Monday, September 8, 2014

Facial dari Rumah Naikkan Seri Wajah

Pernah tak dengar pusat kecantikan atau salon yang tawarkan facial khas untuk naikkan seri wajah? Haaaa UA pernah terfikir 'eh dia ni pakai ilmu jampi serapah ke siap boleh naikkan seri?? Takutnya dengar'. Tapi macam menarik.. Yelah, adake wanita atas dunia ni tak nak wajah berseri-seri? Kalau bahasa orang putihnya glowing gitu.. Haha bila dah translate kot orang putih muka glowing shining tu biasalahkan? Tipah tertipu.. Hehehe. Basic Facial biasanya RM80. Kalau ikutkan harga tak sampai RM100 murahlahkan. Tapi sekali pergi facial mampu bertahan berapa lama seri tu?? Hmmm berbaloike? Kalau yang jenis duit terlebih tu tak apalah. Kalau yang macam UA ni? Masuk kategori Al-Bakhil. Belum pergi haji, kalau dah pergi haji mesti dapat gelaran

Ya Hajjah, Ya Hajjah Al-Bakhil. Fiiiuuuhhh..


Setiap perkara yang UA nak belanjakan mesti berkira-kira fikir 14,000 kali agaknya haha.. Cumanya ada satu sahaja yang UA tak berkira, apa tu?
 
Makan apa sahaja suplemen tak kiralah harganya berapa UA sanggup bayar. Sebelum kenal Shaklee lagi dah macam tu.. Kerana diriku begitu berharga haha. UA pernah cuba Mireica kolagen tu berapa ratus entah lupa dah tapi makan tak habis sebab UA ni dulu nak semua cepat. UA lupa yang cepat tu bukannya semua bagus. Dah kenal Shaklee ni barulah bersabar seadanya. 

Ok, baru-baru ini UA ada post entri pasal Cara Cuci Muka dengan Betul, lepas tu UA surflah Youtube lagi pasal cuci-cuci muka ni sekali jumpalah cara-cara facial dari rumah. DIY gitu. 

Ok sekarang apa yang kita perlukan? kalau kira-kira kos facial sendiri ni tak sampai RM10 pun. Semuanya murah tapi hasilnya berbaloi-baloi. Memang hasilnya shining, glowing, berseri, lembab, bersih, hilang sel kulit mati. 

Ok sila ikut step di bawah; 

1) Makeup Remover 

mula-mula ambil makeup remover ni. UA tak pakai mekappun tapi guna makekup remover ni untuk tanggalkan kotoran dan sel-sel kulit mati.





2) stimkan wajah 
Nak stimkan wajah tak payah beli steamer ke apa, membazir. Tapi masak air sehingga mendidih, tuang dalam bekas yang besar kemudian wapkan wajah kita. Tutup kepala, muka dalam tuala kemudian wapkan wajah atas air panas tadi. Memang agak panas, UA sekejap-sekejap je lepas tu lari, ulang semula. Fungsi stim ni untuk bukakan segala pori wajah kita nak skrub lepas ni.

http://www.ummuainansupermom.com
Air Panas


Tutup kepala dan muka semasa tengah stimkan wajah



3) skrub wajah
Skrub?? Nak buat pakai apa? Haaa ibu ibu bapa bapa kakak kakak ada amalkan Alfalfakan? Guna sahaja alfalfa tu, mula-mula larutkan alfalfa dengan sedikit air panas, rupa dia macam dalam gambar tulah. Bila dah hancur, UA sapukan pada wajah yang dah stim tadi tu, muka lembab-lembab panas sapu alfalfa, gosok lembut seluruh muka (pastikan gosok membentuk bulatan bawah ke atas ye sebab kita nak naikkan seri) kalau silap urut nanti muka turun ke bawah cepat tua pula hehe. 


Ambil Alfafa 2 biji dan rendamkan di dalam air panas















Alfalfa yang telah hancur
Sapu skrub Alfalfa ke seluruh wajah

Tadaaa jadilah macam muka UA ni. Ok biar sekejap tunggu kering, bolehlah ambil air suam sedikit gosok-gosok halus wajah jadikan alfalfa ni skrub. Boleh bilas sedikit tanggalkan alfalfa tadi. 

4) cuci muka dengan pencuci Nutriwhite.
Ikut sahaja panduan Cuci muka dengan betul ni. Hanya guna 2 jari iaitu manis dan hantu gosok-gosok perlahan. UA tak bilas muka tapi ambil span sama macam model tu buat maka siaplah facial sendiri dari rumah kita. 


Pencuci Muka Nutriwhite sangat halus mencuci hingga ke dalam sel

Apa yang akan kita dapati daripada facial dari rumah ni?? Wajah berseri-seri. Sekarang UA percaya, memang nak naikkan seri wajah ada ilmu yang perlu diamalkan. Ilmu facial ni jelah bukan ilmu karut-marut tu hehehe..

Hasil Facial dari Rumah

Semua bahan Facial di atas hanya digunakan sedikit sahaja dan semestinya jimat. Bolehlah lepas ni buat 2-3 kali seminggu dan UA percaya muka kita yang bukan artis ni boleh mengalahkan wajah artis gitu hehehe (UA selalu berangan nak kulit macam artis yang halus mulus tu). Angan-angan menjadi kenyataaanlah lepas ni hehe.. 

Pipi pinkish tu memang pipi UA lepas baligh dulu jadi macam tu.. Dulu digelar badut sebab pipi merah haha.. Sekarang tak dah sebab amalkan suplemen Shaklee ni merah kurang tapi pinknya bertahan, macam pakai blusher gitu. Alhamdulillah. 

Ok kalau anda nak cuba Facial dari rumah ni, bolehlah beli semua bahan di atas daripada UA. Jimat, berbaloi tahan berbulan-bulan. Pelaburan yang menguntungkan. 

-Sentiasa Muda Remaja- 

Ummu Ainan (Ain) 
Shaklee USJ, Stadium Melawati, TTDI Shah Alam

No comments:

Post a Comment