Wednesday, October 23, 2013

Dream

Tema Shaklee tahun ni Go For It..

Go untuk apa ni??? Dream..... 
Awal-awal pembabitan dengan Shaklee saya ikut je apa yan mak nenek Shaklee saya ajar.. Buatlah Vision Board.. Semua yang saya tampal tu sangat tidak logik... 

Bayangkan income pertama saya dengan Shaklee RM28.50.. Impian kereta mewah?? Impian income puluh-puluh K sebulan??? Nak capai 4 angkapun rasa macam susah.. Ada lagi satu impian saya macam kelakar sikit.. Ada gambar spa.. kononnya nak memanjakan diri di spa bila dah berduit.. Tapi rasanya nak batalkan niat tu.. hehe.. Saya dibesarkan dengan berjimat-cermat.. Jangan buang duit ke arah yang tak perlu.. Itu yang ayah selalu tanam.. Katanya jimat ketika tiada, sakit.. Sebab apa? sebab masa kita tiada tulah keinginan macam-macam dan bila tak dapat rasa sedih je.. Kalaulah aku ada ni.. aku nak ni.. Sedangkan kalau kita berjimat dari awal bila dah berada keinginan tu sepintas lalu je.. Sebab kalau nakpun bila-bila masa boleh dapat.. Bak kata Prof Muhaya, dunia ni sebelum kita dapat, nampak sangat besar... Tapi bila dah dapat, ia sangat kecil.. Itu yang saya tanam, saya nak dapat dunia untuk bekalan ke akhirat.. 

Walau apapun yang kita buat, mesti ada impian..Kalau tak, jadilah macam robot.. Keluar kerja pagi, balik lewat petang dan hanya ikut sistem dan seolah-olah hidup kuta diatur sistem sampai kita tak boleh memikirkan urusan ukhrawi.. 

Seperti kata Ustaz Azhar, mu cari duit tu pendapatan mu juta-juta sebulan?? Sampai sibuk tak boleh dengar ngajar.. 


Berbalik kepada vision board, bukan semata-mata DUNIA yang dikejar..  Tapi biarlah akhirat lebih utama... 

'kenapa nak kaya sangat? kenapa tamak sangat?'

• 'sebab tak nak kaya sorang-sorang.. Biarlah kaya yang boleh bangunkan Islam dan perjuangan Islam'

Bila duniawi dan ukhrawi bergabung, barulah dream tu super duper power... 

*Anda ada impian??? Just go for it...

Abaikan kata-kata orang sekeliling.. (sebelum capai apa yang dicapai sekarang memang kena gelakpun..sebab nampak tak logik).. Bukan mereka yang bagi kita rezeki.. Tapi mohonlah kepada Allah... Sentiasa bersangka baik dengan Allah.. Tak rugipunkan... 

Setiap daripada kita berhak mempunyai impian masing-masing.. 


----
Master 
Ummu Ainan
*When dream comes true

Tuesday, October 22, 2013

Rezeki

Daripada yang sikit akan menjadi besar. Yang penting, syukur. Ok, tadi dapat cek Shaklee RM236, sangat suka. Ayah ada kat rumah nipun teruja bila bagitahu ada cek sampai. Ayah minta tengok katanya silap tengok kot entah-entah RM2000.. Hehe yang tu RM2700 bulan depan dapat.

Pendapatan pertama saya dengan Shaklee RM28.50. Waktu tu biar orang cakap apapun 'ada aku kisah?? 28 ringgitpun duit'.. Lepas tu dapatlah RM200++ hehehe semua tak hairan dengan pendapatan banyak tu tapi saya hairan sebab saya nampak liku-liku yang akan saya lalui dengan Shaklee. Saya yakin saya boleh dapat lebih banyak sehinggalah sekarang dah 5 angka yang stabil alhamdulillah.. Kalau dulu semua tak kisah, sekarang semuaaaaa kisah. Hujung bulan suatu penentuan berapa income saya pada bulan seterusnya hehehehe..

Tulah, jangan TAMAK.. Sikit-sikit lama-lama jadi BUKIT..

Oklah nak solat Asar dulu. Ayah minta belanja pisang goreng. Saya pula nak beli Pavlova satu slice.. Mahal tau Pavlova tu RM15.70 dekat Serai Empire.. Hehehe. Ayah selalu pesan berjimat ketika berada senang daripada berjimat ketika tiada. Seksa.. minta dijauhkan daripada meminta-minta.




Sunday, October 20, 2013

Hikmah

Nak cerita pasal hikmah dalam
setiap ujian... Hmmmm pernah dengar sedeqah mampu elakkan kita daripada bencana?? 

Contoh paling mudah, katakan kita pergi kedai terlanggarlah sesuatu.. Tapi yang rosak kereta sahaja.. Tiada apa-apa kecederaan.. Tu maksudnya Allah pelihara kita.. Boleh jadi berkat sedeqah kita tu kita terselamat daripada bahaya.. 

Nak dijadikan cerita, tengah hari Jumaat lepas baby Nisa' tidur dalam bilik.. Umi kat dapur, makan.. Dalam masa sama Ainan makan roti jala ajak adik dan sepupu masuk bilik.. Umi dah jerit keluar, jangan kacau baby tidur.. 

Tak lama lepas tu dengar baby Nisa' menangis. Umi cepat-cepat pergi ke bilik.. Bila pusing tombol
pintu...'aikkkl kunci'... Haaaaa sudah... Baby dengan siapa ni kat dalam.. 

Ainan dan sepupu dia semua kat luar, yang ada Widad je kat dalam.. Umi cari kunci pintu buka satu-satu kunci tu semua tak dapat.. (tombol rosak, Widad tak dapat buka dari dalam).. 

Ketuk-ketuk pintu tak ada respon.. Adik umi pergi mengintai kat tingkap (kebetulan tingkap tutup, umilah minta abah tutupkan sebab jam 12 tu bau asap orang bakar tayar..) Dahlah rumah tokki dan nenek tinggi.. Nak jenguk kena panjat kerusi.. Tengah-tengah panjat tu Mak Su tengok Widad (2 tahun ++) angkat adik dia... Menjeritlah kawan tu.. 'Widaaaaaadddddd'.. Sorang lagi kakak umi cepat2 cari suami dia kat Masjid (orang nak sembahyang Jumaat).. 

Umi pergi mengintai sama dekat tingkap... minta Widad bukakan tingkap tapi tak berjaya.. Baby makin kuat menangis umi nampak dengan mata kepala sendiri Widad cuba angkat baby.. 'Widaaaaaaaddddddd letak baby....' 
Ya Allah... Tak dapat nak gambarkan perasaan waktu tu.. Umi turun kerusi capai je penyapu nak pecahkan tingkap.. Tapi melantun balik penyapu tu.. Umi dah berlari masuk dapur nak ambil lesung batu nak pecahkan tingkap tu.. 

Melangkah je dalam rumah, dengar dah suara mak cik dan pak cik diorang dah balik dari masjid.. Berlakulah adegan pecahkan tombol dan tendang pintu.. Fuuuhhhh masa pintu ditolak tu Widad berdiri belakang pintu.. Melayang juga budak tu.. Nasib baik kena dagu je.. 

Detik-detik cemas berlaku... Dalam hati umi rela hilang harta benda daripada anak-anak umi.. Syukur Ya Allah... 

Lepas je kejadian ni bertalu-talu otang datang rumah sebab ingat ada kecemasan sebab pakcik diorang ni tak
sempatpun solat Jumaat.. Memang darurat... Kakak doktor, katanya baby bahaya kalau menangis tanpa henti.. Sebab takut tak cukup oksigen berhenti je boleh bawa maut.. Tak dapat nak bayangkan... 

Ok, hikmah di sebalik kejadian.. untuk umi sendiri.. Insaf.. Sangat insaf.. Kadang-kadang kita berkira untuk memberi tapi padahal pemberian tulah yang boleh menjadi penghalang daripada bencana yang tak mampu kita tanggung.. 

Hikmah kedua, mengeratkan silaturrahim.. Sebab sanak saudara datang untuk ziarah..entah apalah yang terjadi sampaikan terpaksa panggil orang nak solat Jumaat.. 

Hikmah ketiga, erti hidup dalam memberi.. Jana income untuk
bantu ekonomi Islam.. Bukan untuk
bermegah-megah.. 

p/s: nampak tak kesinambungan cerita ni?? Asal-asalnya tingkap bilik dibuka
sebab masih siang.. Tetapi
disebabkan jiran bakar sampah
(bakar tayar), tingkap terpaksa ditutup.. Maka berlakulah adegan2 cemas.. Kalau diikutkan akal logik nak salahkan siapa?? Mestilah pemulanya, si
pembakar sampah.. Tetapi dengan Hikmah, berlakulah sesuatu seperti
dirancang Allah sangat cantik.. Alhamdulillah

*lihat sesuatu daripada kaca mata yang berbeza mampu
mengubah dunia

Sunday, October 13, 2013

PERBEZAAN SHAKLEE COLLAGEN POWDER

Apa yang membezakan kolagen Shaklee berbanding kolagen lain?

Haaaa sangat berbeza. Shaklee tidak menambah apa-apa perasa ke atas kolagennya untuk menjadi lebih sedap tetapi Shaklee menggabungkan ramuannya supaya menjadi lebih berkesan.

Anda sanggup bayar produk harga beratus yang memang tujuannya untuk cantik tapi dibayar untuk rasa? Kalau nak rasa sedap, baik jangan beli kolagen.. Baik beli minuman lain, hargapun murah.

Ok.. Kenapa Shaklee berbeza? Lihat sahaja pada ramuannya;

Bukan sekadar kolagen

1) kolagen daripada sisik ikan merah
  • Sumber kolagen premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding dengan kolagen haiwan
2) Ekstrak biji Camellia Japonica
  • Terdiri daripada asid oleik, atu omelien dan pelembab kulit yang hebat, dan isoflavon; antioksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas. 
3) Ekstrak Pfaffia
  • Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camellia Japonica, membantu pembentukan kolagen dan asid hyaluronic. Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembab dan licin.

4) Elastin daripada kolagen ikan
  • Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik. Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik
5) Vitamin C dan vitamin B
  • Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita.
  • Vitamin B turut serta dalam metabolisme karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel
6) Ekstrak kekerang
  • Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata

7) Lactobacillus Acidophillus
  • Membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen

Haaaa nampakkan?? Shaklee menggabungkan 7 ramuan yang membuatkan mereka saling bersinergi..

Jadi, kenapa nak tunggu lagi?? Nak biarkan terus kulit makin mengendur??

Beli sekarang sempena Promo Oktober 2013 ni..

------------
Hubungi Puan Ain - 0133570906
Shaklee ID 867161

Tuesday, October 8, 2013

Shaklee Collagen Powder Terbukti Berkesan

Promo kolagen datang lagi. Tak tahu nak cakap apa sebab sangat suka. Setakat hari ini dah telan 3 sachet SCP. Lepas bersalin memang perlukan kolagen sebab banyak tona kulit tidak sekata lebih-lebih lagi bahagian abdomen.. 

Beli 6 SCP sekarang tahan sehingga 5 bulan.. Kajian menunjukkan penggunaan selama 8 minggu berturut-turut memberi hasil luar biasa. Berikut keberkesanannya:-



Shaklee Collagen Powder Terbukti Berkesan:
• Meningkatkan kelembapan kulit sehingga 90%
• Mengurangkan kekasaran dan kekeringan sehingga 75%
• Meningkat dalam penampilan keseluruhan sehingga 71%
• Meningkatkan kelembutan dan kelicinan sehingga 69%
• Meningkatkan pemakaian kekal mekap sehingga 60%
• Meningkatkan keanjalan, ketegangan dan elastisiti sehingga 55%
• Meningkatkan ketebalan rambut sehingga 54%
• Meningkatkan keserian, tona dan warna kulit sehingga 50% 
• Mengurangkan garis-garis halus dan kedut-kedutan sehingga 18%

Kenapa tunggu lagi????? 
Ramai rakyat Malaysia rebut peluan mencantik dan memanja diri.. Kenapa kita tidak???? Saya dah.. Anda bila lagi??? 

Buy 6 Free 1 sekarang.....

-----
Hubungi Puan Ain- 0133570906
Pengedar sah Shaklee anda
867161

Monday, October 7, 2013

Promo Oktober 2013 - Shaklee Collagen Powder

 

Nak cantik? Nak jelita? Nak muda? Inilah masanya dengan Shaklee Collagen Powder.. Dengan pembelian satu set promo bulan ini anda akan dapat:
  • Percuma 1 kotak Shaklee Collagen Powder bernilai RM298
  • Percuma 1 botol CoQHealth Plus bernilai RM100++
  • Percuma keahlian seumur hidup bernilai RM75
  • Percuma penghantaran RM10
  • Pulangan TUNAI bernilai RM100++ 
  •  
PENJIMATAN SEHINGGA RM600


HARGA MERUNTUN JIWA.. REBUT SEKARANG SEBELUM KEHABISAN STOK!!!!!!

---------------
Ain- 0133570906
SID-867161