Pages

Wednesday, March 4, 2015

BAGAIMANA MENGHAPUSKAN PEMBERAT HIDUP


 Hutang, hutang dan hutang..... Sebaik sahaja keluar dari universiti kebanyakannya tidak terlepas daripada belenggu hutang. Mahu tidak mahu, terpaksa membenarkan diri untuk berhutang.
Apa yang akan terjadi kemudian hari? Pemberat hidup semakin bertambah.


---------------

Dua perkara utama mesti dihapuskan secara berdikit-dikit atau sekali gus, jikalau mahukan kehidupan dan rezeki yang lancar di atas muka bumi ini. Jikalau tidak ambil peduli, tidak berniat untuk menghapuskan dan seterusnya tidak memulakan dan meneruskan langkah untuk menghapuskan 2 pemberat hidup itu, rasailah hidup yang berat dan penug kesengsaraan.

Lebih menggerunkan lagi - pemberat hidup itu akan diusung ke alam akhirat yang menyebabkan azab di dunia dan akhirat.

Bandingkan sendiri bagaimana kehidupan menjadi lancar dan menggembirakan apabila mula menghapuskan pemberat hidup. Tersedia terlalu banyak peluang di sekeliling kita, menunggu untuk diambil dan dilaksanakan bagi menghapuskan pemberat hidup sama ada secara berdikit-dikit atau sekali gus.


-----------------


Tidak berhutang, tidak merasa.
Sikit sahaja, orang lain lagi banyak, juta-juta.
Hutang dengan kafir tak payah bayar
Di dalam dunia ini siapa yang tidak berhutang
Dia dah kaya-raya, tak perlu saya membayar hutang saya
Untuk hiduppun tidak kecukupan, bagaimana mahu membayar hutang?



----------------------------

"Demi jiwaku yang ada di tangan-Nya, seandainya ada seorang lelaki terbunuh di jalan Allah, kemudian ia dihidupkan lagi, lalu terbunuh lagi, kemudian dihidupkan lagi, lalu terbunuh lagi, kemudian dihidupkan lagi dan terbunuh lagi, sedang ia memiliki hutang, sungguh ia tidak akan masuk syurga sampai hutangnya dibayarkan." (HR: An-Nasa'i, hadis Hasan)


Mahukah tuan puan memiliki buku menarik ini?



Sila isi doc ini.

No comments:

Post a Comment