Pages

Saturday, October 24, 2015

HOMEMADE SHELL OUT EH SHELL IN


Kalau makan di kedai namanya Shell Out, kalau masak sendiri Shell in lah ye hehe. Ramai yang duk post pasal Shell Out, pastu ada yang masak sendiri dan tabur atas meja macam tu je. 

Sesungguhnya daku terliur. Kebetulan Khamis tu suami sms, 'masak sedap-sedap ye, abang puasa hari ni'. 

Errkkk puasake.. Isteri tak puasa, nak puasapun mana larat lagikan. Ok, fikir-fikir udang ada, tinggal cari ketam dan sayur je. Ada juga jagung beli tapi dalam gambar tak ada sebabnya jagung masih atas dapur tengah rebus lagi. 




Pernah bagitahu suami nak makan lambak atas meja, suami pelik, adake makan macam tu, kurang adabnya. Tapi nak makan dalam talam tengoklah nak makan macam mana (memang kami makan pakai talam tu). Nak letak nasipun tak muat.. Itupun ada tambahan udang rebus lagi. Banyak.. Maka, lambak jelah atas meja. Meja tu dialas dengan parchment paper. Memang food gradelah kan. 

Tengah-tengah makan, anak sulung, 'nikmatnya.. Nikmatnya'. Kena tegur. 'Sebut jelah alhamdulillah' hehe maklumlah maknya jarang masak. Baru je nak berjinak-jinak masak lauk sedap-sedap ni. 

Memang puas hati sangat masak sendiri sebab kos semua tu dalam RM50 lebih je. Ketam RM29/kg, 4 ekor baru RM36. Tak payah siang, suruh je orang kedai potong siap. Balik tinggal cuci je. 

Nak tak resepi ketam sambal tu? Ada yang share resepinya. 

Bahan-bahan Ketam; 

1) cili kering (kisar) 
2) bawang besar
3) bawang putih
4) bawang merah
5) halia
6) pati ikan bilis
7) sos tiram
8) sos cili 
9) sos tomato
10) sos ikan
11) telur sebiji
12) gula
13) garam

Kisar semua bumbu tu, tumis. Kemudian masukkan bahan-bahan lain, masukkan ketam, tutup kuali sampai ketam masak. Dah masak, pecahkan telur sebiji kemudian kacau-kacau sampai masak. 

Udang
Ambil bumbu 1-5) tumis, kemudian perasakan dengan garam dan gula. Siap. 

Sayur-sayur

1) Brokoli
2) Baby corn
3) Carrot

Masak air, masukkan sedikit garam, dah mendidih celur sayur 2 minit, kemudian angkat. 

Jagung 

Rebus dengan masukkan sedikit garam sehingga masak. Siap untuk dihidang. 

Masakan saya tu sesuai untuk 4 orang dewasa, sebabkan makan dengan anak-anak terasa lebih-melebihnya. Sedap, puas hati. Alhamdulillah. 

3 comments:

  1. Alhamdulillah, sedapnyaaa..terliur 😋

    ReplyDelete
  2. Oooi ini rupanya yg duk kecon kat fb tu.. Ingatkan apa benda lah shell out ni. Hehehe... Fai pregnant kali ni pun suka masak. Hihi...

    ReplyDelete
  3. Tapi signature sos Shell Out yang Shell Bang Sos tu susah nak tiru..
    Sos dia lain macam sedap ...

    Lemon pepper + butter garlic + dengan satu lg sos i lupa apa dia.

    Gabungan 3 sos...

    ReplyDelete