Pages

Saturday, January 7, 2017

LAWATAN KE PERPUSTAKAAN SHAH ALAM PPAS


Dah banyak minggu perancangan ke PPAS ni. Asalnya sebelum balik kampung lagi. Dah balik kampung, terjah perpustakaan Kampung Raja, Besut. 

Hari ni berkesempatan lawat PPAS ni. Teruja dengan penuh debaran. Tempat canggihkan. Memang berdebar-debar waktu mula masuk tu. Niat asal nak pinjam buku. Sebaik sahaja melangkah masuk, register dulu di kaunter. Kemudian isi registration form online. 
Ada komputer khas untuk tujuan tu.


Apa yang menariknya di sini, 1 IC boleh pinjam 10 buku. Kalau nak pinjam banyak, register lah banyak IC. Suami saya kata pinjam 10 dulu. Minggu depan datang lagi. Seronok tu dapat jaminan. 

PPAS ni setiap hari buka. Hari biasa tak biasa nak pergi sendiri, sebab jalan dia tu terceruk sikit. 


Kali ni saya masuk kids zone sahaja. Ada 2 ruang. 1 ruang bising, 1 ruang membaca. Dalam ni tak boleh bising. Ruang kanak-kanak, biasalah meriah. 


Tengah-tengah kids zone ni ada pokok buatan besar. Reading tree kalau tak silap namanya. Anak saya siap golek-golek lagi di situ. 


Pentas kids zone. Jam 2 lebih petang ada pengumuman panggil kanak-kanak yang nak join mewarna. Kami tak join, dah kumpul 10 buah buku nak pinjam, pinjam, kemudian ke tempat sebelah. Ada 3D dan 6D theater. Macam tak percayakan di perpustakaan ada ni.


Ruang menunggu khas untuk tayangan 3D dan 6D.


Kadar bayaran tanyangan tadi. Kami masuk 3 orang. RM10.60 seorang. Yang 3 tahun tu dia bagi masuk juga tapi kerusi tak gerak. Tengok tayangan sahaja. 


Tak sabarlah pula. Saya pertama kali tengok ni. Suami pernah tengok waktu trip Shaklee ke USA beberapa tahun lepas. Sana lagi real. Sini kerusi gegar-gegar sahaja. Itupun saya dah menjerit sikit-sikit. Kalau takut sangat pejam mata. Haha. Kalau dah pejam mata apa fungsi 3D tu kan. 

Gambar ehsan google. Tadi tak dibenarkan ambil gambar.

Kita pakai cermin mata 3D, kemudian cerita dipasang. Kerusi akan bergoyang ikut tayangan tu. Kalau eksiden memang bergegar-gegarlah. 

Saya pegang kuat-kuat pemegang kerusi. Hahaha.. macam ni pun dah 
kecut perut, kalau Universal Studio USA macam manalah kan. Tak sanggup mokcik. 

Oh ye, kalau anda nak merasa ke USA, ditaja sepenuhnya, bolehlah join Shaklee. Buat betul-betul bisnes, dapat tiket Free ke US. Trip ke US 2 tahun sekali.

Ok, sampai ketemu lagi. Daaaa... 


No comments:

Post a Comment