Thursday, December 31, 2015

SET LENGKAP IBU HAMIL


Assalamualaikum dan selamat pagi. Di atas ni ialah set lengkap ibu hamil. Hari ini hari terakhir promo YES Pack daripada Shaklee. Belian 1 set lengkap ni anda layak dapat diskaun 5% dan jika anda register ahli, layak dapat bonus lagi 5% tau. Jimat berganda-ganda. 


Best ke best?

Apa yang akan anda dapati apabila amalkan set ni?

  • Hemoglobin naik
  • Imunisasi ibu dan kandungan tinggi
  • Mencegah keguguran berulang
  • Menguatkan rahim
  • Mengelakkan anemia
  • Mengelakkan krem kaki
  • Menguatkan tulang ibu dan kandungan
  • Mencegah kecacatan saraf dan tulang bayi
  • Membuat anak di dalam kandungan lebih bijak berbanding bayi-bayi lain
dan banyak lagi.

Nak petua naikkan Hemoglobin?

Whatsapp saya ye.

0133570906
0133570906
0133570906

Tuesday, December 22, 2015

Friday, December 18, 2015

PHOTOSHOOT DI PANTAI BUKIT KELUANG, BESUT




Semalam sampai KB dari KL jam 7.50pagi. Sempat makan di KB nasi tumpang. Balik ke Besut. Buat order Shaklee online, petangnya photoshoot di Pantai Bukit Keluang. 

Subhanallah, Masya-Allah cantiknya kawasan. Dah lama tak tengok cantik macam ni.. Bila buat photoshoot botol-botol suplemen lagi terasa indahnya alam semulajadi ciptaan Tuhan ni.. 

Tak boleh nak berlama-lama di sini. Angin terlalu kuat.. Bergoyang-goyang botol suplemen tu ditiup angin.. 

Serius, tempat ni sangat cantik..

Wednesday, December 16, 2015

CHAR KUE TEOW DI SEKSYEN 19 SHAH ALAM. ANDA MESTI CUBA



Dah lama teringin nak makan Char Kue Teow ni. Tapi tak tahu dekat mana sedap. Biasanya makan dekat Besut je kalau balik kampung. Dah lama tak balik kena cari jugalah dekat Lembah Klang ni. 

Kebetulan check up ibu mengandung di KKIA Seksyen 19 Shah Alam. Sebelah tu meriah kedai makan. Sedap-sedap pula tu. Nampaklah kedai makan Char Kue Teow ni. Bila singgah, order. Alhamdulillah rasanya tak mengecewakan. Memang sedap. 


Bolehlah sesiapa yang teringin nak makan tu cari kat sana ye.. 


Selamat mencuba!!! 

SAIZ BADAN BERKURANG DENGAN SET SLIMMING SHAKLEE


Beliau mengamalkan ESP, Alfalfa dan Lecithin. 

Inch loss dengan set kurus Shaklee

TESTIMONI KULIT LICIN SELEPAS AMALKAN SUPLEMEN SHAKLEE


Testimoni amalkan suplemen Shaklee. 

Wajah menggerutu kini halus mulus. 


Apa yang beliau amalkan? 

👉🏿 Vita C 
👉🏿 Vita E 
👉🏿 ESP
BELIAU AMALKAN SECARA KONSISTEN.

Sampai bila anda nak biarkan kulit anda terus-terusan menggerutu? Pastikan produk yang anda ambil terjamin selamat, diiktiraf KKM dan telah lama berada di pasaran. 

Follow ig 
@tuan_nurul_ain
@tuan_nurul_ain
@tuan_nurul_ain

Whatsapp order
0133570906

TIPS LAMBATKAN PENUAAN DENGAN SUPLEMEN SHAKLEE


Orang tegur anda cepat tua? 

Ok, penuaan lebih cepat berlaku apabila badan kita banyak hasilkan AGE Protein. 
AGE Protein akan aktif apabila pengambilan gula dan karbohidrat seharian kita ambil tinggi. 

AGE Protein ni menyebabkan penuaan dan mempercepat adanya penyakit akibat penuaan. Contoh penyakit tua, Diabetes, Darah tinggi, Sakit Jantung. 

Tanpa kawalan pengambilan gula seharian, faktor penuaan lebih cepat berlaku. 

Wajahpun semakin hilang serinya. Betul tak? Ok, hari ni nak share pasal ESP ni. Apa kaitan ESP dan penuaan? 

ESP ni Protein, ia bertindak pelepasan gula@ tenaga di dalam darah berpanjangan. Jadi, lepas minum rasa kenyang lama. Bila ambil ESP, ketagihan untuk mengunyah dan mengambil karbohidrat berkurang. 

Semakin kurang karbohidrat seharian, awet mudalah anda. Nanti umur dah 40 tahun, orang tegur umur 30 tahunke? Mesti riang gembirakan? 

Penyakit-penyakit penuaanpun dapat dicegah. Jadi, badan kita akan mengalami penuaan yang sihat. Bukan tua dengan pelbagai penyakit. 

Mudah-mudahan bila tua nanti kita masih boleh beribadah dengan kuat. Boleh ke sana ke mari melancong melihat buni Allah yang luas ni dengan pasangan masing-masing. Seronokkan? 

Replace meal 1@2 kali sehari dengan ESP, tidak perlu ambil Karbohidrat lagi. Kesannya, AWET MUDA. 


Nak order? 

Whatsapp je boleh; 

COD USJ dan Batu Tiga

Penghantaran seluruh Malaysia dengan Poslaju @ Gdex @ Citylink. 


Tuesday, December 15, 2015

JERAWAT TIADA DENGAN SUPLEMEN SHAKLEE

Suplemen Shaklee
Testimoni jerawat dengan suplemen Shaklee

Atas ni testimoni customer yang amalkan suplemen Shaklee kerana mengalami masalah kulit yang berjerawat. 

Apa yang beliau amalkan? 

👉🏿 GLA
👉🏿 Chewable C 
👉🏿 Vita-C Plus 
👉🏿 ESP 
👉🏿 Vita E 
👉🏿 B-Complex 
👉🏿 Gentle Make Up Remover 

Agak-agak kalau kulit anda alami transformasi macam ni gembira tak? 

Mesti kita suka bila ambil suplemen dapat sembuhkan masalah kulit. 

Jangan tak tahu, di farmasi ada jual antibiotik khas untuk jerawat. Tapi tak eloklah. Baik lagi penggunaan suplemen semulajadi ni. Hasilnya mungkin lambat tapi selamat. 

Nak order, Whatsapp je nombor ni ya: 


Pengedar Shaklee USJ, Pengedar Shaklee Batu Tiga. 

Boleh COD di 2 kawasan di atas atau pos ke seluruh Malaysia menggunakan khodmat poslaju, Gdex atau Citylink. 

Sunday, December 13, 2015

SUPLEMEN SAKIT GIGI

suplemen shaklee
Petua sakit gigi


Anda sakit gigi?

Di sini ada petua iaitu 'home remedies'. Pemulihan tanpa ubat. Bukan bermakna anda tidak perlu jumpa doktor gigi, tetapi boleh cuba dahulu petua sakit gigi berikut terutama ibu hamil. Ada rawatan gigi hanya boleh diambil selepas bersalin. Antibiotik juga tidak semua dapat diambil. bertahanlah ya wahai ibu. 

Tips ini saya peroleh semasa travel di Itali baru-baru ini. Kejadiannya, ada satu malam tu saya tidur tanpa gosok gigi sebab penat sangat. Paginya gigi mula berdenyut. Amalan saya sebelum ini kalau gigi dan gusi mula menunjukkan jangkitan kuman, saya akan gosok gigi sampai berdarah. memang sental habislah gusi tu. Tapi apa yang berlaku selepas itu? Tiba-tiba gusi pula bermasalah. Pipi menunjukkan pembengkakan. Sedih. Sudahlah jauh di tempat orang. Pergi farmasi, hanya boleh ambil Paracetamol sahaja. Antibiotik jauh sekali. 

Cari Listerine. Tidak juga surut. Kumur dengan air garam. Sakit hilang tetapi pipi tetap bengkak. Sampailah jumpa seorang kawan ni, beliau sarankan ambil Garlic dengan dos yang tinggi. Dahlah garlic saya dah habis. beliau bagi 10 biji. Malam sebelum tidur ambil 5 biji, alhamdulillah dengan izin Allah esoknya bengkak pipi mula surut. 

Bagaimana garlic membantu surutkan bengkak?

 Sifat garlic itu ialah antibiotik, anti fungus anti virus semulajadi. Antibiotik sebenar ibu mengandung tidak boleh ambil, jadi perlukan antibiotik semulajadi untuk hilangkan bengkak. 

Ada kesan juga disebalik pengambilan Garlic pada dos yang tinggi ini, anda akan mengalami pening kerana garlic bertindak mencairkan darah, gabungan Vita-Lea, Vita-C dan B-Complex sangat perlu untuk naikkan semula tekanan darah anda. Jadi, sebelum anda cuba-cuba makan sendiri pastikan konsult saya dulu ye. 

Ok, bagaimana pula kalsium diperlukan untuk merawat sakit gigi? 

Kesihatan kita bergantung kepada nutrisi harian. Jika tidak cukup salah satu nutrisi contohnya kalsium, ia akan memberi kesan kepada gigi dan tulang. Salah satu faktor sakit gigi berpunca daripada kekurangan kalsium. 

Jadi, pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang cukup setiap hari samada daripada produk tenusu atau tambah dengan suplemen Ostematrix. I.Allah sakit gigi tidak akan berulang lagi. 

Selamat mencuba. Sebelum ambil, pastikan dapat konsultasi dahulu ye. 

Nak order, hanya Whatsapp Ain:

0133570906
0133570906
0133570906


Saturday, December 12, 2015

KORANG TAHU TAK LECITHIN BANTU KURANGKAN BENGKAK SUSU?

Lecithin bantu elak bengkak susu

Korang tau tak? 

Lecithin membantu mengurangkan bengkak susu. Dahlah bagus untuk ibu lepas bersalin untuk kembalikan bentuk badan supaya langsing seperti sebelum hamil, tapi ada manfaaat lain iaitu bantu ibu-ibu yang alami bengkak susu ni. 

Sebab mengapa Lecithin boleh membantu menyelesaikan dan mencegah saluran tersumbat tidak jelas. Penerangan Dr. Jack Newman, "Ia boleh bertindak demikian dengan mengurangkan kelikatan (kepekatan) susu dengan meningkatkan peratusan asid lemak poli tak tepu dalam susu. " Lecithin adalah pengemulsi, molekul phospholipid (seperti Lecithin) mengandungi unsur-unsur hidrofobik dan hidrofilik ; bahagian hidrofobik mempunyai pertalian untuk lemak dan minyak , dan bahagian hidrofilik mempunyai pertalian untuk air. 

Selain daripada Lecithin, ibu-ibu yang mengalami bengkak susu juga digalakkan mengambil B-Complex dan GLA Complex. (Sumber)


Amalkan 6 biji sehari, apa yang anda bakal dapat? 

• Langsing
• Kulit berseri
• Kurangkan bengkak susu
• Susu ibu berkhasiat untuk otak perkambangan otak bayi 
• Bagus untuk emosi ibu

Apa lagikan.. Order LECITHIN set promo bulan ini. Boleh amalkan 7 bulan. Expiredpun 2017. Anda memang boleh buat stok setengah tahun. 

Apa lagi, Whatsapp  order dengan; 

Ain

Friday, December 11, 2015

KORANG TAHU TAK LECITHIN BANTU CEGAH PENGERASAN ARTERI?

Jantung
Lecithin untuk jantung sihat
Korang tau tak? 

Lecithin perlu diambil setiap hari sebagai langkah menjaga kesihatan iaitu mengelakkan pengerasan arteri. 

Cuba anda bayangkan salur darah kita ni macam getah paip, kalau lemak banyak tidak dibuang, lemak tu akan alami pengoksidaan, yang buatkan arteri atau salur darah keras. Kalau dah keras, tambah lagi lemak baru, lama-lama tersumbatlah. Itu salah satu penyumbang strok. 

Belum masuk strok pendarahan lagiz arteri dah tak fleksibel, apabila ada tekanan baru lama-lama pecah. Nauzubillah. 


Ambil setiap hari ye. 

Jantung sihat, kulit berseri, otak cerdas. 


Whatsapp order;

Ain-

COD USJ, BATU TIGA, pos seluruh Malaysia.

Tuesday, December 8, 2015

TRIP PERCUMA SHAKLEE KE ITALI 2015 - MILAN 1

Baru sempat nak update gambar-gambar sepanjang di Milan. Hari pertama berada di itali.

Cantik dedaunan mapel di belakang tukan
Perjalanan nak pergi sarapan. Sampai pagi, sampai-sampai terus kena jalan

Bukan beratur sebab penuh tapi sebab kena ambil gambar dengan presiden Shaklee dulu. Mr Hermant Singh    

Bergambar dulu
Ini nama hotel kami sarapan tu


 jkdjljsd



Atas meja ada 2 air mineral. 1 natural lagi 1 sparkling. Siapa yang suka air berkarbonat tu bolehlah amalkan
Nak juga posing depan hotel tu

Eh eh ada anak comel kat belakang join kami berempat bergambar. Gambar nipun kanak-kanak yang ambilkan


Tepi hotel je ni tapi suasana dia cantik sangat



Bergambar depan pagar hotel nak nampak tulisan tu hehe

Nak pergi mana tu

Bersambung



Sunday, December 6, 2015

NAIKKAN HEMOGLOBIN DENGAN SHAKLEE

Vita-Lea, B-Complex dan Vitamin C

Pada 2/12/15 lepas saya buat check up ibu mengandung. Cek Hemoglobin wahh terkejut sebab mencanak naik. 

2 bulan sudah HB 11.8, bulan lepas turun 11.7. Tapi check up baru ni HB naik 12.8. Tinggikan? 


Apa rahsianya? 

Nampak suplemen di atas tu? 

Vita-Lea 2 biji 
Vita C 2 biji
B-Complex 2 biji

Ambil 2 kali sehari, maksudnya double dose di atas ye kakak-kakak sekalian. 

Puas hati. Lepas bacaan tu nak tinggal suplemenpun sayang. 


Oh ye, suplemen ibu hamil ada tambahan ESP, Omega Guard dan Ostematrix. 

Bulan ini sahaja ye, PROMOSI 5% untuk belian prenatal set. 

Jimat, untung, semestinya berbaloi dengan apa yang anda bayar apabila result check up sangat baik. 


Apa lagi, ingat hamil, ingat Shaklee. 

Hubungi saya Ain, pengedar tetap Shaklee anda. 








Saturday, December 5, 2015

CEGAH GIGI SENSITIF SEPANJANG KEHAMILAN

Ostematrix di Coloseum, Rome Italy

Semasa di Itali minggu lepas, Ostematrix ini peneman setia saya. Pada saat kaki mula lenguh, jari-jari kaki hampir krem, telan sahaja Ostematrix 4 biji sebelum tidur dan urut kaki pakai losyen, alhamdulillah esoknya sakit kaki pulih seperti biasa dan tiada lagi lenguh-lenguh. 

Oh ye, bagi ibu hamil gigi dan gusi sangat sensitif. Doktor gigi saya dah oesan, sepanjang kehamilan, perubahan hormon akan menyebabkan gigi dan gusi lebih sensitif, gusi selalu berdarah dan gigi sering sakit. 


Penawarnya ialah ambil bekalan kalsium yang cukup. 

Ostematrix teman setia ke mana-mana. 


Selamat mengamalkannya. 


Thursday, December 3, 2015

PASTA AGLIO e OLIO ITALI YANG LAZAT


Pasta Aglio e Olio dari Florence, Itali ini nampak simple tetapi sangat lazat. Waktu ni saya minta sikit sahaja. Lepas tu MENYESAL sebab sedap tapi lepas tu tak ada tambahan dah.. 

Cari lagi lepas tu, makan di Rome tetapi tidak sesedap di Florence kerana pasta Rome ni kurang minyak. Agak kering. 


Nampak macam menyelerakankan? Tetapi tidak boleh lawan rasa di Florence tu. Kurang minyak. Kalau lebihkan minyak zaitun ni sedap dah. 


Semalam teringin nak makan lagi, orderlah di satu kedai. Rupanya menyelerakan tetapi rasanya berlebihan pelbagai rencah digunakan. Rasa asli Itli simple sesedap rasa. 


Rupa cantik tapi banyak rasa sangat. Sedap juga tapi memang tak boleh lawan original dari Itali. 


Ooo la laaa.. 

Wednesday, December 2, 2015

KORANG TAHU TAK LECITHIN DIAMBIL SEBAGAI PEMECAH LEMAK?


Korang tau tak? 

Pengambilan Lecithin selepas makan bertindak sebagai pengemulsi makanan iaitu mengeluarkan lemak berlebihan daripada badan, mengahalang obesiti dan mencegah penyakit kardiovaskular lain. 

Jika warga Italy semuanya kurus keran mereka kuat berjalan dan mengamalkan sejenis minuman yang tinggi alkohol selepas makan untuk membakar lemak, kita juga memerlukan sesuatu yang bertindak membakar lemak. 

Ambillah Lecithin sebagai pemecah lemak agar tiada lemak tepu tersimpan. 



Tuesday, December 1, 2015

MAKAN TENGAH HARI DI RIYAD YACOUT, MILAN ITALI


Riad Yacout 

Tempat lunch kami semalam di Milan. Restoran tempatan pemiliknya warga Lubnan. Kami dihidangkan nasi dengan ayam yang sangat sedap. 

Pesanan travel agent kami, setiap makanan di Italy telah siap bahagiannya siap dikira jumlah kalori bersesuaian untuk dibakar semula 1 hari (sebab tu warga Milan slim tidak kira tua muda, yang tuanya pun cantik, bayangkan nampak badan mereka fit tidak menggelebeh (semua pakai baju tebal)). 

Jika kita membuang atau tidak memakan semua portion itu, kalori yang ada tidak mencukupi dan tidak akan cukup tenaga digunakan untuk berjalan jauh, kesannya penat awal. 

Kalau kelihatan makanannya berminyak jangan takut kerana minyak yang digunakan minyak zaitun. 

Nota: Kami tumpang solat di restoran ini dan staf Shaklee non muslim juga sudah pesan esok boleh solat di restoran juga (tetapi ada kejadian berlaku semasa solat di restoran ini. Tandasnya banjir, maka solat hari berikutnya di masjid kawasan komuniti Muslim)

 

Zohor jam 12, Asar jam 2, Maghrib jam 4. Sangat pendek waktunya. (shaklee siap sediakan jadual waktu solat sepanjang kami di Italy)