TAT NANAS RAPUH CAIR DI MULUT

Semalam saya buat tat nanas ni. Pertama kali buat. Resepinya ambil daripada pak cik Google. Yang pastinya kalau nak rapuh gebu mesti ada tepung jagung dan tepung kastad dalam adunan. Tak lupa, mesti pakai mentega asli ye, kalau marjerin tak sedap. 

Resepinya ialah;

Bahan-bahan untuk tart:

  • 125 gram mentega (saya pakai Tatura butter) 
  • 1 sudu besar gula kastor 
  • 1 biji kuning telur 
  • 1 sudu besar minyak sapi 
  • 1 3/4 cawan tepung gandum* 
  • 1/4 cawan tepung jagung* 
  • 1 sudu besar tepung kastard* 
  • 1/2 sudu kecil garam halus, (jika guna unsalted butter) 
Cara-cara untuk tart:
  1. Pukul mentega ( dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula sehingga putih dan berkrim (saya buat tak putih sangatpun asal bertukar kaler sudah).  
  2. Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam. Kacau sehingga sebati. 
  3. Ayak ketiga-tiga jenis tepung (bertanda *). Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadih doh yang lembut. Rehatkan seketika. 
  4. Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur. Susun di atas loyang yang dilapik dengan parchment paper atau digriskan dengan butter. 
  5. Sapukan atas tart gulung dengan bahan hiasan. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius, masukkan kuih dan bakar selama 20-25 minit.
Bahan hiasan: 

  • 1 biji kuning telur 
  • 1 sudu air 
  • Setitik pewarna kuning telur (Star Brand ada jual) 

Bahan inti: 

• nanas 2 biji
• gula 2 cawan @ ikut kemanisan masing-masing 
• beberapa kuntum bunga cengkih


*jangan masukkan semua sekali tepung, tengok sampai boleh gentel sebab semalam masa buat tepung agak keras saya tambah minyak sapi untuk lembutkan (asalnya tak nak letakpun minyak sapi tu, tapi memang sedap tak rasa dan baupun kesapiannya tu).


Selamat mencuba. 

You Might Also Like

1 comments