Pages

Saturday, December 3, 2016

KALAU LAPAR, JANGAN MAKAN MANIS

Sambungan entri semalam. Nak cerita kenapa kena elakkan, terus ambil minuman atau makanan manis apabila lapar atau lebih kepada hypo. 

Hypoglycemia ialah di mana gula di dalam darah di bawah paras normal. Tanda-tandanya ialah bila badan dah mula menggigil. Terketar-ketar. 

Jalan mudah, lepas menyusu (kalau ibu menyusu) akan cari makanan atau minuman manis. Sebaiknya elakkan. Kenapa? Antara sebabnya ialah, kita akan jadi lapar yang amat lepas tu. Keinginan makan berlebihan tinggi. 

Tengok jadual di atas, menunjukkan carta  Glycemic Index. Katakan kita makan atau minum manis, gula di dalam darah akan meningkat mendadak. Selepas 30 minit, gula di dalam darah turun mendadak, jatuh di bawah paras sebelum makanan atau minuman manis diambil. 

Keadaan ini mengakibatkan brain fog (blurrr, kabur), penat, depresi juga boleh berlaku. 

Apabila gula naik mendadak dan jatuh mendadak, perubahan mood akan berlaku. Mood akan mudah swing. 

Kalau berkawan tu, nampak kawan makan manis-manis baik jauhkan diri sebab nanti bila-bila masa sahaja boleh bertukar jadi Hulk. HIJAU satu badan. 

Kalau ibu lepas bersalin atau masih menyusu, biasanya konfius dengan fisiologi badan. Terasa lapar memanjangkan. Bila lapar makan dan minum manis. 

Tahu tahu, gemuk. Bila suami komplen badan macam tong drum. Kita sensitif. Betul tak? 

'Abang tak faham saya, sayakan menyusu anak abang. Saya perlukan tenaga. Kalau lapar nanti susu tak keluar'.

Pelbagai lagi drama akan berlaku. Suamipun tak ada ilmu, iyakan sahajalah. Bini nak makan manis-manis? Hameeekk kau. Nak sangatkan. Hehe. 

Ok apa penyelesaiannya? 

Elakkan ambil makanan tinggi GI, sediakan makanan rendah GI. Pengalaman saya sendiri, kalau dah penat amat tu cepat-cepat ambil ESP. Bila dah tahap menggigil, saya akan tambah madu dalam ESP kosong untuk bekalan gula ringkas segera. 

Dah minum, kita akan rasa lega. Shaking shaking menggigil serta merta hilang. Fikiran akan lebih waras. Gula di dalam darah tidak naik mendadak, malah turun perlahan-lahan. Tengok kembali carta atas tu. Gula tak turun di bawah paras asal tetapi maintain pada paras di mana ia bermula. 



Pastikan ESP ada dalam simpanan anda ye. Lapar je boleh minum. Bolehlah teruskan aktiviti kerja rumah dengan aman lepas tu. Bila minum terus bertenaga. 

Ok. Entri akan datang tentang keburukan gula pula. Sayonara. Tata.. till we meet again. Assalamualaikum. 





2 comments: