Pages

Thursday, January 29, 2015

Health Talk Penjagaan Nutrisi Prenatal dan Postnatal

Pada 27 Januari 2015 jam 2.30 petang hingga 4 petang ada Health Talk bertajuk Penjagaan Nutrisi untuk Pre&Posnatal.


Kelas ini bagus untuk tambah ilmu sebelum, semasa hamil dan selepas melahirkan anak seterusnya sepanjang menyusukan bayi. Bagaimana persediaan kita sebelum merancang hamil, apa nutrisi yang diperlukan dan pelbagai lagi.

Kepada anda yang ingin menjadi ahli Shaklee dialu-alukan dan bolehlah menghadiri kelas-kelas menarik daripada Shaklee setiap bulan. Kelas kali ini PERCUMA.

 Untuk keterangan tentang keahlian boleh hubungi saya Tuan Nurul Ain - 0133570906


ATASI LESU DAN MALAS DENGAN AMALAN HARIAN INI.

Rasa lemah, letih, lesu, tidak bermaya sesekali akan singgah ke dalam kehidupan kita. Terutama apabila badan terlalu penat. Makanan harianpun sudah tidak mampu memberi tenaga.


Tips ini ialah mengamalkan makanan sunnah iaitu amalkan madu setiap pagi sebelum makan. Madu memberi tenaga segera dan membuang perasaan malas. 
Ambil madu serta bacakan surah An-Nahl ayat 69 pada madu kita kemudian minum.
   


Amalkan setiap hari anda pasti merasai perubahannya. 

Saturday, January 24, 2015

MENCARI SATAR SEDAP DI SHAH ALAM? SINGGAHLAH KE PASAR INI.

Jika anda mengidam makanan tradisional Kelantan dan Terengganu, bolehlah ke Pasar minggu Shah Alam iaitu di Stadium Melawati setiap pagi Ahad. Makanan di situ sedap-sedap belaka malah saya boleh jamin ia lebih sedap berbanding yang dijual di Kelantan dan Terengganu sendiri. 


Satar ikan di pasar ini penuh dengan rasa ikan dan lazat, kalau anda ke Terengganu sudah payah untuk berjumpa satar yang banyak ikan, yang banyak tepung ada di tepi-tepi jalan. 



Ini pula bingka kelapa. Sangat sedap. 



Kalau kami sekeluarga ke Pasar minggu Shah Alam, tempat yang kami akan pergi ialah di bahagian makanan, makan di gerai-gerainya sudah sedap, tidak terdapat di mana-mana restoran perasaan itu. Kepuasannya lebih, perlu bersesak-sesak sedikit dan merasai bahang mentari, sungguh ia pengalaman yang menyeronokkan. 





Sebelum pulang kami akan bawa pulang satar ikan, akok dan keropok keping Terengganu dari booth ini.



 

Gambar kami sudah selesai tapau. 

Ok mahu balik dah. Singgah beli kerepek dulu.


Andai Shah Alam menjadi pilihan destinasi pelancongan anda, singgahlah di sini ya. 

Wednesday, January 14, 2015

BERBALOIKAH MEMBAYAR TUNAI KERETA?


Ini cerita tentang Axia. Cerita ini daripada cerita saya sendiri. Harga Axia Standard Auto dalam RM30K++. Deposit 10%, baki ada lagi RM29,800.


Sifir membeli kereta. Untuk insan yang berniaga macam saya ni, 

'Jangan beli kereta kalau anda tidak mampu bayar cash' 


Ooohhh ini cerita, tahun kedua saya dengan Shaklee ada sebuah kereta saya beli tetapi atas nama suami. Terus terang kereta itu saya masih belum mampu untuk bayar Cash. Kalau adapun hanya separuh harga kereta. Sejak menggunakan kereta itu dan tahu sigir peniaga, saya tidak lagi menambah liabiliti. 


Sehinggalah sekarang, niat membeli Axia bukan sebagai liabiliti tetapi mahu menjadikannya aset. 

Apakah liabiliti dan aset? 

Liabiliti ialah jika kita sendiri yang membayar loan setiap bulan kepada bank termasuklah rumah yang kita beli dan tinggal sendiri. Tetapi apabila rumah atau kereta yang kita beli itu orang lain yang bayarkan, automatik menjadi aset. Ok dah faham? 

Berbaloikah membayar kereta secara TUNAI? 

Cuba lihat nilai kereta setiap tahun, adakah nilainya semakin bertambah atau semakin menyusut? Jika rumah, nilainya saban tahun semakin bertambah. Tetapi kereta semakin menyusut. 

Jika saya ada RM29,800 saya simpan duit ini di dalam Tabung Haji katakan setahun dividen 8%, jumlah dividen yang bakal saya dapat tahun hadapan ialah RM2000++. 

Manakala jika saya membayar tunai kereta Axia tadi, nilai RM29,800 itu menyusut. Interest kereta 3.05%, bayaran RM352 sebulan jika saya simpan RM29,800 ini selama 9 tahun tanpa mengambil dividen malah disimpan semula. Berapa yang akan saya dapat? 

Manakala selepas 9 tahun apabila kereta ini dibayar tunai berapa nilai kereta itu nanti? 

Jika kereta ini dijadikan aset pula, anggaran kasar saya andaikan RM1000 sebulan. Bayar loan RM352, tolak servis RM100, berapa baki keuntungan? Saya masih dapat RM500++ sebulan malah simpanan saya langsung tidak diusik. 

Cerita dengan pegawai bank yang menghubungi saya petang tadi, betul-betul mendatangkan 'hangin' satu badan hehe. Bermacam-macam permintaan dan pertanyaan daripada pihak bank hanya kerana saya tiada rekod loan. Nama saya sangat bersih. Tetapi rekod bank setiap bulan bonus Shaklee masuk tidak pernah miss sejak hampir 3 tahun. Rekod ini bukan rekod biasa malah rekod luar biasa mengalahkan makan gaji. 

Apabila 'hangin' itu datang, mahu sahaja saya membayar Axia itu TUNAI. Tetapi atas pertimbangan yang waras (sebab saya telan B-Complex hari ini supaya sentiasa bertindak rasional) saya teruskan hasrat dengan membuat pinjaman terhadap Axia ini. 

Semoga perkongsian ini mampu membuka mata kalian apabila mahu membayar kereta tunai. 

Tetapi jika duit anda terlalu banyak, tunailah yang terbaik. 

Nota: jangan beli kereta jika anda tidak punya wang sama banyak dengan nilai kereta itu. 

-Tuan Nurul Ain- 
Pengedar bebas Shaklee

Saturday, January 3, 2015

NAK BISKUT ORANG BANJIR...

           

'Umi... Nak biskut orang banjir.. Cicah dengan Reevo' 


Hehehe.. Biskut Lee ni saya bagitahu anak-anak, 'orang banjir makan ni je tau.. Kesian diorang tak ada makanan'.. 


Jadi lekat pula 'biskut orang banjir'. Saya beli biskut ni sebab murah. Satu tin baru RM7++. Kemudian di dalam tin ada paket-paket 3 keping sepaket. 

Rasanya sedap memang sesuailah buat cicah air panas. Saya buat cicah Reevo. Nyum.. Nyum.. Biskut ini tidak terlalu berminyak macam Hup Seng dan tidak terlalu keras (susah nak lembut) macam Jacob's. Yang sedang-sedang saja. Sesuailah untuk kami yang suka mengunyah ni.. 

Sekian cerita biskut banjir. 

*sebenarnya kami buat persiapan stok makanan di rumah hari tu. Entahlah macam tak mampu gambarkan keadaan mangsa banjir di Kelantan, dengan tiada makanan, minuman, apatah lagi mahu bermewah-mewah. 

Semalam misi bantuan daripada IPP (Unit Amal) kawasan Kelana Jaya turun ke Kelantan. Kali ini saya hanya mampu memandang, membuat kutipan kewangan sikit. Selebihnya suami yang turun. 

-Tuan Nurul Ain-