Pages

Wednesday, September 24, 2014

Makanan Tidak Habis boleh jadi Sarapan Paling Lazat


Ini lauk tidak habis semalam. Masak lemak cili api udang galah dan kerutuk daging. 

Nasi juga masih banyak. Jika mahu makan nasi dan lauk semalam dijadikan sarapan, tiada masalah tetapi jika mahu transform kepada sarapan yang lazat, perlu lakukan ini. 


Gambar ini bancuhan cucur bilis nasi. Bahan-bahannya ialah:

1) nasi (semalam) 
2) segenggam bilis
3) tepung gandum
4) 1/2 biji bawang besar
5) sebiji telur
6) air
7) garam secukup rasa 

Blend semua bahan di atas dan siap untuk digoreng. 


Maka jadilah cucur nasi bilis ini. Rasanya lebih sedap berbanding cucur biasa kerana kulitnya lebih garing dan isinya lembut. 


Dimakan seperti ini, cucur sedap tadi dicicah kuah masak lemak cili api dan tambah sedikit kerutuk di dalamnya. Pasti lazat tidak terkata. 

Selamat Mencuba


Ummu Ainan berbicara... 

No comments:

Post a Comment