Pages

Sunday, May 12, 2013

Foremilk vs Hindmilk

Pernah dengar susu cair dan susu pekat??

Petua orang dulu2 sebelah kanan air
Sebelah kiri payudara makanan.. Eh betulke?? Ke terbalik?? Hehe antara dua tulah.. 

Dalam satu penyusuan, susu ibu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu susu awal (foremilk) dan susu akhir (hindmilk).
Apabila bayi mula menyusu, dia akan mendapat susu awal (foremilk) yang agak cair (mengandungi air yang banyak, kurang lemak dan tinggi karbohidrat) yang berperanan untuk menghilangkan dahaga bayi.
Manakala pada akhir penyusuan bayi akan mendapat susu yang agak pekat (hindmilk) dan mengenyangkan kerana mengandungi kurang air (berbanding foremilk) dan lemak yang tinggi. Hindmilk mengandungi kalori yang tinggi dan ini penting untuk memberi tenaga serta penting untuk tumbesaran bayi.
---------

Susu ibu ialah cecair yang dihasilkan secara semula jadi dan psikologi untuk bayi manusia. Saintis terus menemui kelebihan- kelebihan terbaru yg ada pada susu ibu. Berbanding susu formula, susu ibu kerap bertukar berdasarkan keperluan bayi. Susu formula tetap sama tanpa mengira keperluan dan usia bayi. Susu ibu berubah berdasarkan usia bayi.

Didapati ada dua lapisan lemak (hindmilk) dan cair (foremilk). Kandungan susu ibu adalah 88% air,jadi tidak hairanlah mengapa lapisan yang  cair itu lebih banyak daripada yang pekat. Ini juga merupakan sebab utama mengapa bayi yang berumur kurang daripada 6bulan tidak perlu diberikan sebarang air tambahan.

-susu ibu untuk bayi pra-matang mengandungi kandungan protein yang tinggi

-susu ibu bg bayi usia lapan bulan pula mempunyai kalori yang tinggi berbanding bayi berusia sebulan

-susuibu berubah mengikut cuaca. Dalam cuaca panas susu ibu mengandungi lebih banyak cecair. Dalam cuaca sejuk ia mengandungi lebih banyak lemak

-Susu ibu berubah dari segi rasa bergantung kpd jenis pemakanan ibu. Ini memberi peluang kpd bayi utk mencuba pelbagai jenis rasa sepanjang tempoh penyusuan



Sebelah kiri gambar susu awal dan kanan susu akhir

Ni maksudnya ibu-ibu kena pastikan payudara dikosongkan terlebih dahulu sebelum beralih ke payudara seterusnya. 

Hoho baruku tahu.. Sebelum ni sekejap2 je sebelah2 breast.. Patutlah anak saya tak berapa nak booolat.. Ooo jahilnya.. 

Tapi lepas-lepas ni i.Allah akan susukan baby sebelah-sebelah.. 


-----
Inginkan Suplemen menyusu Shaklee??
Dapatkan hari ini 
Hubungi Tuan Nurul Ain Tuan Ismail
Shaklee ID867161
Sms/Tel/WA: 0133570906

No comments:

Post a Comment