Saturday, November 29, 2014

Resepi Pulut Nyior

        

Anda pernah makan pulut ni? Ia makanan tradisional. UA asal Besut, pulut ni memang famouslah. Di USJpun ada jual tapi rasa peliklah. (Atau tekak aku yang pelik). 

Macam ni, pulut nyiur ni kukus atau tanak sahaja pulutnya dengan air tanpa campuran apa-apa. Yang di USJ tu letak santan, jadi tak ngam. 


Ada petua pulut-pulut ni. Pulut sambal ikan letak santan, pulut kuning santan, pulut nyiur tidak diletak santan, pulut manis tidak ada santan. Inilah orang tua-tua ajar UA jadi bila ada yang buat lain mulalah rasa semacam tekak (padahal make po tulo, tapi bab ngomen ni nombor satu hehe) 

Resepi pulut nyiur ni sangat mudah, anda hanya perlukan beras pulut, kelapa muda parut, ikan kering atau ikan asam yang diperap. Itu sahaja. 

Bahan-bahannya: 

1) 3 cawan Beras pulut 
2) 3 cawan air
3) kelapa muda parut
4) ikan kering 
Atau
5) ikan kukus asam
6) Garam

Cara-caranya: 

1) rendam pulut setengah jam (kalau pulut tu ditanak, kalau kukus kena beberapa jam bagi dia kembang dulu ye) 
2) tanak pulut di dalam rice cooker
3) gaul kelapa dengan sedikit garam secukup rasa (ada orang letak gula tapi UA tidak suka sebab di Besut tidak ada pula rasa manis, masin dan lemak-lemak pulut sahaja) 
5) siap

Cara membuat ikan kukus asam:

1) Rebus ikan (biasa ikan-ikan kecil kembung ke sardinke) Ikan tongkolpun boleh macam dalam gambar ni ada ikan tongkol lebihan masakan UA semalam buat ikan singgang. 

2) masukkan asam keping 5-10 keping (bagi masam)

3) masukkan garam (juga bagi masin)

4) selesai masak perap semalaman esoknya goreng garing. Sangat sedap dimakan panas-panas dengan pulut nyiur ni. 

Cubalah ye. 

-Anyone Can Cook- 

Friday, November 28, 2014

Apabila Hobi Berbudi Kepada Tanah Muncul.

Kangkung
 Ini ialah kangkung. UA hanya tanam batang dan akarnya sahaja, sekarang sudah tumbuh tunas dan anak-anak pokok. Tapikan, kangkung ini sangat kurus, ada orang kata macam tuannya tinggi melidi hehehe.


Daun sup


Ini pula daun sup, ada satu hari daun sup ni tidak habis makan, UA rendam dalam air. Lama juga ada seminggu. Mula-mula rendam tepi sinki sahaja lepas tu Ainan bawa keluar rumah, makin tinggi pokoknya. Apabila tanam, UA letak air lebih sebab hari tu semasa rendam air kosong sahaja daun sup ini boleh survive agaknya cara tanamnya begitulahkan. OOOoooohh ini try and error sahaja.


Daun kesum
 Ini pula daun kesum yang UA beli di Giant. Tetapi UA tidak tahu tanam macam mana, maka bertanyalah UA pada kawan-kawan. Haaaa mereka bagitahu rendam terlebih dahulu sehari dua bagi keluar sedikit akar, pacaklah ke dalam tanah. Ok, terus rendam semalam. Hari ni nampaklah macam ada sedikit akarnya mula mahu keluar.

Oh ye, pokok daun kesum tidak memerlukan pencahayaan yang terang. Redup-redup sahajapun ok. Dah tahu mahu letak di mana.


Limau purut dan cili
2 pokok ini UA beli di nursery semalam. Cantik dan segar kedua-duanya. Post sahaja di FB mendapat pesanan 'jaga-jaga daun limau purut tu. Ulat suka' haaa sudah haha. Manalah UA tahu. UA masuklah ke dalam group FB: Kebun Bandar. Di situ pelbagai cerita tentang pokok dan tumbuhan ada, dan nampaklah ulat-ulatnya. Ulat beluncas yang akan jadi rama-rama suka makan daun limau purut dan daun kari.

Ulat beluncas, ada gaya mata Ultraman tak? 




Ini gambar yang dishare di group Kebun Bandar tu. Ulat ni daripada pokok kari. Pemilik pokok ambil ulat-ulat yang ada di pokok letak dalam satu bekas kemudian bagi makan setiap hari.

Rama-rama
Daripada ulat jadi kepompong, hisap madu di pohon bunga.. lepas tu tidak tahu dah apa sambungan lagu hehe. Yang UA ingat, rama-rama yang indah, tapi sayang hidup tak lama.


Ok pasal ulat-ulat ni di group ada perbincangan, setiap makhluk di muka bumi ni ada hak mereka masing-masing. Kiranya kalau mereka duduk di pokok kita dan makan daun-daun samada biar atau alihkan dan bagi makan setiap hari. Jangan sesekali bunuh, tidak baik. Ada juga yang bagitahu mereka gunting dua ulat ni. Huaaaa. Kesian juga. Teringat zaman kecil UA, pergi ke dalam semak belakang rumah semata-mata mahu cari ulat lepas tu bila terkumpul banyak UA goreng di dalam tempurung. Oooohh kejamnya daku. UA darjah 3 ke, 4  macam tulah.


Rama-rama



Ulat dialihkan ke dalam bekas kemudian diberi makan setiap hari akhirnya menjadi rama-rama

Ulat beluncas di pohon limau kasturi

Tuan pokok ni kata, tengok-tengok di pokok kasturinya pun ada ulat. Biarkan sahajalah ulat ni nak hidup juga.

Sebenarnya kehadiran ulat-ulat ini boleh dijadikan pengajaran dan bahan pelajaran untuk anak-anak memerhati kejadian alam.

Selepas UA baca cerita tentang ulat-ulat ini teringatlah UA suatu ketika dahulu hehe, awal-awal join Shaklee juga ada yang bagitahu Basic H bagus untuk tanaman. Bagus macam mana tidaklah UA tahu.

Disebabkan banyak petua daripada group Kebun Bandar, ada yang letak racun untuk mengelakkan kedatangan ulat-ulat ini tetapi bersyaratlah tidak boleh petik daun atau buah selama 2 minggu. Agaknya disebabkan toksikkan. Takut pula dengarnya, kita tanam sebab nak makan, dan tanam sendiri biarlah bebas daripada racun serangga.

Maka UA pun buatlah eksperimen berani mati. Mati apa ni? Eksperimen mematikan pokok-pokok inilah. Perbuatan UA atas risiko sendiri. Tetapi i.Allah tidak mati sebab ada dalam 1001 kegunaan Basic H ni di web Shaklee yang world wide punya ia bagus untuk tumbuhan, jadi marilah kita cuba ye. Mudah-mudahan berkesan, ameen.


Cairan Basic H

Sembur sahaja pada daun dan batang pokok



Itu sahaja untuk entri kali ini. Nanti UA share pasal baja pula ye. Sebenarnya UA ni tidak tahu langsung pasal tanaman, baru mahu belajar. Kita sama-sama belajar ok. Yang baik daripada Allah. Yang buruk-buruk itu semestinya daripada UA.


Kredit picture ulat dan rama-rama, FB: Kebun Bandar

Setiap Kebaikan Akan dibalas Dengan Kebaikan.

Kisah ini agak menyayat hati. Bagaimana seorang lelaki tua telah membuat kebaikan kepada seorang kanak-kanak akhirnya apabila dewasa, kanak-kanak itu telah kembali membalas budinya tanpa siapa ketahui bahawa lelaki yang pernah hadiahkan kek kepada lelaki itu ialah lelaki tua yang sudah tidak berdaya untuk membeli kek Hari Jadinya.

Lihat video ini supaya kita sentiasa membuat kebaikan.

" A simple act of caring creates an endless ripple "



Thursday, November 27, 2014

Fakta Tentang Omega-3 Yang Mungkin Kita Belum Tahu. Lihat Ini.


Berikut ialah FAKTA tentang Omega 3 yang mungkin ramai di antara kita belum tahu dan ambil tahu. 
          
             



          




Banyak khasiat Omega 3 nikan? Bulan ini Promo Omega Guard. Beli 6 botol anda akan mendapat FREE 1 botol. Sangat jimat. Boleh diambil untuk seisi keluarga samada kanak-kanak, dewasa mahupun golongan tua.


Hubungi UA untuk sebarang pertanyaan.
0133570906
Tuan Nurul Ain pakar nutrisi anda

Wednesday, November 26, 2014

Testimoni Panas-panas Kurangkan Rambut Gugur.

         

Tadi di group WA, anak cucu UA, adalah seorang cucu tu tanya suplemen apa untuk kurangkan gugur. Rambut hampir tiada lagi. Maka, sepupu UA aka cucu Shaklee UA sendiri cerita pengalaman suami beliau sendiri.. 

Haaa tu dia, rambut rontok @ sudah botak di tengah kepala. Tetapi dengan hanya menggunakan suplemen yang berharga RM33.75, mengandungi 120 biji tahan sehingga 4 bulan masalah rambut gugur tiada lagi.. 

Amaazing.. Sekarang bahagian botak itu sudah tumbuh rambut. 

         

Hanya 4 bulan mengamalkan Zinc Complex dan ESP Shaklee, masalah botak tiada lagi. 


             
Ini pula gambar terbaru rambut yang sudah penuh. 

Anda juga pasti perlukan ini jika mengalami keguguran rambut melampau. 

Boleh order dengan UA, pengedar Shaklee USJ dan Batu Tiga, hubungi UA @ Tuan Nurul Ain di 0133570906



Monday, November 24, 2014

Gulai Kawah Daging Tanpa Santan, Ringkas, Mudah, Cepat. Anda Pasti Teruja

Gulai kawah daging tanpa santan.
          

Gambar di atas ialah gulai kawah daging UA buat tanpa santan. Nak buat resepi ni kena korbankan sikit duit. Belilah Pressure Cooker ye puan-puan. PC UA murah sahaja RM99 jenama Butterfly masak atas dapur. Kalau tidak guna PC ni nanti tidak jadi gulai kawah pula sebab tiada santankan. 

Fungsi PC untuk lembutkan daging, dalam masa sama lumat dan hancurkan semua bahan, jadi kuah akan jadi pekat tanpa letak santan.


Bahan-bahannya ialah;

1) Daging 1/2KG (UA beli daging import sahaja, ambil bahagian yang banyak urat tu baru sedap) 

2) Tulang 1/2KG

3) 2 ulas bawang besar merah (tak tahulah UA apa namanya) 

4) 2 ulas bawang putih

5) Rempah tumis (kayu manis, bunga lawang 2, pelaga 2, cengkih 7) 

6) cili kisar 2 sudu besar

7) rempah Kerutuk

8) tomato 1 biji

9) garam secukup rasa

10) gula secukup rasa

11) kerisik 1 paket (UA beli yang 80sen tu) 

12) minyak 

13) Halia 1.5cm

14) Kunyit hidup 1/2cm

15) Kentang 1-2 biji ( Kentang ni akan hancur buat kuah pekat)

Cara-cara membuatnya: 

1) tumis bahan 2,3,4,5. Bawang-bawang tu potong slice sahaja nanti akhir sekali semua bahan akan hancur.

2) masukkan daging, kerisik, dan bahan-bahan lain. Masukkan air secukupnya tutup Pressure Cooker selama 30-40minit ikut suka nak daging empuk takat mana. (Belilah ye PC ni, pelaburan.. Masak senang, sedap, tak perlupun jadi chef hehe). Apabila daging masak, bahagian urat jadi sangat lembut, sedap, tak ada dah liat-liat tu.

3) tadaaa siap. Air pastikan cukup sebab semasa pressure cooker tu ditutup kita tidak tahu kering ke, hangitke.. Jadi letak air lebih tak apa nanti dah buka penutup baru keringkan air manually, kacau sampai pekat. 

Itu sahajalah. Tanpa santan, lazat memikat. 

Nota: yang sebenarnya, gambar tu gambar kerutuk haha. Gulai daging buat semalam. Alaaa dah habis gulainya tak sempat ambil gambarpun. Resepinya sama sahaja dengan kerutuk tetapi hanya perlu tambah kentang. Rempahpun guna rempah kerutuk sebab rempah kerutuk tu yang buat rasa macam gulai kawah. Perrgggh sedap buat cicah roti.

Selamat mencuba... 

Saturday, November 22, 2014

Lukisan Paling Mudah Untuk Anak-anak. Ibu Bapa Pasti Boleh Lakukannya Bersama-sama


Mula-mula kita lukis harimau. Aaaaauuuuummmm.

 Kemudian lukis Beruang.. Alamak tak tahulah bunyi beruang macam mana hehe.


 Ladybird.



Haaa tu dia landak.



Tikus ci ci ci...



Ini pula pandangan hadapan seekor tikus



Kucing. Meow Meow Meow..



Rabbit eh silap arnab hehe


Oooh kiutnya panda.


haaaa senangkan? UA pun boleh buat ni. Asas lukisan untuk anak-anak kecil. Mereka pasti sukakannya. Nak buat topengpun boleh.



Kredit gambar: Facebook

Friday, November 21, 2014

Kau Tahu.. Apa Yang Kau Cari Lagi?





Lagi sebuah lagu Fynn Jamal yang menusuk kalbu. Tahu.

Setiap bait ada maksud tersendiri. Kalau anda hayati maksudnya sangat dalam. Dalam kita bersuka ria, dalam kita bergembira kita rasa ada sesuatu yang kosong tapi tidak mahu akui kekosongan itu untuk Cinta Ilahi. Selagi tidak kembali semakin sunyi di dalam dada.


Pernah lalui? Hanya yang pernah lalui akan mengerti perasaan ini. Salah satu Allah nak memanggil kita kembali kepadaNya. Kalau tidak endahkan maka akan datang ujian-ujian kecil, kemudian lebih besar, makin besar dan akhirnya terduduk sehingga tiada apa yang tinggal.

Saat itu baru kita akan akui, kerdilnya jiwa ini, tiada siapa yang kita boleh bergantung harap melainkan kepadaNya.

Hayati lagu ini......


Kau tahu.....Apa mahumu.. Akuinya...



---------------

Tahu - Fynn Jamal

Dan kau tanya
Dalam diam dengan mata kau biar pejam
Bagaimana mampu wujud sunyi di riuh engkau berdiri

Satu persatu hilang ertinya

Berdikit-dikit menyesak dada
Mahu kau lari dan bersembunyi
Tapi mana kau harus pergi
Haus..
Tak terpuas lautan
Lapar tak terkenyangkan

Kau tahu
Namun tak kau akukan..

Kau selongkar bumi langit petala
Sedang jawabnya lama kau ada
maka apa perlu kau bongkar gali kalau cuma ditolak tepi

Sayu..
Tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan

Kau tahu
namun tak kau akukan

Apa kau cari.. yang sebetul-betulnya
Lama mana begini
Bertelanjang jiwanya

Apa kau cari yang sesungguh-sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama..

aaaaa aaaa aaaaaa


Apa kau cari yang sebetul-betulnya
Lama mana begini bertelanjang jiwanya

Apa kau nanti yang sesungguh-sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama

Apa kau cari yang sebetul-betulnya
Lama mana begini bertelanjang jiwanya

Apa kau nanti yang sesungguh-sungguhnya
Malam siang berganti
Jawabnya tetap sama


Sayu..
Tak terjelas fikiran
Rebah tak tersambutkan

Kau tahu
Kau sayu

Kau rindu
Sama tuhan







Train The Trainer, Mini Nutritionist Shaklee



 Pada minggu lepas iaitu 15 dan 16 November Shaklee menganjurkan kursus khas untuk Master Coordinator dan leader yang memenuhi kriteria ditetapkan untuk mengikuti Train The Trainer.



 Dalam 2 hari ini Shaklee cover 7 part iaitu;

1) Product Workshop preparation (Bagaimana perancangan sebelum membuat product workshop dari segi penyediaan proposal, tarikh, tempat dan bajet mestilah sesuai dengan program yang dianjurkan)

2) A successful product presentation slide (Bagaimana membuat slide presentation yang berjaya dan berkesan membuat orang memberi tindakan selepas mendengar talk, dari segi persiapan speaker, pemakaian dan pembentangan)

3) Basic Nutritional Knowledge. Disebabkan Shaklee ingin melahirkan mini nutritionist dari kalangan kami, subjek Nutrition diajar dan bukan hanya mengajar tentang produk semata-mata. Apabila tahu fungsi setiap nutrien senanglah nak tahu nutrien apa yang perlu ditambah melalui makanan tambahan.

4) Human Body basics. Anatomy ringkas tentang badan manusia juga diterangkan. Apabila tahu badan sendiri kita mudah untuk rekomen nutrien apa yang diperlukan untuk setiap organ supaya sentiasa aktif dalam menjalankan tanggungjawabnya.

5) Human Body Systems. Ini pula pelajaran tentang sistem badan manusia seperti sistem pencernaan, sistem pernafasan, sistem Endocrine dan sistem-sistem lain.

6) A successful product trainer. Ok selepas tahu semua yang di atas, kita mestilah tahu setiap produk yang Shaklee tawarkan dan mengetahui juga kenapa ia diperlukan dan kenapa mesti diambil. Jadi tak adalah istilah jual suplemen sebab nak untung. Tidak sama sekali tetapi jual amal, jual dan berkongsi suplemen yang perlu untuk sistem badan.

7) Soalan-soalan yang biasa diajukan.



 Yang ini salah satu slide bagaimana membuat power point yang bagus. Apa intro, isi, klimaks, penutup supaya audiens tidak mengantuk.



 Ini pula gambar lidah yang mengalami ulser akibat kekurangan vitamin B. lepas ni tahu dahlah kalau ada pesakit yang menderita menghadapi ulser penawarnya ialah B-Complex. Ye memang betul perlu mendapatkan rawatan di klinik dan berjumpa doktor tetapi jika punca atau root cause kita tidak selesaikan nanti akan jadi penyakit yang berulang-ulang.

 Ooooooh sembelit. Gambar ini pula menunjukkan gambar najis kita. Boleh cek samada najis kita setiap hari itu bentuknya macam mana. Najis nombor 4 yang terbaik. Selain daripadanya menunjukkan badan kita kekurangan air, kurang serat atau kurang zat.





 Berikut ialah gambar rantai kimia Hormone Insuline dan rambut manusia. Daripada gambar tu menunjukkan semua atau satu badan kita ialah terdiri daripada protein. Badan terdiri daripada 2 jenis protein iaitu asid amino perlu dan tidak perlu. Asid amino tidak perlu akan dihasilkan sendiri oleh badan tetapi asid amino perlu mesti diambil dari luar iaitu daripada pemakanan. Gambar kedua-dua rantai kimia di atas lengkap asid amino perlu dan tidak perlu, maksudnya untuk mendapatkan hormon, rambut, kulit dan sistem badan yang sihat perlulah mendapat sumber protein yang cukup setiap hari. Sumber protein apakah yang memenuhi asid amino perlu itu? haaaaa nak pilih yang mana?




 Ini pula gambar neuron dan synapse. Synapse ialah gap antara 2 neuro. Ia memerlukan Neurotransmitter untuk menyampaikan malumat. Jika pengambilan makanan harian tidak dapat menyokong kesihatan neurotransmittern maka gejala di bawah akan berlaku.

 Kekurangan Neurotransmitter akan menyebabkan mood swing, anxiety dan fatigue. Lebih malang lagi depression dan masalah psikiatri.


 Ini pula fungsi asas Protein. Asas building blocks badan manusia.

 Gambar ini agak ngeri, iaitu buasir stage 4 yang sudah menjadi tumor. Setiap hari sel-sel badan kita akan bertukar kepada sel-sel baru dan akan dibuang, tetapi jika tidak dibuang ia akan menjadi tumor atau dalam kes yang lebih teruk akan menjadi kanser.


 Ini pula penyakit kanser liver. Bagaimana ia terjadi?



 Nota yang Shaklee print kepada peserta. Boleh buat revision kerana sesi kali ini Part 1, untuk layak menjadi Mini Nutritionist hendaklah mengikuti 2 part atau 2 modul dan mestilah LULUS ujian khas yang diberikan. Jadi dalam masa beberapa bulan ni setiap hari kami kena study, ulangkaji dan kaji penyakit-penyakit yang ada yang sinonim atau sering berlaku pada manusia hari ini.

Modul 2 nanti akan lebih kepada praktikal iaitu cara membaca journal, statistik dan membaca medical report yang mudah pesakit. Jadi tidaklah semberono nak suggest suplemen.

Apapun Shaklee bukan ubat, kalau anda sakit, jumpalah doktor. Jangan takut.. Dadah? Dos bukan tinggipun dan kajian telah dibuat berpuluh-puluh tahun sebelum nak hasilkan ubat tu. Tidak perlu terlalu paranoid. Suplemen sebagai pencegahan dan pengawalan supaya mengurangkan risiko-risiko yang lebih besar.

 Sebelum balik, kami dapat siji Train The Trainer.


Tidak sabar pula untuk graduate sebagai Mini Nutritionist hehe. Sebenarnya UA sudah belajar ini semua semasa di universiti dahulu. Jadi ia bukanlah sesuatu yang asing untuk UA untuk hadam semua ini.

Sekarang, UA ialah pakar nutrisi anda. Anda boleh menjadikan UA sebagai rujukan tentang sebarang makanan tambahan yang anda perlukan.


Shaklee bukan sahaja melahirkan insan yang berpendapatan luar biasa, tetapi menjadikan kami insan luar biasa.

Tuesday, November 18, 2014

Kenapa Gajah di India Tidak Alami Sakit Sendi?

Gambar: sumber Google


Gajah sakit kaki? Bukan manusia jeke?

Selagi ada sendi, selagi itulah berisiko sakit sendi. 

Hanya gajah di India yang aktif dan boleh melompat-lompat tidak seperti gajah-gajah di negara lain. Apa rahsia mereka? 

Mari kita lihat. 

Pengamal Ayurvedic dahulu kala mendapat rahsia ini apabila melihat gajah memakan daun pokok Boswellia Serrata. 

Pokok ini didapati mampu mengurangkan inflamasi pada sendi. Ia bukan sahaja bagus untuk kesihatan sendi, untuk pesakit autoimmune juga bagus iaitu bagus untuk pesakit Rheumatoid Arthritis. 


Shaklee telah mengeluarkan produknya iaitu Advance Joint Health khas untuk kesihatan sendi. Ia juga mengandungi ekstrak Boswellia. 

Jika anda menghadapi ketidakselesaan sendi, dapatkan sahaja AJHT daripada Shaklee. Berikan juga kepada ibu bapa yang mengalami sakit-sakit sendi. 

Selamat Mencuba

Monday, November 17, 2014

Bagaimana Lahirkan Anak Genius?


Dalam otak kita ada sel-sel otak yang dinamakan Neuron. 

Katakan saya kata 'I LOVE YOU'. 

Apa yang anda faham? Terus faham atau menerawang? Atau fikiran blurr? Hanyut?

How Do You Feel Today?

      


Apa perasaan anda hari ini? 

Tahukah anda, Neurotransmitter yang bertanggungjawab menentukan perangai, atitud dan tenaga seharian? 

Neurotransmitter kontrol keupayaan untuk kita fokus dalam buat sesuatu.


Macam mana nak tingkatkan Fungsi Neurotransmitter? 

Pastikan sajian hidangan kita mengandungi Kolina @ Choline. 

Pengambilan B-Complex penting untuk menentukan kesihatan neuron.

Nak hepi sepanjang hari jangan lupa ambil B-Complex ye. Pilihlah yang natural dan lengkap 8 vitamin B. 


Saturday, November 15, 2014

'Jajan' Anak-anak. Anda Mungkin Boleh Cuba Ini.

          

UA buat sendiri Pop Corn ni pertama kali. 

Cubaan pertama hangit jagungnya.. Hehe. 

Cubaan kedua jagung mula 'pop' UA cuba letak gula dan butter. Hangus pula.. 


Cubaan ketiga..  Akhirnya... Alhamdulillah.. 


Practice makes perfect.. 

Release betul malam ni.. Siang tadi satu hari kursus Train The Trainer anjuran tu. Compact betul isinya. 

Nanti UA share untuk entri seterusnya. 

Jajan yang lebih berkhasiat untuk anak-anak ialah kekacang. Ia bagus untuk otak anak-anak kerana tinggi Omega 3. Tapi mampukah kita pastikan anak-anak makan kekacang yang banyak setiap hari untuk mendapatkan sumber Omega 3 mereka?