Pages

Tuesday, December 2, 2014

Berpagi-pagian Membuka Pintu Rezeki.

Aktiviti UA awal pagi ini. Agak-agak apa projek UA kali ini? Hehehe. Semalam 'geram' bukan main UA beli kelengkapan bercucuk tanam, cangkul dan anak benih kangkung dan bendi. Kangkung perlukan air yang cukup dan banyak untuk kekal subur, bendi pula? Entahlah, UA beli sebab kata orang bendi sangat senang tumbuh. Oh ye?? 

       
Selepas beberapa minit ini hasilnya. Alhamdulillah terasa seperti bermimpi. Rajinnya UA buat semua ini? Suatu ketika dahulu UA pernah JIJIK melakukan semua ini. Ohhh kejamnya aku pada dunia. Selepas menyaksikan video dajal bakal muncul, dan ustaz dalam ceramah tu bagitahu saat itu dunia seperti padang jarak padang terkukur, manusia hanya akan bercucuk tanam untuk hidup. UA terfikir, 'apa tidakan aku?? Adakah aku terus-terusan mengejar dunia tanpa berbakti kepada tanah?' Hmmmmm... 

Pernah tak kalian juga terfikir-fikir benda sama? Dan kemudian apa yang difikirkan itu bermain-main di fikiran akhirnya minda mengarahkan badan supaya ada usaha dan daya ke arah itu. Cerita UA, suatu hari UA beli kangkung kemudian daun-daunnya UA masak buat cucur, yang batang dan akar UA rendam. Masukkan Vita-Lea 1 biji, eh eh keluar pula tunasnya. Oh ye sebelum tu UA rendam daun sup, memang survive lama dalam air. 


Anak sulung UA dapat tahu dia ambil daun sup yang UA rendam di dapur bawa keluar rumah. Suatu hari UA korek-koreklah tanah, tanam semua pokok yang UA rendam tu, dan tiba-tiba ada kawan share pasal group Kebun Bandar di FB dan dalam tu banyaknya perkongsian ilmu tanaman. 

Terasa seperti jalan kian terbuka luas untuk menambah satu lagi komitmen iaitu berbakti kepada tanah. Sebelum ini UA tahu kekuatan UA ialah mencari dan membiak wang. Macam biasa jauh di sudut hati ada sesuatu yang UA tertanya-tanya 'apa yang kau cari?' 

Ok selepas mencangkul rumput-rumput di belakang rumah, UA baru perasan ada paip air hujan dekat rumah UA sewa ni. 
Kangkung perlukan air yang banyak untuk hidup, tetapi di manakah tempat yang sesuai di rumah UA? Lagi sekali UA rasakan ajaibnya kuasa Tuhan. Kita merancang tetapi yang mengatur perjalanan hanya Tuhan yang berhak. 


UA buka paip air hujan tu, dan tabur benih kangkung di kawasan itu. 



Nampak tak? Tanah dah berair dan becak. Allah.. Memang terasa seperti menarik alam ke dalam hidup dengan izin Tuhan. Mudah-mudahan misi berbakti kepada tanah berhasil, boleh makan kangkung, bendi, cili, limau purut di rumah sahaja tanpa perlu lagi membeli.

Puas tak apabila kita dapat buat apa yang kita cari?

Dalam bisnes juga begitu, hari ini kita tebas rumput, kemudian tanam, baja, siram hari-hari barulah ada hasil. Tidak ada rezeki dan bisnes yang datang bergolek tanpa usaha. 


Projek hari ini, nak cari pokok serai, pandan, dan baja tahi ayam. 

 Berjumpa lagi!!!


No comments:

Post a Comment