Friday, June 27, 2014

Phytocol ST

Dianggarkan bahawa satu daripada tiga orang dewasa di Malaysia mempunyai paras kolesterol yang tinggi. Paras kolesterol yang tinggi ialah salah satu faktor risiko utama penyakit jantung, dan antara cara terbaik untuk merendahkan risiko anda adalah dengan mengurangkan kolesterol keseluruhan serta kolesterol LDL (“tidak baik”).

Friday, June 20, 2014

Elak Sun Burn

Kelebihan Selenium dalam Vitamin E.
  • Selenium ni salah satu antioksida yang membantu menghalang Sunburn. 
  • Sunburn ni salah satu aktiviti stress oksidatif yang sebabkan kulit rosak. 

Wednesday, June 18, 2014

Atasi Dehidrasi

kecil-kecil dulu saya pernah tengok cerita Doraemon yang Full Episode tajuk apa tak tahu tapi nama Sultan yang memerintah negara padang pasir namanya Sambatha.

Sewaktu Doraemon dan kawan-kawannya melalui padang pasir tu Suneo nampak tengah-tengah padang pasir ada pokok dan air sungai di hujung padang pasir. Rupa-rupanya ia hanyalah Fatamorgana dan bila dikaitkan dengan dehidrasi ni ia ada kaitan, bila badan dah kurang air maka otak mula tak dapat proses dengan tepat. mari kita tengok tanda-tanda dehidrasi.

Fatamorgana


Dehidrasi


Monday, June 16, 2014

Kenapa Revamp Routine

Sebelum join Shaklee hidup saya dah memang sedia tunggang langgang. Bila kita tak dapat siapkan kerja rumah kita bagi alasan 'anak kecil'..

'Biasalah ada anak kecil, mana sempat nak mengemas, anak-anak sepahkan bla...bla.. blaa..'


Sunday, June 15, 2014

Kenapa Roger Barnett Pilih Shaklee?

Ok kita tak tahu apa cerita di sebalik CEO Shaklee Roger Barnett kenapa beliau membuat keputusan untuk beli Shaklee. 

Kita hanya nampak Shaklee milik Roger Barnett, Roger Yahudi dan melabelkan 

Shaklee = Yahudi??? 

Kenapa tidak kaji kenapa Roger Barnett BELI dan miliki Shaklee?? 

Sedangkan beliau dah punya pelbagai bisnes sebelum ni dan memang dahpun Billionaire. 

Ada apa dengan Shaklee?? 

Sempatke??

Ini kisah 7 Jun Masa NC hari tu.


Kuncinya TUKAR RUTIN dan pastikan semua orang ikut rutin baru kita.

Kita akan jimat berjam-jam masa sehari. 

Bangun pagi pastikan perut kita diisi. Simple je, buah yang dah dipotong hari sebelum, kemudian shake ESP dan Meal Shakes. Bila ada tenaga barulah boleh buat kerja lain. 

Ok kita dah tahu apa nak buat, bolehlah memasak dengan tenang tanpa fikirkan rumah yang tunggang langgang sebab RUMAH dah sedia KEMAS. 

Ok, hasil revamp dapatlah buat nasi lemak pagi ni. Jap lagi nak pergi NC pula ambil award

Sambal tumis special

Hasilnya. 

Ok, nak bersiap ke NC pula. 

Ok sebelum tu nak makesure Ainan mengaji dulu.. 

Daaaa..


*ibu luar biasa

Friday, June 6, 2014

Kenapa Grape Seed??

Vitamin E Shaklee dengan Grape Seed

Apa khasiatnya?

  • 50 kali lebih segar daripada Vitamin C
  • 20 kali lebih berkuasa daripada Vitamin E
  • Mengandungi bahan-bahan yang memberi kebaikan untuk kesihatan seperti Protein, Lipid, karbohidrat dan polifenol (yang dalam bentuk flavanoid - bahan kimia tumbuhan yang dikenali sebagai antioksidan yang sangat kuat serta berupaya melindungi tubuh daripada kerosakan oksidatif dan radikal bebas
  • Bagus untuk mendapatkan kulit yang cantik serta licin tanpa cela, awet muda, sebagai antioksidan, meningkatkan kesuburan, juga berkemampuan untuk menghangatkan hubungan suami isteri

MESTI CUBA VITAMIN E with Grape Seed ni



Harga RM149

Hubungi Ain - 0133570906

Thursday, June 5, 2014

Ubah Cara Berfikir Kunci Kebahagiaan

Penat? Letih?

Macam mana nak atasi?? Kembali semula kepada Pencipta. 

Teringat cerita Sayyidatina Fatimah pernah mengadu kepada Rasulullah telah penat membuat kerja rumah, pesan Rasulullah zikirlah 'Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar'

Dengan zikir tu bukan hilang penat, tapi tukar fokus dengan ingat Allah i.Allah badan dengan sendiri rileks. 

Bagaimana nak atasi stress, penat seharian menguruskan rumahtangga, penat bekerja di pejabat, penat uruskan bisnes?? 

Buat satu diari kesyukuran

TULISLAH PERKARA-PERKARA untuk disyukuri hari itu. 

Lihat wajah anak-anak cuba bayangkan 'alhamdulillah mereka aktif, sihat.. Anak2 orang lain yang tak sihat memanglah tak aktif, tak penat'..

Bila lihat A, letakkan diri kita di situasi B yang nasibnya kurang daripada kita mesti akan lahir perasaan 'Ya Allah syukurnya sekian sekian sekian' sehinggakan tiada lagi keluhan keluar dari mulut kita. 

Apabila kita kecil hati dengan pasangan, 'ramai lagi orang lain masih tercari-cari pasangan hidup, syukurlah kita ada teman berbicara, teman berbual, teman bergaduh' 

Apabila ada orang sakitkan hati kita senyum sahaja 'kesian dia.. Sarafnya sedikit rosak' taknak ikut seperti mereka. Biarkan mereka meroyan sendiri..

Haaa lebih kurang macam tulah cara nak didik hati kita. 

Ingat 2 lupa 2. 

Ingat apa orang dah beri kepada kita
Lupa apa yang orang dah buat pada kita

Ingat apa yang kita buat pada orang 
Lupa apa yang dah kita beri pada orang


-Sekian Coretan Subuh-

----
Ikhlas berbicara, 
MUA

Wednesday, June 4, 2014

20 Amalan Murah Rezeki




Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan oleh ramai cendikiawan muslim, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.
Di antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)
2. Memperbanyak istighfar Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.: “Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.: “… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya: “(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-Ra’d: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa. Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.: “Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.: “Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.: “Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak Ibnu Abbas berkata: “Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.11. Menjalin silaturrahim  Nabi s.a.w. bersabda: “Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah. Baginda s.a.w. bersabda: “Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud) Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.
15. Melazimi solat Dhuha Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah. Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7) Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” (At-Thalaq: 3)Nabi s.a.w. bersabda: “Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.)Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah, lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.Jagalah hati…wassalam.

Kredit: hadzrin.com

Tuesday, June 3, 2014

Kebaikan Vitamin E

Kajian menunjukkan Vitamin E :

• membantu mencegah kanser. 
• Mungkin melengahkan penuaan sel.
• Melindungi vitamin A dan C dari dimusnahkan.
• Antioksidan yang berpotensi, melindungi membran sel dari dimusnahkan.
• Membantu sel-sel memperolehi lebih oksigen- Penyelidikan menunjukkan vitamin E mengurangkan keperluan oksigen bagi jantung dengan menjadikan jantung sebagai pam yang lebih effisien.
• Merangsang beberapa bahagian sistem imun menjadikan badan kita menentangi jangkitan dengan lebih effisien.
• Menyahtoksik logam berat terutama Kadmium dan Raksa
• Ia memperbaik peredaran darah, yang mana perlu untuk memperbaiki tisu, dan sangat berguna dalam rawatan "premenstrual syndrome" dan penyakit fibrocystic buah dada. 
• Ia memelihara pembekuan darah yang normal dan penyembuhan
• mengurangkan parut yang diakibatkan oleh sesetengah kecederaan
• mengurangkan tekanan darah
• membantu dalam pencegahan penyakit katarak 
• meningkatkan prestasi atlit
• mengendurkan otot kaki dari kekejangan. 
• meningkatkan pengeluaran air mani pada sesetengah lelaki
• mengekalkan kesihatan saraf dan otot dan di masa yang sama menguatkan dinding kapilari. 
• menggalakkan kulit dan rambut menjadi sihat
•membantu mencegah anemia dan "retrolental fibroplasia", sejenis gejala mata yang boleh menjangkiti bayi pramatang. 

Satu kajian yang dijalankan oleh National Cancer Institute pada tahun 1998 mendapati bahawa pengambilan vitamin E dalam jangka masa panjang dapat mengurangkan risiko kanser prostat di kalangan penghisap rokok. Lain-lain kajian megesyorkan bahawa vitamin ini dapat memperlahankan  perkembangan penyakit Alzheimer. Sepanjang ini diketahui bahawa vitamin E telah menunjukkan kesan pencegahan kepada lebih kurang 80 jenis penyakit.



Banyak kelebihannya kan?? Info TERBARU, Selenium yang berada di dalam Vitamin E membantu menghalang dan merawat 'sunburn'

Kenapa tunggu lagi untuk Vitamin E Shaklee?? 

Tempah SEKARANG untuk harga PROMOSI iaitu beli 6 PERCUMA 1 sekaligus FREE MEMBERSHIP dan rebate WANG bulan hadapan.


---
Ain
Kawasan COD USJ

Cukupke Vitamin E?

Cukupke Vitamin E yang kita ambil daripada makanan harian?
Cuba tengok gambar tupun dah tahu. 

Banyak fungsi vitamin E ni. Ok nanti kita kupas satu persatu. Tunggu.....




Untuk TEMPAHAN hubungi Ain - 0133570906. COD sekitar USJ.

Rezeki Milik Allah

Cerita sendiri ye.

Sebelum buat Shaklee pernah merasa saat-saat sukar dalam hidup. Tapi disebabkan keinginan yang tinggi Allah bagi jalan keluar. Saya hanya surirumah, Allah bagi jalan keluar dengan bisnes.

Sikit-sikit adalah sebulan dapat RM2000-RM5000. Sampai satu tahap saya dah bosan, lalu terfikirlah 'macam mana ye nak ubah hidup?'

Maka datanglah Shaklee.

Saat tu buat je tapi YAKIN dengan jalan yang dipilih teruskan sampai sekarang. Nak dijadikan cerita bila dah di atas kita selalu pantau anak cucu di bawah siapa yang berpotensi nak naik.. Saya sendiri buat sales tapi bukan untuk diri saya, sales lebih kepada nak membantu anak cucu.

Setiap bulan saya akan menghadap report card. Siapa yang saya nak bantu bulan ni. Katakan ada beberapa orang yang sipi2 nak capai target, saya minta mereka usaha sedaya mungkin. kalau mereka tak berganjak saya pandang orang lain pula.

Cerita bulan Mei insan ni langsung tak ada dalam senarai bantuan. Tapi last minute dia datang sekadar mengadu order tak lepas. Saya imbas performance dia bulan-bulan sudah memang cantik. Kebetulan Mei ialah bulan ujian untuknya entah macam mana saya tergerak bantu dia. Allah..

Nampak tak perancangan Allah kat situ? Saya tak nampak itu pertolongan saya untuk dia tapi saya nampak bagaimana Allah bantu insan yang Allah dah uji tapi tak berputus asa, Allah bagi pertolongan melalui saya.


Sesungguhnya REZEKI milik Allah, Allah akan bantu kita dari arah yang tidak disangka-sangka. YAkin dan bersangka baiklah dengan Allah.


Monday, June 2, 2014

Prebiotik di dalam Meal Shakes

Prebiotik dalam Meal Shakes



"Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu "Manna" dan "salwa". Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu. Dan tidaklah mereka menganiayai Kami, akan tetapi merekalah yang telah menganiayai diri mereka sendiri" - Surah Al-Baqarah ayat 57

Manna merupakan hanya satu bentuk Fibre 100% serat yang terlarut di dunia. Ia merupakan sebahagian dari tumbuhan yang tidak mengandungi kalori, vitamin atau mineral tetapi ia sangat membantu menghilangkan bahan buangan berbahaya dari badan.

Info menarik:
Epal telah diwar-warkan mempunyai serat pemakanan terlarut tertinggi dikalangan semua tumbuhan semulajadi, tetapi kajian telah membuktikan dengan kuantiti berat yang sama, didapati:
Epal – 2.3% serat terlarut
Manna – 86.6% serat terlarut.

100g susu lembu segar mempunyai 125mg Kalsium
100g Manna mempunyai 1117mg Kalsium.

* Di mana susu lembu segar MEMPUNYAI lemak dan kolestrol serta TIADA serat terlarut.
Manna (Buah penghidupan) MEMPUNYAI serat terlarut yang tinggi serta TIADA kolestrol dan lemak.

Banyak kajian saintifik keatas Manna mendapati ia sangat berkesan digunakan sebagai Prebiotik.
Satu kajian yang diterbitkan oleh Br.Jour.Nutrition 2008-March, membandingkan keupayaan Manna dengan Inulin sebagai Prebiotik. Kajian klinikal keatas manusia yang diberi Manna 10gm sehari dan Inulin 10gm selama 4 minggu menunjukkan pertambahan bakteria Bifidobacteria dan Lactobacilli termasuk Bacteroides didalam kumuhan najis lebih tinggi pada sample Manna berbanding Inulin. Ini bermakna Mannaadalah Prebiotik semulajadi yang terbaik dan paling mudah untuk Probiotik berkembang. Ia juga tidak merangsang bakteria bukan Probiotik.


Kredit Info: Julia Idris

Prebiotik : adalah sumber makanan bagi merangsang pembiakan bakteria baik di dalam sistem pencernaan rendah yang memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan manusia yang dikenali sebagai Probiotik.

Probiotik : adalah bakteria baik yang hidup di dalam usus besar sejak manusia dilahirkan. Probiotik adalah penting dalam menjamin kesihatan tubuh bagi tujuan, merangsang sistem imun, menyah sisa makanan yang tidak boleh dihadam, menyah toksin dalam badan, menyingkir lebihan lemak dan menghalang pertumbuhan bakteria jahat. Dengan itu probiotik dapat menghalang tubuh daripada penyakit berbahaya seperti kanser, kegagalan buah pinggang, kencing manis, jantung dan lain - lain.
 
Kelebihan mengambil Prebiotik daripada Probiotik 
 
 Prebiotik Vs Probiotik


Lepas ni bolehlah bagi Meal Shakes pada anak-anak setiap hari. Untuk mak budak pun bagus, tak ada lagi sembelit.

 
Harga RM113.75
Hubungi Ain 0133570906