Sunday, November 29, 2015

BON VOYAGE MALAYSIA SELAMAT DATANG MILAN



Perjalanan yang agak panjang dari Kuala Lumpur ke Italy. Transit di Dubai 5 jam. Jumlah perjalanan 19 jam menghampiri 20 jam. 

Trip PERCUMA ini ditaja sepenuhnya oleh Shaklee khas untuk leader yang mengmpul point conference dengan jumlah tertentu. 

Ok, jumpa lagi. Nak turun breakfast. Dekat sini jam 6.45 pagi. Subuh lebih kirang Malaysia jam 5.40 lebih pagi. Tapi Zohor, Asar dan Maghribnya awal dan sangat pendek. Kami solat di Restoran tempatan. Solat sahaja di atas lantai macam tu je. 


Thursday, November 19, 2015

CHOCOLATE LAVA CAKE


Akhirnya, Chocolate Lava Cake terhasil juga semalam. 

Nak resepi? Lihat post sebelum ini, kalau nak masak sepenuhnya perlukan 20-25 minit, saya buat 15 minit sahaja untuk dapatkan lavanya

Tuesday, November 17, 2015

CHOCOLATE CUPCAKE PALING MUDAH


Ceritanya begini, anak sulung saya akan adakan jamuan di sekolahnya Isnin, 16 November. Jamuan akhir tahun. Si kakak asyik tanya umi nak buat kuih apa. Adoilah anak, umi tidak ada idea. Maka, terhasillah Chocolate Cupcake ni pagi semalam selepas tengok Youtube (resepi paling mudah). 

Bahan-bahan: 

1) 1 1/3 Cawan Tepung gandum
2) 1/2 cawan serbuk koko
3) 1 cawan gula kastor
4) 2 sudu kecil Baking Powder 
5) secubit garam

Gaul kesemua bahan di atas, kemudian tambah; 

6) 1/2 cawan minyak sayuran (saya pakai minyak masak sahaja) 
7) 2 biji telur
8) 1/2 cawan susu segar 

Kacau semua bahan di atas sebati kenudian tambah lagi; 

9) 1/2 cawan susu segar

Kacau perlahan sehingga semuanya sebati. 

Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 20 minit. 

Nota: cupcake ini akan membentuk sedikit lava di bahagian dalamnya (tapi saya masak sampai semuanya masak, tak ada lava). 

Kemudian, toppinglah dengan coklat ganache. Nyum... Nyum.. Licin anak-anak sekolah makan. 

Sunday, November 15, 2015

ORDER SHAKLEE 14/11/2015

Order semalam. Banyak Vitamin C yang keluar sebabnya semua pakat nak rembat offer Vitamin C bulan ni. 

Bagi anda yang juga mahukan Vitamin C ni boleh terus hubungi saya - 0133570906 - Ain. 

Friday, November 13, 2015

TRIP PERCUMA KE ITALI


Pagi tadi awal-awal lagi dah ke HQ Shaklee order barang (sebab stok susut hampir tiada lagi dah stok dalam tangan) dan ambil beg dan jaket percuma ke Itali ni. 

Alhamdulillah jaket tu saya dapat extra 1 saiz daripada saiz awal yang saya minta. Sebelum ni baju-baju saya semuanya XL sebab memang suka pakai baju besar, longgar. Kalau jaket XL tu terbayangnya besarlahkan. Cumanya, sebab preggy next week dah masuk 5 bulan, perut dah mula bulat, ada yang tak boleh zip ni karang. 

Dapat XXL syukur sangat-sangatlah sebab muat dan ada lagi longgar-
longgar.  

Lagi seminggu perjalanan, doakan kami selamat pergi dan pulang ye. 

Sunday, November 8, 2015

APAM BALIK MUDAH



2 hari lepas saya buat apam balik ni sebabnya tak cukup beli tepi jalan. 

Resepinya sangatlah mudah. Bahanpun apa yang ada di dalam rumah je. Rasanya semua orang ada kot kalau yang jenis memasak kat rumah tu. 

2 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 sudu kecil garam 
1 sudu kecil baking powder 
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil Soda bikarbonat 
1 1/2 cwn Air

Cara-cara: 

blend telur, gula dan garam
Kemudian blend lagi air, gandum
*blend lama sikit biar dia naik
Goreng dlm kuali leper, tabur gula sikit, jagung di dalam tin atau pisang
Bila dah masak angkat letak butter sikit atas  tu. 

Thursday, November 5, 2015

TAT NANAS RAPUH CAIR DI MULUT

Semalam saya buat tat nanas ni. Pertama kali buat. Resepinya ambil daripada pak cik Google. Yang pastinya kalau nak rapuh gebu mesti ada tepung jagung dan tepung kastad dalam adunan. Tak lupa, mesti pakai mentega asli ye, kalau marjerin tak sedap. 

Resepinya ialah;

Bahan-bahan untuk tart:

  • 125 gram mentega (saya pakai Tatura butter) 
  • 1 sudu besar gula kastor 
  • 1 biji kuning telur 
  • 1 sudu besar minyak sapi 
  • 1 3/4 cawan tepung gandum* 
  • 1/4 cawan tepung jagung* 
  • 1 sudu besar tepung kastard* 
  • 1/2 sudu kecil garam halus, (jika guna unsalted butter) 
Cara-cara untuk tart:
  1. Pukul mentega ( dikeluarkan pada suhu bilik) bersama gula sehingga putih dan berkrim (saya buat tak putih sangatpun asal bertukar kaler sudah).  
  2. Masukkan kuning telur, minyak sapi dan garam. Kacau sehingga sebati. 
  3. Ayak ketiga-tiga jenis tepung (bertanda *). Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan sehingga menjadih doh yang lembut. Rehatkan seketika. 
  4. Masukkan doh ke dalam acuan tart, tekan dan gulung bersama inti nenas yang digentel kecil membujur. Susun di atas loyang yang dilapik dengan parchment paper atau digriskan dengan butter. 
  5. Sapukan atas tart gulung dengan bahan hiasan. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius, masukkan kuih dan bakar selama 20-25 minit.
Bahan hiasan: 

  • 1 biji kuning telur 
  • 1 sudu air 
  • Setitik pewarna kuning telur (Star Brand ada jual) 

Bahan inti: 

• nanas 2 biji
• gula 2 cawan @ ikut kemanisan masing-masing 
• beberapa kuntum bunga cengkih


*jangan masukkan semua sekali tepung, tengok sampai boleh gentel sebab semalam masa buat tepung agak keras saya tambah minyak sapi untuk lembutkan (asalnya tak nak letakpun minyak sapi tu, tapi memang sedap tak rasa dan baupun kesapiannya tu).


Selamat mencuba. 

Wednesday, November 4, 2015

KORANG TAHU TAK WANITA KENA MAKAN NANAS?



Korang tau tak? 

Wanita benar-benar digalakkan memakan nanas kerana ia mengandungi enzim Bromalin yang berfungsi untuk membersihkan belakang rahim daripada darah kotor yang tertinggal semasa haid. 

Menurut Dr Hamid Arshat, wanita yang mengalami gangguan semasa haid iaitu haid tidak lancar menghadapi ketidakseimbangan hormone. 

Setiap wanita perlu memperbanyak pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi Progrsterone dan Estrogen supaya 2 hormon ini seimbang di dalam badan dan tiada simpanan darah kotor di belakang rahim. 

Di samping itu, jangan abaikan pengambilan GLA Complex untuk keseimbangan hormone ini. 

Sangat bagus diamalkan selepas bersalin kerana semua darah kotor akan keluar. (Pengalaman saya sendiri, selepas ambil GLA Complex, darah berketul-ketul keluar sedangkan sebelum itu darah dah mula mengering, sungguh menakjubkan Subhanallah). 

Amalkan GLA Complex sebelum anda menghidap sebarang masalah rahim iaitu Cyst atau Fibroid (disebabkan oleh ketidakseimbangan hormone).

Bagi yang ramai anak perempuan, jangan lupa sentiasa sediakan buah nanas untuk anak-anak di rumah. 

Sekian, wallahu 'alam. 

Tuesday, November 3, 2015

KORANG TAHU TAK PELBAGAIKAN MENU MAKANAN UNTUK ANAK YANG TIDAK MAHUMAKAN?


Korang tau tak kalau anak tak berselera makan kena pelbagaikan menu makanan? 

Kalau anda bergantung dengan suplemen semata-mata tetapi hari-hari masak nasi lauk telur, ayam goreng, anal akan jemu. 

Pelbagaikan menunya, buat kuihke, hias cantik-cantikke (yang ni saya tak ada bakat hehe). Tarik dahulu seleranya barulah pujuk makan nasi. 


AMARAN!!! 

Jangan bagi anak makan jajan, masak menu yang ada MSG, atau letak kiub-kiub perasa. Ia salah satu faktor yang menyebabkan anak anda tidak mahu makan. Hanya tertarik kepada jajan semata-mata. 


Kemudian, berilah anak anda suplemen supaya nutrisi hariannya cukup. 



Sunday, November 1, 2015

HOMEMADE CHURROS


Semalam beli Nozzle khas untuk churros ni. Kodnya E852. 

Senang je rupanya nak buat ni. Tapi waktu nak goreng tu agak mencabar. 

Nak tahu resepi? 

Bahan-bahan:

1 cawan air (pakai cup ye) 
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu besar makan mentega/minyak
1 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur

Perhiasan:
Gula halus dicampurkan sedikit dengan serbuk kayu manis (saya tak letakpun sebab tak ada) 

Cara-caranya:

1) Didihkan air, gula, garam dan mentega. 

2) Setelah mendidih, perlahankan api masukkan tepung dan kacau sehingga sebati. 

3) setelah sebati, keluarkan daripada api, masukkan telur dan esen vanilla. Saya putar pakai mesin pemutar sekejap. Kalau tak ada, kacau je macam biasa. 

4) Setelah adunan sejuk, masukkan ke dalam piping bag dan masukkan sekali nozzle khas churros ye. 

5) panaskan minyak dan pipe adunan ke dalam minyak. 

HATI-HATI! PANAS! 

6) selesai masak, tabur gula halus dan serbuk kayu manis tadi dan boleh dicicah dengan coklat cair. (Saya pakai dark chocolate coin, masukkan sedikit susu full cream (itu je yang ada) dan sedikit susu pekat. 

Siap untuk dimakan. Ngap!!! Hehe 


Baca Bismillah dulu ye.