Pages

Thursday, September 10, 2015

APA ITU MLM? APA SEBENARNYA MLM?





Apa yang anda faham tentang MLM? Dan apa MLM sebenarnya? Selama ini ramai orang salah faham dengan MLM itu sendiri. Kerana di minda mereka, MLM itu menindas, yang kaya makin kaya, yang miskin makin miskin atau lebih senang, yang join lambat akan 'bekerja' untuk yang join lebih awal. 

Bisnes Shaklee ialah satu-satunya yang saya bertahan selama 3 tahun lebih. Sebelum ini saya pernah register sahaja tapi kebanyakannya sistem piramid. Tak sempat berjualpun. Di dalam Shaklee, saya makan kemudian saya jual. Yang menariknya, harga 'distributor' sama dengan harga 'Master' (pangkat tertinggi Shaklee). Dan saya telahpun mencapai pangkat tertinggi itu, tapi saya tidak pernah dapat kelebihan untuk dapat harga Shaklee dengan harga yang lebih murah daripada harga downlines yang baru masuk. Tiada sistem penindasankan?

Itu baru satu. MLM Shaklee sama sekali tidak menindas orang bawah iaitu downlines bekerja untuk mereka, sebaliknya siapa yang usaha dia akan dapat dan siapa yang laju akan tertinggallah uplinenya maka babailah 'mok', 'nenek', 'toknyang' semua. 

Habis tu kenapa apabila makin tinggi pangkat, makin besar bonusnya? Dari mana Shaklee bayar bonus? Shaklee tidak melebihkan bonus dengan sewenang-wenangnya tanpa usaha. Tambahan bonus jika upline itu mampu membina empayarnya sendiri (iaitu boleh berjual sama macam downline) dalam masa sama melatih, 'coaching' downline dan bagi mereka dapat sama apa yang kita dapat, waktu itulah Shaklee membayar 'leadership bonus'. Andaikata 'upline'nya tidak berganjak, tiada sales, downlinenya sudah naik rank, upline tidak akan dapat 1 senpun daripada 'downline'. 

Tiada penindasankan? 

Ok, pada awal pembabitan bisnes memang semua ikut aturan. Tetapi apabila sudah mendapat bonus puluh-puluh ribu, masing-masing mulalah membuat aturan sendiri. Termasuklah saya, ada juga kelabu mata dengan jumlah bonus. Waktu itu macam-macam senarai yang ingin dibeli. Sesungguhnya manusia itu benar-benar melampaui batas. Togho, terasa diri hebat. Terasa apa yang Allah bagi tu NIKMAT sedangkan Allah lebihkan rezeki hanya sebagai UJIAN. Sebelum dapat, menyeru Allah macam-macam. Minta dimurahkan rezeki 'bla...bla..blaa'. Tapi bila dah dapat, duit yang ada menyeru benda selain Allah. Waktu itu duit ditukarkan menjadi kereta mewah, rumah mahal, dan segala material yang sepatutnya tak belipun. Begitulah manusia menzalimi diri sendiri. 

Saya ni masuk insan yang beruntung, sebab tak beli rumah mahal. Sempatlah sewa rumah, tapi dah nak habis kontraknya. Dah dapat Al-Quran ni cerita ni lain pula. Setiap duit yang masuk ke dalam poket kita, bukanlah duit kita. Allah bagitahu dalam Quran, Allah lebihkan rezeki dan kurangkan rezeki dan masing-masing ada tujuannya supaya yang lebih itu berkongsi dengan yang kurang. Akhirnya semua menjadi sama rata. 3 tahun berShaklee banyak juga tabungan saya, lepas ni memang kena hati-hati. Kekalkan kehidupan lama tetapi duit yang ada boleh menjadi jambatan akhirat. 


Saya bawa sikit ayat Al-Quran, manusia ni rasa dah buat baik, sebenarnya Allah kata takpun, hanya membuat kerosakan. 

Surah 2 Al-Baqarah : Ayat 11 

 Dan apa bila di katakan kepada mereka ''janganlah berbuat kerosakan di bumi'' mereka menjawab, ''sesungguhnya kami justru orang-orang yang melakukan kebaikan". 

Dah buat jahat, tak mengaku tu. 


Ada lagi 1 Allah kata kita melampaui batas. Orang yang melampaui batas ni Togho, berasa cukup dengan apa yang dia peroleh. Atau dengan kata lain, cas bagus, rasa diri hebat. 

Surah 96: Ayat 6-7
6. Ketahuilah, manusia benar-benar melampaui batas
7. Apabila melihat dirinya serba cukup
Sesungguhnya MLM itu tidak bersalah, tetapi tangan-tangan manusia yang memegangnyalah yang berbuat kerosakan sehingga menampakkan sistem MLM itu suatu sistem batil. 
Siapa yang nak join Shaklee, sila tanam dalam minda bukan untuk jadi kaya, tetapi untuk berbakti kepada masyarakat. Mengajak orang untuk hidup lebih sihat dan mengubah ekonomi daripada sempit kepada luas tetapi bukan untuk menyeru perkara-perkara lain selain Allah dengan duit yang kita dapat. Tidak salah mahu beli kereta atau rumah, tetapi ukurlah apa yang ingin dibelanjakan itu mengikut baju sendiri. kalau setahun income 20 ribu setiap bulan, jangan sekali-kali yakin ia akan selamanya 'maintain' dengan membeli semuanya dengan berhutang. Kalau simpanan tak ada, tup tup berbelanja sakan, bila ekonomi jatuh macam sekarang ni barulah terkial-kial mana mahu bayar hutang, bank telefon sana-sini. Hidup tidak lagi tenteram. Stress tu. Itu jugalah salah satu sebab saya tak beli rumah. hehe Orang kiri kanan membebel. "daripada menyewa baik beli rumah sendiri". Kalau beli saya takkan nak beli rumah buruk pula. Jadi keputusan menyewa itu keputusan paling tepat setakat ini.

Sekian, pesanan saya si pengamal MLM Shaklee. Segala yang buruk daripada diri saya yang baik daripada Allah. 

Wallahu'alam.
6. [7]Ketahuilah! Sungguh, manusia benar-benar melampaui batas,
7. apabila melihat dirinya serba cukup.
- See more at: http://www.tafsir.web.id/2013/03/tafsir-al-alaq.html#sthash.WZWdJHBW.dpuf
6. [7]Ketahuilah! Sungguh, manusia benar-benar melampaui batas,
7. apabila melihat dirinya serba cukup.
- See more at: http://www.tafsir.web.id/2013/03/tafsir-al-alaq.html#sthash.JpZnLKU1.dpuf
6. [7]Ketahuilah! Sungguh, manusia benar-benar melampaui batas,
7. apabila melihat dirinya serba cukup.
- See more at: http://www.tafsir.web.id/2013/03/tafsir-al-alaq.html#sthash.JpZnLKU1.dpuf

No comments:

Post a Comment