Tuesday, April 22, 2014

Fungsi Ostematrix (Kalsium Magnesium)





Perbezaan tulang normal dan Osteoporosis

Kalsium yang isinya paling seimbang memastikan kadar penyerapannya adalah 99%. Formulanya unik, dibuat daripada mineral semulajadi dan garam mineral dari Laut mati, mengandungi Kalsium, Magnesium, Fosforus dan Vitamin D, Zinc, Kuprum, Manganes dan Boron. Nutrien-nutrien ini perlu diambil bersama-sama untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral. Kajian telah membuktikan suplemen kalsium akan meningkatkan ketumpatan tulang wanita yang telah berumur secara berkesan.

Manfaat utama;


  • Menguatkan tulang - Kalsium menghalang Osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak, Osteomalacia (Rickets dewasa), kuku rapuh, eczema, konvulsi/kekejangan, gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
  • Memperbaik kejangan dan kebas-kebas - pengambilan 600mg Kalsium sebelum tidur akan memperbaik kebas-kebas, kekejangan, sakit sendi dan arthritis.
  • Meringankan stress - ia mengimbangi tekanan darah; memelihara denyutan jantung, impuls saraf, penenang saraf; menggalakkan tidur selesa; memperbaik jantung berdebar; gementar, mimpi buruk dan stress. Juga memperbaik depresi, mood swing, sakit kepala dan pitam.
  • Memperbaik masalah haid - kajian menunjukkan dengan pengambilan 1000mg Kalsium dan Magnesium serentak meringankan sakit waktu haid dan membantu membuang air kecil.
  • Pengalkalian tubuh - Kalsium adalah mineral alkali dan ia berkesan memastikan imbangan pH tubuh. Ia juga menghalang obesiti pada umur tua. tambahan pula kalsium membantu sel meyerap nutrien dan merangsang detoksifikasi
  • Memperbaik hiperktiviti perut dan sakit gastrik
  • Vitamin D; dinamakan sebagai Vitamin D pada 1916 apabila didapati ia mampu merawat penyakit rickets. Ia meningkatkan penyerapan kalsium dan fosforus untuk meninggikan ketumpatan tulang, menguatkan kerangka, memperbaik penyakit peridontal. Vegetarian yang kurang terdedah kepada matahari sewaktu musim panas, individu melebihi 55 tahun, wanita hamil dan kanak-kanak perlu mengambil suplemen Vitamin D. 
  • Magnesium: Ini adalah ion positif no.2 pentingdi dalam tubuh kita. Ia menggalakkan komposisi tulang dan rawan. Membantu sistem saraf, mengaktifkan enzim tubuh untuk menghasilkan tenaga, pemgecutan saraf dan otot, menstabilkan denyutan tidak sekata pesakit jantung, memnudahkan rembesan keluar sisa dari perut dan usus; ia menghalang mendapan kalsium; melarut dan mengurangkan formasi batu karang atau batu hempedu. Ia juga penting untuk mereka yang mempunyai masalah fluktuasi glukos.
  • Zinc, Boron, Manganese, Kuprum; memelihara metabolisme kerangka dan pertumbuhan otot, menyusun enzim yang diperlukan untuk membaiki tulang, rawandan menghalang arthritis.

 Hanya 4 biji Oste setiap hari memenuhi keperluan Kalsium sepanjang hari

Bagaimana memilih Kalsium Premium?

  • Pilih Produk yang ada Vitamin D dan Magnesium. 
  • Elakkan produk yang dibuat daripada tulang dan dolomite untuk mengelak keracunan plumbum.
  • Elakkan mineral chelated kerana proses tersebut boleh menyebabkan tubuh menyerap logam berat tercemar dan toksin dalam proses menyerap mineral

Ostematrix Shaklee memenuhi keperluan nutrisi kalsium, magnesium, vitamin D dan mineral.
Dapatkannya sekarang .
Harga RM61

------
Hubungi
Master Coordinator Tuan Nurul Ain binti Tuan Ismail
SID 867161
0133570906

Monday, April 21, 2014

Ostematrix bukan Sekadar Kalsium

Ostematrix terbukti secara klinikal dapatmenyediakan nutrisi penting serta unik dan melebihi fungsi kalsium dalam membina dan mengekalkan tulang dan gigi* yang kuat serta membantu mengurangkan risiko osteoporosis.*




  • 1000mg (100% pengambilan harian) unsur kalsium daripada sumber-sumber yang mempunyai tahap kepekatan yang tinggi dan mudah diserap dari alam semulajadi.
  • 400mg (100% pengambilan harian) Magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya
  • 400IU (100% pengambilan harian) Vitamin D untuk merangsang penyerapan Kalsium

Shaklee Difference

Kajian Klinikal ke atas Ostematrix 

Penyerapan Yang Terbukti Secara Klinikal

Pengambilan hanya 2 kaplet Ostematrix sahaja berupaya menghasilkan peningkatan ketara dari segi statistik dalam paras kalsium darah yang disukat dalam suatu tempoh 12 jam. Bagi membolehkan badan kita menggunakan kalsium untuk membina dan memelihara kekuatan tulang, kalsium perlulah diserap terlebih dahulu. 





*Kapsul bersalut yang mudah ditelan
Sajian harian hanyalah sebanyak empat kaplet. Boleh diambil 2biji 2 kali sehari atau 4 biji sebelum tidur.


* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit


Harga hanya RM61 seluruh Malaysia. 

---
Hubungi 
Ain-0133570906
SID-867161

Friday, April 18, 2014

Nutrisi Kesihatan Mental

Dalam ramai-ramai SID tak ada lagi rasanya yang share pasal kepentingan suplemen untuk pesakit mental.

Tahu tak sebenarnya suplemen juga mempengaruhi kesihatan mental kita. Kalau kurang sekian-sekian boleh schizo, boleh murung boleh was-was dan macam-macam lagilah. 

Ok saya kongsikan sedikit daripada perkongsian psychiatrist. 

Supplements utk kesihatan mental
Kemurungan/depression/stress: Vitalea, ESP, Ostematrix, B Complex, Vit C, Zinc
Anxiety/ kebimbangan melampau: Omegaguard
PMS related stress: GLA, Ostematrix, B Complex
OCD/ penyakit was2: ESP
Schizophrenia/ pesakit yg alami halusinasi dan delusi: Omegaguard
Alcoholics: B Complex


Dalam hidup kita ni ada masa stress ada masa perlukan sesuatu. Selain hubungan dengan Allah, semoga pengambilan suplemen dapat membantu. 


----
Nak beli? 
Hubungi Saya  Ain

SID 867161

Thursday, April 17, 2014

Berpantang



Ni pelanggan yang puas hati dengan set berpantang Shaklee. 


Apa setnya? 

ESP
Vita-Lea
B-Complex
Vita C
Ostematrix
Zinc
Alfalfa

Tambahan kurus Lecithin 

Cantik 
Vivix

Puas hati sangat.. Sayapun dah merasa seperti berusia 25 tahun. 

Anda bila lagikan?? 

-----
Hubungi saya
Ain-0133570906
867161



Harumkan dapur


Boleh cuba ni.. 

Tuesday, April 15, 2014

Kesan Sampingan Shaklee

Haaa apa pula ceritanya ni?? Shaklee ada kesan sampingan?

ESP dan Alfalfa

Begini alkisahnya, pelanggan saya ni ambil Shaklee ESP, Alfalfa dan GLA khas untuk kulit sebab tak lama lagi nak menunaikan umrah. Tapi lepas seminggu dua amalkan suplemen ni jadi kurang makanlah pula. Kenapa ni?? Makin kurus pula nanti. hehe. 

Kalau yang nak kurus tu bonuslah kan. Senang cerita, ESP ialah protein ringkas yang memang buat jadi kenyang dan tahan lama di perut. Sebab ia rendah glisemik indeks. Pelepasan gula dalam darah perlahan-lahan. Lain pula ceritanya kalau makan berat macam nasi lemak tu. Tinggi glisemik indeks. Makan jadi mengantuk dan cepat lapar sebab pelepasan gula dalam darah cepat dan tak tahan lama.

Bagi yang nak diet atau kuruskan badan sesuai sangatlah amalkan Alfalfa dan ESP ni. Alfalfa pula tinggi fiber, memang bagi kesan kenyang juga. kalau tak nak kurus, lepas ambil ESP dan alfalfa makan macam biasa jangan kurangkan jumlah meal harian. 

Saya dulupun pernah alami situasi ni. Mula-mula amal ESP pelik kenapa berat makin turun hehe sampaikan kurus kering. Lama-lama baru perasan 'laaaa lupa nak makan'. Sebab lepas shake2 ESP dengan Fresh Milk memang kenyang sampai tengah hari. Memang turunlah berat sebab nilai kalori harian menurun. 


Nak Kurus? 

BOLEH

Ambil set ni 
ESP, Alfalfa, Lecithin.


Nak Order?? 
Pun boleh

Hubungi 
Tuan Nurul Ain 

Pengedar sah Shaklee anda, ID 867161

Telefon - 0133570906


Monday, April 14, 2014

Kursus Cukai

 Gambar Peserta


 Biha dan saya

Khusyuk semua 

Minum dulu

 PM Cery dan Penceramah

Kalau dulu-dulu belajar cara macam mana nak cari duit, tapi bila dah master duit tu datang, datang datang tanpa henti, yang ni kita kena belajar pengurusan duit.

Macam mana nak kurangkan kos cukai. Apa perlu kita buat.

Maka Elite daripada Jutawan anjurkan kursus khas untuk Jutawan2 Shaklee ni macam mana nak mengurus wang dan kenali cukai.. Bukan lari daripada cukai ye hehe.

Paling best lain daripada yang lain, kursus ni formal yang santai. Ala-ala kursus keluarga, siap boleh bawa anak lagi. Sampailan penceramahpun teruja dengan kami.

Sebelum berangkat balik tu sempatlah Group leader kami pesan, 'Master-master dalam ni bukan tahu jadi Master je, tapi biarlah tahu serba serbi perihal cukainya, perihal kembangkan bisnesnya'. Macam tulah berniaga. Leader mampu mengembang biakkan kumpulannya bukan melalui arahan tetapi melalui tauladan. 

Ok.. Jemput tengok gambar-gambar kami ni. Lepas ni i.Allah Jutawan akan anjurkan ceramah ustaz2 pula untuk santapan rohani. 

'Kalau hidup sekadar hidup babi di hutan juga hidup
Kalau kerja sekadar kerja kera di hitan juga kerja'..

Jadi kita seimbangkan antara dunia dan akhirat. Barulah seimbangkan.


---
Jutawan Muda 
Ain - 0133570906
ID - 867161



Saturday, April 12, 2014

[Bersyukur Sebelum Dapat]

Nak share pasal benda ajaib. Pernah tak bila kita nak sangat sesuatu benda kita akan terbayang-bayang pastu tersenyum sendiri.

Tips mencapai impian lebih cepat ialah kita bersyukur sebelum dapat. Contohnya nak pendapatan RM50,000 bulan ni. 

Sebutlah 

'Alhamdulillah syukur Ya Allah kerana bagi aku pendapatan RM50,000 yang berkat bulan ini'

'Alhamdulillah syukur terima kasih ya Allah kerana jadikan aku jutawan pada usia 29 tahun' 

Apa perasaan bila kita sebut?? 

Kita rasa seronok, hati dan minda bersatu seolah2 Allah telah mengabulkan doa tu. 

Bila hati dan minda bersatu, i.Allah kita sangat dekat dengan impian tu. 

Cubalah, anda akan temui setiap keajaiban dalam hidup


---
Ummu Ainan Jutawan Muda
Pengedar Sah Shaklee
ID 867161

Friday, April 11, 2014

Impian jadi Kenyataan

Doa Biar Spesifik


Baru lepas baca sebahagian e-book 101 Menulis Impian. 

Salah satu isinya doa biar spesifik. Contoh Allah dah bagi dalam al-Quran surah al-Fatihah ayat 6. 

Tunjukkan kami jalan yang lurus


Lurus bagaimana?

Ia dihuraikan dalam ayat 7 

Jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat kepada mereka dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat. 

Kita berdoa kepada Allah;

'Ya Allah, berikan aku rezeki yang melimpah ruah'


Rezeki yang bagaimana? 

Apabila kita spesifikkan setiap doa ia akan lebih mudah untuk dicapai. 

'Ya Allah, berikan aku pendapatan RM50,000 yang berkat bulan ini'.

Begitu juga kalau kita minta apapun biarlah setiap permintaan itu spesifik walaupun kita tahu Allah tahu apa yang kita inginkan tapi Allah suka kita minta secara jelas.


Senang cerita, ikut sahaja contoh surah Al-Fatihah tu, memang Allah dah ajar cara berdoa. 

Saya doakan kalian diberkati dan dirahmati


----
Saya pengedar sah Shaklee
SID: 867161

Thursday, April 10, 2014

17 Beza Minda Kaya dan Minda Miskin


Ini adalah 17 perbezaan sikap & cara pemikiran ORANG KAYA berbanding ORANG MISKIN. Ianya dipetik dari buku "Secrets Of The Millionaire Mind" karangan T. Harv Eker.



 Saya amat mencadangkan anda membaca buku ini jika anda benar-benar "komited" untuk menjadi kaya.
 1. Orang kaya percaya: "Saya menentukan hidup saya." Orang miskin percaya : "Kehidupan saya sudah ditentukan, saya tidak boleh buat apa-apa."

 2. Orang kaya berusaha untuk menang/berjaya. Orang miskin berusaha untuk tidak kalah/tidak gagal.

 3. Orang kaya komited dan berusaha sungguh-sungguh untuk menjadi kaya. Orang miskin hanya 'mahu' menjadi kaya.

 4. Orang kaya berfikir besar. Orang miskin berfikir kecil-kecilan.

 5. Orang kaya memberi tumpuan kepada peluang. Orang miskin fokus kepada halangan.

 6. Orang kaya mengagumi orang lain yang kaya & berjaya. Orang miskin membenci orang kaya & berjaya, dan menganggap mereka adalah golongan yang jahat, menipu, sombong dan sebagainya.

 7. Orang kaya bergaul dengan orang yang positif dan berjaya. Orang miskin bergaul dengan orang yang negatif atau yang gagal/tidak berjaya.

 8. Orang kaya bersedia untuk mempromosikan diri mereka dan kelebihan diri mereka. Orang miskin berfikir negatif tentang jualan dan promosi.

 9. Orang kaya menganggap diri mereka lebih besar daripada masalah yang dihadapi. Orang miskin pula, menganggap diri mereka adalah lebih kecil daripada masalah mereka.

 10. Orang kaya sentiasa rasa bersyukur dan sering berterima kasih. Orang miskin selalu lupa/kurang bersyukur dan lupa/kurang berterima kasih.

 11. Orang kaya memilih untuk mendapatkan bayaran berdasarkan result/hasil. Orang miskin memilih untuk mendapatkan bayaran berdasarkan masa.

12. Orang kaya berfikir "kedua-duanya". Contoh.. saya boleh kaya DAN beriman. Orang miskin berfikir "sama ada / atau". Contoh, mesti pilih antara kaya ATAU beriman!

 13. Orang kaya fokus pada jumlah nilai bersih mereka (aset-liabiliti = nilai bersih). Orang miskin memberi tumpuan kepada jumlah gaji mereka.

 14. Orang kaya menguruskan wang mereka dengan baik. Orang miskin tidak ambil kisah tentang pengurusan wang mereka.

15. Orang kaya memastikan wang mereka bekerja keras untuk mereka. Orang miskin bekerja keras untuk mendapatkan wang.

16. Orang kaya bertindak walaupun takut. Orang miskin membiarkan ketakutan menghalang mereka.

 17. Orang kaya sentiasa belajar dan mengembangkan ilmu. Orang miskin fikir mereka sudah tahu semuanya.

 Cuba ubah pemikiran kita, insyallah kehidupan kita akan menjadi lebih mudah, lancar, kaya dan bahagia.

-Rasyidah Shamsudin- 

Wednesday, April 9, 2014

Minda Kaya Vs Minda Miskin

Setelah 2 tahun berShaklee, sekarang saya telah bergelar Master Alhamdulillah hanya kepadaNya dipanjatkan SYUKUR..

Kita tak perlu bermula dengan hebat untuk mendapat hasil yang hebat. Tapi kita kena usaha bermula daripada KOSONG barulah akan lahir insan hebat. 

Terus terang saya kata lepas saya mengubah minda saya, kehidupan berubah sehingga saya rasakan sekarang bukan saya yang dulu.. 

Jom kita tengok perbezaan Minda Kaya Vs Minda Miskin. Ia bakal mengubah hidup kita hari 
------

Peranan minda dalam menentukan kejayaan kita.

Apa yang menjadikan seseorang itu kaya atau tidak, semuanya bergantung kepada minda. Untuk menjadi kaya, kita perlu mempunyai minda kaya. Artikel saya kali ini adalah untuk membincangkan perbezaan minda kaya dan minda miskin.

Sebelum itu, ingin saya jelaskan bahawa, dalam konteks minda, bukan maksudnya minda kaya adalah lebih baik dari minda miskin. Keadaan minda kaya akan membuka peluang-peluang yang terdapat disekeliling kita, manakala dengan mempunyai minda miskin, kita akan terasa bahawa peluang di sekeliling kita seperti tertutup.

Minda kaya fikir besar, manakala minda miskin fikir kecil

Minda kaya mempunyai matlamat. Bukan sahaja matlamat biasa, tetapi matlamat luar biasa- matlamat yang besar. Dengan mempunyai matlamat yang besar, minda kaya mempunyai satu fokus untuk dituju. Tanpa matlamat, sudah pasti kita tidak dapat melihat kearah mana kita harus pergi.

Minda kaya menetapkan matlamat setinggi bintang. Sekiranya berusaha, tetapi tidak capai, masih lagi akan mencapai bulan.

Minda miskin pula berfikiran kecil. Sering kali, mereka adalah dalam lingkungan 98% masyarakat yang tidak mempunyai matlamat. Sekiranya ada matlamat pun, mungkin matlamatnya kecil, seperti ingin mencari wang secukupnya untuk tanggung perbelanjaan bulan depan! Dan bulan depan pula, bermatlamatkan yang sama- “ingin mencari wang yang secukupnya untuk bulan akan datang!”

Minda miskin mempunyai matlamat yang kecil dan mempunyai matlamat jagka masa yang pendek. Manakala minda kaya mempunyai matlamat yang besar dan berfikir jauh sejauhnya kehadapan!

Minda kaya melihat 2 pilihan, manakala minda miskin melihat hanya satu pilihan

Seseorang yang mempunyai minda miskin akan melihat 1 sahaja pilihan, seperti, sama ada inginkan kekayaan ATAU kebahagian. Ingin menjalankan perniagaan ATAU meluangkan masa dengan keluarga. Ingin memberi dedikasi kepada mencari harta ATAU memberi dedikasi kepada keluarga.

Minda kaya tidak melihat sebagai 1 pilihan sahaja, tetapi segalanya mempunyai pilihan. Mengapa tidak inginkan kekayaan DAN kebahagiaan? Ingin menjalankan perniagaan DAN meluangkan masa dengan keluarga. Ingin dedikasikan diri mencari harta DAN memberi dedikasi kepada keluarga.

Tiada siapa yang kata kita hanya mempunyai 1 pilihan dalam hidup. Kita mempunyai berbagai-bagai pilihan dan kita patut seimbangkan apa sahaja yang kita lakukan. Menjadi seimbang adalah dengan memiliki kedua-duanya.

Minda kaya melihat orang kaya dengan perasaan inspirasi, manakala minda miskin melihat orang kaya dengan perasaan benci

Mereka yang mempunyai minda kaya akan mendapat rangsangan dan inspirasi dari melihat orang-orang berjaya yang lain. Rangsangan tersebut akan memberi motivasi kepada mereka untuk turut serta menjadi hebat. Satu teknik kejayaan yang penting dipanggil teknik role-model di mana, kita menjadikan kejayaan seseorang lain sebagai dorongan untuk kita juga menjadi berjaya. Minda kaya sering mempunyai role-model yang positif.

Manakala minda miskin pula melihat mereka yang berjaya dan mereka yang kaya dengan perasaan iri hati, dan adakalanya benci. Minda miskin akan mengejek dan memberi respons-respons negatif apabila melihat orang berjaya. Mungkin minda akan berbisik “Eleh… bawak mercedes… mesti songlap duit syarikat” atau “Eleh… dah kaya-kaya macam ni, mesti kaki perempuan”

Apa yang terjadi pada mereka yang mempunyai minda miskin adalah, mereka memenuhi minda sendiri dengan kata-kata negatif yang berkaitan dengan orang yang kaya dan berjaya. Apabila segalanya negatif yang digambarkan untuk mereka yang kaya, bagaimana pula diri sendiri “mahu” menjadi kaya. Sudah tentunya secara tidak sedar diri sendiri “takut” untuk jadi kaya oleh kerana takut nanti orang kata kita ni songlap duit syarikat dan kaki perempuan pula!

Jadi, berhati-hati apa yang anda katakan di minda. Jangan sampai memakan diri sendiri!

Minda kaya bergaul dengan minda kaya yang lain, minda miskin bergaul dengan minda miskin yang lain

Pepatah Mat Salleh berbunyi “If you want to fly with the eagles, you cannot be joining the turkeys”.

Maksudnya, untuk berjaya, kita perlu dekatkan diri kita dengan orang-orang berjaya yang lain. Orang berjaya yang mempunyai minda kaya. Berita baiknya adalah, minda kaya boleh berjangkit! Sekiranya kita sering berdampingan dengan orang yang berjaya, minda kita juga akan turut menjadi minda kaya. Oleh sebab itu kita sering lihat, mereka yang berjaya sering mendampingi mereka yang berjaya yang lain- kerana ingin minda berjaya menjangkiti minda masing-masing!

Berita buruknya pula adalah, begitu juga dengan minda miskin. Ia juga berjangkit! Sekiranya kita sering mendampingi mereka yang tidak berjaya, maka, kita juga akan berfikiran seperti mereka.

Kita akan menjadi sama seperti kumpulan kenalan yang kita dampingi. Bukan hendak kata jangan kawan dengan mereka yang tidak berjaya, tetapi, maksud daya adalah buka fikiran untuk mendekati mereka yang berjaya juga. Silap-silap, kenalan-kenalan minda miskin anda pula akan terjangkit dengan anda dan menjadi minda kaya! Semuanya menang!

Minda kaya fokus kepada peluang, manakala minda miskin fokus kepada halangan

Minda kaya akan sering fikirkan idea-idea baru dan peluang-peluang baru. Minda kaya adalah kreatif melihat peluang.

Kreatif? Bagaimana kalau kita tak kreatif? Mudah sahaja… fikirkan bahawa “kreatif” maksudnya “menjadikan lebih baik”. Kini, mudah untuk sesiapa sahaja menjadi “kreatif”. Kerana, anda hanya perlu fikirkan, bagaimana hendak menjadikan sesuatu itu lebih baik?

Minda kaya akan sering melihat peluang, sehingga seringkali, halangan dihadapan tidak dapat dilihat kerana apa yang mereka fokus adalah peluang.

Minda miskin pula fokus kepada halangan. Hendak mulakan perniagaan, dikatakan tiada modal. Hendak membuat jualan, dikatakan tidak pandai berbahasa Inggeris, hendak berjumpa pelanggan, di katakan tak cukup masa. Semuanya adalah halangan yang bertopengkan alasan.

Tiada modal? Kita mulakan perniagaan kecil tanpa modal! Tidak pandai berbahasa Inggeris? Kita beli akhbar berbahasa Inggeris dan belajar perlahan-lahan. Tak cukup masa? Kita belajar cara menguruskan masa dengan lebih efisyen- itulah pemikiran minda kaya. Tiada alasan, tiada halangan. Cuma peluang!

Berhenti sebentar dan fikirkan dimanakah kedudukan minda kita. Adakah kita mempunyai minda kaya, atau kita mempunyai minda miskin. Pilihannya ditangan empunya badan- pilihannya di tangan empunya minda- diri kita sendiri


---
MUA - Hidup Luar Biasa