KORANG TAHU TAK HERBAL BLEND BAGUS UNTUK GIGITAN SERANGGA?


Korang tau tak? 

Herbal Blend ni sangat berguna saat anak-anak digigit serangga. Gambar di atas anak saya 2 tahun 2 bulan disyaki digigit Charlie. Sebabnya kulit dia melepuh macam kena api. Nak kata kena rokok, tak ada siapa merokokpun kat rumah ni hehe. Tunjuk gambar pada makcik dia yang doktor tu, terus jawab kena gigit Charlie tu. 

Paling risau takut kudis malam. Macam tu juga rupanya. Sapu Herbal Blend alhamdulillah 2 hari kering. Bila kering, kulit merekah-rekah, waktu tu sapu aloevera pula. 


Dah sembuhpun. Berparut tu sebab tuan badan korek keruping dia hari tu. 

Beberapa hari lepas kakaknya naik gatal-gatal, disyaki duduk atas kerusi yang tidak berlapik, mianglah. Habis merah, hari-hari sapu Herbal Blend alhamdulillah sembuh dah.

Pergi klinik doktor bagi Calamine Lotion, dia tak nak sapu katanya nanti tangan dia sentuh susah nak makan. Macam tu pulak hehe. 

Herbal Blend ni selamat untuk anak-anak kecil. Lembut di kulit. 

You Might Also Like

0 comments