Diet yang banyak makanan telah diproses
ketika berusia tiga tahun dikaitkan dengan IQ lebih rendah ketika
berusia lapan tahun setengah.
Diet yang tinggi lemak, gula
dan makanan telah diproses merendahkan IQ kanak-kanak, rumus satu
kajian. Laporan itu berkata tabiat pemakanan pada usia tiga tahun
membentuk prestasi otak apabila ia menjadi lebih berusia.
Diet
yang banyak makanan telah diproses ketika berusia tiga tahun dikaitkan
secara langsung dengan IQ lebih rendah ketika berusia lapan tahun
setengah, menurut satu kajian berpusat di Bristol terhadap ribuan
kanak-kanak Britain.
The Avon Longitudinal Study of Parents and Children telah membuat pemerhatian terhadap kesihatan dan kesejahteraan jangka masa panjang kira-kira 14,000 kanak-kanak.
Makanan
terutamanya yang kaya dengan vitamin dan nutrien telah membantu
meningkatkan prestasi otak apabila kanak-kanak membesar, nyata laporan Journal of Epidemiology and Community Health.
Para
penyelidik berkata diet kanak-kanak kecil itu boleh mengubah tahap IQ
pada zaman kanak-kanak nanti, sekalipun tabiat pemakanan diperbaik
dengan peningkatan umur.
"Ini mencadangkan bahawa sebarang kesan
kognitif/kelakuan berkaitan dengan tabiat pemakanan dalam awal alam
kanak-kanak mungkin berterusan hingga ke zaman kanak-kanak, walaupun ada
perubahan berikutnya pada pengambilan makanan," nyata tulisan tersebut.
Semasa
kajian, ibu bapa menjawab soal selidik yang memperincikan jenis-jenis
dan kekerapan makanan dan minuman yang diberikan kepada anak-anak mereka
apabila mereka berusia tiga, empat, tujuh dan lapan tahun setengah.
Setiap
peningkatan satu mata dalam markah kajian corak pemakanan (satu rekod
pengambilan lemak terproses) dikaitkan dengan kemerosotan 1.67 mata IQ.
Otak membesar pada kadar paling pantasnya semasa tiga tahun pertama kehidupan.
"Ia adalah mungkin pemakanan yang baik sepanjang tempoh ini boleh menggalakkan pertumbuhan optimum otak," tambah laporan itu.
Pengarah
penyelidikan The School Food Trust, Michael Nelson, berkata: "Dengan
kira-kira 23 peratus daripada kanak-kanak yang mula bersekolah terlebih
berat atau obes, ia adalah sangat jelas bahawa pilihan yang menyihatkan
dalam perkembangan awal mereka itu adalah memberi mereka kebaikan, bukan
sahaja untuk mengekalkan berat yang sihat semasa mereka membesar,
tetapi sebagaimana bukti ini menunjukkan, ia juga untuk meningkatkan
kebolehan mereka untuk mencapai keputusan yang baik di sekolah.
"Penemuan
ini juga menunjukkan pentingnya membantu semua yang terlibat dengan
perkembangan awal kanak-kanak untuk mendapat maklumat dan nasihat yang
mereka perlukan berkenaan pemakanan yang baik."
Definisi
makanan telah diproses: makanan yang telah dirawat secara khusus
(contohnya pengeringan, pembekuan, pengetinan) untuk menjadikannya tahan
lama, memperbaik rupanya atau menjadikannya lebih mudah digunakan.
credit
No comments:
Post a Comment