SARDIN PUFF

 

Menu malam!!! Siang tadi fikir punya fikir nak buat kuih apalah ni. Yis habis, minyak habis, gula tinggal sikit. Meroti tak boleh, nak buat cekodok lagilah tak boleh. Mendonut, sangat-sangat tidak boleh. 

Di dalam peti ada butter separuh, tepung ada setengah tupperware, sardin ada 1 tin. 

Cing! Cing! Cing! Haaaa buat sardin roll lah. Hari tu dah buat tapi tak jadi sebab kurang butter lebih air, jadi keras. Resepi agak-agaklah katakan. 

Kali ni dah tahu, jadi lebihkan butter. 

Bahan-bahannya ialah:

Tepung gandum. Agak-agaklah ye nak banyak mana, cukup untuk 1 keluarga makan. 
Butter (cari pure butter, rasa dia lain. Sangat sedap) Yang nipun agak-agak. Kalau ikut tips arwah mak saya dulu untuk pastry ni butter 1/2 adunan tepung. 
Air
Garam 

Cara-caranya ialah:

Masukkan garam ke dalam tepung kemudian masukkan butter (potong tu petak-petak kecil senang nak gaul). Gaul sampai butter dan tepung sebati. Nak tahu sebati adunan tu jadi macam beras. Jangan masukkan air lagi ye. 

 

Jadi macam gambar atas ni. Saya gaul-gaul tadi rasa macam kering lagi, saya tambahkan sedikit lagi butter gaul lagi sampai sekata butter dan tepung, barulah masukkan air. Sikit-sikit je asal jadi doh. Jangan terlebih pulak sebab nanti kalau kena tambah tepung nanti tak sebatilah tepung dan butterkan. 

Ok, dah siap canailah doh bentukkan ikut suka, letak sardin. Saya mula-mula nak namakan sardin roll tapi tak rollpun tukarlah nama sardin puff. 

Saya masak pada suhu 170 darjah celcius lebih kurang 20 - 25 minit. Masa dan suhu tu kena adjust ikut kepanasan oven masing-masing ye. Tengok dah perang tu kira masaklah. 

Ok, sekali hadap dah licin. Mok anak ramailah katakan. hehe. Jumpa lagi.

You Might Also Like

0 comments