Pages

Saturday, April 21, 2018

JUMLAH AIR PERLU DIMINUM IBU MENYUSU



Berapa Liter air sehari?


  • Tiada data kukuh mengatakan pengambilan air yang banyak dapat meningkatkan jumlah susu ibu.
  • Minum sekadar perlu dan apabila ibu berasa haus.
  • Pastikan ibu minum sekurang-kurangnya segelas air setiap kali menyusukan anak ataupun memerah susu.
  • Cecair daripada buah-buahan juga sumber air yang sihat dan mengandungi banyak vitamin dan mineral.
  • Tanda-tanda ibu kekurangan air adalah sembelit dan air kencing berwarna kuning pekat. Sekiranya ia terjadi, ambil lebih air dan buah-buahan.
  • Jadikan tabiat membawa bekas air ke mana sahaja ibu pergi sebagai satu rutin.

Tahukah anda?

Beberapa kajian menunjukkan ibu yang minum air secara berlebihan menghasilkan kurang susu berbanding ibu yang minum mengikut keperluan badannya.

Minum ketika haus dan mengikut keperluan fisiologi individu lebih berkesan daripada memaksa ibu meminum air mengikut kuantiti spesifik.

Dapatkan set penyusuan di sini.

No comments:

Post a Comment