Wednesday, January 25, 2017

JADUAL KEMAS RUMAH


Adakah anda begini? Zaman sekarang ramai ibu yang jadi stay at home mom. Bukan bermakna jadi surirumah semata-mata tapi buat kerja lagikan. Ada bisnes sendiri. 

Mana nak mengemas, mana nak masak. Mana nak urus anak. Mana nak macam-macamlah. Last last kepenatan seorang diri. Nak menangis, nak jadi MAK KAU HIJAU. Betul tak? 

Ada tak terfikir jalan penyelesaian? Ada buat jadual harian? Sebenarnya nak uruskan rumahpun kena ada jadual yang tersusun. Bukan filing kerja-kerja bisnes sahaja. 




Nak jadi ibu yang cun melecun, sambil buat kerja, anak main di sebelah. Sesekali ajar anak Iqra', kena UBAH. Buat jadual untuk kemas rumah. Bukan hari-hari menghadap perkara sama. 

Apabila kita penat, pencapaian bisnes akan merudum. Bukan namanya supermom kalau kita serah tugas pada suami. 

Boleh nak ada bibik, tapi part time jelah. Jangan hari-hari. Tak best kalau kerja-kerja yang sepatutnya seorang ibu buat, serah pada orang lain. 

Sebenarnya kita mommies ni boleh urus semua benda. Tapi kena ada perancangan dan cara kerja yang tersusun lagi teratur. Barulah berjaya. 

Berikut ialah contoh jadual mengemas harian yang saya buat. Dah buat, tick (✔️). Jadi kita tahu kawasan mana seterusnya nak kemas. 1 hari fokus 15-20 minit sahaja. 

Apabila ada pusingan macam ni, rumah kita akan sentiasa kemas. 

Kita ada masa untuk;

• ajar dan didik anak
• bisnes dari rumah
• membaca buku ilmiah
• belajar 
me time biasanya tidurlah



Nak hadap semua kerja kita, kenalah ada suplemen harian yang membantu supaya badan sentiasa cergas, otak cerdas, dan minda sihat. 

Saya pilih, Vita-Lea, Vitamin C, B-Complex, ESP dan vitamin-vitamin lain. 


Dah beli? Saya jual Shaklee.

Wednesday, January 18, 2017

CARILAH HATI

Pesan Imam Ghazali:

'Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca al-Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, carilah hatimu ketika duduk bertafakur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada ALLAH, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!".

Thursday, January 12, 2017

MANFAAT BERJALAN KAKI AYAM


Hari ni hari kedua saya berjalan di taman pakai selipar. Sesekali buka selipar dan pijak rumput. Banyak khasiat pijak bumi ni. 

Mari kita tengok satu-satu manfaatnya;

• berkaki ayam mampu mengelakkan kecederaan kaki, meningkatkan stabiliti, juga postur badan

• meningkatkan kualiti tidur 

• bermanfaat untuk penghidap sakit otot dan sendi yang kronik

• bermanfaat untuk penghidap asma dan masalah pernafasan

• bermanfaat untuk penghidap Rheumatoid Arthritis 

• PMS (senggugut) 

• Darah tinggi

• tenaga lemah 

• stress 

• meningkatkan aktiviti dan respon sistem imun 

• degupan jantung 

• Pencegahan awal Osteoporosis 

• mengawal gula dalam darah bagi penghidap Diabetes. 

Banyak lagi manfaat termasuklah mencegah kepekatan darah. 

Setiap kali sesi berjalan kaki, saya ambil masa 30 minit. 

Berkaki ayam tidak ubah seperti refleksologi semulajadi. Ia membaiki semula sistem badan yang bercelaru. Tambah-tambah lagi kita banyak guna barang elektronik. Ia boleh mengganggu sistem otak kita.

Cara untuk neutralkan semula caj badan dengan berkaki ayam pada tanah, rumput atau lebih tepat lagi ialah bumi. 

Kalau stress, penat, rasa nak marah sahaja, boleh jadi sistem badan dah bercelaru. Jadi, keluarlah melihat alam. 








Tuesday, January 10, 2017

MANFAAT KOLAGEN


Kolagen merupakan protein yang paling banyak dalam badan kita.
Ia terdapat dalam otot, tulang, kulit, saluran darah, sistem penghadaman dan tendon.

Kolagen penting untuk kita, ia bertindak sebagai 'gam' yang memegang badan kita satu dengan yang lain. 

Kolagen boleh lakukan lebih daripada mengekalkan kesihatan kulit, antaranya; 

• menyokong usus yang sihat
• menyokong pergerakan yang fleksibel
• menyokong kesihatan otot
• menyokong kesihatan tulang dan sendi
• menyokong berat badan yang sihat
• menyokong penuaan normal 
• menyokong tidur yang lebih baik
• menyokong kesihatan otak 

Mana nak dapatkan kolagen terbaik ni? 

Shaklee Collagen Powder ada. Dengan berat 1000 dalton, ia sangat ringan dan mudah diserap badan. 





Monday, January 9, 2017

BIOTIN MEMBANTU PERTUMBUHAN RAMBUT


Biotin ni kumpulan Vitamin B. Tak semua company bekalkan Biotin dalam B-Complex mereka, kerana ia mahal. 

Fungsi utama Biotin ialah membantu penyerapan vitamin B-Complex. Selain itu, Biotin diperlukan untuk pertumbuhan rambut. 


Bukan itu sahaja, Biotin membantu mengekalkan kesihatan rambut, kuku dan kulit. 

Dapatkan Biotin di dalam Vitamin B-Complex Shaklee anda. 

Saturday, January 7, 2017

LAWATAN KE PERPUSTAKAAN SHAH ALAM PPAS


Dah banyak minggu perancangan ke PPAS ni. Asalnya sebelum balik kampung lagi. Dah balik kampung, terjah perpustakaan Kampung Raja, Besut. 

Hari ni berkesempatan lawat PPAS ni. Teruja dengan penuh debaran. Tempat canggihkan. Memang berdebar-debar waktu mula masuk tu. Niat asal nak pinjam buku. Sebaik sahaja melangkah masuk, register dulu di kaunter. Kemudian isi registration form online. 
Ada komputer khas untuk tujuan tu.


Apa yang menariknya di sini, 1 IC boleh pinjam 10 buku. Kalau nak pinjam banyak, register lah banyak IC. Suami saya kata pinjam 10 dulu. Minggu depan datang lagi. Seronok tu dapat jaminan. 

PPAS ni setiap hari buka. Hari biasa tak biasa nak pergi sendiri, sebab jalan dia tu terceruk sikit. 


Kali ni saya masuk kids zone sahaja. Ada 2 ruang. 1 ruang bising, 1 ruang membaca. Dalam ni tak boleh bising. Ruang kanak-kanak, biasalah meriah. 


Tengah-tengah kids zone ni ada pokok buatan besar. Reading tree kalau tak silap namanya. Anak saya siap golek-golek lagi di situ. 


Pentas kids zone. Jam 2 lebih petang ada pengumuman panggil kanak-kanak yang nak join mewarna. Kami tak join, dah kumpul 10 buah buku nak pinjam, pinjam, kemudian ke tempat sebelah. Ada 3D dan 6D theater. Macam tak percayakan di perpustakaan ada ni.


Ruang menunggu khas untuk tayangan 3D dan 6D.


Kadar bayaran tanyangan tadi. Kami masuk 3 orang. RM10.60 seorang. Yang 3 tahun tu dia bagi masuk juga tapi kerusi tak gerak. Tengok tayangan sahaja. 


Tak sabarlah pula. Saya pertama kali tengok ni. Suami pernah tengok waktu trip Shaklee ke USA beberapa tahun lepas. Sana lagi real. Sini kerusi gegar-gegar sahaja. Itupun saya dah menjerit sikit-sikit. Kalau takut sangat pejam mata. Haha. Kalau dah pejam mata apa fungsi 3D tu kan. 

Gambar ehsan google. Tadi tak dibenarkan ambil gambar.

Kita pakai cermin mata 3D, kemudian cerita dipasang. Kerusi akan bergoyang ikut tayangan tu. Kalau eksiden memang bergegar-gegarlah. 

Saya pegang kuat-kuat pemegang kerusi. Hahaha.. macam ni pun dah 
kecut perut, kalau Universal Studio USA macam manalah kan. Tak sanggup mokcik. 

Oh ye, kalau anda nak merasa ke USA, ditaja sepenuhnya, bolehlah join Shaklee. Buat betul-betul bisnes, dapat tiket Free ke US. Trip ke US 2 tahun sekali.

Ok, sampai ketemu lagi. Daaaa... 


Friday, January 6, 2017

SALAH CETAK UBAT. PANGGILAN BALIK PRODUK TERNOLOL 50 FILM-COATED TABLET


Kenyataan Akhbar KPK 5 Januari 2017 – Panggil Balik Produk Ternolol 50 Film-Coated Tablet (MAL19940057AZ) di Malaysia

Kenyataan ini dikeluarkan untuk menasihati pesakit-pesakit hipertensi yang menerima  produk Ternolol 50 Film-Coated Tablet keluaran syarikat Hovid Berhad untuk menyemak samada terdapat kelompok BG04645 dalam simpanan merekaBahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) telah mengeluarkan arahan kepada Hovid Berhad untuk memanggilbalik kelompok berkenaan berikutan kotak luar kelompok tersebut dilabel dengan Ternolol 50 manakala label pada blister telah dicetak dengan Ternolol Tab 100mg.

Produk ini telah didaftarkan oleh Pihak Bekuasa Kawalan Dadah (PBKD) dengan nombor pendaftaran MAL19940057AZ. Ternolol 50 Film-Coated Tablet mengandungi bahan aktif atenolol yang dipreskrib untuk rawatan hipertensi.

Sekiranya kelompok tersebut ada dalam simpanan pesakit, kerjasama dipohon agar tidak mengambil ubat tersebut dan memulangkannya dengan kadar segera ke klinik, farmasi komuniti atau fasiliti kesihatan di mana ianya dibekalkan. Sila berjumpa dengan pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat/ pemeriksaan sekiranya perlu.

NPRA dan pihak pengilang sedang menjalankan siasatan menyeluruh ke atas perkara ini bagi mengenalpasti punca masalah ianya berlaku. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi NPRA di talian 03-78835538 atau Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (NPCC) di talian 1800 88 6722.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN

5 Januari 2017

Wednesday, January 4, 2017

PENUAAN SECARA SIHAT

Tampak Muda, Rasa Muda, Lebih Lama.

Pernah dengar tagline iras-iras macam tu? Saya sekolah menengah dulu selalu dengar. Nampak muda, rasa muda, jadi muda. 

Waktu kita muda kita tak tahupun nikmat jadi 'muda' tu macam mana. Sebab kita belum rasa lagi tua. 

Bila dah meningkat usia baru kita perasan bila mana badan-badan kurang fungsinya. Itulah yang dimaksudkan dengan penuaan. 

Penyakit mula menyinggah, berat susah nak turun, Diabetes, Darah tinggi, Masalah jantung, yang paling merisaukan Kanser. 

Tahu tak bagaimana penuaan ni berlaku? Ia bermula daripada peringkat sel. Setiap hari sel badan kita akan rosak. Kita takkan perasan sehinggalah pelbagai penyakit menyinggah. 



Kerosakan sel lebih serius apabila terdedah kepada radikal bebas. Radikal bebas boleh merosakkan komponen sel seperti DNA, dan boleh merangsang keradangan, lantas mengakibatkan penuaan sel. 

Tetapi, dengan makanan tambahan yang tinggi antioksidan Polyphenol dan Resveratrol, ia mampu menentang radikal bebas yang merosakkan sel. 

Kajian makmal turut menyarankan bahawa polyphenol yang dihasilkan dari campuran anggur muscadine, polygonum cuspidatum, lobak ungu dan Elderberri eropah mampu:

• Membantu sel anda untuk melindunngi serta membaiki DNA dan menentang radikal bebas
• Memperlahankan pembentukan protin perosak AGE yang mendorong kepada penuaan sel
• Membantu merangsang kesihatan telomere yang melindungi kromosom

 Penuaan tidak dapat dielakkan tetapi dengan amalan pemakanan sihat, mampu melambatkan proses penuaan. 



Vivix Shaklee dirumuskan khas untuk melambatkan proses penuaan di peringkat sel. 

Bulan ni promo Vivix beli 6 PERCUMA 1 atau beli 2 5% diskaun. Boleh rembat untuk melambatkan penuaan. 

Awet muda dan sihat gitu..