Pages

Thursday, June 5, 2014

Ubah Cara Berfikir Kunci Kebahagiaan

Penat? Letih?

Macam mana nak atasi?? Kembali semula kepada Pencipta. 

Teringat cerita Sayyidatina Fatimah pernah mengadu kepada Rasulullah telah penat membuat kerja rumah, pesan Rasulullah zikirlah 'Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar'

Dengan zikir tu bukan hilang penat, tapi tukar fokus dengan ingat Allah i.Allah badan dengan sendiri rileks. 

Bagaimana nak atasi stress, penat seharian menguruskan rumahtangga, penat bekerja di pejabat, penat uruskan bisnes?? 

Buat satu diari kesyukuran

TULISLAH PERKARA-PERKARA untuk disyukuri hari itu. 

Lihat wajah anak-anak cuba bayangkan 'alhamdulillah mereka aktif, sihat.. Anak2 orang lain yang tak sihat memanglah tak aktif, tak penat'..

Bila lihat A, letakkan diri kita di situasi B yang nasibnya kurang daripada kita mesti akan lahir perasaan 'Ya Allah syukurnya sekian sekian sekian' sehinggakan tiada lagi keluhan keluar dari mulut kita. 

Apabila kita kecil hati dengan pasangan, 'ramai lagi orang lain masih tercari-cari pasangan hidup, syukurlah kita ada teman berbicara, teman berbual, teman bergaduh' 

Apabila ada orang sakitkan hati kita senyum sahaja 'kesian dia.. Sarafnya sedikit rosak' taknak ikut seperti mereka. Biarkan mereka meroyan sendiri..

Haaa lebih kurang macam tulah cara nak didik hati kita. 

Ingat 2 lupa 2. 

Ingat apa orang dah beri kepada kita
Lupa apa yang orang dah buat pada kita

Ingat apa yang kita buat pada orang 
Lupa apa yang dah kita beri pada orang


-Sekian Coretan Subuh-

----
Ikhlas berbicara, 
MUA

No comments:

Post a Comment