Pages

Saturday, July 12, 2014

Apa Yang Kita Yakin???

Semalam UA keluarkan pasal Shaklee tak ada kaitan terhadap sebarang fund kepada Israel. Hari ini UA diasak soalan serangan terhadap individu yang namanya Roger Barnett hanya kerana beliau seorang Yahudi. 

Secara teorinya bagus, sebab mereka prihatin, tetapi secara ilmiah 'kalian kena pergi banyak belajar lagi'.. 

Islam bukanlah agama yang membebankan penganutnya. Hanya kerana Roger seorang Yahudi habis semua dikaitkan. 

Roger = Yahudi, Shaklee = Roger

Maka Shaklee = Yahudi

Allah... Sungguh tinggi penakkulan mantik mereka. 

Pernah UA dengar ceramah UAI perihal membeli makanan dengan lelaki yang memakai subang, berambut merah atau seangkatan dengannya. 

'Bolehke tak??'

Jawapan Ustaz sungguh bernas, 

'Mu nok cari calon suami ke guane duk tengok subang orang?' Lebih kurang macam tulah.. 

Kenapa terlalu fikirkan hal yang remeh?? 

UA pernah mengikuti Pas Sarawak bersama Papisma ke rumah panjang orang Iban di pedalaman Sarawak. 
Kami dihidangkan air teh dan para Ustaz serta Papisma lain minum seperti tiada apa-apa. Kalau nak dikaitkan tu, 'eh mana boleh minum mereka bukan orang Islam, entah dah terkena anjing ke babi cawan mereka tu.. Isy isy isy syubhah.. 

'Mu napok ko ado babi setokol dalam cawan tu?? Tok napok? Minum jelah'

Sama kes Roger Barnett ni.. Ada buktike Roger menyumbang kepada Zionis?? 
Satu company milik Rogerpun tak masuk dalam senarai boikot. 

Tetapi hanya kerana risau Roger seorang Yahudi, jual suplemen daripada syarikat Roger dikhuatiri membantu penyumbangan Roger kepada Yahudi.. 
Di sini kesnya bukan kerana kita warak tapi kerana tipisnya ilmu kita. Kenapa UA kata begitu?? 

UA pernah berada seperti situasi kalian ketika saat UA ingin berubah ke arah Muslimah sejati. Semua benda UA rasakan tidak boleh. Ini tidak boleh itu tidak boleh. Suatu hari UA dilemparkan kata-kata seperti ini 'kalaulah aku ni baru nak kenal Islam, aku tak akan masuk Islam kalau jumpa orang macam kau' yessss Syadid atau kata lain jumud.. Lepas tu UA bagaikan tersedar, UA banyak menuntut ilmu. Barulah cool... Sekarang UA tidak cepat melatah kalau isu picisan seperti ini diutarakan. 

Banyak lagi isu lain yang harus dibicara sibuk isu remeh tu kenapa?? 

Sebab ada orang tanya UA perihal 'mengaji atas kubur, apa hukumnya'. Suami UA jawab ringkas sahaja 'banyak lagi benda lain lagi aula, semua tu Furu', sudah-sudahlah bicara hal kecil itu'.. 

Juga soalan perihal Habib Ya Hanana pun ada 'sesatkah mereka??' UA ambil keputusan untuk berdiam diri. Banyak lagi perkara yang betul-betul sesat. 

Ok kes Roger ni bagaimana pula?? 

UA bukan nak kahwin dengan Roger ni nak selidik agama Roger apa.. UA hanya sukakan produk Shaklee dan tiada lagi tandingan dengan Suplemen lain dunia. Jadi UA meneruakan untuk terus mengguna Shaklee dan terus berkongsi Shaklee. Perihal risau, takut tidak berasas itu tanya semula iman kalian. Apa yang kalian percaya dan yakin teruskan, kalau tidak, hentikan. UA tiada bicara untuk berbahas dengan kalian kerana UA bukanlah ustazah atau agamawan. 

Mana yang baik daripada Allah mana yang buruk atas kekurangan UA sendiri sebagai makhluknya.

UA tinggalkan kalian dengan video Syeikh Ahmad Yaseen ni. 


'Kita tidak benci Yahudi kerana mereka Yahudi, tapi kerana mereka mengambil hak kita'.. 

-Sekian-

Wallahu'alam 



No comments:

Post a Comment