Tuesday, September 30, 2014

Anak Melayu Tinggal di USA Cuba Belajar Bertutur Bahasa Melayu

Anak-anak melayu ini tinggal di USA namun tidak tahu bertutur Bahasa Melayu. Apabila mereka mula bertutur, bunyinya agak lawak hehe tapi cubaan yang sangat baik untuk mereka. Semoga mereka dapat mendedahkan Bahasa Melayu kepada dunia.







*UA orang Besut, sekarang tinggal di USJ ada 3 orang anak. Anak-anak UA bercakap dialek Besut di dalam rumah. Mereka pergi sekolah cakap KL balik sahaja di rumah terus tukar slang hehe. Rugi ye jika anak-anak taidak tahu bertutur dialek ibu bapa.




Monday, September 29, 2014

ALAMI PROTON. Hari Terbuka Kilang Proton di Shah Alam. Proton Malaysia Sungguh Membanggakan.


Semalam 28 September 2014 hari terbuka besar-besaran kilang Proton di Shah Alam. Banyak betul aktiviti di sana. SIapa yang masuk kena register dan siap pakai tag lagi.. Maka kamipun buatlah tangan bergabung macam kat atas hehe ada tangan besar, kecil.


Kami parking jauh, adalah shuttle car Proton datang jemput dan tolong hantar semula semasa balik. Oh ye, masuk semalam PERCUMA tapi ilmu dan pengalaman tu memang tidak boleh dijual beli.


Shuttle Car jemput dengan Suprima, balik tak ingat dah naik apa sebab penat sangat hehe.















Gambar atas ni semuanya pameran di booth luar, belum lagi masuk kilang. UA tak tahu, punyalah excited, semua UA ambil gambar.












 Kawasan kilang. Sebenarnya kawasan ini Private & Confidential. Tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil gambar. Tetapi disebabkan terlalu excited mula-mula masuk kilang dan kagum melihat robot-robot sekeliling UA sempat ambil 1 gambar kemudian baru diberitahu tidak boleh ambil gambar. Bolehlah buat kenangan. Di dalam kilang, dapat lihat proses pembuatan kereta Exora daripada besi kosong macam dalam gambar tu akhirnya jadilah sebuah kereta. Sekejap sahaja prosesnya sebab awal proses 100% robot, kemudian pemasangan barulah menggunakan tenaga manusia. Fuuhh kagum lagi. Proses pembuatan nampak macam senang untuk jadi sebuah kereta tapi untuk buat kereta baru terlalu banyak R&D yang perlu dijalankan terlebih dahulu.






Ini pula gambar body Proton. Kalau ikutkan rangka di tu sangat keras sangat, tapi bila berlaku kemalangan, ia telah direka khas supaya mangsa senang keluar sendiri ataupun dibawa keluar macam tu sahaja tanpa perlu memotong rangka kereta. Memang Proton dah buat R & D khas untuk keselamatan ni dan semua aspek diambil kira. Boleh terlopng ye dengar penjelasan. hehe.

Metal rangka tu nak dijadikan sangat keras melalui pemanasan suhu yang sangat tinggi iaitu 900 darjag Celcius kemudian disejukkan dalam masa 30 saat pada suhu rendah (UA tak ingatlah berapa tapi memang rendahlah) sebab  tu jadi sangat keras.


Sekarang masuk bahagian R&D pula. Nak buat sebuah kereta tu perlukan research and development terlebih dahulu. Tak boleh asal ada idea je terus jadi sebuah kereta.


 R&D bahagian design kereta






 Ini Encik Azlan head designer Proton Iriz  




  

 Clay khas untuk model-model baru kereta Proton. Selepas design, akan dibentukkan terlebih dahulu daripada clay ini.

  Umipun nak buat clay juga 



 Contoh model clay Proton

 
 Keratan rentas Proton Iriz



Apa kaitan wajah manusia kasut, dan accesories di atas dengan design? Sebenarnya design dalaman mahupun luaran kereta diambil ilham daripada gambar-gambar di atas dan akhirnya jadilah sebuah kereta yang semakin hari semakin canggih.






 

Pemilihan Leather untuk car seat 



 Sample warn-warna kereta


 Pemilihan fabric


Model dalaman kereta 


Selfie dulu 




 Komponen-komponen di dalam enjin Proton



Ujian ketahanan tayar ke atas jalan raya yang berlekuk dan permukaan yang tidak rata





 Ujian keselamatan dilakukan ke atas pemandu, penumpang, kanak-kanak dan juga bayi

Testing kereta selama beberapa minggu untuk menguji ketahanan kereta jika digunakan di jalan raya

 Model asal Persona. Belakang model Persona terkini




 Sebenarnya banyak lagi cerita di ALAMI PROTON. hehe Dari pagi tadi belum siap entri ni. Sambung nanti ye kepada peminat Proton, selamat order Proton Iriz terbaru.


ummu Ainan berbicara...



Bisnes Gaya Gen Y

  



 






        



        


       

  

    




Biar gambar sahaja berbicara Gaya Bisnes Gen Y hehehehe..

Gen Y tidak lagi perlu menjual produk tetapi hanya menjadi traders kepada produk yang sudah ada. Tidak perlu modal besar, tetapi buka channel sebesar-besarnya i.Allah sentiasa ada jalan. 

Ummu Ainan berbicara.... 

Sunday, September 28, 2014

Hanya Bayang-bayang? Di mana unta yang sebenar? Anda Pasti Tertanya-tanya.



Apa yang anda lihat pada gambar ini? Adakah unta berwarna hitam?

Ini ialah gambar yang diambil secara langsung dari atas, unta ini di padang gurun ketika matahari terbenam. Ia dianggap sebagai salah satu gambar yang terbaik tahun ini oleh National Geographic. Melihat dengan teliti, unta adalah garis-garis putih yang kecil dalam gambar. Hitam yang anda lihat hanya bayang-bayang.

BESARKAN GAMBAR!!! 


 

Sakitnya Senggugut. Anda Mesti Baca Ini.


Senggugut seringkali mengganggu wanita setiap kali haid datang. Senggugut terjadi akibat kekejangan otot rahim dan dikatakan disebabkan badan wanita kekurangan Gamma Linolenic Acid. Badan wanita tidak dapat menghasilkannya dengan sendiri, jadi setiap wanita perlu makan makanan tambahan yang mengandungi Gamma Linolenic Acid ini. 

Shaklee ada menawarkan satu makanan tambahan yang mengandungi kepekatan Gamma Linolenic Acid yang tinggi iaitu GLA Complex. Ia sangat berbeza daripada Evening Primrose Oil kerana kadar kepekatannya. EPO diekstrak daripada bunga Evening Primrose, GLA diekstrak daripada Bunga Borage.




Ia juga bagus untuk membaiki dan mengawal atur kitaran haid wanita setiap bulan kerana GLA akan membentuk Prostaglandin dan Prostaglandin inilah yang akan mengawa atur hormon supaya menjadi lebih teratur. 

Hormon yang teratur boleh mengelakkan penyakit serius seperti ketumbuhan cyst, fibroid dan seangkatan dengannya. 

Pernahkah anda perasan? Setiap kali haid, susu juga merudum? 

Susu ibu mengandungi 40% kalsium dan ia sangat baik untuk bayi mendapat kalsium yang cukup. Semasa haid, badan wanita akan keluarkan darah yang mengandungi kalsium yang tinggi sekaligus menyebabkan kandungan kalsium dalam badan menurun dan akan mengganggu penghasilan susu ibu.

Ibu-ibu jangan risau, elakkan stress, minum air dengan jumlah yang cukup kemudian ambillah makanan tambahan Ostematrix ini. 






Ia mengandungi Kalsium Magnesium yang bertindak melegakan otot-otot dan membantu mengurangkan kekejangan. 

Otot kejang pada rahim akibat senggugut juga dapat dikurangkan sekaligus mengurangkan tanda-tanda sakit senggugut semasa haid. 

2 produk ini setiap wanita harus miliki.

UA pengedar bebas Shaklee kawasan USJ, TTDI Shah Alam, dan belakang Stadium Melawati Shah Alam.

Jika anda mahukannya, UA boleh pos ke seluruh Malaysia. 

Hubungi UA di talian 0133570906 - Ain. 


Saturday, September 27, 2014

Awas Si Pemakai Gelang Emas

             

Bulan lepas UA dengar cerita daripada saudara terdekat kena rompak. Perompak pecah masuk potong mangga grill dan angkat sliding door senang-senang sahaja. 

Dapatlah emas beberapa ketul. Sebenarnya perompak ni dah aim lama si pemakai gelang emas. Lepas tu terus seriau. Tak mahu dah beli dan pakai emas. 

Gambar di atas ialah kejadian di depan SMK Tok Janggut Pasir Puteh. 

Isteri tauke telur dipotong tangan untuk ambil gelang emas. 

Penyelesaiannya? Tak boleh pakai emas? Bukan, tapi tawakkal tu kena lebih. Era moden ni macam-macam kejadian pelik-pelik. Kadang-kadang tak terjangkau fikiranpun. Saat inilah kena tawakkal kepada Allah semoga mendapat perlindungan daripadaNya.

Dan bagi ibu-ibu kakak-kakak, cegah sebelum kena. (Elakkan diri daripada menjadi perhatian). 

Ummu Ainan berbicara... 

Sesi 'ngeteh' dengan Mok Shaklee


Sesi ngeteh mok dan anok di kedai Mamak di faizland jam 2 petang tadi. Bincang strategi bisnes. Apa halatuju seterusnya. Pernah dengarkan? Bila dah berjaya tak perlu bekerja keras dah, tapi selalu-selalulah ngeteh bagi idea tu bertambah. Tak adalah duduk meratap menangis seorang diri menghadap hendphone masing-masing hehe.




Nak bergambar juga sambil berdiri tu. hehehe inilah geng mok-mok. Jeng jeng jeng sebenarnya nak tunjuk Beg Coach yang kami pakai tu.. haha. Beg tu UA dapat FREE sebab trip Shaklee ke USA baru-baru ini dapat duit poket 400USD seorang. Jadi dapatlah beli beg kulit Coach.



Tengok baju dan seluar UA.. Tu bakal jutawan Gen Y.. Jutawan tidak mementingkan penampilan. Muka, kulit, badan jaga dengan makan suplemen cukuplah. Pakaian tidak kisah yang penting poket londeh berat dengan duit.



Opsss tak sangka pula taste mok dan anok ni sama. Desain beg tu sama cuma material sahaja berbeza. Kami mempunyai aura luar biasa.

Ok jumpa lagi.. Esok sesi lain pula di SACC. UA bertukar ala-ala Transformers jadi saudagar buku, COD Shaklee dan Reevo. Nak jimat kos poskan sekali jumpa terus borong.


UA pengedar bebas Shaklee di USJ. Saudagar buku tu sambilan. Traders barang runcit pula. Tahun depan jutawan dah ni i.Allah. Membajak sawah ala-ala kerbau dahulu. Kemudian-kemudian tuai hasilnya. 




Ummu Ainan berbicara...

Panorama Indah ini Pasti Membuatkan Anda Ingin Terbang ke Holland



         




    
     



 

      











Berikut ialah Panorama indah di sekitar Holland. UA yakin, selepas ini pasti Holland telah dimasukkan ke dalam list pelancongan anda berikutnya. 

Ummu Ainan berbicara..