Pages

Sunday, October 20, 2013

Hikmah

Nak cerita pasal hikmah dalam
setiap ujian... Hmmmm pernah dengar sedeqah mampu elakkan kita daripada bencana?? 

Contoh paling mudah, katakan kita pergi kedai terlanggarlah sesuatu.. Tapi yang rosak kereta sahaja.. Tiada apa-apa kecederaan.. Tu maksudnya Allah pelihara kita.. Boleh jadi berkat sedeqah kita tu kita terselamat daripada bahaya.. 

Nak dijadikan cerita, tengah hari Jumaat lepas baby Nisa' tidur dalam bilik.. Umi kat dapur, makan.. Dalam masa sama Ainan makan roti jala ajak adik dan sepupu masuk bilik.. Umi dah jerit keluar, jangan kacau baby tidur.. 

Tak lama lepas tu dengar baby Nisa' menangis. Umi cepat-cepat pergi ke bilik.. Bila pusing tombol
pintu...'aikkkl kunci'... Haaaaa sudah... Baby dengan siapa ni kat dalam.. 

Ainan dan sepupu dia semua kat luar, yang ada Widad je kat dalam.. Umi cari kunci pintu buka satu-satu kunci tu semua tak dapat.. (tombol rosak, Widad tak dapat buka dari dalam).. 

Ketuk-ketuk pintu tak ada respon.. Adik umi pergi mengintai kat tingkap (kebetulan tingkap tutup, umilah minta abah tutupkan sebab jam 12 tu bau asap orang bakar tayar..) Dahlah rumah tokki dan nenek tinggi.. Nak jenguk kena panjat kerusi.. Tengah-tengah panjat tu Mak Su tengok Widad (2 tahun ++) angkat adik dia... Menjeritlah kawan tu.. 'Widaaaaaadddddd'.. Sorang lagi kakak umi cepat2 cari suami dia kat Masjid (orang nak sembahyang Jumaat).. 

Umi pergi mengintai sama dekat tingkap... minta Widad bukakan tingkap tapi tak berjaya.. Baby makin kuat menangis umi nampak dengan mata kepala sendiri Widad cuba angkat baby.. 'Widaaaaaaaddddddd letak baby....' 
Ya Allah... Tak dapat nak gambarkan perasaan waktu tu.. Umi turun kerusi capai je penyapu nak pecahkan tingkap.. Tapi melantun balik penyapu tu.. Umi dah berlari masuk dapur nak ambil lesung batu nak pecahkan tingkap tu.. 

Melangkah je dalam rumah, dengar dah suara mak cik dan pak cik diorang dah balik dari masjid.. Berlakulah adegan pecahkan tombol dan tendang pintu.. Fuuuhhhh masa pintu ditolak tu Widad berdiri belakang pintu.. Melayang juga budak tu.. Nasib baik kena dagu je.. 

Detik-detik cemas berlaku... Dalam hati umi rela hilang harta benda daripada anak-anak umi.. Syukur Ya Allah... 

Lepas je kejadian ni bertalu-talu otang datang rumah sebab ingat ada kecemasan sebab pakcik diorang ni tak
sempatpun solat Jumaat.. Memang darurat... Kakak doktor, katanya baby bahaya kalau menangis tanpa henti.. Sebab takut tak cukup oksigen berhenti je boleh bawa maut.. Tak dapat nak bayangkan... 

Ok, hikmah di sebalik kejadian.. untuk umi sendiri.. Insaf.. Sangat insaf.. Kadang-kadang kita berkira untuk memberi tapi padahal pemberian tulah yang boleh menjadi penghalang daripada bencana yang tak mampu kita tanggung.. 

Hikmah kedua, mengeratkan silaturrahim.. Sebab sanak saudara datang untuk ziarah..entah apalah yang terjadi sampaikan terpaksa panggil orang nak solat Jumaat.. 

Hikmah ketiga, erti hidup dalam memberi.. Jana income untuk
bantu ekonomi Islam.. Bukan untuk
bermegah-megah.. 

p/s: nampak tak kesinambungan cerita ni?? Asal-asalnya tingkap bilik dibuka
sebab masih siang.. Tetapi
disebabkan jiran bakar sampah
(bakar tayar), tingkap terpaksa ditutup.. Maka berlakulah adegan2 cemas.. Kalau diikutkan akal logik nak salahkan siapa?? Mestilah pemulanya, si
pembakar sampah.. Tetapi dengan Hikmah, berlakulah sesuatu seperti
dirancang Allah sangat cantik.. Alhamdulillah

*lihat sesuatu daripada kaca mata yang berbeza mampu
mengubah dunia

No comments:

Post a Comment