kamu lihat aku solat sabda baginda. Inilah kaedah solat baginda yang sangat strategik dalam membangun ummah namun sudah tidak kita ketahui lagi.

Tidak mudah untuk kami kongsikan dengan jelas apa yang dimaksudkan kerana kita telah terlena begitu lama. Hari ini kita sangka kita sudah cukup Islam, tetapi jika kita check semula terlalu banyak spesifikasi Muslim sudah tiada pada kita. Jasad dan raga kita nampak Islam, bibir dan hati kita mengaku Islam dan beriman, tetapi Roh Iman dan amal Keislaman yang sebenar sudah lama tiada dalam kehidupan kita.

Allah perintah jangan ikut sesuatu tanpa ilmu (QS 17/36) majoriti kita beramal tanpa ilmu. Allah kata jangan suka ikut-ikut kebanyakan manusia (QS 10/36) bahkan itulah tabiat kita. Amal ibadat kita ikut-ikut, malah trend dan budaya Kuffar juga kita kaut semuanya. Allah larang kita solat tanpa tahu apa yang kita lafaz dalam solat macam orang mabuk (QS 4/43), namun 99% kita solat tidak tahu makna apa yang kita baca.

Jangan salahkan sesiapa dengan apa yang berlaku kerana memang itu pusingan alam. Dajjal itu sudah ada sejak zaman Adam lagi. Mereka adalah bala tentera Syaitan dan Iblis. Jarak masa Muhammad saw dengan Isa a.s. itu hanya 600 tahun, dan Dajjal telah mampu hapuskan semua isi dakwahnya. Kita sudah berapa ribu tahun dari zaman Nabi saw?

QS 18. Al Kahfi 18. Dan kamu mengira mereka itu bangun, padahal mereka tidur, Dan kami balik-balikkan mereka ke kanan dan ke kiri, sedang anjing mereka mengunjurkan kedua lengannya di muka pintu gua. Dan jika kamu menyaksikan mereka tentulah kamu akan berpaling dari mereka dengan melarikan diri dan tentulah kamu akan dipenuhi oleh ketakutan terhadap mereka.

Semasa kita terjaga dari tidur di tempurung gua, anjing Dajjal (munafik) yang kita takuti sedang tercongok di pintu gua. Apa yang dibimbangi nabi saw itu ada asasnya, dengan halusnya penelitian dan iqra’ baginda. Ini kerana lahirnya baginda adalah di saat umat telah jahil semula. Semua ibu-ibu Quraisy telah membudayakan MAID, NURSERI dan IBU SUSUAN. Masyarakat jahiliah itu sangat mengejar harta dan pangkat. Petunjuk dan aturan hidup hasil dakwah Musa dan Isa a.s. sudah tidak diketahui dan diperduli perlaksanaannya.

Jelaslah benar apa yang baginda kata tentang tanda akhir zaman, tanda kefahaman dan perlaksanaan sistem Islam telah berakhir itu benar belaka. Pengakhiran itu dinamakan Akhirat dunia, akhirat zaman. Tugas kita ialah untuk berusaha mencari ilmu, berkerja keras untuk berganding bahu, untuk berjemaah membangunkan semula (kiam). Semuga kebangkitan (kiamat) itu segera berlaku. Jika sudah jatuh dan masih tidak mahu bangkit, maka kita akan ke dalam tanah lah jawabnya.

KESIMPULAN:

Sebenarnya kita sangka kita hidup dan membangun dalam Islam, namun hakikatnya kita hanya tidur lena dan dibalik-balikkan ke kiri dan kekanan sahaja. Kedudukan kita masih di situ dan sedang tidur lena. Hari ini kita sedang digula-gulakan dengan agenda Dajjal. Kita juga sudah BERADA DI TAHAP MAKSIMA KEJATUHAN INI DAN TIDAK MUNGKIN AKAN JATUH LEBIH RENDAH LAGI KECUALI TERTANAM MENGUBUR DIRI KE DALAM BUMI.

Jangan tipu diri yang kita sangat yakin yang kita sedang berada di jalan yang lurus. Jangan terlalu yakin yang kita telah cukup ilmu dan bekalan hidayah untuk melaksanakan amanah agama. Jangan terlalu yakin yang anak cucu kita bakal bertahan dengan apa yang kita tinggalkan.

Jangan lagi membesar diri untuk menolak tawaran ilahi. Sudah cukup banyak projek yang menggunakan kejahilan kita dan jelas telah gagal kesemuanya sekali. Jika ilmu kita cukup tepat dan berkualiti, jika bijak pandai kita memainkan fungsi, pasti kita tidak jadi begini.

TIDAK ISLAM jika kita tiada islah, iaitu menjadi semakin baik. itu sabda Nabi saw. itulah hakikat AMAL SOLEH. Apatahlagi jika jadi semakin teruk hari demi hari macam apa yang kita sedang alami ini. Semuga cetusan ini memberi sedikit gambaran bacaan al-kahfi yang bagaimanakah yang Nabi saw ingin kita baca di setiap jumaat ini, sehingga ia menjamin keselamatan hingga jumaat yang lagi satu.

Kahfi adalah bicara yang tersembunyi, bicara rahsia agama ini dan bicara kupasan secara berjemaah. Anda kena guna akal dengan serius untuk mencerna. Jika tidak, baca komek saja jawabnya agar kita boleh meneruskan kartun Islam yang melata.

Berkali-kali Allah perintah agar kita guna akal untuk memahami Alquran. AFALA YAKQILUUN.. AFALA YAKQILUUN.. Allah kata. Malang sekali kita yang mabuk ni kata jangan guna akal membaca quran. Pedas sedikit, namun kami harap ia boleh membangkitkan kita yang sedang lena. InsyaAllah bersambung lagi jumaat depan dengan al-Kahfi ke2.

Cetusan Jumaat
WARGA PRIHATIN

SEMALAM ORDER HARI INI SAMPAI

 

Apa dia yang semalam order hari ini sampai tu? Haaa inilah. Semalam order RM1500++. 2 kotak ni saya punya seribu lebih je. 1 1 order 500 lebih tempat berbeza. 

Cepat pula kali ni.  Biasa 2-3 hari juga. Sekejap lagi nak pergi pos pakai poslaju. 


Cepat, pantas dan terbaik servis untuk anda. 

KORANG TAHU TAK? ARNAB HASILKAN VITAMIN SENDIRI.

 

Korang tahu tak?


Arnab menghasilkan 18,000mg Vitamin C manakala manusia tidak dapat menghasilkannya sendiri. 

Jadi, tidak hairanlah arnab ini mendapat jolokan binatang peliharaan yang comel, kiut, gebu. Jika anda tidak mengambil vitamin C yang mencukupi, dari manakah sumber vitamin C anda? Tidak hairan jugalah kenapa kulit manusia yang tidak mendapat cukup Vitamin C makin hari makin kusam dan kelam.

Saya mendapatkan sumber vitamin C saya daripada Sustained Release Vita-C Plus. Ia mengandungi 500mg Vita C malah dilepaskan selama 5 jam, 100mg perjam setiap peringkat. Jadi, tiada pembaziran berlaku kerana manusia normal yang sihat hanya menyerap 100mg vitamin C sahaja setiap jam. Jika ambil lebih, akan membazir, jika ambil kurang, tidak cukup.



Tuesday, September 8, 2015

PROMOSI ESP KEMBALI LAGI!!!



 

 Order ESP sana sini sudah masuk. Apa taknya JIMAT BANYAK tu.. 

Beli 6 PERCUMA 1 tong harganya RM150. 
JIMAT RM150
JIMAT KEAHLIAN RM79.50 (Free Membership)
Dapat BONUS lagi bulan depan


Beli 2 tong dapat DISKAUN 5% jadi 1 tong lebih kurang RM135. 
Jimat RM30 tu.. 

Mana lebih jimat jadi ahli dengan beli macam tu je? 

Menang AHLIlah lagi jimat. Kalau beli 2 tong, diskaun 5% daripada harga ahli, bukan harga runcit yang RM150 tu.. 

Oooooooo JIMAT! JIMAT! JIMAT! Nak order, order dengan saya ye. 




KORANG TAHU TAK? PROTEIN SOYA LENGKAP 9 ASID AMINO PERLU.

 

 Korang tau tak? 


Protein soya satu-satunya tumbuhan yang lengkap dengan kesemua protein penting dan mengandungi cukup 9 asid amino perlu.

Asid amino terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu perlu dan tak perlu. Asid amino tidak perlu boleh disintesis, diperbuat oleh tubuh badan kita. Manakala 9 asid amino perlu tidak boleh disintesis oleh tubuh malah perlu diambil daripada makanan. 

Dari mana anda mendapatkannya? Saya dapatkannya daripada ESP setiap hari. Apabila semua keperluan asid amino diambil, sekaligus akan menghasilkan kulit, kuku dan rambut yang cantik untuk si penggunanya. 



Monday, September 7, 2015

ESP MEMBINA DAN MENGEKALKAN OTOT

 

Apa yang anda amalkan untuk keperluan otot dan mempertahankannya? Otot manusia terjadi daripada protein, jika protein yang diambil seharian tidak mencukupi, lemak yang akan mengambil alih. Maka, badan akan lembik-lembik. 

ESP sumber semulajadi Protein tanpa kolesterol dan lemak yang sangat sedikit, mengambilnya setiap hari mampu memelihara dan membina otot baru.

Kenapa pilih yang lainkan?

Bulan ni ESP promo ye. Nak tahu harga WA lah. Murah-murah sahaja.






Sunday, September 6, 2015

KELAS AGAMA SUAMI DI FTC 6 SEPTEMBER 2015

 

Hari ni kelas agama khas untuk suami-suami di FTC, kelas isteri setiap hari Jumaat. Kelas suami isteri tak boleh sama-sama sebab perihal lelaki ni serius. Nakhoda kapalkan, mesti dapat Al-Quran lebih daripada isteri supaya boleh balik rumah membentuk isteri dan anak-anak. 


Kerja isteri pula.. belajar buat poster, cantikkan gambar ni? hehe. Bolehlah buat gambar cantik-cantik lepas ni.  


Sekian, untuk kelas hari ini..

Saturday, September 5, 2015

KELAS AGAMA DI FTC SESI #15




Kelas agama di FTC semalam sesi ke-15 berjalan lancar alhamdulillah. Segala pujian dan kemudahan dipulangkan kepada Allah. Kalau ikutkan minggu ni demam selsema, mata pedih bila memandu sampai sakit kepala. Tiba hari kelas dapat pergi kelas macam biasa. 

Minggu ni topik perkahwinan, tanggungjawab anak kepada ibu bapa. Bagaimana perkahwinan itu diberkati, mestilah dilihat awal perkahwinan. Atas dasar apa ia dibina. Jadi jika ada kepincangan pada pasangan, ia hanyalah cerminan pada diri kita sendiri sebab Allah bagitahu penzina untuk penzina, baik untuk baik, jahat dengan jahat. Ayat itu jika dibesarkan konteksnya kalau pemarah, pasangannya juga pemarah. Ciri-ciri itu pasti ada. Kesimpulan, berhenti komplen pasangan tapi buat perubahan pada diri sendiri. 

Ayat kasar sikit 'engkau pilih dia dulu kenapa? jadi terima seadanya'. 

Tanggungjawab anak pada ibu bapa pula, jangan sesekali berkata 'ah'. Ah di sini sebarang perbuatan protes atau memalingkan muka itulah ah. Selagi ibu bapa masih ada ni berbaktilah pada mereka.

Cerita pasal Al-Quran ni bukan cerita ringan cerita sembang kedai kopi. Tapi ceritanya berat. Lihat sahaja ayat ini;


73:4. Dan bacalah Al-Quran itu dengan perlahan-lahan

73:5. Sesungguhnya Kami akan turunkan kepadamu perkataan yang berat.



Bangi
ihsan gambar FTC daripada 'cucu Shaklee' saya, Syikin Hashim
 Di sinilah saya menuntut ilmu setiap minggu. Daripada join Shaklee, bertemu pula dengan Al-Quran dan upline upline sayalah yang menyediakan kemudahan dengan menjemput ustaz Shauqi dari rumah Prihatin. Asalnya minta kelas fotografi dengan Saiful Nang, sekali mereka hantar ustaz untuk mengajar Al-Quran. Untung, selama ni walaupun dunianya senang, tapi rugi 30 tahun sebab saya tak pernah baca AQ cover to cover dengan maksudnya.

Jumpa lagi, esok kelas agama untuk suami pula. Isteri je dapat Al-Quran tak mampu nak mengemudi kapal rumahtangga kalau nakhodanya tidak tahu fungsi diri dan Al-Quran diturunkan.



Ok, itu sahajalah perkongsian. Sikit-sikit sahaja teaser.

Friday, September 4, 2015

PERCUMA VITA-LEA UNTUK ANDA!

 

Pembelian Prenatal dan Postnatal set bulan ini akan dapat PERCUMA Vita-Lea. Sayapun nak beli ni. Cadang pregnant. Vita-Lea tu menampung keperluan iron jadi sehari memang ambil 2 biji. Dapat percuma lagi, untung dan jimat untuk beberapa bulan lagi.