Rahim
diciptakan Allah khas untuk wanita sebagai wadah pertumbuhan janin yang
bermula daripada nutfah, kemudian menjadi 'alaqah dan mudghah.
Seterusnya ia berkembang dan membesar membentuk organ-organ dan anggota
yang sempurna dan akhirnya ditiupkan roh pada usianya 120 hari. Semua proses ini berlaku dalam perlindungan dan naungan rahim.
Malang jika rahim ditimpa penyakit dan tidak boleh berfungsi.
Rahim ini mengalami ketumbuhan adenomyosis dan
membesar seperti hamil 5 bulan. Gejala yang dialami pesakit ialah
senggugut teruk, pendarahan yang banyak serta jadi mandul. Sungguh
menyedihkan apabila situasi begini berlaku.
Ketumbuhan
yang paling sering berlaku pada rahim ialah fibroids. Walaupun ia boleh
menimbulkan gejala-gejala yang sama tetapi ia boleh dibuang sengan
pembedahan dan dipulihkan dan berupaya untuk hamil.
Cara-cara menjaga rahim.
1.
Waspada jika ada sejarah penyakit rahim dalam keluarga - ibu, nenek,
ibu saudara adik-beradik perempuan. Setiap penyakit ada kaitan dengan
baka, mungkin menyumbang 10% kepada faktor-faktor penyebab.
Elakkan dan jauhkan daripada faktor-faktor penyebab yang timbul daripada persekitaran.
2.
Fungsi utama rahim ialah menampung kehamilan. Kahwin dan hamil awal
pada usia muda boleh mencegah daripada ketumbuhan fibroids dan
adenomyosis.
Ketika hamil, otot rahim membesar dan kembang sehingga
1000 kali normal. Selepas bersalin ia kuncup semula kepada saiz asal.
Proses kehamilan sebenarnya melindungi rahim daripada ketumbuhan. Wanita yang lambat atau tidak hamil lebih terancam ketumbuhan fibroids dan adenomyosis.
3.
Rahim sangat dipengaruhi dengan dua hormon wanita - estrogen dan
progesterone. Estrogen menebalkan lapisan endometrium dan membiak sel
otot (myometrial hyperplasia). Progesterone meningkatkan salur darah
endometrium dan mengembangkan sel-sel otot rahim (myometrial
hypertrohy). Kedua hormone perlu seimbang dan saling berkerjasama. Gangguan imbangan hormon mencetuskan penyakit rahim.
4.
Faktor-faktor yang mengganggu imbangan hormon; tahap estrogen tinggi
dan progesterone rendah yang menyebabkan penyakit. Di antara
faktor-faktor ialah tekan fizikal, stress mental dan gangguan emosi.
Pemakanan yang terlebih gula dan karbohidrat, mengandungi terlalu banyak
perisa dan pengawet serta kegemukan (obesity) dan penyakit PCOS,
kesemuanya menyebabkan hormon estrogen meningkat tinggi sedangkan
progesterone berkurangan. Tangani dan kawal semua jenis stress.

5.
Penjagaan rahim perlu bermula daripada umur kanak-kanak. Sering
anak-anak perempuan dijangkiti kuman di luar farajnya akibat tidak
sempurna bersuci dan lemah ketahanan / immunity disebabkan tidak suka
makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Jika menghadapi masalah lelehan /
vaginal discharge , basuh faraj dengan air garam, ia antiseptik terbaik
untuk wanita.
Beri supplemen vitamin C (chewable), juga multivitamin
sirap dan minyak ikan kepada anak-anak perempuan. Amalan ini diteruskan
dalam bentuk tablet bila mencapai umur remaja. Supplemen2 tersebut akan
meningkatkan ketahanan / immunity untuk menangkis pelbagai penyakit
khususnya dalam rahim.
6. Kegemukan perlu dikawal daripada umur
kanak-kanak dan remaja. Dewasa ini kanak-kanak terlalu minat makan jajan
dan makanan segera. Ibu bapa layani kehendak mereka sebagai jalan mudah
tanpa memikirkan kesan buruk dalam jangka panjang.
Remaja mula
dilanda kegemukan apabila belajar di sekolah, kolej dan universiti
berasrama. Mereka makan terlalu banyak makanan segera kononnya tiada
kesempatan untuk memasak sendiri atau tidak minat makanan yang
disajikan.
Bermula dari sini, gangguan haid berlaku - samada tidak
datang haid, atau haid terlalu banyak, keluar berketul-ketul atau
terlalu sedikit tetapi berpanjangan. Kesemua itu petanda adanya gangguan
dan ketidak seimbangan hormon-hormon wanita dan akhirnya merosakkan
rahim.
7. Remaja perlu dididik menjaga kehormatan diri agar tidak
terjebak ke dalam maksiat penzinaan kerana ramai yang terjerat dengan
pelbagai gejala saperti pengguguran haram dan jangkitan kuman dalam
peranakan dan akhirnya rosak rahim dan jadi mandul apabila berkahwin
kelak.
8. Banyakkan zikir dan berselawat waktu haid. Perdarahan
haid atau 'datang kotor', 'datang bulan'. Pelbagai panggilan untuk haid.
Memang ada disebut dalam quran wanita dalam haid tidak dianggap bersih
dan suami dilarang melakukan hubungan selagi isteri belum bersih dan
telah mandi junub.
Sering juga haid tidak lancar keluar dan adakala
haid 'tumpah / melimpah' kebelakang rahim. Fenomena tersebut dikaitkan
dengan rahim retroverted dan saluran pintu rahim sempit. Tanda utama
ialah senggugut dan terdapat sistem pembersih darah haid.
Bila sistem
ini gagal akibat penurunan immuniti ekoran dari pemakanan kurang berzat
dan tinggi tahap racun serta peningkatan stress, darah haid menimbulkan
penyakit endometriosis dan adenomyosis.

9. Dipercayai darah haid
yang tidak lancar dan bertakung di belakang rahim menggalakkan gangguan
jin dan syaitan terhadap rahim. Oleh sebab itu ketika haid wanita tidak
boleh solat dan baca quran, sebaiknya banyakkan zikir dan selawat
sebagai langkah mencegah gangguan jin dan syaitan.
10. Banyakkan
memakan makanan yang membantu dalam penjagaan rahim di antaranya nanas
yang mengandungi enzim bromalin dan betik yang mengandungi enzim papase.
Kedua enzim ini berperanan untuk membersih darah kotor di belakang
rahim.
Makanan-makanan tradisi sudah dilupakan. Keledek merah
membekal sedikit hormon progesterone, keladi ada sedikit estrogen, ubi
kayu ada sedikit B17 (antikanser). Makanan tersebut membantu penjagaan
rahim.
Kunyit, bawang merah, bawang putih, halia dan serai ada kesan2 anti inflammatori (keradangan) juga berperanan menjaga rahim.
Perbanyakkan
makan sayur-sayuran khususnya yang hijau saperti bayam, sawi, pucuk
paku, kobis, kacang, karot, brokoli, taugeh dan lain-lain.
Banyakkan makan buah-buahan saperti jambu, oren, mangga, epal, nanas, betik, buah naga dan lain-lain.
Makan pelbagai kacang seperti peanut, gajus, almond, walnut dan lain-lain. Baik juga dimakan bersama-sama kismis dan kurma.
Makan lebih ikan saperti kembung, tenggiri, bawal, mackerel, tuna/tongkol dan lain-lainAmalkan minum teh hijau yang mengandungi antioxidant yang boleh mencegah penyakit.
Amalkan minum susu segar (lembu atau kambing) setiap hari.
11.
Amalkan supplement multivitamin, Vita C (1GM) dan E(400 IU) ,logam
kalsium dan fish oil (1-2000 GM) setiap hari sehingga akhir hayat.
Sumber info: Dr Hamid Arshat