Saturday, May 31, 2014

Bagaimana Omega-3 memberi manfaat kepada Wanita, lelaki, warga tua,kanak-kanak, remaja serta ibu mengandung?

• Untuk jantung lebih sihat
Persatuan jantung Amerika menyarankan bahawa pesakit yang mempunyai penyakit jantung koronari yang didokumenkan mengambil kira-kira 1g Omega 3 (DHA + EPA) sehari.
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (USFDA)
Kajian menunjukkan bahawa penggunaan EPA dan DHA Omega-3 asid lemak boleh mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Penyakit Jantung di kalangan lelaki & wanita:
Kematian secara tiba-tiba disebabkan oleh aritma ventrikular yang berterusan merangkumi 50% hingga 60% daripada semua kematian yang melibatkan penyakit jantung kotonari (CHD). Kajian mendapati bahawa seseorang dengan pengambilan tambahan Omega-3 mengalami pengurangan dalam kematian mengejut dan semua punca kematian sebanyak 45%. 

•Mencegah Pengecutan Otak
Warga Tua: Dimentia mempunyai kaitan yang rapat dengan pengecutan otak dan orak kita sebenarnya semakin mengecil semasa proses penuaan yang biasa - iaitu kira-kira 0.5% setiap tahun selepas umur 70 tahun. Kajian mendapati warga tua dengan asid lemak Omega-3 yang lebih tinggi dalam darah mereka mempunyai 2.7% kurang pengecutan otak. 

Wanita mengandung: 
Kekurangan DHA/Omega-3 akan menyebabkan pengurangan rizab badan mereka memandangkan ia digunakan untuk perkembangan bayi. Ini akan mengakibatkan otak-otak ibu ini mengecut dengan sendirinya lalu mengalami daya ingatan dan daya tumpuan yang lemah. 
Adakah anda mendapat Omega-3 yang mencukupi?


• Merangsang Kebijaksanaan Bayi & Kanak-kanak
Bayi: kajian mengesahkan bahawa bayi yang dilahirkan oleh wanita yang mengambil Omega-3 semasa mengandung adalah lebih bijak

Kanak-kanak dan & Remaja: Para penyelidik di Universiti Oxford mendapati kaitan yang kukuh di antara Omega-3 serta sumbangan mereka kepada penumpuan dan keupayaan pembelajaran yang lebih baik. 

•Kesihatan yang Lebih Baik
Kanser Payudara di Kalangan Wanita: Kajian-kajian menunjukkan pengurangan sebanyak 14% dalam risiko kanser bagi mereka yang mempunyai tahap EPA dan DHA yang lebih tinggi dalam darah dan juga mereka yang mempunyai Omega-3 yang sangat rendah menunjukkan risiko yang lebih tinggi kepada kanser

ADHD dalam Kanak-kanak: Omega -3 yang tidak mencukupi adalah biasa pada kanak-kanak dengan ADHD dan terdapat bukti saintifik bahawa pengambilan tambahan Omega-3 membantu meningkatkan tingkah laku kanak-kanak dengan gejala ADHD

MENGAPA ANDA MEMERLUKAN PENGAMBILAN TAMBAHAN OMEGA-3?
Asid lemak Omega-3 adalah penting kerana ia tidak disintesiskan oleh badan dan harus diperoleh melalui diet atau makanan tambahan. Anda tidak boleh mendapatkan Omega-3 dengan secukupnya dalam diet harian yang dikuasai oleh 'kemudahan' makanan moden dan risiko yang lebih tinggi daripada memakan terlalu banyak logam berat dengan pengambilan ikan yang tinggi. 

Sembelit

Sembelit tapi tak nak makan julab? 

Dalam Meal Shakes ada Acacia gum. Fiber semulajadi yang diekstrak daripada pokok Acacia. 

Digunakan dalam suplemen untuk 'mengikat' vitamin yang ada di dalam Meal Shakes

*ok padanlah anak2 mahupun ibu2 dah tak sembelit lagi.
                Khasiat Meal Shakes

*The Shaklee Ingredient Philosophy

-Acacia Gum (natural)
Acacia gum, also known as gum arabic, is a natural plant gum that seeps from breaks in the bark of Acacia trees, which are grown in the Middle East and Africa. The hardened gum is collected, dried, put into solution, and then spray dried into a powder. Acacia gum is used in Shaklee food products as a natural source of dietary fiber, as an emulsifying agent to improve flavor, texture, and mouthfeel, and as a natural binder to help hold tablets together.*-



------
Puan Ain-0133570906
SID- 867161

Friday, May 30, 2014

SHOOT FOR THE STAR

25 Mei 2014 
Shoot For The Star
IOI Marriot Putrajaya Hotel
Anjuran Permata Jutawan 


Penyambut tetamu Puan Yusdiana Yahya aka speaker

Puan Aidil Farina menyampaikan tentang status Halal Shaklee


Puan Emelia Elza berkongsi pengalaman daripada pengguna akhirnya distributor dan sekarang Coordinator

Penyampaian sijil kepada Mak Yang @ tetamu Wondermum Network




Penyampaian sijil daripada Master Dila Roslan kepada Leader Permata Jutawan Puan Atirah Mohamed


 Penyampaian Sijil kepada Distributor Ginnete Jay


 Anak-anak bertuah buat kejutan. Memang berderai air mata mak ni

Sebahagian peserta SHOOT FOR THE STAR

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Siapa kata surirumah tak boleh berjaya??
 Sekarang surirumah 'flexible'. Waktu kerja bekerja, waktu tak bekerja duduk rumah sebagai suri. 

Apa yang ingin disampaikan pada Shoot For The Star?? 

Mengasah bakat seorang leader yang cukup pakej malah boleh menjadi Speaker yang hebat. 

Program kali ini kami raikan kanak-kanak bersama, acara mewarna turut diadakan dan pembahagian belon kepada kanak-kanak cukup membuatkan mereka gembira. 

Ok, next Shoot i.Allah 3 bulan lagi. Sekarang, kejar mak masing-masing apa tindakan seterusnya. 


---
With Love 
Master Ummu Ainan (Tuan Nurul Ain Tuan Ismail) 

Tuesday, May 27, 2014

Master Coordinator

Master Coordinator Tuan Nurul Ain binti Tuan Ismail & Hishamuddin bin Ahmad

Masih terasa seperti mimpi. 2 tahun yang lepas saya join Shaklee semata-mata produknya. Ingin mengkaji dan teruja dengan natural nya. 

Cari punya cari Distributor jumpalah mak Shaklee saya sekarang iaitu Master Dila Roslan. 

Selepas sahaja signup saya ditujukan soalan 'Ain nak bisnes??' 

'Eh boleh bisneske?' Bagaikan insan yang mengantuk disorongkan bantal. Bermulalah episod bercita-cita berkongsi kebaikan Shaklee. 

Pada awalnya suami menentang tindakan saya kerana saya dah ada bisnes lain sebelum itu. Tapi saya membuat perjanjian 'bagi saya 2tahun untuk saya buktikan'. 

Masa buat akujanji tu saya tak tahupun nak buktikan apa, saya cuma sebut. Saat tu mak nenek Shaklee tak cerita langsung boleh dapat apa dengan Shaklee. Duit beribu-ribu?? Kereta mewah?? Langsung tak ada. 

Apa yang saya nak buktikan?? Sayapun tak tahu tapi saya PERCAYA akan melangkah lebih jauh dalam Shaklee (walaupun masa tu Master tu apa bendalah tak tahu juga) 

Tapi benarlah usaha semuanya datang daripada Niat. Automatik Allah berikan intuisi, ilham untuk bergerak ke arah impian.

Genap 2 tahun saya bergelar Master Coordinator. 
Alhamdulillah semuanya dengan izin Allah. 

Tetapi perjalanan saya belum habis di sini. Hari ini saya Master Coordinator, saya mesti pastikan kesemua susur galur saya dapat apa yang saya dapat. 

Sekarang sesi mencurah ilmu kepada mereka. 

Saya yakin akan melahirkan Master Coordinator sedikit waktu lagi i.Allah. 

Segala yang baik datang daripada Allah, yang buruk daripada diri saya sendiri. 

---
Salam Sayang, 
Master Ummu Ainan (Tuan Nurul Ain) 

Tuesday, May 13, 2014

KENALI 'HEADQUARTERS' SHAKLEE

Kenali HQ Shaklee

Bangunan Shaklee ini direka oleh arkitek terkenal dunia, Gensler supaya memenuhi konsep mesra bumi yang selari dengan komitmen dan prinsip Shaklee iaitu hidup harmoni dengan alam semulajadi

Antara keunikannya seperti:
  • Bahan-bahan kayu dan pintu diambil dari kawasan hutan mampan.
  • Pembuatan permaidani daripada bahan yang dikitar semula
  • Tanaman landskap terdiri daripada sebahagian tumbuhan botanik yang terdapat di dalam produk-produk ShakleePenggunaan sensor pergerakan bagi mengawal suis lampu untuk tujuan penjimatan tenaga
  • Penghadang tingkap yang dikawal oleh sensor elektrik, bagi membolehkan 80% cahaya luar menerangi ruang dalaman dan pada masa yang sama menapis kepanasan
  • Penggunaan "Low-E glass" di seluruh bangunan untuk penggunaan tenaga yang efisien
  • Peredaran udara melalui bawah lantai untuk penggunaan tenaga yang lebih efisien dan menjamin kualiti udara


Ibu pejabat Shaklee di Pleasanton, California bukan sekadar pusat operasi, malah ia adalah simbolik kepada falsafah yang didokong oleh Shaklee

Menarikkan?

Shaklee ni bukan sahaja memastikan produknya bagus, selamat, dan berkesan malah bangunannya juga mesti mematuhi setiap yang mereka ketengahkan iaitu MESRA ALAM.

Trip melancong tahun lepas saya dapat 2 tiket ke US, tapi saya tak pergi. Bagi abah dan Ainan je pergi. Dapatlah mereka melawat HQ Shaklee ni nanti. Waaahhh best. 

-------
Saya Master Coordinator Shaklee yang sentiasa kagum dengan produk dan sistem Shaklee itu sendiri

With Love, 
MUA