Friday, October 31, 2014

Program Ini Benar-Benar Menyentuh Hati. Tahniah NEOS

Serius tersentuh hati melihat program ini. 

Mereka mengajak dengan memberi wanita-wanita yang lalu lalang untuk mencuba sendiri memakai jubah dan menutup aurat sempurna. 

Program ini RARE. 


Tahniah NEOS. 


Thursday, October 30, 2014

Senyuman Menawan Daripada Gigi yang Cantik


Gigi yang cantik dan bersih akan melahirkan senyuman yang menawan.

Tidak semestinya mesti tersusun rapi seperti dalam gambar, memadai bersih dan tiada karies sudah cukup cantik untuk dipandang.  

Kesihatan gigi berkait rapat dengan pemakanan kita seharian. 

Vitamin-vitamin yang diperlukan untuk kesihatan gigi ialah; 

1) vitamin C
Untuk kesihatan gusi. 

2) Kalsium (Ostematrix)
Untuk tulang dan gigi yang kuat

3) B-Complex 
Untuk melancarkan darah dan menggalakkan kesihatan gusi dan gigi


Muka cantik, rambut cantik, kulit cantik, tapi gigi?? Aiiyyyakk... 


Hari Diabetes Sedunia


Eh adake hari Diabetes ni? Hehehehehe tetapi Google semalam sangat pelik.. 


Perlike? Gemuk-gemuk siap pakej obesiti lagi hahaha.. 

Sekali sekalakan Google.. 

Wednesday, October 29, 2014

Cucur Lemak Manis. Senang dimasak Sedap dimakan

              

Cucur lemak manis ni UA baru je dapar resepi daripada rakan FB. Bila tengok eh eh senang dan bahan-bahannya sangatlah ringkas. 

Anda hanya perlukan;

1) 2 cawan tepung gandum

2) 2 cawan air panas mendidih

3) 2 sudu besar gula

4) 1 cubit garam

Gaul rata kesemua bahan. 

          

Adunan pekat likat seperti di atas tak sama macam cucur lain ye. Sedikit sejuk, bolehlah cubit-cubit guna jari goreng.. 

Rangup di luar lembut di dalam.. 


          

Lazat. Inginkan lebih lemak? Masukkan sedikit kelapa putih ke dalam adunan. 

Selamat Mencuba


Tuesday, October 28, 2014

Bagaimana Kanak-kanak yang Bernama Danielle Akhirnya Menjadi Dewasa

Video ini realiti kehidupan kita semua. Kita akan lalui setiap detik. Dari saat di dalam kandungan, bayi, kanak-kanak, dewasa, akhirnya menginjak tua.

Saat-saat kedutan timbul, itulah petunjuk permulaan kehilangan kolagen di dalam badan.


Kita semua akan tua, tapi mahukah anda kelihatan lebih muda daripada usia sebenar??



Monday, October 27, 2014

Kenapa Suplemen yang Saya Ambil Seperti Tiada Kesan??



A sick colon creates a sick body. 


Tajuk post pagi ini. Kenapa ye dah telan berbotol-botol suplemen tapi seperti tiada kesan?

UA ada tanya soalan ni untuk FB UA secara terbuka mahupun secara
secret di group Permata Jutawan. 

Banyak variasi jawapan. 
Boleh jadi ; 

• skip suplemen setiap hari. 
• Makan dan minum makanan dan minuman berasaskan kafein. 
• pengambilan ubat-ubatan
• pencemaran alam sekitar
• stress
• kurang minum air
• Banyak toksin


Semua di atas ialah punca-puncanya. Yang paling ketara ialah badan dipenuhi toksin. Apabila toksin banyak, ia akan menyelaputi usus kecil dan usus besar. Seperti yang kita maklum, penyerapan nutrien berlaku di usus kecil. Jika penuh toksin, bagaimana nutrien hendak diserap? 

Jika anda makan banyak suplemen sekalipun ia seolah-olah tiada kesan atau lebih malang lagi, toksin dikeluarkan dengan berlakunya 'healing Crisis'. Semakin banyak toksin dan penyakit di dalam badan, semakin lama proses healing crisis (kalau yang tahan tu tak apalah, yang tak tahan terus berhenti). 

Tanda-tanda badan anda dipenuhi toksin: 

       


1) sembelit

2) perut kembung dan bergas (akibat aktiviti bakteria jahat) 

3) sakit kepala

4) Letih dan tiada tenaga

5) Nafas berbau

6) Perut berlipat

7) keinginan makan membuak-buak

8) kulit berminyak dan berjerawat

Jadi apa yang perlu anda lakukan sebelum memulakan memulakan suplemen? 

Detoks terlebih dahulu. 

1) ambil air kosong lebih kurang 2-3Liter setiap hari

2) kurangkan makanan berlemak

3) amalkan dua suplemen ini Alfalfa dan Herblax. 

          

Atau lebih advance ambil DTX Complex untuk menggalakkan fungsi hati (menyingkirkan toksin dalam badan)




Colek Buah Cuka Belacan. Bahan-bahannya ialah...


Anda pernah makan tak colek buah cuka belacan ni? Nyum nyum kecur air liur. 

Sekarang macam musim jeruk asam boi kan.. Nak makan sikit-sikit boleh kalau banyak-banyak mudarat pula. 

Kita cuba colek buah tradisional ni. Lazat memikat. 

Bahan-bahan untuk cuka belacan:

1) gula
2) garam
3) cuka
4) belacan
5) cili padi

Gaul-gaul sehingga sebati kemudian bolehlah dinikmati dengan buah kegemaran anda. 



Ni contoh buah. Ada jambu batu, jambu air, kedondong dan mangga. Atas ni colek lain pula hehe.. Semuanya sedap. 

Selamat mencuba.. 

Sunday, October 26, 2014

Perlukah Pengambilan Protein Tambahan? Anda Pasti Berfikir Semula.

  
Hmmm perluke makanan tambahan Protein ni? Katakan anda setiap hari pemakan protein dan badan anda sudah cukup fit dan solid, adakah masih perlukan protein tambahan? 

Nak tak kalau kita singkap realiti sebenar protein yang kita makan hari-hari. 

Donut dan Sardin


Sarapan UA pagi ni.. Nyum..nyum.. 

Resepi? 

Campak-campak sahaja hehe 


Saturday, October 25, 2014

Masker Tegangkan Wajah. Anda Mesti Cuba.

         

Biasanya UA bagi tips masker untuk naik seri, cantikkan kulit tetapi hari ini UA mahu kongsi tips masker untuk tegangkan wajah. 

Anda tahu apa bahan-bahannya? 

Anda hanya perlukan Shaklee Collagen Powder dan Toner sahaja sebagai bahan masker. 

Ambil 1/3 sachet kolagen Shaklee, tuang sedikit toner dan larutkan kemudian sapu pada seluruh wajah. 

Ia boleh juga disapu pada bahagian-bahagian badan anda yang anda mahu tegangkan. (UA sapu di leher juga supaya leher sentiasa tegang) 


    
Macam nilah rupa masker tu.. Dah kering boleh cuci.

*UA guna toner Nutriwhite dan 1/3 paket kolagen Shaklee untuk masker ini.

Selamat mencuba

 

Friday, October 24, 2014

Mendorong Staf Menggunakan Cara Nabi.

          

Ini ialah seminar yang UA pergi 22 Oktober 2014. Mendorong semangat kerja staf dengan Teknik Nabi.

Konsep Carrot and Stick yang dicipta pihak Barat tidak relevan digunakan kerana terdapat banyak kepincangan. 

Teknik mendorong cara Nabi merupakan teknik yang sangat halus mampu mendorong staf atau sesiapa untuk suka bekerja dengan kita. 

Carrot and Stick kalau diterjemah ke Bahasa Melayu Roti dan Rotan atau peribahasa,  selagi ada tebu selagi itu gajah menari. Tiada lagi tebu tiada lagi gajah menari. 



Sama juga dengan dunia bisnes atau kerja hari ini, teknik Roti dan Rotan sangat berisiko. 

Roti di hadapan sebagai 'alat' untuk menggerakkan manusia. Jika ingkar dan membuat silap, dirotan-rotan. Akhirnya kerja tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Atau lebih teruk pekerja terus berhenti. Dalam apa-apa bidang sekalipun. 

Contoh paling mudah, apabila mahu mencapai target sekian-sekian, staf atau orang bawahan diberi 'umpan' hadiah sekian-sekian. Maka berduyun-duyunlah berusaha untuk mendapatkan 'umpan' tadi. 

Untuk target seterusnya maka staf atau orang bawahan sudah tidak seronok jika 'umpan' yang sama diberikan. Makan majikan atau ketua mestilah menambah lagi nilai umpan yang lebih tinggi atau lebih mahal untuk memberi kepuasan kepada staf untuk bekerja bersungguh-sungguh. Sampai satu tahap, majikan akan lemas dengan permainan sendiri. 

Teknik Nabi tidak mengenakan umpan tetapi mendorong hanya menggunakan psikologi dan ia diceritakan di dalam hadis-hadis Sahih Rasulullah. 

Suka UA apabila puan Penceramah bagitahu sahabat-sahabat Rasulullah sama sahaja macam kita. Mereka juga ada kekurangan. Tetapi mereka nampak sangat hebat kerana Rasulullah tidak pernah mengutuk mereka. 

Maka apabila Rasulullah selalu memuji, kita dapat lihat, yang cemerlang semakin cemerlang. Yang corot menjadi lebih baik. 

UA akan menerapkan kepada susur galur UA teknik ini. Tiada lagi Carrot and Stick. 

Setiap perjumpaan atau kelas dengan UA, akan UA bagi tips dan ilmu daripada apa yang UA belajar i.Allah. 

Wednesday, October 22, 2014

Percutian Keluarga Sambil Bekerja. 2 Dalam 1

   

Percutian keluarga kali ini bukan bercuti semata-mata tetapi 2 dalam 1 iaitu melawat butik baru Butik Alya Sarah, cawangan JB. 

         Check in di Hotel Hilton JB

 


Di dalam bilik hotel. 

  
Pemandangan dari dalam bilik, swimming pool. 

           
Mandi-manda (yang bestnya kami je yang berendam awal-awal pagi orang lain tak ada pun lagi hehe)



              
Fefeeling model, memperagakan jubah dari Butik Zawara.

            
Testing lagi.. 

              
Pemandangan dari dalam butik. 

           
Pemandangan dari luar butik. Bangunan ini di Bandar Baru Uda, JB dan Alya Sarah membeli bangunannya sendiri. Suka sangat kawasan BBU ni memang happening. Kedai belum buka orang bertalu-talu datang sampailah 'terpaksa' jual juga tudung. Mujurlah ada manager KB yang ingat semua harga. 


Ini pula teater di rumah UA. Pancarkan sahaja Youtube melalui Projektor hehe.

Percutian kali ini sangat seronok dan selesa. 





Sunday, October 19, 2014

Sesi Buka Channel Anda Akan Menjadi Lubuk Duit.

Makanan semasa kelas dijalankan


UA bergambar dengan 'anak' Shaklee



Masing-masing khusyuk membuat kerja.

            
Pembelajaran hanya 30minit, selebihnya sesi aplikasi. 

Selfie dulu hehe.

Apakah channel? Channel ialah saluran bisnes. Kita berkenal-kenalan dahulu dengan prospek barulah memperkenalkan produk, bukan memaksa prospek untuk terus kenal produk tanpa kenal dan suka kepada kita. Itu MEMAKSA.

Kini zaman Gen Y, manusia generasi ini tidak lagi mahu dipaksa-paksa, mereka bebas memilih. 

Itulah yang UA tekankan kepada Permata Jutawan.

Jumpa lagi sesi seterusnya. 

Friday, October 17, 2014

Rumah Bersepah Tidak Larat Nak Kemas? Panggil Sahaja Bibik.

          

Tajuk hari ini ada yang kena? Hehe 

Ni baru kali kedua UA panggil bibik datang kemas rumah sewa UA. Mula-mula awal-awal pindah dulu awal tahun dan inilah kali kedua. 

Ok kenapa tak panggil bibik selama ni? Sebab UA rasa UA boleh buat semua kerja rumah. Oh ye sebelum tu tahap serabut juga kalau panggil nak suruh buat apa? Hehe.. Mesti ada yang kena kan? Sebenarnya ada je kerjanya cuma kita tak tahu untuk turunkan tugas. Itu maksudnya kita belum ada ciri-ciri seorang ketua.

Seorang ketua ialah apabila dia tahu mana-mana kerja yang dia tak mampu nak buat serahkan kepada orang bawahan. Kes UA ni lepas belajar panjang tips menjadi ketua, dan selepas Revamp Routine sekarang UA tahu apa yang UA boleh serahkan tugas kepada bibik. 

Sebelum tu, masa kita tengah serabut-serabut tu senaraikan apa katak hodoh paling besar dalam hidup kita? Apa dia katak hodoh ni? 

Katak hodoh ialah suatu benda yang kita asyik duk fikir. Tapi kita tak buat juga. Alih-alih pusing kepala serabut benda sama. 

Macam UA dah boleh sebut apa kekurangan UA satu persatu. Kalau dulu tak nak mengaku juga ni haha.. Macam baguslah sangat. Hehe.. UA anti kain baju, sampah sarap, dan mengemas rumah. UA tidak ada seni rumahtangga. Cuci pingganpun tak berapa nak lulus hehe.. 

Dah tahu kelemahan, jangan cari penyelesaian terus. Tiada jalan pintas untuk berjaya ye teman-teman. 

Revamp routine. Kenali satu-satu kelemahan tu dan atasi. Kalau panggil bibik berbaloi tak untuk buat kerja-kerja kecil macam tu? 

Apabila UA dah kenal titik-titik kelemahan UA, UA buat sikit-sikit. Hari ini UA panggil bibik bukan untuk buat apa yang UA boleh buat walaupun tidak berapa nak suka buat. Contohnya basuh pinggan, cuci baju, lipat baju.. Itu bukan kerja bibik ye. UA rasa kalau upah bibik untuk buat semua tu pembaziran masa. 

Bibik perlu selesaikan sesuatu yang lebih besar yang kita tidak mampu nak buat seorang diri. 

        

Ok nampak tu? Itu salah satu kerja yang kita perlu pass. UA di dapur basuh pinggan. Semasa bibik kemas rumah, UA cuci baju, jemur-jemur. Lipat tidak sebab UA tidak lipat baju, juga tidak melonggok baju sehingga menjadi timbunan kain. Oh itu akan stress. 

         

Bibik bersihkan garaj. Yang ini UA memang tidak sempat untuk uruskan.


        

Kipas. Yang ini juga kalau seorang diri nak buat boleh tapi tak bisnes manalah UA duk buat kerja ni hehe.

Cuci tandas, lap debu-debu satu rumah. Itu sahaja. Perkara-perkara kecil yang mengambil masa panjang yang kita boleh buat jangan suruh bibik buat. 

Macam lantai, UA biasa cuci, bibik mop. Tak apalah. Kalau UA suruh cuci, masa akan dibazirkan di satu tempat sahaja. Sedangkan UA pun boleh buat.. 

Pengalaman. Lepas ni bolehlah UA panggil lagi bibik harian ni. 

Mungkin 2 minggu sekali.. 

Ingat!! Jangan suruh bibik buat apa yang kita sudah boleh buat. 


*konsep ini sama dengan konsep memiliki staf. Jangan suruh staf buat kerja yang kita boleh dan tahu buat. Kalau suruh juga, kita sedang membazirkan wang ke arah yang tidak sepatutnya. 

Bagus ejen bibik ni siap ada assessment untuk bibik yang dihantar. Kitapun puas hati.

OH ABANG! MAMPUKE NAK KAHWIN?




Realiti untuk kahwin hari ini. Adakah betul?

Jom ikuti video ini pasti ia bakal mngubah fikiran kita haari ini. Mungkin boleh fikir di luar kotak pemikiran.

Resepi ESP #8 Overnight Oat Yogurt ESP



Resepi hari ini panjang sikit ye. Resepi yang ni bagus sangat untuk anda yang nak diet sebab bahan-bahan kita lengkap nutrisi. 

Ada kalsium, vitamin C, fiber, Protein dan kultur hidup. 

Gambar di atas menunjukkan oat yang telah digaulkan dengan yogurt Natural Low Fat (bagus yang ni tak ada perisa dan tiada tambahan gula) semalaman. 


  


Bahan-bahan:

1) 1 bekas Natural Yogurt Low Fat
2) Oat (yang keping-keping bukan segera hancur tu) 
3) buah-buahan (UA letak Kiwi dan Strawberi)
4) 2 Scoop ESP
5) sedikit air


Cara-cara membuatnya: 

1) Oat dan yogurt digaul dan dibiar semalaman (di dalam peti) untuk lembutkan oats tadi. 

2) Bangun pagi potong kecil strawberi dan kiwi kemudian campur ke dalam bancuhan oat dan yogurt.

3) tambah sedikit air dan masukkan 2 scoop ESP kemudian kacau hingga sebati. 

4) Sedia untuk dinikmati



Apabila hidangan lengkap dengan sumber nutrisi, ia akan lebih kenyang tanpa mengurangkan nutrisi di dalam badan terutama ketika sedang berdiet. 





Oh My English #5


Good afternoon!
Hello!

  

Let's eat here.
Sure. 


Let's have some bread.
That's a good idea!


When's your flights? 
It departs at 6:10.



It's really hot today!
Let's go to the pool!


What are you doing? 
I'm relaxing. 


Why are you so nervous?
I have an important presentation today.


Thanks for everything!
Yeah. It was fun!


Let's practice. 

Thursday, October 16, 2014

One to One Coaching

     


Aktiviti UA hari ini, cross coaching dengan bukan susur galur Permata Jutawan. Alhamdulillah rajin Mak Yang ni menuntut ilmu. Tuntutlah ilmu dengan siapapun, jika ia bermanfaat amalkanlah. 

UA nampak potensi pada diri Mak Yang, sangat rajin dan sanggup bekerja keras untuk mencapai cita-cita. 

Mak Yang kata, internet bukan zaman beliau, beliau guna cara old school bercakap 1 to 1 untuk berkongsi apa sahaja. Tetapi di dalam Shaklee, masih belum terlambat untuk Mak Yang mulakan. Pasti ada jalan untuk insan yang mahu berusaha. 

Pokok pangkalnya rajin sahaja. 

     

Selfie kami anak beranak hehe. 
  


         

             

Adalah juga kudap-kudapan pagi tadi. Alhamdulillah suka sangat dengan pertemuan ini. 

Ada kawan-kawan tanya UA kalau tak join Shaklee boleh ke nak belajar bisnes dengan UA? Boleh... Datanglah.. Kalau UA buat kelas tu ada sedikit komitmen fee dikenakan. Kalau nak bual-bual macam aktiviti hari ini tiada bayaran dikenakan. Kita bertukar-tukar ilmu sahaja. 


Kelas UA seterusnya Sabtu ini 

   


Sedikit info tentang Buka Channel. 

Kita tidak perlu menjual barang yang terbaik. Tetapi dengan adanya Channel, kita boleh menjual barangan itu sehingga laku keras. 

Sabtu ini ialah kelas tentang, asas membuka channel. 


Kalau ada yang berminat, hubungi auaa di WA 0133570906 - Ain 

Ummu Ainan berbicara