Thursday, October 29, 2015

JANGAN MIMPI BISNES BESAR KALAU JUAL KARIPAP SEBIJIPUN BELUM MAMPU



Bila baca tajuk post ni apa perasaan anda? Saya ikuti post di FB Puan Ainon Mohd. Dari awal berkecimpung dengan Shaklee hinggalah sekarang. 

Puan Ainon banyak cerita real bisnes kehidupan asli para peniaga di luar sana. Bagaimana bisnes bangun dan lingkupnya. Dan bagaimana peniaga MLM terperangkap dengan hutang. 

Seperti anda sedia maklum, Shaklee yang dikelolakan oleh kumpulan Jutawan Shaklee memang tidak terlibat dengan aktiviti mengejar pangkat dengan berhutang. Beli stok ribu riban. Yang tu memang tak ada. Tapi yang adanya ialah, mata mula kelabu apabila bonus telah berkepuk-kepuk masuk akaun bank. 

Pada saat ini, ramai yang berani berhenti kerja dan membuat komitmen dengan bank. Hasil keyakinan, dengan pangkat sekian-sekian tidak akan mengalami kejatuhan. Pada saat MLM tengah BOOM, puan Ainon ada sebut, sesuatu bisnes akan mengalami keluk yang tidak stabil iaitu permintaan sangat tinggi kerana pada saat ini fenomena berlaku. 

Suatu masa, fenomena akan jatuh dan bisnes akan seperti sediakala dan kembali ke keluk asal. Itulah permintaan bisnes yang sebenar. Semua yang puan Ainon sebut telah TERBUKTI. 

Pada saat ekonomi jatuh, ramai yang tersungkur tambah-tambah lagi yang telah berhenti kerja suami isteri dan memegang tanggungan yang sangat besar. Lap peluh.. 

Beringat sebelum kena, berjimat sebelum papa. 

Kembali kepada kisah karipap di atas, saya terfikir-fikir juga mahu jual apa yang permulaannya dari dapur sendiri. Setelah ditapis-tapis, aduuhh semua tidak mampu. Sampailah beberapa hari lepas , anak sulung saya promot biskut coklat kepada kawan-kawannya. Laku keras!!! 

2 singgit 2 singgit 2 singgit!!!! 

Sebenarnya tiada untungpun hehe. Sebagai permulaan, galakan untuk si kecil yang berusia 7 tahun berniaga. Maksudnya, anak inilah yang akan memiliki sebuan syarikat gergasi apabila dewasa kelak. 

Saya sendiri masih bisnes Shaklee, base yang saya bina 3 tahun lepas agak kujuh alhamdulillah kerana ia daripada sharing di blog dan FB, pelanggan tidak pernah putus. Jika naik disebabkan fenomena, akan tersungkur dengan tersungkurnya fenomena. (Tapak perniagaan tiada, hanya tertolak kerana ombaknya tinggi). Saya terselamat daripada sebarang hutang, boleh jadi kalau saya rakus, saya akan mengalami nasib yang sama seperti nasib-nasib yang pernah diceritakan Puan Ainon sebelum-sebelum ini. 

Nota: mahu mulakan bisnes, pastikan ia bermula dari bawah. Tiada yang indah dan mudah menanti anda. Rancang kewangan anda sebaiknya. (Pesanan ini juga untuk saya sendiri yang baru mula bertatih)

Wednesday, October 28, 2015

RAWATAN MENGANDUNG DAN PERGIGIAN PERCUMA DI SINI



Saya nak kongsi tentang klinik kesihatan kerajaan ni. Best!!!..

Bagi anda yang dapat PERCUMA rawatan di hospital swasta boleh sahaja pergi ke sana. Untuk saya yang tak ada company yang cover, klinik kerajaanlah pilihan terbaik. Lagipun sekarang ni cepat sangat servisnya. 

Pagi ni saya ada check up, kena minum air gula sebab ada family history diabeteskan. Anak-anak sebelum ni tiada GDM alhamdulillah. Manalah tahu kot-kot yang ni lain pula kan, lagipun nak masuk 4 orang anak. Badan dah tak fit macam zaman anak dara. 

Berat naik sikit je 300gram. Nurse dah pesan minggu lepas kena naik 500g je bukan 5kg. Jadi, makan memang jaga betul. Karbopun dah kurang. Sebab pening dah kurang. Malampun jarang makan. Rajin meroti tapi makan sikit-sikit je. 

Protein ESP dan Cinch ambil. Set suplemen hamil Shaklee pun makan. Hemoglobin cantik 11.7. Protein dalam darahpun tak ada alhamdulillah. 

Ambil darah untuk MGTT jam 8.10am. Kena ambil darah lagi sekali jam 10.10 am. Siap check up perut 9 am lebih. Apa nak buat dalam tempoh sejam lagi ni. Sayapun naiklah ke klinik pergigian dalam klinik kesihatan ni juga. Mengisi waktu lapang hehe. Maklumlah PERCUMA. 

Tunjuk sahaja buku pink kehamilan tu, ambil nombor lain daripada orang lain. Tak sampai 10 minit doktor dah panggil. Orang lain ramai lagi. Baru tahu ada keistimewaan ibu hamil ni. Suka suka suka. Siap tampal gigi PERCUMA. Kalau pergi swasta dah habis RM100. 

Ok, jam dah 10.10am. Saya pergi ambil darah dulu ye. Sambil-sambil je kan. Siap update blog lagi hehe. 

KRIM SAPU MENCEGAH DAN MENGURANG STRETCH MARK


Saya bersiaran dari klinik ni. Check up perut. Nak kongsi pasal cream Cocoa Butter ni. Semalam beli di Guardian USJ 1, belipun sebab botol kecil dan hargapun murah hehe RM4 lebih je. 

Siapa yang mengandung disarankan pakai krim ni. Kalau mengandung perut kecil oklahkan. Kalau perut jenis besar, habis pecah perut tu nanti. Untuk elakkan strecth mark, sapu Cocoa Butter ni setiap hari. Menjadikan kulit anda lembut. 

Di samping tu pengambilan Protein cukup sangat-sangat digalakkan. Ambil ESP ye puan-puan supaya keperluan Protein mencukupi tanpa lemak berlebihan. 

Ok, nak minum air gula ni. Buat test MGTT. Seram... 

Tuesday, October 27, 2015

DOUBLE CHOCOLATE COOKIES


Hari ni buat cookies ni. Rasa dia macam Milo masuk angin yang kita makan masa kecil-kecil dulu. Sedap. Anak-anakpun suka. Boleh buat bisnes ni.. Hehe

Monday, October 26, 2015

SAKIT MATA KETIKA HAMIL?


Musim-musim jerebu ni memang agak kritikal untuk kesihatan mak yong. Asal keluar rumah je, balik mesti tak sedap badan, tak sedap tekak. Paling ketara mata mula gatal. 

Alergi mengandungke ni? Tapi ramai pula yang bagitahu mereka alami perkara sama. Memang sebab jerebulah nikan. 

Minggu lepas pergi Kelantan saya ingat nak cari Eye More untuk legakan gatal-gatal mata di KPJ Perdana. Sekali receptionist kata kena pergi jumpa doktor. Alaahai. Tak rajinlah pula. Kebetulan adik ipar Pharmacist (alhamdulillah walaupun saya ni surirumah je tapi dikelilingi doktor pakar, doktor-doktor, pharmacist, dietition, terbaru mak tiri sayapun lecturer nurse, rujuk mereka sahaja). 

Saya tanyalah apa yang paling sesuai untuk ibu mengandung ni dan yang paling selamat. Kata pharmacist, eye more selamat, tapi kalau teruk doktor akan bagi eye drop yang ada antibiotik sikit (kena pergi kliniklahkan nak tengok tahap teruk dan kritikal macam mana). 

Semalam belilah eye glow ni.. Eye more dah tak ada ye? Hehehe. Lama tak beli. Dulu eye more ni boleh beli di mana-mana. Sekarang cari di stesen minyakpun tak ada. 

Ok. Lepas buka, pastikan lepas 4 minggu buang ye. Jangan pakai lagi.

Saturday, October 24, 2015

HOMEMADE SHELL OUT EH SHELL IN


Kalau makan di kedai namanya Shell Out, kalau masak sendiri Shell in lah ye hehe. Ramai yang duk post pasal Shell Out, pastu ada yang masak sendiri dan tabur atas meja macam tu je. 

Sesungguhnya daku terliur. Kebetulan Khamis tu suami sms, 'masak sedap-sedap ye, abang puasa hari ni'. 

Errkkk puasake.. Isteri tak puasa, nak puasapun mana larat lagikan. Ok, fikir-fikir udang ada, tinggal cari ketam dan sayur je. Ada juga jagung beli tapi dalam gambar tak ada sebabnya jagung masih atas dapur tengah rebus lagi. 




Pernah bagitahu suami nak makan lambak atas meja, suami pelik, adake makan macam tu, kurang adabnya. Tapi nak makan dalam talam tengoklah nak makan macam mana (memang kami makan pakai talam tu). Nak letak nasipun tak muat.. Itupun ada tambahan udang rebus lagi. Banyak.. Maka, lambak jelah atas meja. Meja tu dialas dengan parchment paper. Memang food gradelah kan. 

Tengah-tengah makan, anak sulung, 'nikmatnya.. Nikmatnya'. Kena tegur. 'Sebut jelah alhamdulillah' hehe maklumlah maknya jarang masak. Baru je nak berjinak-jinak masak lauk sedap-sedap ni. 

Memang puas hati sangat masak sendiri sebab kos semua tu dalam RM50 lebih je. Ketam RM29/kg, 4 ekor baru RM36. Tak payah siang, suruh je orang kedai potong siap. Balik tinggal cuci je. 

Nak tak resepi ketam sambal tu? Ada yang share resepinya. 

Bahan-bahan Ketam; 

1) cili kering (kisar) 
2) bawang besar
3) bawang putih
4) bawang merah
5) halia
6) pati ikan bilis
7) sos tiram
8) sos cili 
9) sos tomato
10) sos ikan
11) telur sebiji
12) gula
13) garam

Kisar semua bumbu tu, tumis. Kemudian masukkan bahan-bahan lain, masukkan ketam, tutup kuali sampai ketam masak. Dah masak, pecahkan telur sebiji kemudian kacau-kacau sampai masak. 

Udang
Ambil bumbu 1-5) tumis, kemudian perasakan dengan garam dan gula. Siap. 

Sayur-sayur

1) Brokoli
2) Baby corn
3) Carrot

Masak air, masukkan sedikit garam, dah mendidih celur sayur 2 minit, kemudian angkat. 

Jagung 

Rebus dengan masukkan sedikit garam sehingga masak. Siap untuk dihidang. 

Masakan saya tu sesuai untuk 4 orang dewasa, sebabkan makan dengan anak-anak terasa lebih-melebihnya. Sedap, puas hati. Alhamdulillah. 

Friday, October 23, 2015

ORDER SHAKLEE 22/10/2015



Order untuk dipos melalui pos laju hari ini. 




Ini pula order online dengan Shaklee. Nampak tak apa yang LAKU KERAS tu? 

Omega Guard.. Sementara masih PROMO ni, masing-masing rembatkan. Kalau anda tidak mahu ketinggalan, bolrh join Omega Promo bulan ini. 



Thursday, October 22, 2015

TINDAKAN MENGHADAPI JEREBU



Jerebu makin teruk ni. Dah 4 hari cuti sekolah. Emaknya sukalahkan boleh rehat tak payah hantar anak sekolah. Tapi yang tidak bestnya, rasa tidak sihat je. Jerebu tu nampak biasa je tapi bertoksik. 

Saya kongsikan tindakan yang patut diambil sepanjang musim jerebu ni. 

1) Kurangkan aktiviti fizikal di luar rumah, buat je senama yang saya share sebelum ni. Di dalam rumahpun boleh. 

2) Sentiasa berada di dalam bangunan. Kalau keluar pakai mask. 

3) Pastikan udara di dalam rumah bersih, haa yang ni kena ada ionizer, saya tak adalah pula. 

4) Apabila memandu, pasang air cond dan pastikan air cond dalam mode udara dalam je. 

5) Banyak minum air kosong (supaya toksin dapat disingkirkan), saya ambil suplemen juga, up dose, mata dah mula gatal dan berair ni. 

6) Basuh tangan dan muka dengan sabun dan air bersih setiap kali kena  keluar rumah. 


Bahaya rupanya kesan akibat jerebu ni ye; 

1) sakit mata (sedang alami)
2) selsema 
3) batuk
4) asma
5) sakit tekak
6) sakit jantung
7) radang paru-paru
8) penyakit obstruktif salur pernafasan kronik




Amalkan Omega Guard juga ye untuk hindarkan penyakit salur prrnafasan. Omega ni anti inflamasi terbaik. Ia sangat membantu anda dan anak anda daripada diserang asma terlalu kerap. Sudah ramai yang kongsikan, sejak mereka mengamalkan Omega Guard, kekerapan serangan asma sangat berkurang. 

Kita cuba berikan yang terbaik untuk keluarga. 

SENAMAN SELAMAT UNTUK IBU HAMIL 1ST DAN 2ND TRIMESTER

Mula-mula, tahniah untuk anda yang mengandung. Senaman ini selamat untuk ibu hamil 1st dan 2nd trimester. Jadi tak adalah badan kita lemau sahajakan. Asyik mengambang sahaja. Perlu senaman setiap hari. Saya dah cuba, memang tak ada tekanan pada mana-mana bahagian badan. Rasa rileks sahaja dan rasa segar. Selamat mencuba.



 

Wednesday, October 21, 2015

SARDIN PUFF

 

Menu malam!!! Siang tadi fikir punya fikir nak buat kuih apalah ni. Yis habis, minyak habis, gula tinggal sikit. Meroti tak boleh, nak buat cekodok lagilah tak boleh. Mendonut, sangat-sangat tidak boleh. 

Di dalam peti ada butter separuh, tepung ada setengah tupperware, sardin ada 1 tin. 

Cing! Cing! Cing! Haaaa buat sardin roll lah. Hari tu dah buat tapi tak jadi sebab kurang butter lebih air, jadi keras. Resepi agak-agaklah katakan. 

Kali ni dah tahu, jadi lebihkan butter. 

Bahan-bahannya ialah:

Tepung gandum. Agak-agaklah ye nak banyak mana, cukup untuk 1 keluarga makan. 
Butter (cari pure butter, rasa dia lain. Sangat sedap) Yang nipun agak-agak. Kalau ikut tips arwah mak saya dulu untuk pastry ni butter 1/2 adunan tepung. 
Air
Garam 

Cara-caranya ialah:

Masukkan garam ke dalam tepung kemudian masukkan butter (potong tu petak-petak kecil senang nak gaul). Gaul sampai butter dan tepung sebati. Nak tahu sebati adunan tu jadi macam beras. Jangan masukkan air lagi ye. 

 

Jadi macam gambar atas ni. Saya gaul-gaul tadi rasa macam kering lagi, saya tambahkan sedikit lagi butter gaul lagi sampai sekata butter dan tepung, barulah masukkan air. Sikit-sikit je asal jadi doh. Jangan terlebih pulak sebab nanti kalau kena tambah tepung nanti tak sebatilah tepung dan butterkan. 

Ok, dah siap canailah doh bentukkan ikut suka, letak sardin. Saya mula-mula nak namakan sardin roll tapi tak rollpun tukarlah nama sardin puff. 

Saya masak pada suhu 170 darjah celcius lebih kurang 20 - 25 minit. Masa dan suhu tu kena adjust ikut kepanasan oven masing-masing ye. Tengok dah perang tu kira masaklah. 

Ok, sekali hadap dah licin. Mok anak ramailah katakan. hehe. Jumpa lagi.

GET CLEAN HOME CARE SYSTEM


Hari ni order semalam sampai. Hehehehe.. Tu pepatah Karam Singh Walia. Cepat pula kali ni, semalam lepas Subuh saya order dengan Shaklee, tengah hari ni dah sampai barangnya. 

Order kali ni ada Set Get Clean Home Care System tu. Sebenarnya yang tak ada cuma softener, tapi saya suka beli 1 set ni sebabnya dapat PERCUMA non woven bag. Seronok pergi mana-mana beg hijau tu banyak. Boleh letak diapers anak, boleh letak buku, boleh letak baju kotor. Macam-macam lagilah. Spray Shaklee tak jual satu-satu, bila dalam set ni Shaklee akan sertakan sekali spray tu harga RM5. 

Semua atas ni JIMAT!! Pakai berbulan-bulan. Tak risau ada stok kat rumah sebabnya Basic H dan Dish Wash orang selalu order. 



Apa lagi isi di dalam kotak ni? Omega Guard PROMOSI buy 7 @ 6. Memandangkan jerebu kuat sangat sekarang ni, Omega kena ada sebab DHA dan EPA ni menguatkan sistem imun kita dan anak-anak. Bukan untuk otak je tau. Lepas tu untuk elakkan keradangan. Kalau ada asma ke, bila jerebu ni paru-paru cepat radang sebab mengesan bendasing, bila salur nafas bengkak, serangan asma bila-bila masa. 

Amalkan Omega Guard untuk kurangkan jangkitan dan elakkan jangkitan yang lebih teruk. 

Ok itu sahajalah daripada saya ya. 

SARAPAN RINGKAS PEJAM MATAPUN BOLEH BUAT


Breakfast mudah, ringkas dan pantas pagi ini. Scramble egg dan kacang panggang. 


Kacang panggang tu beli yang siap dalam tin ye, panaskan atas dapur sebelum dihidangkan. 

Cara-cara nak buat scramble egg kuning cerah tu senang je rupanya. Pastikan ada butter dan susu (saya tak ada susu segar, letak susu tepung anak je hehe pun boleh). 

Panaskan kuali anda (yang tak melekat). Masukkan butter dalam 2 sudu besar. Kacau telur dengan susu sampai sebati, tuangkan atas kuali dan kacau sentiasa. Saya letak lada sulah pure atas telur. 


Siap!!!


Roti homemade dah habis. Jadi makan jelah apa yang ada.


Burrrppp!!! 


Alhamdulillah kenyang. 

Tuesday, October 20, 2015

BUN BY JARI-JEMARIKU

Semalam punya hasil kerja. Bun by jari-jemariku. Dinamakan jari-jemari sebabnya uli pakai tangan, Bread maker tak ada. Pernah request dengan suami boleh tak nak beli. Rejected hehe. Suamipun faham dan masak sangat dengan perangai isterinya ni. Setahun sekali belum tentu angin rajin tu datang. Banyak dah bukti pembelian alat-alat canggih. Tak gunapun.  Jadi, betullah tindakan suami tu. Dan sekarang, dah tak teringin nak beli bread maker sebabnya saya dah pro menguli pakai tangan. Uli sekejao je tanpa guna banyak tenaga. Siap donut dan bun gebu(taklah segebu kat kedaikan. Kedai letak macam-macam improverlah softenerlah). 

Ramai pula yang tanya resepi roti ni. Saya ni pula tak pernah ikut resepi asal. Kalau belajar ni boleh masuk kategori C student. Sebabnya cikgu cakap lain saya buat lain. Tak akan follow 100%, sekadar tahu bahan, cara buat, lain-lain sukatan agak-agak. 

Bahan-bahan:

Tepung gandum (Saya pakai cap bunga Ros, agak-agak dalam 300g lah)
Yis (Mauripan setengah paket)
Air (Pakai tuang je, saya lebihkan air dan buat doh lembik sampai melekat di tangan.
Gula (lebih kurang 3 sudu besar)
Secubit garam
2 sudu besar plain yogurt
Susu pekat (semalam lupa letak hehe)
Minyak masak (dalam 3 sudu besar)
Baking powder (lebih kurang 1 sudu kecil)


Cara-caranya:
 
Gaul semua bahan di atas dan uli sampai lembut. Bila dah agak lembut (saya uli macam tak sampai 10 minitpun hehehe nampak sangat pemalasnya, kalau lebih uli nanti roti jadi liat).
Bila dah siap uli, doh akan melekat di tangan, waktu tu ambil sedikit minyak sapu di tangan, kemudian bentukkan doh sampai jadi bulat. Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda. 
 
Dah naik tu, tumbuk doh keluarkan angin, bentuk-bentukkan doh jadi bulat masukkan dalam bekas bakar macam gambar atas sekali tu. Rehatkan lagi 2 kali ganda membesar, sebelum bakar, spray doh dengan air barulah bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 20 minit atas bawah. 
Siap masak, sapukan roti anda dengan butter supaya berkilat dan lembut. (Saya tak sapu sebab tak tahu lagi semalam, baru je mununtut ilmu). Ok siap. Sedap buat cicah Reevo, Milo, Kopi panas-panas. Nak makan macam tupun sodap aiihh..


Siap dibakar (Sapu butter ye)
Texture roti (gebu gitu)

Monday, October 19, 2015

HIMPUNAN FASTAQIM H60K



Pertama kali saya join himpunan sejak berkahwin ni. Zaman anak dara dulu pernahlah. Siap kena kejar polis lagi hehe. Perasaan tu memang Rare, tak boleh dijual beli. Kali ni suami bawa kami anak- beranak.
Nak kata berhimpun betul tu tak juga, dalam gambar, kami di dalam stadium jam 5.30petang, awan nampak sangat gelap, terpaksa keluar dulu cari makan, cari tandas. Maklumlah Mak Yong ni kekerapan ke tandas tu memang tinggi. Anak-anak darapun kena pergi tandas, kang ada yang minta ke tandas tengah-tengah berhimpun, naya. 
Selepas makan, ke tandas, waktu dah nak masuk maghrib, kami menghala semula ke stadium, tapi waktu tu penuh, memang tak boleh masuk dah. Anak-anak dah nampak penat. Kami sempat hampar tikar bawah pokok maghrib tu. Suami tinjau kawasan. Katanya memang tak ada ruang dah. Tambah lagi si kecil pakai stroller. 

Jam 8 lebih tu kami menghala ke kereta, pertama kali dalam sejarah anak-anak dara yang 2 orang (tak masuk si kecik tu) tak berbunyi langsung. Mulut diam tanpa bicara, biasanya pantang berjalan jauh sikit mesti mulut bising. Penatlah tak laratlah. Mata masing-masing kepelikan melihat penuhnya manusia di stadium. 

Masing-masing erat pegang mak ayah mereka. Bahaya tu kalau tercicir, susah dah nak jumpa. 
Mula petang tu line dah tak ada. Biasalah program pembangkang. line akan disekat, nak telefon, sms, whatsapp, online langsung tak boleh. Memang kena ada walkie talkie suami isteri. Kalau terpisah susah dah. 



Jam 8.30 malam, suami buat keputusan balik Besut dulu (rumah ayah saya), yeaaa boleh balik kampung. Tidur semalaman esoknya pergi KT pula, rumah mak mentua. 


Semalam sampai USJ. Perjalanan yang penuh erti, 3 tempat 1 masa. Alhamdulillah. Walaupun tak sempat dengar ceramah, tapi roh itu ada.. Rasa bahagia. 

Sunday, October 18, 2015

KORANG TAHU TAK CARA MUDAH BUAT ROTI?


Korang tau tak cara mudah buat adunan doh roti? 

Hanya tuangkan sahaja yis ke dalam tepung, masukkan gula dan bahan-bahan lain, doh tetap akan mengembang.

Bancuhan terlebih dahulu yis dengan air suam dan gula untuk memastikan Yis hidup. (Yang ni ilmu baru untuk saya). Saya ni tahu nak mudah semua kerja. Kalau ada resepi yang paling ringkas, serahkan pada saya. Sayalah ratu segala 'simple'. Hehehehe atau dengan kata lain. Ratu pemalas (ini tidak wajar dicontohi). Walaupun ada 'instruments' canggih, tetapi bahan-bahannya kompleks, belum tentu saya akan buat. Tapi kalau bahannya ringkas, tidak prrlu alatan canggih, saya dengan sendirinya akan buat. 

Bagi saya, hadiahkan saya alatan canggih belum tentu lagi saya bertindak. Tapi kalau bagi resepi ringkas, laju untuk buat. 

Contoh resepi ringkas; 

1) masak lemak cili api (1-2 bahan sahaja) 
2) Donut (saya hanya guna tepung, yis, air, minyak masak, gula, garam, susu pekat sikit) 

Lain-lain menu yang mudah, bagi pada saya ye. 

Thursday, October 15, 2015

FOOD REVIEW ME'NATE STEAK HUB

 

Semalam cuti awal Muharram, tapi tak pergi mana sebab suami ada hal dari pagi sampai petang. Kami anak beranak kat rumah ni makan apa yang ada. Maknya masak bubur kosong makan dengan sambal bilis nogori beli dengan kawan. Tengah hari buburnya licin. Lepas tu makanlah buah yang bertimbun suami beli. Petang tu suami telefon ajak keluar. Tanya ke mana tak jawab. Ikut jelah. Kebetulan perut dah lapar (masa makan buah tu penuh perut rasa tak larat nak bangun. Sebabnya, bukan makan tapi melantak).

Tiba-tiba suami berhenti depan kedai ni. Oh tidak, kedai nikan mahal. Habislah. Suami kata ikut jelah. Turun tu tengok semua orang makan beef steak je ni. Nama lagi Steak Hub kan. Orang yang datang sini memang nak makan steaklah. Dah alang-alang suami belanja, order jugalah steak, suami yang pilihkan dagingnya. Setiap saiz dan jenis daging berbeza harga. Janganlah pilih yang beratuskan. Ada Snow Wa'gyu yang paling best, tapi pilih saiz masing-masing. 

Suami pilihkan untuk saya nipis je (tapi sangatlah besar, nipis dia tu jauh lagi tebal daripada kedai biasa). Suami punya tebal sikit daripada saya. Hidangan kami setiap 1 steak tu tak sampai seratuspun. Ingatkan beratuskan, pernah viral sampai beribu-ribu tu entah apalah yang mereka pilih. 

Makanan selain steak sangatlah murah, contohnya pasta. Beef Bolognese dan Sausage Bolognese baru RM10 sepinggan. Kalau tak silap meatball with fries pun baru RM10. Menu kanak-kanak katanya tapi banyak. Berbaloi sangatlah. 

Siapa yang makan steak, PERCUMA air. Minumlah air apapun boleh. Kalau tak setiap air tu RM3.90, RM6.90. 



Snow Wa'gyu Steak
Atas tu menu suami. Dah sentuh sikit baru teringat nak ambil gambar. Isteri nak buat food review punya pasal ni hehe. Ni dagingnya tebal. Cara masak berbeza dengan yang saya punya. 

Cara masak daging
 Pilihan masakan yang kita nak pun boleh pilih nak yang macam mana. Daging suami saya pilih tu Medium Well. Sedap!! Sedap sangat sebab dagingnya tak kering, juicy gitu. Saya punya Well Done. Dagingnya agak kering sebab masak betul-betulkan. Kalau Well Done tu the WORST EVER steak to enjoy, a non healthy cook. But the choice are yours. 

Bila masak betul-betul, segala jenis protein dah dimusnahkan. Memang tak sihatlah. Apa yang kita makan hari-hari tu memang masak betul-betulkan. Tak bagus untuk sumber protein. tak masak kang, jadi penyakit lain pula. Hmmm..

Oh ye, gambar-gambar makanan lain tak pula saya ambil hehe. Sekarang dah tekad, kat meja makan, no HANDPHONE. Jadi minta tolong suami je ambilkan satu. Oklah ye. Bolehlah kalau anda nak cuba. 

Saya suka cuba makanan-makanan ni lepas tu akan fikir, macam mana cara nak masak tu ikut lidah masa kita rasa masakan tu. Boleh tahu sikit-sikit apa yang mereka letak, bolehlah buat sendiri lepas ni. Lupa pula, Mashed Potato dan Coleslaw tu sedap amat-amat. Mashed potato terasa butternya. Coleslaw terasa fresh sayurannya dan hirisan sayur tu halus, nipis je. Kena betul dengan tekak saya ni. 

Spagetti dia lain daripada yang lain sebab biasanya spagetti tak pedas, kat situ pedas pula. Anak-anak kurang suka. Harga untuk 4 menu tu tak sampai 200 pun. Itupun sebab order 2 beef steak. Kalau order menu biasa, lagi murah daripada kedai Western Food kat luar sana. Itulah sedikit review daripada saya tentang Me'nate Steak Hub.

Wednesday, October 14, 2015

KELAS NUTRISI DI FTC 12/10/15


Kelas nutrisi ini berlangsung di FTC pada 12/10/15 yang lepas, saya ni tinggal di USJ, tapi kelas yang jauh juga saya pergi sedangkan di HQ The Pinnacle Sunway tu 12km je dari rumah. Tapi ruh ke situ tak ada. Jalan tak berapa 'clear', parking susah. Baiklah ke Bangi je kan.. 


Tajuk kali ini agak menarik iaitu ada kajian tentang bacaan Telomeres iaitu bacaan terhadap DNA hasil daripada makan suplemen terutamanya Vivix. 

Shaklee kan 'claim' Vivix boleh memanjangkan usia dan awet muda, jadi apa kajiannya? 

Melalui kajian ke atas DNA, kita boleh lihat tahap kesihatan dan jangka hayat manusia. Eh, bukan tilik nasib ya.. 


Kajian ke atas Telomeres iaitu perlindungan Kromosom. Telomeres akan semakin memendek mengikut usia kita. Maksudnya, daya rintangan terhadap penyakit semakin rendah. Jadi, golongan yang Telomeres ni rendah akan berisiko untuk dapat pelbagai penyakit penuaan seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung, kanser dan sebagainya. 

Mengikut kajian yang dibuat ke atas pengguna Shaklee sepanjang 5 tahun tanpa henti dan mengamalkan Vivix, Telomeres nya lebih panjang daripada individu yang tidak mengambil Vivix. 

Jadi, betullah Vivix Shaklee membuat anda lebih muda dan usia lebih panjang (dengan izin Allah ye). 

Jadi, nak elakkan penuaan pramatang, amalkanlah suplemen Shaklee dan jangan lupa Vivix. 

Nota: suplemen bukan ubat tetapi ia adalah pencegahan. Bukan waktu sakit baru nak cari suplemen. Ia mungkin tidak membantu anda. 

JOIN KELAB BLOGGER JUTAWAN SHAKLEE DAPAT HADIAH


Ceritanya begini, join kelab blogger Jutawan Shaklee tu bukan terus dapat hadiah, tapi kelab tu khas untuk blogger tegar yang menyahut cabaran setiap hari mesti update blog. 

Tapi, tak sangka tup-tup saya antara 10 pemenang blogger tegar. Terharu. Berbaloi usaha update blog ni ye. Macam-macam hadiah suplemen saya dapat; Phytocol, Vita-Lea, GLA dan Vita-Lea Kids. 


Apa yang best dengan group ni? Khas untuk ahli-ahli Shaklee di bawah Jutawan Shaklee yang rajin update blog. 

Hasil itu daripada usaha. Ada tindakan, usaha, adalah hasilnya. 

Tuesday, October 13, 2015

BANANA SMOOTHIE CINCH CHOCOLATE


Pagi-pagi buat sarapan ni, sedap juga tapi agak manis sebab saya letak pisang yang besar sebiji hehe. 

Cinch Chocolate 2 scoop. Kalau ada aid tu sangatlah best. Baguslah untuk individu yang nak diet ni ye. Pisang tinggai Karbohidrat, Cinch kaya Protein. 

Dalam Cinch ada multivitamin dan multimineral lagi, cukup zat buat sarapan. Cubalah, sangat sedap. 

Monday, October 12, 2015

LENGUHNYA BADAN. APA NAK BUAT?


Semalam lenguh sana sini, mata mengantuk tapi sedikit resah sebab lenguh satu badan. Lupa pula pil putih ni belum ambil. 


Lepas telan 4 biji, alhamdulillah tak perasan bila terlelap. Tidurpun jadi nyenyak. 


Ostematrix, teman setia sepanjang masa. 

Sunday, October 11, 2015

KORANG TAHU TAK DIET KURANG OMEGA 3 OTAK JADI TUA?


Korang tau tak? 

Jika diet harian tidak cukup asid lemak Omega 3, otak akan jadi 2 tahun daripada usia sebenar. 

Ooohh tidak.. 


Dari mana anda ambil sumber Omega 3 anda? Saya makan Omega Guard Shaklee. 

Bulan ni ada promosi, wajiblah rembat, serius takut jadi tua sebelum usia. 

KORANG TAHU TAK HERBAL BLEND BAGUS UNTUK GIGITAN SERANGGA?


Korang tau tak? 

Herbal Blend ni sangat berguna saat anak-anak digigit serangga. Gambar di atas anak saya 2 tahun 2 bulan disyaki digigit Charlie. Sebabnya kulit dia melepuh macam kena api. Nak kata kena rokok, tak ada siapa merokokpun kat rumah ni hehe. Tunjuk gambar pada makcik dia yang doktor tu, terus jawab kena gigit Charlie tu. 

Paling risau takut kudis malam. Macam tu juga rupanya. Sapu Herbal Blend alhamdulillah 2 hari kering. Bila kering, kulit merekah-rekah, waktu tu sapu aloevera pula. 


Dah sembuhpun. Berparut tu sebab tuan badan korek keruping dia hari tu. 

Beberapa hari lepas kakaknya naik gatal-gatal, disyaki duduk atas kerusi yang tidak berlapik, mianglah. Habis merah, hari-hari sapu Herbal Blend alhamdulillah sembuh dah.

Pergi klinik doktor bagi Calamine Lotion, dia tak nak sapu katanya nanti tangan dia sentuh susah nak makan. Macam tu pulak hehe. 

Herbal Blend ni selamat untuk anak-anak kecil. Lembut di kulit. 

TIPS CUCI PINGGAN MANGKUK BERMINYAK


Ibu-ibu selalu hadapi masalah pinggan mangkuk berminyak? 

Ni ada tips hebat, memang kalau tengok pinggan penuh sink kemudian berminyak-minyak pula. Minyak masak ok lagi, kalau lelemak kambing, lembu oohhh memang menguji kesabaran. Menyental sakanpun belum tentu lagi hilang. 

Tipsnya ialah, panaskan air. Apabila sudah mendidih, tuang air panas di dalam sink dan tempat-tempat penuh lemak beku tadi. Sekejap sahaja lemak mencair. Apabila lemak dan minyak sudah tiada, cuci pinggan macam biasa tanpa menggunakan sabun berlebihan. Mudahkan yang sulit. 

Gunakan Dish Wash Shaklee ini supaya tangan anda terpelihara. Kalau yang jenis alergi tu sesuai sangatlah. 

             



Saturday, October 10, 2015

REEVO OH REEVO. KITA BORONG.


Selesai restok Reevo untuk minum sendiri. Tapi hari tu tanya kawan-kawan FB kot-kot nak order juga banyak permintaan rupanya. Lepas tu suami saya ni kawan tokey Reevo. Dah pernah jual kat kawan-kawannya. Rupa-rupanya kawan-kawan dah cari lama. Tapi tiada kesempatan nak order. 

Disebabkan dah 'terdesak', stok minuman coklat malt licin dah kat rumah. Maka mendesak kami restok. Hameek.. Sekali restok 7 karton. Kalau ada sesiapa nak area USJ ni boleh cari kami ye. 

Ain - 0133570906
Hisham - 0162206240

KORANG TAU TAK CUKUP SUPLEMEN SEMASA HAMIL CEGAH MORNING SICKNESS?

Hari tu saya ada bagitahu pengambilan B6 bantu mencegah morning sickness kan? Haaa nak cerita pengalaman sendiri. 

Kalau saya skip suplemen 1@2 hari, hari kedua atau ketiga akan alami kepeningan dan rasa loya, makan banyakpun tidak hilang pening. Berpusing je rasa. Katakan hari ini cukup suplemen saya makan, keesokannya akan sihat tak macam orang mengandung. 

Jadi, bagi ibu-ibu hamil di luar sana, jangan ambil mudah pengambilan suplemen semasa hamil ni. Ia sangat membantu anda kekal cergas sentiasa. 

Suplemen saya semua double dose.. 

B-Complex 2-3 biji, Vita-Lea 2 biji, Vita C 2 biji. 

Jika anda ingin dapatkan konsultasi percuma daripada saya, boleh hubungi saya bila-bila sahaja. Nanti free saya balas ye. 



Friday, October 9, 2015

SARAPAN APA TU? DONUT


Menu kami pagi ini ialah, donut. Asalnya nak singgah kedai beli bihun sup. Tapi purse tertinggal. Anak kedua apa lagi, demandlah.. 

'Umi buatlah donut'.

Campak-campak, gaul, uli, siap.. 

Bahannya tu senang je, ikut apa yang ada kat rumah. 

1) tepung gandum 
2) Yis 
3) Gula
4) Garam
5) Minyak
6) susu segar sikit (sebab ada dalam peti) 
7) air

Gaul semua bahan, lembik sikit ye.. Pastu bila asyik melekat je doh, saya tuang minyak untuk leraikan lekatan doh. Bolehlah jadi bulat. Perap dulu. 

15 minit tu doh dah naik, tuang minyak dalam talam (tak boleh tuang tepung sebab doh lembik, tuang minyak tak bagi melekat). Bentukkan bulat, buat lubang kemudian rehatkan doh bagi naik semula, sedia untuk digoreng. 


Siap. Makan dengan gula aising (nak blend gula pasirpun boleh tapi i am 'rajin' terlebih, gula aising jelah) 

Makan...


Thursday, October 8, 2015

MENGIDAMKE NAFSU?




Hoho haru biru baru ni tiba-tiba terasa nak makan Durian Crepe. Cari di Mydin tak ada. Suami kata dah tak ada kedai tu. Signboard pun dah ditanggal. Sedihnya.. Mana nak cari ni.. 

Surf punya surf internet tu, jumpalah pembuat Durian Crepe area USJ ni juga. Fuuhhh lega.. Tengah hari tadi pergi ambil 2 bekas, dalam kereta juga habis. Anak-anak berebut makan dengan mok dia ni.. Berebutpun moknya dapat 4 ketul. Puas hati. Sedap sangat. 

Tapi, lepas dapat terus hilang keteringinannya tu. Inikah namanya mengidam? Dalam masa sama tengok orang post makanan di FB semua daku terliur. Tu bukan mengidam dahkan, lebih kepada NAFSU. 

Memang patutlah suami suruh istighfar je hehehe.. 

Siapa yang tinggal area USJ boleh cari beliau di USJ 16. No telefon 012 595 5375 - Puan Su

KORANG TAHU TAK KALAU MAKAN KAMBING KENA AMBIL PHYTOCOL DAN LECITHIN?

Korang tau tak? 

Makan kambing ni sedap hehe.. Sejak bila saya suka kambingpun tak tahulah. Tapi paling ketara bila kahwin dengan suami. Suami suka kambing. Sayapun terjebak. Sunnah nabi pulak tukan.. Lagilah suka. 

Masa masak kambing tu lemaknya akan keluar banyak. Penuh minyak keluar. Apa yang kena buat supaya lemak tu tidak menempel pada salur darah? 

Sebelum makan, ambil Phytocol 2 biji supaya phytosterol blok salur darah daripada lemak kambing tu tembus. Kemudian ambil Lecithin 3-6 biji supaya boleh pecahkan lemak-lemak. Tak adalah lepas makan rasa bersalahkan hehe.. Walaupun rasa bersalah tetap ada. 

Baru ni kami masak 3 kali pemanggang tu, licin.. Anak-anak sendiri dan anak saudarapun suka. Suami dah suruh masak nasi, katanya kalau ratah macam tu je, seekor kambingpun tak cukup kikiki. Betullah, rasa macam tak boleh berhenti. Kembang pipi-pipi rasa lepas makan tu. Nasib baik 'cover' dengan Lecithin. 

Oh ye lagi 1, kalau makan dedaging, jangan lupa ambil Vitamin C bersama. Maklumlah dedading ni ada Nitrat dan Nitrite sebagai pengawet untuk elakkan pertumbuhan mikrob. Kesan jangka panjangnya kanser. Jadi pengambilan Vitamin C ni untuk bergabung dengan Nitrit dan Nitrat tu kemudian ia akan dibawa keluar dari badan. 

Perasan tak kalau makan sate ada timun atau bawang? Haaa tu salah satu contoh antioksida. Kalau arang-arang sate tu masuk dalam badan, ia jadi radikal bebas. Silap-silap haribulan akan serang sel-sel badan kita membentuk kanser. Minta dijauhkan kan.. 

Nak senang, untuk anak-anak ambil Chew C, untuk dewasa ambil Vita C. 

Ok, sekian bebelan Subuh. 


Tuesday, October 6, 2015

KORANG TAHU TAK SUPLEMEN KEPERLUAN?


Korang tau tak suplemen bukan lagi kehendak tetapi keperluan? 

Suatu ketika dahulu, ya, suplemen hanyalah sebagai kehendak sesetengah individu tetapi tidak hari ini. Memandangkan keadaan alam persekitaran yang tidak menentu, jerebu saban tahun silih berganti, suplemen menjadi KEPERLUAN. 

Dikhabarkan ramai yang telah masuk wad disebabkan serangan asma akibat jerebu teruk sekarang, apa yang anda perlukan sebagai perisai? 


Lihat sahaja testimoni ini, anak-anak puan Lin tidak lagi diserang asma sejak mengamalkan Omega dan Vita-C secara konsisten sejak beberapa tahun ini. Kalau tak, anak-anak beliau antara individu yang serius mendapat asma. Kini tidak lagi.. 


Puan Lin kata, wajiblah buat stok Omega ni. 

Ok, promo Omega buy 7 @ 6 ni expirednya bulan 1. 23 Jan 2016. Anda boleh buat kiraan berapa botol anda perlukan untuk 3/4 bulan ini? Saya sendiri sebulan 2 botol. Anak-anak saya makan 2 biji sehari. Saya 3-6 biji, suami lagi. Berbaloi sangat beli satu set promo tu.. Boleh habislah 3/4 bulan.. 


Kalau anda rasa tak mampu nak habiskan, boleh beli 2 botol diskaun 5%. 

Atau kalau mahu juga 7@6 boleh pakat-pakat dengan kawan. Anda ambil 3 botol, lagi 4 botol jual pada kawan-kawan. Mudahkan? 

Rebut peluang offer ni... 



POSTO 5 OKTOBER 2015


Kejadian di pejabat pos semalam. Ceritanya macam ni. Saya sort order siap-siap dekat rumah tapi barangnya ada yang belum sampai. 

Semalam Gdex dah hantar barang ke kilang suami saya, staf baru nak turun posmen dah choww.. Grrrr.. Dahlah dari minggu lepas orderkan. Siap tumpang alamat suami lagi sebab tengah hari saya selalu tak ada kat rumah. Tapi Gdex Sungai Buloh tu lari macam tu je dengan alasan banyak barang dia nak hantar tak boleh tunggu dan tak boleh patah balik (bila saya call ofis diorang). Ikut hati memang angin. Dahlah saya ni memang jenis baran. Tapi.. Orang suruh repot tak sampai hati pula, itukan sumber pendapatan posmen tu.. Jadi nak selesai packing tak boleh barang tak lengkap. Kebetulan semalam order Omega Guard 21 botol, GLA 7 botol, Vita-E 6 botol dan produk-produk lain dah ada 'ready stock' kat rumah. 

Terfikir-fikir macam mana nak pergi sendiri ke HQ lepas tu packing dan pos barang. Macam tak mampu je. Maka, minta bantuan hayat suami pula. Minta suami temankan ke HQ beli barang sama-sama dan pos sama-sama. 

Gambar atas tu baru selesai packing di pejabat pos. Saya masukkan barang suami tukang seal. Fuuuhhh.. Nasiblah pejabat pos buka sampai jam 8 malam. Selesai 12 pack order. Order semalam hold hari ni pula sebab stok tak cukup kena tunggu lori Gdex hantar lagi sekali hari ni. Kalau buat hal lagi memang krna repotlah. Hehe. Dahlah kilang tu ada cctv. Boleh nampaklah Gdex datang sekejap, staf tak sempat turun dah blah macam tu je.. 


First and last lah guna khidmat GDeX Sungai Buloh tu. Kilang kawasan Bukit Jelutong, gdex Sg Buloh yang cover kawasan tu.

Hehehe. Apapun syukur alhamdulillah order bertalu-talu masuk. Gdex tu ujisn kesabaran yang sedikit sahaja. Betul tak? Nak bisnes hati kena cekal. 

Monday, October 5, 2015

KORANG TAHU TAK PUASA MENJADIKAN KITA SENTIASA CUKUP?



Korang tau tak? 

'Puasa' akan mencukupkan yang sedikit dan menjadikan kita bersyukur dengan yang banyak.


Maksud puasa bukanlah menahan diri daripada makan dan minum semata-mata tetapi lebih kepada mrngunci nafsu 'shopping' juga nafsu menukar gaya hidup. 

Apabila nafsu telah dikunci, tiada lagi keinginan-keinginan baru. Pendapatan hanya ada untuk keperluan, sedekah, zakat, infaq, selebihnya simpan. 

Anda percaya tak ada ayat di dalam Al-Quran Allah kata, Allah lebihkan sebahagian yang lain dan membatasi sebahagian yang lain? 

Tetapi akhirnya menjadi sama rata. Sistem Islam itu sangat cantik. Wang yang ada sebenarnya bukan milik kita. Kita hanyalah laluan untuk orang yang mrmerlukan. Apabila kita nampak yang itu, i.Allah nafsu akan berjaya dikunci sedikit demi sedikit. 


Wallahu'alam.