Masak Lemak Cili Api Ikan Jenahak



Sebelum apa-apa tengok gambar dulu ye . Masak lemak cili api ikan jenahak ini dimasak spesel air tangan ibu mentua UA. Memang sedap, resepi asli dari Negeri Sembilan. 

Bahan-bahannya ialah: 

1) 2-3 keping ikan jenahak potong 
2) 1 inci kunyit 
3) 10 biji cili api (guna yang warna hijau kurang sikit pedasnya) 
4) sebatang serai (diketuk) 
5) santan 1 kotak (Guna Santan Kara) 
6) Asam keping 
7) Garam secukup rasa 
8) Buah tomato (option) 

Cara-cara memasak ialah; 

1) Blend kunyit, cili api sehingga lumat (kalau rajin nak tumbuk boleh, UA tukang blend je hehe. Buat apa susah-susahkan, zaman dah moden). Masukkan dalam periuk. 
2) sekotak santan dibancuh dengan air (ikut suka nak pekat mana). Masukkan semua bahan di atas.
3) masak di atas api perlahan, sentiasa dikacau untuk elakkan santan pecah minyak. 
4) seteleh nampak santan sudah mendidih, masukkan ikan dan tomato.
5) kacau sehingga masak. Sedia untuk dihidang. 

Lepas ni semua orang boleh buat masak lemak cili api asli ni sendiri. 

Ok jumpa lagi. 

Selamat Hari Raya Aidiladha Maaf Zahir Batin. 




Ummu Ainan menulis.... 

You Might Also Like

0 comments