Pages

Sunday, April 22, 2018

TANDA-TANDA BAYI MENDAPAT SUSU IBU SECUKUPNYA



Pada tiga hari pertama kelahiran, air kencing bayi biasanya sedikit, dan adakala berwarna kemerahan ataupun seumpama karat. Ini adalah perkara normal dalam 72 jam pertama selepas bayi dilahirkan kerana asid urik yang tinggi.


Tanda-tanda bayi mendapat susu secukupnya:
  • Bayi kelihatan kenyang dan tenang selepas menyusu. Biasanya bayi tertidur dan melepaskan sendiri payudara ibu.
  • Kulit bayi tegang dan lembap.
  • Berat bayi bertambah mengikut umur.

 
Kekerapan kencing dan pembuangan air besar bayi mencukupi. Jadualnya seperti berikut.

Manakala tanda-tanda untuk ibu mengetahui bayinya mendapat susu secukupnya adalah seperti berikut:
  • Payudara ibu yang penuh, menjadi lembik apabila bayi selesai menyusu.
  • Ibu berasa haus dan berpeluh selepas sesi penyusuan.
  • Susu turut keluar daripada payudara sebelah lagi.

Tip. Ambil 2 sudu besar hingga 4 sudu besar air, dan curahkan ke atas lampin bayi. Ini adalah tahap kebasahan yang dialami oleh bayi sekiranya bayi mendapat susu secukupnya. Untuk najis pula, saiznya sebesar syiling 50 sen ataupun lebih.

Dapatkan set suplemen penyusuan lengkap di sini.

No comments:

Post a Comment