Pages

Saturday, January 24, 2015

MENCARI SATAR SEDAP DI SHAH ALAM? SINGGAHLAH KE PASAR INI.

Jika anda mengidam makanan tradisional Kelantan dan Terengganu, bolehlah ke Pasar minggu Shah Alam iaitu di Stadium Melawati setiap pagi Ahad. Makanan di situ sedap-sedap belaka malah saya boleh jamin ia lebih sedap berbanding yang dijual di Kelantan dan Terengganu sendiri. 


Satar ikan di pasar ini penuh dengan rasa ikan dan lazat, kalau anda ke Terengganu sudah payah untuk berjumpa satar yang banyak ikan, yang banyak tepung ada di tepi-tepi jalan. 



Ini pula bingka kelapa. Sangat sedap. 



Kalau kami sekeluarga ke Pasar minggu Shah Alam, tempat yang kami akan pergi ialah di bahagian makanan, makan di gerai-gerainya sudah sedap, tidak terdapat di mana-mana restoran perasaan itu. Kepuasannya lebih, perlu bersesak-sesak sedikit dan merasai bahang mentari, sungguh ia pengalaman yang menyeronokkan. 





Sebelum pulang kami akan bawa pulang satar ikan, akok dan keropok keping Terengganu dari booth ini.



 

Gambar kami sudah selesai tapau. 

Ok mahu balik dah. Singgah beli kerepek dulu.


Andai Shah Alam menjadi pilihan destinasi pelancongan anda, singgahlah di sini ya. 

No comments:

Post a Comment