Pages

Saturday, November 8, 2014

Cara Ajaib Setelkan Kain Baju Tanpa Menjadi Timbunan Gunung. Anda PastiTeruja.



Perkara pertama yang anda perlukan ialah hanger yang banyak. 

Sediakan hanger besar untuk baju dewasa hanger kecil untuk baju kanak-kanak. 

Dari mesin basuh, jemur baju menggunakan hanger di atas. (Hanger murahpun tak apa sebab kita nak guna banyak). 


Selesai menjemur kain, ambil sahaja dari ampaian dan terus sangkut di dalam almari. Tadaaa tidak perlu susah-susah melipat. 


Lebih kurang seperti di atas baju-bajunya. Serabut? Lagi serabut kalau anda membiarkan timbunan kain seperti gunung-ganang.

Kalau anda mahu melipat kesemuanya tidak ada masalah. Pastikan jangan mrngambil masa yang lama. Masa melipat kain jika ditukarkan untuk membaca, lebih manfaat ilmu di dalam buku.

           

Baju-baju di dalam bakul. Bahagian bawah baju-baju yang sudah dilipat (sikit sahaja, jadi masa melipat sangat pendek). Bahagian atas baju yang hanya tinggal untuk digantung. 


Apa rahsianya? Inilah rahsianya. Mungkin kita rasa ia idea yang remeh tetapi berapa orang yang terfikir untuk melakukannya? Anda juga pasti tidak terfikirkan? 

Ikut sahaja hehehe.. 

Selamat mencuba

2 comments:

  1. Ini yang namanya skill.. Hantar dobi bukan skill.. Hanya penyelesaian sementara..

    ReplyDelete