Pages

Sunday, August 16, 2015

Puding Roti Kuah Kastad





 Semalam terpandang resepi puding roti ni, cuba buat. Eh eh tak sampai 10 minitpun penyediaannya, senang sangat. 

Anda mahu cuba buat sendiri boleh tengok resepi pada gambar di atas. Nampak tak? Tak berapa jelas? Kena tulis jugalah ni ye. Uhuk. Ok baik, buang jauh-jauh sifat malas. Nanti jadi setan hehe. 

Bahan-bahan:

1. 7-8 keping roti Gardenia (Saya buat 6 je semalam sebab salah ingat resepi kiki)
2. 2 cawan susu segar
3. 2 biji telur
4. 4 sudu besar gula
5. 2 sudu besar butter 
7. 1 sudu kecil esen vanilla
8. Kismis hitam kering

Cara menyediakannya:

1. Campurkan susu segar, gula telur, esen vavanila di dalam satu bekas
2. Carikkan roti gardenia kepada 4 bahagian (dalam gambar tu carikan tidak senonoh, mahu lebih cantik, potong 4 rotinya) dan susun di dalam bekas pembakar
3. Tuang campuran susu dan telur ke atas roti.
4. Taburkan kismis di atas adunan. 
5. Cairkan butter dan tuang di atas adunan. 
6. Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30 minit atau sehingga masak. Guna kaedah double boiler. Letak bekas berisi air di bawah bekas pembakar.
p/s: sebelum susun roti, sapu bekas pembakar dengan butter terlebih dahulu unutk elak melekat. 


Puding roti selepas dibakar



Sekarang, kita sediakan kuah kastad pula. 

Bahan-bahan:

1. 1 tin susu cair
2. 95ml air
3. 2-3 sudu besar gula
4. Secubit garam

Penyediaan:

1. Panaskan susu cair dengan api perlahan. 
2. Masukkan gula dan kacau.
3. Bancuh tepung kastad di dalam sedikit susu cair sehingga sebati.
4. Tuang sebatian tepung kastad dan kacau sehingga kuah memekat (kepekatan terpulang kepada anda, mahu lebih pekat, masak lebih lama).
5. Tuang di atas puding roti. 


Puding ini boleh dimakan panas atau sejuk. Tapi setakat beberapa hotel saya pergi, puding rotinya dimakan panas-panas, baru masak terus hidang. Sedapnya. Rupanya senang sahaja mahu masak. Lepas ni kalau pergi hotel tak payah makan puding ni dah. Ataupun tak perlu dah pergi hotel menghabiskan duit hehe. Masak sendiri sahaja dessert di rumah. 

Kalau rumahku, baitullah (masjid), kenapa tak boleh, rumahkulah HOTEL 5 BINTANG.

Selamat MENCUBA!!


2 comments: