Thursday, July 24, 2014

Nasi Mandy

Hari ni UA buat nasi Mandy.. Tapi menu sihat i.Allah sebab tumis bahan guna Extra Virgin Olive Oil gitu

Inilah hasilnya


Beli je Nasi Mandy Al Bayt yang dalam kotak lepas tu follow step by step ye.. Tadaaaa siap.. 

*Alhamdulillah menjadi juga UA masak. Dah tahu resepi lepas2 ni kalau ada jual rempah serbuk je pun cukup dah.. Kita carilah beras sendirikan.. 


Wednesday, July 23, 2014

Keneseth Israel telah Turunkan Logo Shaklee

Alhamdulillah akhirnya. Tapikan, ramai lagi yang duk tak puas hati.. 

Lantaklah labu.. Makan labu sira lagi sedapkan.. 

Nak beli Shaklee?? Boleh order dengan UA.

WA@ SMS sahaja Ummu Ainan@ Puan Ain ; 0133570906

Tuesday, July 15, 2014

Cepat Letih Semasa Berpuasa?

Keletihan
Ketika bulan puasa, ramai yang menghadapi masalah keletihan sehingga mengganggu urusan kerja harian. Ramai yang mendakwa, walaupun mereka sudah bangun sahur, tetapi tetap merasakan tiada tenaga semasa pada siang hari.

Tambah Dr. Zulkornain, situasi ini adalah perkara normal yang berlaku semasa pada bulan puasa. Ini kerana ketika puasa, kita akan kurang makan lalu menyebabkan penyimpanan makanan dalam tubuh berkurangan. Berbeza ketika hari- hari biasa, kita mungkin makan tiga hingga lima kali sehari tetapi pada bulan puasa kita hanya makan semasa bersahur dan berbuka sahaja. 

'Selain daripada itu, makan secara berlebihan terutama makanan yang berlemak semasa bersahur juga boleh
menjadi punca keletihan semasa pada siang hari. Kita kena ingat makanan berlemak akan diserap di dalam perut untuk menjana tenaga makan makanan yang berlemak akan menyebabkan penyerapan berlaku dalam kadar perlahan kerana metabolisme yang rendah. 

Sebab itulah badan kita menjadi letih dan kirang aktif. Namun begitu, jangan
sampai kita tidak langsung ambil makanan yang berlemak kerana ia adalah  ia adalah sumber makanan yang boleh berada dalam badan dalam masa yang agak lama. Sebaiknya, pastikan hidangan  sahur mengandungi kesemua protein, karbohidrat, gula dan lain-lain seperti yang dianjurkan piramid makanan. 

Sumber: iSihat

---
Seperti UA sendiri, UA memang perlukan semua makanan ketika sahur iaitu makan nasi dalam masa sama ambil Mighty 3 Gem daripada Shaklee barulah UA mampu bertahan sehingga berbuka. Pernah 1 hari UA tidak terjaga langsung sahur, UA lemah longlai dan badan menggigil (Hypo) jauh berbeza dengan sahur lengkap pada waktu petang sebelum berbuka UA masih boleh biat kerja rumah tanpa rasa penat sekalipun. Untuk terus order melalui SHaklee, klik di sini.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya UA sendiri Ummu Ainan (Puan Ain)
0133570906 
Mighty 3 Gems








     









 


Saturday, July 12, 2014

Apa Yang Kita Yakin???

Semalam UA keluarkan pasal Shaklee tak ada kaitan terhadap sebarang fund kepada Israel. Hari ini UA diasak soalan serangan terhadap individu yang namanya Roger Barnett hanya kerana beliau seorang Yahudi. 

Secara teorinya bagus, sebab mereka prihatin, tetapi secara ilmiah 'kalian kena pergi banyak belajar lagi'.. 

Islam bukanlah agama yang membebankan penganutnya. Hanya kerana Roger seorang Yahudi habis semua dikaitkan. 

Roger = Yahudi, Shaklee = Roger

Maka Shaklee = Yahudi

Allah... Sungguh tinggi penakkulan mantik mereka. 

Pernah UA dengar ceramah UAI perihal membeli makanan dengan lelaki yang memakai subang, berambut merah atau seangkatan dengannya. 

'Bolehke tak??'

Jawapan Ustaz sungguh bernas, 

'Mu nok cari calon suami ke guane duk tengok subang orang?' Lebih kurang macam tulah.. 

Kenapa terlalu fikirkan hal yang remeh?? 

UA pernah mengikuti Pas Sarawak bersama Papisma ke rumah panjang orang Iban di pedalaman Sarawak. 
Kami dihidangkan air teh dan para Ustaz serta Papisma lain minum seperti tiada apa-apa. Kalau nak dikaitkan tu, 'eh mana boleh minum mereka bukan orang Islam, entah dah terkena anjing ke babi cawan mereka tu.. Isy isy isy syubhah.. 

'Mu napok ko ado babi setokol dalam cawan tu?? Tok napok? Minum jelah'

Sama kes Roger Barnett ni.. Ada buktike Roger menyumbang kepada Zionis?? 
Satu company milik Rogerpun tak masuk dalam senarai boikot. 

Tetapi hanya kerana risau Roger seorang Yahudi, jual suplemen daripada syarikat Roger dikhuatiri membantu penyumbangan Roger kepada Yahudi.. 
Di sini kesnya bukan kerana kita warak tapi kerana tipisnya ilmu kita. Kenapa UA kata begitu?? 

UA pernah berada seperti situasi kalian ketika saat UA ingin berubah ke arah Muslimah sejati. Semua benda UA rasakan tidak boleh. Ini tidak boleh itu tidak boleh. Suatu hari UA dilemparkan kata-kata seperti ini 'kalaulah aku ni baru nak kenal Islam, aku tak akan masuk Islam kalau jumpa orang macam kau' yessss Syadid atau kata lain jumud.. Lepas tu UA bagaikan tersedar, UA banyak menuntut ilmu. Barulah cool... Sekarang UA tidak cepat melatah kalau isu picisan seperti ini diutarakan. 

Banyak lagi isu lain yang harus dibicara sibuk isu remeh tu kenapa?? 

Sebab ada orang tanya UA perihal 'mengaji atas kubur, apa hukumnya'. Suami UA jawab ringkas sahaja 'banyak lagi benda lain lagi aula, semua tu Furu', sudah-sudahlah bicara hal kecil itu'.. 

Juga soalan perihal Habib Ya Hanana pun ada 'sesatkah mereka??' UA ambil keputusan untuk berdiam diri. Banyak lagi perkara yang betul-betul sesat. 

Ok kes Roger ni bagaimana pula?? 

UA bukan nak kahwin dengan Roger ni nak selidik agama Roger apa.. UA hanya sukakan produk Shaklee dan tiada lagi tandingan dengan Suplemen lain dunia. Jadi UA meneruakan untuk terus mengguna Shaklee dan terus berkongsi Shaklee. Perihal risau, takut tidak berasas itu tanya semula iman kalian. Apa yang kalian percaya dan yakin teruskan, kalau tidak, hentikan. UA tiada bicara untuk berbahas dengan kalian kerana UA bukanlah ustazah atau agamawan. 

Mana yang baik daripada Allah mana yang buruk atas kekurangan UA sendiri sebagai makhluknya.

UA tinggalkan kalian dengan video Syeikh Ahmad Yaseen ni. 


'Kita tidak benci Yahudi kerana mereka Yahudi, tapi kerana mereka mengambil hak kita'.. 

-Sekian-

Wallahu'alam 



Friday, July 11, 2014

Shaklee Support Israel???

Kecoh isu produk Israel nikan. Biasalah setiap kali Gaza diserang setiap kali tu jugalah masing-masing nak BOIKOT. Bagus tu, itu tanda rakyat Malaysia concern.

Ok, berbalik kepada isu Shaklee = Israel, dah 3 kali isu ni naik tu juga bermaksud 3 kali jugalah sepanjang 2 tahun ++ UA dengan SHaklee ni Gaza diserang. Macam UA sendiri bermakna dah BOIKOT 2 tahun ++ Mc D. Kalian bagaimana? Sedap makan McD tu? Dahlah tak berkhasiat, bahaya pula tu.

Shaklee ni produk nutrisi bagus untuk badan kita. Tapi betulke Shaklee support kewangan Israel @ Yahudi ni??


Betulke??

SID @ Shaklee Independent Distributor rupanya

Shaklee tak ada kaitanpun dengan ekonomi Keneseth Israel tu tapi SID yang bertanggungjawab menyalurkan sumbangan kepada KIC. Mulia juga hati diakan?

Apa sumbangan kita dah bagi untuk umat Islam hari ini? Bagi ke tak ni?? Malunya pada penyumbang KIC tu.. kita duk sibuk hal dia sumbangkan pada Israel, kita hanya Keyboard Warrior je tapi satu sen pun tak ada sumbangan pada perkembangan Islam. 

Allah tak tanya adakah kita berjaya selamatkan Gaza, tapi Allah tanya apa sumbangan kita. Walau hanya 10 sen semoga ia mampu menghalang kita daripada bakaran api neraka esok-esok. 

Nak menyumbang kepada Gaza?? Boleh.. 

Sumbangan boleh disalurkan kpd:

Maybank: 564490211159 Muslim Care (Viva Palestine)

RHB: 26-2120-0000-4747 Muslim Care

Muamalat: 14010007654717 Muslim Care Malaysia

Bank islam: 14014010147470 Muslim Care Malaysia

Untuk makluman Muslim Care ini terus daripada Yayasan Amal Malaysia, dan pihaknya hanya mengambil sangat sedikit peruntukan untuk sukarelawannya, semua terus sampai kepada Gaza. 


-Ummu Ainan-


Thursday, July 10, 2014

[Susu Merudum Bulan Puasa?]

[Susu Merudum??]




Ada mommies susu merudum bulan puasa ni? UA bengkak susu pula..

Awal-awal puasa anak UA growth Spurt menyusu tanpa henti..sampai kita jadi longlai..

INGAT!!!

Wednesday, July 9, 2014

Kenapa Wajib jadi ahli Shaklee?

Kenapa MESTI Join Shaklee? 

Kita tengok Q n A berikut:

Q: Ada risiko tak join Shaklee? 
A: Ada, risiko akan hilang RM65@RM75@RM85 mengikut tempat dan postage. Setiap insan yang ingin bergelar ahli mestilah mendaftar diri terlebih dahulu dan akan mendapat Memberkit. 

Monday, July 7, 2014

Variasi Payudara

Bentuk saiz dan warna payudara wanita dipengaruhi oleh peta genetik manusia yang berbeza antara satu sama lain.

Lazimnya, saiz saiz payudara kiri lebih besar daripada payudara kanan. 

1 hingga 2 peratus daripada masyarakat mempunyai lebihan puting ataupun payudara di badan mereka. 

Wednesday, July 2, 2014

ANAK DEGIL??

Mommies selalu marah anak?? 

Hmmm UA faham situasi tu bila ibu-ibu penat, tak mampu nak kawal perasaan. Tapi, setelah UA ubah rutin hidup, UA ajar anak mengaji, hubungan UA dan anak makin erat, tak rasa nak marah dah mereka dengan benda-benda kecil sebab mereka dah lakukan benda besar.

Ajarlah anakmu sendiri mengaji i.Allah mereka akan mendengar kata ibu ayah. 


AWAS JIKA ANDA SERING MEMUKUL ANAK !!