Pages

Saturday, August 30, 2014

Cara cuci muka yang betul (Kulit Cantik)

Hari ni UA share cara cuci muka dengan betul untuk mendapatkan hasil kulit cantik tanpa menambahkan risiko-risiko yang tidak diingini. Nak guna pencuci muka apa ye?Haaa ni dia Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser.
                  

Guna dua jari sahaja dan urut membentuk bulatan. Jangan tekan terlalu kuat kerana ia akan menggalakkan pertumbuhan jerawat. Jadi perlahan-lahan sahaja ye sebab tu guna hanya 2 jari.

       
Sebelum muka dicuci, pastikan jari jemari hendaklah dibersihkan terlebih dahulu. Kemudian barulah apply sedikit sahaja pada wajah. (Kalau ikut staf Shaklee hari tu ajar picit pada jari sikit je, tapi kalau di spa katanya tak galakkan apply pada jari, tapi apply pada muka terus). Apa-apapun tak kisahlah janji guna sikit je hehe. Jangan banyak-banyak, membazir.. 
          

Kalau ikutkan teknik basic menggunakan produk muka kena ada sekurang-kurangnya 3 benda ni; 

1) Pencuci muka
- membersih sehingga ke dalam sel kulit

2) Toner 
- menyegarkan wajah mencuci kotoran dan sel-sel mati yang ada pada kulit

3) Pelembab
- kalau pelembab Nutriwhite ni dia bagi nutrien kepada kulit bukan hanya melembab (pernah dengar pasal produk dalam TV yang harga ribuan ringgit Malaysia tu?? Mereka letak nutrien untuk galakkan sel-sel kulit baru keluar). Haaa lebih kuranglah konsep pelembab Nutriwhite ni. 

Tapi untuk entry kali ni UA tak nak sebut pasal set basic Nutriwhite sangat tapi nak cerita dan tunjuk demo cara cuci muka sahaja. 

Gentle Deep Foaming Cleanser


Pencuci muka tu membersih hingga ke dalam kulit. Memang bersih lepas guna. Hanya picit sedikit sahaja akan hasilkan buih halus luar biasa. Tahan sehingga 8 bulan tempoh penggunaan.
Semua orang nak cantik secara semulajadikan? UA pun baru tahu rupanya bukan melalui pemakanan sahaja tapi luaranpun kenalah jaga supaya kulit kita kekal, sihat, cantik, berseri-seri.
Nak order?
Hubungi UA
Ummu Ainan (Tuan Nurul Ain)
0133570906
Kawasan COD, USJ, Stadium Melawati Shah Alam, TTDI Shah Alam


Friday, August 29, 2014

5 Sebab Anda Perlukan GLA Complex Shaklee

GLA Complex juga dikenali sebagai EPO Shaklee tetapi ia bukan diekstrak daripada Evening Primrose Oil tetapi diekstrak daripada minyak Borage yang kaya dengan Asid Gamma Linolenik  dan Asid Linoleik, minyak bunga matahari dan juga Vitamin E.

Kelebihan GLA Complex bukan sahaja sesuai untuk kaum wanita, malah juga sesuai untuk kaum lelaki dan kanak-kanak.

  •  GLA Complex membantu membetulkan kitaran haid wanita
5 sebab kenapa anda perlu mendapatkan GLA Complex ialah:

  1.  Membantu meningkatkan kesuburan dan membantu anda yang ingin hamil di mana Asid Gamma Linolenik ini membantu anda menghasilkan cecair yang subur dan berkualiti (Egg White Cervical Mucus). Cecair mukus yang subur ini membantu memudahkan pergerakan Sperma ke tiub Fallopio Uterus untuk disenyawakan. Selain itu, mukus ini membantu sperma untuk hidup sehingga 5 hari di dalam rahim wanita. 
  2.  Mengurangkan kekejangan sewaktu PMS. Kajian menunjukkan senggugut berlaku kerana wanita kekurangan asid lemak penting di dalam badan iaitu Asid Gamma Linolenik ini. Pengambilan GLA Complex bersama dengan Ostematrix Shaklee melegakan simptom PMS.
  3. Gabungan Vitamin E di dalam GLA ini membantu menghasilkan kulit yang cantik. lembab, dan berseri.
  4. GLA Complex menggalakkan kesihatan jantung kerana GLA merupakan Omega-6 yang membantu mengurangkan paras kolesterol yang tidak baik di dalam badan. GLA Complex lebih bagus diambil bersama Omega Guard Shaklee untuk menstabilkan kesihatan dan denyutan jantung. 
  5. Membantu anda kelihatan muda dan melambatkan proses penuaan kerana GLA membantu menghasilkan Prostaglandin iaitu mengawalatur hormon Estrogen mahupun Testosteron supaya sentiasa dalam keadaan stabil. 
NAK AWET MUDA, AMALKAN GLA COMPLEX HARI INI


 Hubungi saya,
Ummu Ainan (Tuan Nurul Ain binti Tuan Ismail)
0133570906
Kawasan COD USJ


Thursday, August 28, 2014

Rahsia Kulit Halus Mulus

Mesti anda terfikir-fikir tentang produk yang mahalkan?? 

Ok, hari ini UA nak share hanya dengan menggunakan ALFALFA anda bakal mendapat kulit yang halus mulus hanya dengan skrub menggunakan beberapa biji alfalfa sahaja 

Ambil 2-3 biji alfalfa, larutkan di dalam sedikit air kemudian tampal pada wajah anda. Biarkan hingga kering dan cuci sambil skrub perlahan. Siap. Lihat hasilnya. Tadaaaa. 

Tujuan skrub ini untuk menanggalkan sel-sel kulit mati yang dah lama menempel pada wajah. Apabila kulit mati tiada, kulit akan menjadi halus mulus. 

Cubalah, beli Alfalfa sekarang dengan hanya RM53.75 daripada UA.

----
Ummu Ainan (UA)
COD Subang Jaya (USJ)

Wednesday, August 27, 2014

Philosophy of Shaklee Corporation

It Began As An Idea
It Became the Shaklee Philosophy
Without Action a Philosophy is Just a Philosophy
With Action a Philosophy Becomes an Effect

THE SHAKLEE EFFECT

Be a part of Shaklee Effect

Master Tuan Nurul Ain 
0133570906


Sunday, August 17, 2014

Panduan Mudah Hamil

Pasti ramai yang menantikan cahaya mata, tetapi masih belum ada rezeki. Jangan khuatir, sampai masanya Allah akan kurniakan kita dengan cahaya mata sendiri i.Allah. Jangan mudah putus asa, ikhtiarlah sedaya mungkin.

Berikut ialah panduan mudah hamil yang UA petih daripada blog Dr Hamid Arshat

Janin
BEBERAPA PANDUAN UNTUK MUDAH HAMIL

1. Untuk wanita kahwin cepat bila ada peluang. Terbukti wanita paling subur sebelum umur 20 tahun. Masa itu belum tumbuh endometriosis , fibroids dan lain2 penyakit peranakan.

2. Lebih 80% akan hamil satu tahun lepas kahwin. Jika ada senggugut atau gangguan haid jumpa doktor secepat untuk periksa peranakan dan ujian kesuburan.

3. Tentukan status kesihatan suami isteri terbaik. Buat rawatan jika ada penyakit.

4. Mampu buat hubungan seksual yang  sempurna dan memuaskan. Ada yang kahwin selama 6 tahun tapi masih gagal menembusi selaput dara isteri. Jumpa pakar untuk rawatan jika masih gagal dalam tempuh 6 bulan kahwin.

5. Peluang hamil terbaik jika pusingan haid isteri teratur iaitu 28-30 hari (+/- 5 hari). Waktu subur atau ovulation pada hari ke-14 jika pusingan 28 hari dan subur hari ke16 jika pusingan 30 hari.
Waktu subur boleh dikesan oleh catitan suhu BBT dan ovulation test kit.BBT

6. Hubungan seksual selang malam mulai hari ke12 hingga hari ke20. Kekuatan benih suami terbaik dalam jarak 48 jam.
Baca Surah al-fatihah, ayat qursi dan tiga qul sebelum tidur. Baca doa untuk dapat zuriat yang terbaik sebelum jimak agar dilindungi daripada gangguan syaitan.
Jangan bangun untuk buang air atau cuci faraj bila bersetubuh pada waktu subur. Kepit peha dan alas bantal dibawah pinggul selama 2-4 jam atau terus tidur. Jika ada peluang pergi cuti ditempat peranginan ketika isteri subur.

7. Ketenangan jiwa dan lapang fikiran pada kedua suami dan isteri adalah sangat diperlukan untuk menjayakan kehamilan. Exercise selama 30 minit sehari dengan berjalan kaki , jogging , kayuh basikal, berkebun, basuh kereta atau cuci rumah. Buat sebaman yoga, tai chi atau deep breathing exercise. Mulut dan hati sentiasa berzikir mengingati dan memuji Allah SWT. Baca quran 2-3 muka setiap hari. Tahan marah dan bersabar walaupun menghadapi provokasi.

8. Kawal berat badan. Kegemukan akan mengganggu hormon subur dan menghindar kematangan telur/ovulation. Rujuk kepada garis panduan untuk menguruskan badan.

9. Pemakanan yang berkhasiat dan berzat sangat penting. Sebaiknya 70% makanan dari bahan2 segar segar mentah - buah2 dan sayur2. Minum juz segar dari buah2 dan sayur2 Jauhkan gula dan manisan, fast dan junk foods . Rujuk garis panduan pemakanan

10. Makan supplement multivitamis, Vit E dan C, folic acid. Dan tambahan untuk suami zinc dan selenium.
Kredit

Daripada penjelasan Dr Hamid Arshat, pakar sakit puan, makanan harian yang sihat dan seimbang perlu malah makanan tambahan juga perlu.

 ----------
Dapatkan suplemen kesuburan hari ini daripada saya Ummu Ainan, 0133570906

Pakar Nutrisi Anda
Ummu Ainan (Puan Ain)
SID 867161
0133570906
COD USJ









Shaklee Trip USA

Tahun ni UA dapat 2 tiket ke US. Tapi kedua-dua tiket UA bagi suami dan anak sulung yang namanya Ainan (atas 4 tahun dapat ikut).

Seronok betul. Percutian 6 ******. UA tak pergi sebab Nisa' baru setahun masih fully BF jadi tak bolehlah nak tinggal diakan.. Lagipun Shaklee tak bagi bawa anak bawah 4 tahun. Beli tiket asing? Hmmm pun tak bagi. (Patuh syariah). 

Andai kata kita dapat 2 tiket kemudian boleh beli tiket sendiri untuk join sama ia lebih membawa kepada tidak patuh syariah kerana seorang pengedar akan berusaha bersungguh2 untuk dapatkan bonus beli tiket tu. Jadi Shaklee sangat selamat, tiada siapa yang boleh pergi dengan tiket sendiri (kemudian join program Shaklee di sana, TAK BOLEH). 

Semasa sampai di Hilton Hotel, LA


Transit di Narita, Tokyo, Jepun


Pesawat A380 kapal terbang terbesar dunia (Singapore Airlines)


Macam mana nak dapat trip percuma Shaklee? 
Mudah sahaja, ikut je step by step apa yang Shaklee tetapkan kemudian kembangkan kumpulan masing-masing i.Allah semua layak pergi. 

-----
MUA
SID 867161
0133570906

Monday, August 11, 2014

Piramid Iluminati pada ESP?

Shaklee Segementation Chart. 

Haaa tengok lambang2 tu ye.. 

Piramid tak ada kena mengena dengan ajaran Freemason mahupun iluminati. 

Kadang2 orang yang tidak tahu lebih baik diam2 berbanding bersuara kerana apabila bersuara terserlahlah keBodoHannya. 

Shaklee Segmentation Chart

---
Study dulu sebelum menghukum

--
MUA
Si penjual Shaklee

Wednesday, August 6, 2014

Gastrik?

Sebut pasal gastrik sebenarnya UA baru je lega daripada sakit perut.

Sakit tak sakit gitu rasa tak selesa. Nak berdiri tegak tak boleh. Lepas tu rasa perut berangin sampai sakit ke bahagian pinggang. Pedih ulu hatipun ye. Lepas tu terfikir lagi 'ke nak period?' Haha perasaan nak periodpun tak tahu sebab kali ni paling lama UA belum period selepas bersalin.. Lupa habis, jadi bila sakit kaitkan jelah hehe.

Perasaan tu macam perut kembung.. Tapi kembung tu sampai tak boleh tegak badanke.. Ok, nak tanya siapalah ni.. Haaaa UA pun carilah individu yang pernah alami gastrik sebelum ni. 

Gastrik ke perasaan macam ni? Katanya yelah tu.. Hohoho.. Patutlah.. 

Siang tadi telan Peppermint macam tak jalan.. Telan alfalfapun tak jalan. Kalau betullah gastrik memang kena telan Ostematrixlah. Sebab apa yang UA alami ni bukan kembung biasa, tapi 'sekok perut' orang Besut kata hehe. 

Kalau gastrik, ubat gastriknya ialah Magnesium Trisilicate. Cuba cari produk Shaklee apa yang ada Magnesium?

Jeng jeng jeng.. 

Tu dia Magnesium dalam Ostematrix


UA telanlah 4 biji. Alhamdulillah amaaazing.... Boleh perlahan2 berdiri tegak dan angin keluar bertalu-talu.. Hilang dah 'sekok'.. Syukurnya nikmat kesihatan ni. 

Kalau angin biasa dan nak hilangkan kembung biasanya kalau ambil Peppermint dan Alfalfa dah ok.. 

*sakit juga ke UA? Kata makab vitamin banyak.. Doktor yang rawat pesakitpun boleh sakit, inikan pula UA yang hanya si penjual Vitamin hehehehe.. 

*lepas ni nak jadi tokey Ummu Ainan Couture pulak.. Lagilah kena jaga kesihatan. 

**SIHAT ITU MAHAL. Cubalah sakit, banyak benda tak boleh buat, rugiiii... 

*mencegah lebih baik. 

----
Si Penjual Shaklee
Ummu Ainan

Monday, August 4, 2014

Hari Raya yang Simple

Umi join Shaklee dengan ilmu ZERO, tak ada apa.. Pengetahuan KOSONG. Tentang dunia online hanya tahu Facebook, dan blog sikit-sikit.. Nak buat blog memang tak tahu sebab blog bisnes dulu abah yang buatkan. Tapi dengan SHaklee umi nampak masa depan yang sangat luas, tinggal nak kutip sahaja. Umi tinggalkan bisnes lain dan fokus Shaklee.

Tinggal bisnes lain bukan bermakna bisnes tu tak maju, tapi abah pesan 'pilih salah satu'.. Ok, umi buat keputusan ambil Shaklee. Selama 2 tahun umi belajar bisnes. Belajar macam mana kembangkan networking, didik individu. Walaupun Shaklee ialah bisnes MLM tetapi ia bukan MLM biasa, kita tak kejar duit tapi 'develop people'. Hanya individu yang mahu pertingkat diri yang akan mengambil peluang sepenuhnya buat Shaklee. Tetapi jika nak DUIT semata-mata ia tidak akan kekal lama.

Menjadi penjual, bisnes, dan pengurus 3 elemen berbeza. Kalau perasan ramai individu yang berjaya ke puncak rank tertinggi Shaklee tetapi lebih ramai yang tidak berjaya, hanya boleh menjadi 'salesmen@saleswoman'. Nak tahu kenapa? Kerana tiada sifat pemimpin di situ. Shaklee mengajar kita bermula dari bawah, sebagai penjual dan seterusnya kepada pemimpin bagaimana membentuk individu supaya dapat apa yang kita dapat.

Katakan kalau kita hari ini hanya mampu berjual kita selamanya tidak akan tahu dan mengurus bisnes yang lebih besar. mana mungkin salesmen boleh menjadi pengurus syarikat tanpa mendapat latihan dan lalui fasa-fasa pembinaan.

Umi setiap hari follow Ainon Business School, setiap apa yang ABS ajar umi follow satu-satu dan aplikasi dalam SHaklee dan sehinggalah hari ini i.Allah umi bersedia memulakan langkah seterusnya.
Berjaya hari ini tidak menjamin kita akan berjaya esok, jadi gunakan peluang yang kita ada di sekeliling untuk belajar dan meneliti sebaik mungkin bagaimana untuk terus maju dan memulakan langkah seterusnya.

Bermula daripada Zero akan menjadi Hero. Tapi jangan lupa daripada Hero juga ramai yang jadi Zero.

Kena belajar dua-dua.. Bila kita berjaya lepasi, i.Allah kita akan sustain dan berterusan dalam bisnes. 

Hari Raya yang simple tanpa baju raya..


Nak berjaya nak kaya kena tangguh kepuasan, bonus simpan untuk dijadikan modal 'duit buat duit'. 

Bisnes Shaklee bisnes terbaik untuk belajar mula dari bawah. 

----
Pengedar Shaklee Anda 
Ummu Ainan
SID 867161