Pages

Monday, November 26, 2012

Homosistein Vs Jantung

[Homosistein suatu faktor Penyakit Jantung]

Ramai antara kita yang mengetahui bahawa kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi, diabetes, merokok, kegemukan dan kurang bersenam adalah faktor yang dikaitkan dengan bertambahnya risiko penyakit jantung koronori. Sekarang, kajian klinikal telah mengenal pasti HOMOSISTEIN sebagai suatu faktor risiko yang penting.

Apakah itu HOMOSISTEIN ?


Homosistein adalah hasil metabolisma asid amino metionina. Metionina terdapat di dalam kesemua protin dan diketahui sebagai asid amino perlu., kerana ia perlu dibekalkan melalui protin diet harian. Metionina diperlukan oleh badan kita untuk pertumbuhan dan penyaraan sel-sel. Protin-protin daripada sumber haiwan seperti daging, telur dan susu kaya dengan metionina. Protin-protin daripada sumber tumbuhan seperti bijirin (beras), sayur-sayuran dan buah-buahan kurang mengandungi metionina.

Bagaimana badan menyelenggarakan Homisistin pada paras yang selamat ?

Semasa metabolisma berlaku dalam badan, metionina yang berlebihan dipecahkan kepada Homosistin . Homosistin boleh dalihkan semula untuk menjadi metionina dengan adanya vitamin B12 dan asid folik. Homosistin juga boleh diubahkan menjadi sistin dan sebatian lain yang boleh dikeluarkan daripada badan melalui pembuangan air kencing. Proses kedua ini berlaku dengan adanya vitamin B6. Oleh yang demikian, asid folik dan vitamin B12 melindungi saluran darah daripada dimusnahkan oleh homosistin dengan mengubahkan homosistin ke sistin dan sebatian lain yang dikeluarkan melalui pembuangan air kencing.

Adakah paras Homosistin yang tinggi suatu masalah kesihatan ?
Apabila paras homosistin meningkat, ia boleh menjadi homosistein yang reaktif. Pembentukan homosistin yang reaktif ini boleh mencederakan sel-sel dinding saluran darah. Apabila sel-sel saluran darah tercedera, ia akan menarik LDL Kolestrol ke bahagian yang tercedera untuk bertindak sebagai pembebat membalut bahagian tercedera untuk membaiki (atau menyembuhkan) lapisan sel. Proses penyembuhan ini menyebabkan terbentuknya "plak" pada dinding saluran darah koronori. Plak akan bertambah besar dan lama-kelamaan saluran darah koronori mungkin tersumbat. Ini akhirnya akan menyebabkan sakit jantung.

Apakah paras Homosistin yang normal ?

Paras Homosistin yang kurang daripada 15µmol/L adalah dianggap sebagai normal. Paras 15µmol/L dan ke atas adalah berkaitan dengan bertambahnya risiko penyakit jantung. Risikonya meningkat mengikut paras homosistin. Melalui ujian darah, kita boleh mengetahui kandungan homosistin. Sila berbincang dengan doktor anda samada anda perlu menjalani pemeriksaan darah.

Siapakah yang mungkin mempunyai paras Homosisrin yang tinggi ?

Ada orang yang dilahirkan dengan paras homosistin yang tinggi disebabkan oleh kecacatan genetik. Ini jarang berlaku dan biasanya adalah disebabkan oelh kekurangan enzim Methlylene-tetrahychrofolate Reductase (MTHFR).

Bagi mereka yang sering makan daging dan makanan daripada tenusu yang mengandungi metionina yang tinggi, maka keperluan vitamin B6,B12 dan asid folik pun perlu ditambah untuk mengawal paras homosistin dalam darah pada tahap yang selamat. Tetapi, vitamin B6,B12 dan asid folik adalah sensitif dan senang dirosakkan apabila melalui rawatan kimia dalam pemprosesan, pengilangan dan pengawetan makanan. Bagi mereka yang banyak memakan makanan yang diproses atau dikilangkan, kemungkinan besar mereka akan kekurangan vitamin B6,B12 dan asid folik. Vitamin B12 hanya boleh didapati daripada makanan berasaskan haiwan. Oleh itu untuk mereka yang hanya makan sayur-sayuran sahaja, kemungkinan besar mereka akan kekurangan Vitamin B12. Kekurangan vitamin B6,B12 dan asid folik boleh menyebabkan meningkatnya paras homosistin dalam darah.

Sumber makanan yang mengandungi B6,B12 dan Asid Folik.
Tumbuhan segar yang mengandungi Vitamin B6 termasuklah bijirin, pisang, kekacang, dan sayur-sayuran seperti bayam, "brussel sprout", dan bunga kobis.
Sayuran berdaun hijau mengandungi asid folik yang tinggi.

Vitamin B12 hanya terdapat pada makanan seperti daging, ikan dan telur.

Apa yang boleh anda lakukan untuk menurunkan paras Homosistin?

Mengamalkan diet yang seimbang yang banyak mengandungi sayur-sayuran serta buah-buahan. Banyakkan memakan makanan segar dan kurangkan makanan yang diproses.

Mengambil vitamin yang membekalkan vitamin B6,B12 dan asid folik dengan secukupnya.

--------
Dapatkan
1) Vita-Lea with iron
2) B-Complex
Hari ini sebelum terlambat.

P/S: patutlah ada orang kuruspun kena sakit jantung.

-----
Ummu Ainan
Shaklee ID867161
0133570906

No comments:

Post a Comment